Ibrahim Boubacar Keïta
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis.
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Ibrahim Boubacar Keïta [i.bra.him bu.ba.kar kéi.ta] (lahir 29 Januari 1945 - 16 Januari 2022) ialah seorang ahli politik Mali dan merupakan bekas Presiden Mali keempat yang memangku jawatan dari September 2013 hingga 19 Ogos 2020. Sebelum ini beliau pernah menjadi Perdana Menteri Mali dari 1994 hingga 2000 dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan (Mali) dari 2002[1][2] hingga 2007.[3] Beliau mengasaskan parti politik Rapat untuk Mali (RPM), pada 2001, dan telah memimpinnya sehingga sekarang.[4]
Ibrahim Boubacar Keïta | |
---|---|
Presiden Mali | |
Dalam jawatan 19 September 2013 – 19 Ogos 2020 | |
Perdana Menteri | Django Sissoko (memangku) Oumar Tatam Ly Moussa Mara Modibo Keita Abdoulaye Idrissa Maïga Soumeylou Boubèye Maïga Boubou Cisse |
Didahului oleh | Dioncounda Traoré (memangku) |
Digantikan oleh | Assimi Goita (Pengerusi) |
Perdana Menteri Mali | |
Dalam jawatan 4 Februari 1994 – 15 Februari 2000 | |
Presiden | Alpha Oumar Konaré |
Didahului oleh | Abdoulaye Sékou Sow |
Digantikan oleh | Mandé Sidibé |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 16 September 2002 – 3 September 2007 | |
Didahului oleh | Aly Nouhoum Diallo |
Digantikan oleh | Dioncounda Traoré |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Koutiala, Sudan Perancis (kini Mali) | 29 Januari 1945
Mati | 16 Januari |
Parti politik | ADEMA-PASJ (1990–2001) Perhimpunan untuk Mali (2001–kini) |
Tempat belajar | Universiti Dhakar Universiti Pantheon-Sorbonne |
Pada 2002 dan 2007, Keïta bertanding bagi jawatan Presiden namun tidak berjaya. Beliau mencuba sekali lagi pada pilihan raya Julai–Ogos 2013 di mana beliau dianggap mempunyai peluang cerah.[5][6] Beliau memenangi pusingan kedua, menewaskan Soumaïla Cissé.[7]
Beliau dipilih semula sebagai presiden pada pilihan raya presiden 2018. Beliau kemuadian mengundurkan diri pada 19 Ogos 2020, setelah ditawan oleh askar-askar pemberontak dari Angkatan Bersenjata Mali selama rampasan kuasa Mali 2020.[8]
Awal hidup
suntingKeïta lahir di Koutiala, Sudan Perancis.[1][2] Datuknya pernah dikerahkan dalam tentera Perancis semasa Perang Dunia Pertama di mana beliau terkorban dalam suatu pertempuran lama dilangsungkan di Verdun.[9]
Beliau berhijrah ke Perancis pada usia 13 tahun[10] untuk meneruskan pendidikannya di Lycée Janson-de-Sailly Paris dan Lycée Askia-Mohamed di Bamako. Beliau melanjutkan pendidikan tingginya di Universiti-Universiti Dakar, Paris I serta Institut Sejarah Moden Hubungan Antarabangsa (L'Institut d'Histoire des Relations Internationales Contemporaines). Beliau mempunyai kelayakan ijazah Sarjana dalam bidang sejarah.
Kerjaya politik awal
suntingDalam jawatan Perdana Menteri
suntingKeïta kembali mencalonkan diri sebagai presiden pada pemilihan presiden Julai–Agustus 2013 dan dianggap sebagai kandidat terdepan.[11][12] Beliau memenangkan pemilu pada putaran kedua pemungutan suara, mengalahkan Soumaïla Cissé, dan dia dilantik sebagai presiden pada tanggal 4 September 2013.[13]
Dalam jawatan Presiden Mali
suntingKeïta dalam pelantikannya berjanji mengutamakan kemampuan daripada pertimbangan politik ketika melantik menteri-menteri dalam kabinetnya. Pada 5 September 2013, beliau éseorang teknokrat, pejabat perbankan Oumar Tatam Ly, sebagai Perdana Menteri.[14]
Setelah pengunduran diri Oumar Tatam Ly, Keïta melantik Moussa Mara (5 April 2014 hingga 9 Januari 2015) dan kemudian Modibo Keita (9 Januari 2015 hingga 7 April 2017). Setelah pengunduran diri Keita, Soumeylou Boubéye Maïga diangkat sebagai Perdana Menteri (31 Desember 2017 - 18 April 2019) tetapi mengundurkan diri pada 18 April 2019 di tengah protes publik setelah terjadinya pembantaian Ogossagou.[15] Pada 22 April 2019, Presiden Keita mengangkat Dr. Boubou Cissé sebagai Perdana Menteri.
Rampasan kuasa 2020, peletakkan jawatan
suntingPada 18 Ogos 2020, Keïta dan Cissé ditangkap oleh askar-askar yang memberontak selama rampasan kuasa Mali 2020.[16]
Keesokan harinya, beliau membubarkan parlimen dan mengumumkan pengunduran dirinya, beliau mengatakan "tidak ingin adanya pertumpahan darah" untuk membuatnya tetap berkuasa.[17][18]
Rujukan
sunting- ^ a b National Assembly page for Keïta.
- ^ a b Candidate profile Diarkibkan 2007-09-04 di Wayback Machine, Bamanet.net, 20 April 2007 (Perancis).
- ^ "L'EFFET "IBK"", L'Essor, n°16026, 4 September 2007 (Perancis).
- ^ National Political Bureau of the RPM[pautan mati kekal] (Perancis).
- ^ R., A. (29 Julai 2013). "A relatively calm affair". The Economist. Dicapai pada 3 Ogos 2013.
- ^ "Voters defy threats as polls close in Mali". Al-Jazeera. 28 Jul 2013. Dicapai pada 3 Ogos 2013.
- ^ AFP (13 Ogos 2013). "Keita menang pilihan raya Presiden Mali". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-15. Dicapai pada 20 Ogos 2013.
- ^ "Mali's Keita resigns as president after military coup". www.aljazeera.com. Dicapai pada 19 Ogos 2020.
- ^ Berthemet, Tanguy (29 Julai 2018). "IBK, le lymphatique hôte du palais de Koulouba". Le Figaro (dalam bahasa Perancis). m/s. 3. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Perret, Thierry (2014). "« Les terrains du siècle »". Mali : Une crise au Sahel (dalam bahasa Perancis). Karthala. m/s. 115. ISBN 978-2-8111-1063-5.
- ^ R., A. (29 Juli 2013). "A relatively calm affair". The Economist. Dicapai pada 30 Juli 2013. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "Voters defy threats as polls close in Mali". Al-Jazeera. 28 Juli 2013. Dicapai pada 30 Juli 2013. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ Tiemoko Diallo and Adama Diarra, "Mali's new president promises to bring peace, fight graft" Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine, Reuters, 4 September 2013.
- ^ "New Mali president names banker as first prime minister" Diarkibkan 2014-01-10 di Wayback Machine, Reuters, 6 September 2013.
- ^ Sahelien.com. "Mali: Soumeylou Boubeye Maïga appointed Prime Minister | sahelien.com | English" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-20.
- ^ Kelly, Jeremy (18 Ogos 2020). "Mali PM and president under arrest, claim army mutineers". The Times. Dicapai pada 18 Ogos 2020.
- ^ Mali's President Keita resigns after military mutiny
- ^ Mali’s president announces resignation on state television
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Abdoulaye Sékou Sow |
Perdana Menteri Mali 1994–2000 |
Diikuti oleh: Mandé Sidibé |
Didahului oleh Aly Nouhoum Diallo |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan Mali 2002–2007 |
Diikuti oleh: Dioncounda Traoré |
Didahului oleh Dioncounda Traoré memangku |
Presiden Mali 2013–present |
Pemegang jawatan kini |