Portal:Hal semasa/Februari
2020
- Li Wenliang ialah salah seorang daripada lapan penyebar "maklumat palsu" berkenaan wabak koronavirus di China telah meninggal dunia akibat selepas merawat seorang pesakit yang positif jangkitan virus tersebut.
- Tembakan besar-besaran di Korat, Thailand, menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang mati dan lebih daripada 60 yang lain cedera.
- Filem Korea Selatan Parasite memenangi empat Anugerah Akademi, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Bong Joon-ho (gambar).
- Pilihan raya umum Ireland diakhiri dengan tidak ada pihak yang memegang majoriti kerusi dalam Dáil Éireann.
- Penembakan di Hanau, Jerman, menyebabkan sebelas orang mati dan lima lagi cedera.
- Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi YDPA melantik beliau semula untuk memegang jawatan dalam interim sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
- Tiga puluh lapan orang terbunuh dan lebih daripada dua ratus lagi cedera dalam rusuhan di Timur Laut Delhi, India, semasa bantahan terhadap Akta Pindaan Kewarganegaraan 2019.
- Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak (gambar) meninggal dunia pada usia 91 tahun.
- Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas krisis politik yang membawa kepada peletakan jawatan pendahulu beliau, Mahathir Mohamad.
- Amerika Syarikat dan Taliban menandatangani perjanjian damai yang membentuk rangka kerja untuk mengakhiri perang di Afghanistan.
2019
- Piala Asia AFC berakhir dengan kemenangan Qatar mengalahkan Jepun di perlawanan akhir.
- Sekurang-kurangnya 46 anggota keselamatan terbunuh dalam serangan pengeboman bunuh diri dekat Pulwama di Kashmir, India.
- Konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan merebak selepas kedua-dua negara melakukan serangan udara.
- Kardinal George Pell (foto) menjadi anggota pangkat tertinggi dalam Gereja Katolik yang akan didakwa atas penderaan seks kanak-kanak.
- Filem Green Book dinobatkan sebagai filem terbaik manakala filem Bohemian Rhapsody berjaya memenangi empat anugerah dari kategori yang lain di Anugerah Akademi ke-91.
- Muhammadu Buhari dipilih sebagai Presiden Nigeria.
2018
- Níkos Anastasiádis dipilih semula sebagai Presiden Republik Cyprus selepas menang dalam pusingan kedua pilihan raya presiden.
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dibuka di Pyeongchang, Korea Selatan.
- Satu kemalangan bas mengorbankan 19 orang di Hong Kong.
- Gempa bumi melanda Hualien , Taiwan, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan lebih daripada 260 yang lain.
- SpaceX melalui pesawat orbit Falcon Heavy membuat penerbangan sulungnya, membawa Tesla Roadster milik Elon Musk.
- Jacob Zuma meletakkan jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan, tempat beliau digantikan oleh Cyril Ramaphosa.
- Penerbangan 703 Saratov Airlines terhempas di Rusia, membunuh semua 71 orang yang berada dalam kapal terbang.
- Taufan Gita membadai Tonga, menjadi ribut paling kuat yang melanda negara tersebut lebih daripada 60 tahun yang lalu, menyebabkan kerosakan harta benda yang meluas.
- Filem Three Billboards Outside Ebbing, Missouri memenangi 5 anugerah termasuk Filem Terbaik dalam Anugerah Filem Akademi British.
- Sekurang-kurangnya 31 orang terkorban manakala 300 yang lain cedera dalam suatu gempa bumi di Papua New Guinea.
2017
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Februari, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2017)
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Februari, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
- 4 Februari − Sekurang–kurangnya 32 orang terbunuh apabila Penerbangan 235 TransAsia Airways (gambar pesawat) terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Songshan Taipei, Taiwan.
- 8 Februari - Dalam bola sepak, Ivory Coast muncul juara Piala Negara-Negara Afrika.
- 16 Februari - Hari Perkabungan Negara selama 7 hari ekoran pembunuhan 21 rakyat Mesir.
- 27 Februari − Ketua pembangkang Rusia,Boris Nemtsov ditembak mati di tengah Moscow.
2014
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 berakhir (gambar) dengan tuan rumah Rusia mendapat pingat terbanyak.
- Sesudah kekacauan awam, parlimen Ukraine membebaskan bekas PM Yulia Tymoshenko dan menyingkirkan Presiden Viktor Yanukovych.
- Biatlet Norway Ole Einar Bjørndalen menjadi atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk paling berjaya dengan 13 pingat.
- Letusan Gunung Kelud mengakibatkan ribuan penduduk Jawa dipindahkan dan tujuh lapangan terbang ditutup.
- Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila sebuah pesawat tentera terhempas di Algeria.
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 bermula (gambar) di Sochi, Rusia.
- Monorel pertama India sejak kemerdekaannya, Monorel Mumbai dilancarkan.
2013
- Nicos Anastasiades terpilih sebagai Presiden Cyprus.
- NASA mengumumkan penemuan Kepler-37b, planet luar suria terkecil yang diketahui.
- Serzh Sargsyan terpilih semula sebagai Presiden Armenia.
- Rafael Correa terpilih semula sebagai Presiden Ecuador.
- Di tengah Rusia, gelombang kejutan dari sebutir meteor (gambar)—terbesar sejak 1908—mencederakan 1,200 orang manakala 3,000 buah bangunan rosak.
- Benedict XVI mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan sebagai paus Gereja Roman Katolik pada akhir Februari.
- Dalam bola sepak, Nigeria muncul juara Piala Negara-Negara Afrika.
- Ahli arkeologi mengecam jasad manusia yang ditemui di Leicester sebagai milik Richard III dari England.
2012
- Korea Utara bersetuju menggantung operasi pengayaan uranium sebagai pertukaran bantuan kemanusiaan.
- Struktur bebas kedua tertinggi di dunia, Tokyo Sky Tree (gambar) siap dibina.
- Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Yaman selepas pengunduran Ali Abdullah Saleh.
- The Artist memenangi lima Oscar, termasuk Filem Terbaik, di Anugerah Akademi ke-84.
- Spesimen Silene stenophylla dilaporkan berjaya dijana semula daripada tisu plasenta yang beku sekitar 32,000 tahun dahulu.
- Presiden Jerman Christian Wulff (gambar) meletak jawatan selepas muncul tuduhan rasuah ketika menjadi Perdana Menteri Niedersachsen.
- Syarikat penerbangan Indonesia Lion Air memesan 230 pesawat Boeing dengan harga AS$22.4 bilion, satu rekod baharu.
- Di tengah-tengah bantahan, Parlimen Greece meluluskan langkah jimat cermat oleh kerajaan campuran sementara negara itu.
- Dalam bola sepak, Piala Negara-Negara Afrika berakhir dengan Zambia menewaskan Côte d'Ivoire.
- The Artist memenangi tujuh anugerah, termasuk Filem Terbaik, di Anugerah Filem Akademi British ke-65.
- Penyanyi A.S. Whitney Houston (gambar) meninggal dunia pada umur 48 tahun.
- Mohammed Waheed Hassan mengangkat sumpah sebagai Presiden Maldives selepas perletakan jawatan Mohamed Nasheed.
- Pelumba basikal Sepanyol Alberto Contador, yang diuji positif kerana menggunakan dadah, dilucutkan kemenangan Tour de France 2010 dan Giro d'Italia 2011 dan dilarang daripada perlumbaan untuk dua tahun.
- Ratu Elizabeth II, raja British kedua paling lama memerintah, meraikan Jubli Intannya.
- Gempa bumi di luar pantai Negros Oriental, Filipina, mengorbankan lebih 100 orang dan menyebabkan kerosakan besar.
- Ahli sains Rusia sampai ke Tasik Vostok, jasad air terasing di bawah perisai ais Antartika, selepas menggerudi lubang gerek sedalam 3,768 m (12,360 ka).
- Sauli Niinistö daripada Parti Campuran Nasional terpilih sebagai Presiden Finland.
- Dalam bola sepak Amerika, New York Giants mengalahkan New England Patriots untuk memenangi Super Bowl XLVI.
- Feri penumpang MV Rabaul Queen (gambar) karam di pantai Papua New Guinea, dengan 100 orang masih hilang.
- Lebih 70 orang terbunuh dalam rusuhan susulan perlawanan bola sepak di Port Said, Mesir.
- Ratu Elizabeth II membatalkan kesateriaan Fred Goodwin kerana menyebabkan Royal Bank of Scotland hampir runtuh.
2011
- The King's Speech memenangi empat Oscar termasuk Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-83.
- Beji Caid el Sebsi menjadi Perdana Menteri Tunisia selepas Mohamed Ghannouchi meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- Akibat kekerasan terhadap pembantah, Majlis Keselamatan PBB merujuk Libya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mengenakan sekatan terhadap Muammar al-Gaddafi.
- Fine Gael pimpinan Enda Kenny (gambar) mendapat kemajmukan dalam pilihan raya umum Ireland.
- Misi STS-133, penerbangan terakhir Space Shuttle Discovery, dilancarkan daripada Kennedy Space Center.
- Satu gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda Christchurch dan sekitar wilayah Canterbury di New Zealand, mengakibatkan kemusnahan teruk (gambar) dan lebih 160 maut.
- Ketegangan di Timur Tengah dan Afrika Utara terus berlaku dengan bantahan di Bahrain, Libya dan Yaman.
- Republik Rakyat China menggantikan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia mengikut KDNK nominal.
- Selepas 18 hari bantahan meluas di Mesir (gambar), Presiden Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.
- Parlimen Nepal melantik Jhala Nath Khanal sebagai Perdana Menteri, mengakhiri kebuntuan politik tujuh bulan.
- Perdana Menteri Myanmar Thein Sein dinamakan sebagai Presiden, ekoran pilihan raya umum 2010.
- Di tengah-tengah pergolakan politik di Mesir, Presidennya Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya pada September.
- Marouf al-Bakhit dilantik sebagai Perdana Menteri Jordan dalam rombakan kabinet oleh Raja Abdullah II, selepas berlaku bantahan ramai.
2010
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir (gambar penutupan) di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
- Gempa bumi 8.8 Mw (peta gempa) melanda persisiran Kawasan Maule di Chile, mengorbankan lebih 700 orang dan menghasilkan tsunami.
- Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
- Banjir dan tanah runtuh di pulau Madeira, Portugal membunuh 43 orang.
- Kerajaan campuran Belanda pimpinan Perdana Menteri Jan Peter Balkenende runtuh kerana isu pembaharuan misi tentera negara itu di Afghanistan.
- Kesatuan Afrika menggantung keahlian Niger selepas terjadinya rampasan kuasa tentera di negara tersebut.
- Menara masjid (gambar) sebuah masjid di Meknes, Maghribi, runtuh ketika solat Jumaat, membunuh 41 orang.
- Sekumpulan askar menggempur istana presiden Niger, menahan Presiden Tandja Mamadou, dan menubuhkan junta tentera.
- Gelongsoran di Kohistan, barat laut Pakistan, menimbus sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang.
- Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
- Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
- Dua kereta api bertembung berhampiran Halle, Belgium (gambar peta), membunuh 18 orang dan mencederakan 162 yang lain.
- Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt, Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.
- Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- Pengeboman sebuah kedai roti Pune, India, membunuh 11 orang dan mencederakan 60 yang lain.
- Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 (gambar pembukaan) bermula di Vancouver, Kanada.
- NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari.
- Laura Chinchilla (gambar) terpilih sebagai Presiden wanita pertama Costa Rica.
- Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
2009
- Bekas Presiden Serbia Milan Milutinović dibebaskan dari tuduhan jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia.
- Slumdog Millionaire memenangi lapan Anugerah Akademi termasuk "Gambar Terbaik".
- Perdana Menteri Latvia Ivars Godmanis dan kerajaannya meletakkan jawatan.
- Gunung berapi Andes Galeras meletus di Colombia, memaksa 8,000 orang berpindah.
- Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri Zimbabwe.
- Kebakaran belukar di Victoria, Australia (gambar) menyebabkan kematian lebih 200 orang dan kemusnahan lebih 2,000 rumah.
- Lebih 100 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan di Antananarivo, Madagaskar.
- Iran melancarkan Omid, satelit buatan sendirinya yang pertama.
2008
- Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya umum Pakistan.
- Toshiba mengumumkan pemberhentian penghasilan peralatan HD DVD, mengakhiri perang format definisi tinggi dengan Cakera Blu-ray.
- Fidel Castro (gambar) mengumumkan persaraan sebagai Presiden Cuba.
- Parlimen Kosovo mmengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.
- Perdana Menteri Kevin Rudd meminta maaf secara rasmi atas Rompakan Generasi orang asli sebagai wakil Parlimen Australia.
- Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008, menewaskan Cameroon 1-0.
2007
- Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dimenangi Anthony Charteau dari pasukan Crédit Agricole.
2006
2005
2004
- 16 Februari: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula di Malaysia.
- 3 Februari: Agensi perisik Amerika Syarikat CIA mengakui bahawa tiada bahaya besar daripada senjata pemusnah besar (WMD) Iraq.