Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2017
Jun
- Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan dibenarkan memasuki dan menjalankan siasatan terhadap dakwaan penindasan yang dilakukan pasukan keselamatan Myanmar terhadap penduduk etnik Rohingya.
- Serangan-serangan siber di Ukraine menyebarkan sebuah versi baru malware Petya (gambar) ke seluruh dunia dan mengakibatkan gangguan teruk.
- Sebuah perikatan anti-kerajaan menggunakan sebuah helikopter polis untuk menyerang Tribunal Tertinggi Kehakiman dan Kementerian Dalam Negeri di Venezuela.
- Sebuah letupan lori minyak di Timur Ahmedpur, Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya 140 orang dan mencederakan 100 orang yang lain.
- Korea Utara melancarkan satu lagi ujian enjin roket yang merupakan sebahagian daripada program membangunkan Program peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).
- Di Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman (gambar) dilantik sebagai Putera Mahkota yang baharu menggantikan Putera Muhammad bin Nayef yang telah dipecat.
- Masjid Besar al-Nuri dimusnahkan di Pertempuran Mosul, Iraq.
- Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam satu serangan bom kereta yang berlaku di Mogadishu, Somalia.
- Bekas Canselor Jerman Helmut Kohl meninggal dunia pada umur 87 tahun.
- Dua orang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia maut apabila pesawat Hawk 108 yang dipandu oleh mereka terhempas. Mayat mereka ditemui di kawasan berpaya di Chukai, Terengganu.
- Menara Grenfell setinggi 24-tingkat di London musnah dalam satu kebakaran (gambar), dengan sekurang-kurangnya 17 orang meninggal dunia.
- Satu serangan ke atas para anggota Kongres Amerika Syarikat di Alexandria, Virginia, mencederakan lima orang.
- Berikutan pemilihan beliau sebagai pemimpin bagi Fine Gael pada 2 Jun, Leo Varadkar dilantik sebagai Taoiseach (Perdana Menteri) di Ireland.
- Persidangan Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu yang pertama berakhir dengan lebih daripada 1,300 komitmen sukarela oleh negara-negara anggota PBB bagi mempromosikan pemuliharaan marin dan penggunaan lestari sumber-sumber marin.
- Lebih daripada 150 orang terbunuh dalam tanah runtuh terburuk di Bangladesh.
- Sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh dengan sebahagian besar daripada mereka terperangkap dalam tragedi tanah runtuh ekoran dari hujan lebat di Dhaka, Bangladesh.
- Sebanyak 13 anggota marin Filipina terbunuh dalam pertempuran menentang militan Maute di bandar Marawi, Filipina.
- Parti Konservatif pimpinan Theresa May (gambar) kehilangan majoriti di dalam pilihan raya umum United Kingdom. Beliau masih diberikan mandat menubuhkan kerajaan campuran bersama Parti Kesatuan Demokratik (DUP).
- Seramai 12 orang termasuk terbunuh manakala 39 lagi cedera selepas tujuh individu termasuk seorang wanita bersenjata melancarkan dua serangan bom berasingan di bangunan Parlimen Iran dan di makam Ayatollah Khomeini, Tehran, Iran.
- Analysis ke atas fosil-fosil daripada Jebel Irhoud, Maghribi, mungkin menunjukan Homo sapiens berevolusi sekurang-kurangnya 100,000 tahun lebih awal dari yang difikirkan.
- Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Tentera Udara Myanmar yang membawa 122 orang, terhempas ke dalam Laut Andaman.
Julai
- Satu pengeboman di Lahore, Pakistan mengorbankan 25 orang dan 53 yang lain.
- Jordan Spieth memenangi Kejuaraan Terbuka dalam sukan golf.
- Piala Dunia Kriket Wanita berakhir dengan England mengalahkan India dalam perlawanan akhir.
- Pelumba basikal, Chris Froome memenangi Tour de France 2017.
- Ram Nath Kovind dipilih sebagai Presiden India ke-14.
- Ahli matematik Iran, Maryam Mirzakhani, wanita pertama yang menerima Pingat Fields, meninggal dunia pada umur 40 tahun.
- Penerima Hadiah Nobel Keamanan 2010, bekas tahanan dan aktivis politik, Liu Xiaobo meninggal dunia pada usia 61 tahun.
- Bekas Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva dijatuhi hukuman penjara selam sembilan setengah tahun di atas skandal rasuahnya.
- Sebuah bongkah ais terbesar yang meliputi kira-kira 5,800 km2 (2,200 meter persegi), mencair dan hanyut dari kawasan Larsen C di Antartika.
- Sekurang-kurangnya 23 tentera Mesir terbunuh manakala lebih 26 lagi cedera dalam satu serangan bom bunuh diri berhampiran pos pemeriksaan tentera di utara Sinai, Mesir.
- John Terry disahkan mengikat kontrak selama setahun dengan kelab Aston Villa F.C.
- Empat orang askar Pakistan maut selepas bom yang disembunyikan di dalam beg plastik meletup di Khyber, Pakistan.
Ogos
- Mahkamah Agung Kenya memerintahkan bahawa pemilihan Presiden Kenya pada 8 Ogos lalu dibatalkan dan pemilihan semula perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari.
- Dalam sukan tinju, Floyd Mayweather Jr. berjaya menewaskan atlet seni bela diri campuran, Conor McGregor.
- Dalam sukan ragbi, New Zealand berjaya menewaskan England.
- Taufan Harvey menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Texas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang awam.
- Sekurang-kurangnya 36 orang terkorban dalam satu rusuhan di utara India selepas guru, Gurmeet Ram Rahim Singh didakwa atas tuduhan merogol.
- Suatu gerhana matahari penuh melintasi tanah besar Amerika Syarikat buat kali pertama sejak tahun 1918.
- Puting beliung Hato membadai kawasan selatan negara China dan Vietnam, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang.
- Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 156 lagi cedera dalam satu kemalangan kereta api di Khatauli, India.
- Tiga serangan berasingan mengorbankan 15 orang awam dan mencederakan lebih 100 yang lain di Barcelona, Catalonia, Sepanyol.
- Sekurang-kurangnya 400 orang disahkan terkorban dalam banjir lumpur di Freetown, Sierra Leone.
- Dalam sukan golf, Justin Thomas memenangi Kejuaraan PGA 2017.
- Sebuah kereta yang dipandu telah melanggar sekumpulan aktivis di Charlottesville, Virginia, Amerika Syarikat mengorbankan seorang dan mencederakan lebih kurang 19 yang lain.
- Sekurang-kurangnya 70 orang disahkan terkorban di hospital akibat masalah bekalan oksigen di dalam wad.
- Uhuru Kenyatta dipilih sebagai Presiden Kenya buat penggal kedua berturut-turut.
- Satu gemba bumi bermagnitud 7.0 Mw di provinsi Sichuan, China mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan 431 yang lain cedera.
- Pemain bola sepak Brazil, Neymar menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain F.C. dengan mencatatkan rekod perpindahan termahal di dunia sebanyak € 222 juta.
- Shahid Khaqan Abbasi dilantik sebagai Perdana Menteri Pakistan ke-14 yang baharu.
September
- Penduduk Wilayah Kurdistan mengundi bagi menuntut kemerdekaan walaupun pengundian tersebut tidak mengikut perlembagaan Kerajaan Persekutuan Iraq.
- Gabungan CDU/CSU pimpinan Angela Merkel memenangi Pilihan raya Persekutuan Jerman 2017
- Parti Nasional yang dipimpin oleh Bill English memenangi Pilihan raya umum New Zealand 2017.
- Suatu gempa bumi bermagnitud 7.1 Mw melanda kawasan tengah Mexico dan mengorbankan lebih 300 orang awam.
- Taufan Maria membadai Kepulauan Antille, menyebabkan kemusnahan yang meluas dan mencatatkan sekurang-kurangnya 9 kematian orang awam.
- Misi Cassini–Huygens ke sistem planet Zuhal ditamatkan selepas 20 tahun beroperasi dengan dijatuhkan dengan kawalan ke atmosfera Zuhal buat selama-lamanya.
- Halimah Yacob dilantik sebagai Presiden Singapura ke-8 selepas disahkan menang tanpa bertanding dalam Pilihan raya Presiden Singapura 2017.
- IOC menganugerahkan hak Paris dan Los Angeles sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2024 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2028.
- Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-28, Yang di-Pertuan Agong ke-5 dan ke-14, dan pemerintah diraja yang kedua paling lama memerintah di dunia ketika hidup terkini, usia 89, telah mangkat pada jam 2.30 petang di Istana Anak Bukit, Kedah.
- Taufan Irma membadai Kepulauan Caribbean dan Amerika Syarikat. Mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang awam.
- Suatu gempa bumi bermagnitud 8.1 melanda Guatemala dan Mexico, mengorbankan lebih dari 90 orang awam.
- Banjir monsun mengorbankan hampir 1,300 orang awam dan menjejaskan 45 juta yang lain di negara India, Pakistan, Nepal, dan Bangladesh.
- Korea Utara melakukan ujian nuklear keenam.
- Teknologi X-ray yang bebas laser elektron dirasmikan di Hamburg, Jerman.
Oktober
- Satu serangan di bandar Manhattan, New York City telah mengorbankan 8 orang awam dan sekurang-kurangnya 11 orang mengalami kecederaan.
- Parti Kemerdekaan pimpinan Bjarni Benediktsson memenangi kebanyakan kerusi di dalam pilihan raya Parlimen Iceland.
- Wilayah Catalonia mengeluarkan satu deklarasi kemerdekaan dari kerajaan Sepanyol, yang kerajaan baharunya mengenakan pemerintahan secara langsung di bawah Artikel 155 perlembagaannya.
- Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev mengumumkan bahawa bahasa Kazakh akan mula menggunakan tulisan Latin, sebelum ini menggunakan tulisan Cyrillic.
- Kerajaan Australia kehilangan majoriti perundangannya setelah Mahkamah Tinggi Australia menganggap lima anggota parlimen tidak layak untuk berkhidmat.
- Julio Borges bersama-sama banduan dan aktivis politik dari Venezuala yang terdiri daripada Leopoldo López, Antonio Ledezma, Daniel Ceballos, Yon Goicoechea, Lorent Saleh, Alfredo Ramos dan Andrea González memenangi Anugerah Sakharov.
- Di Kongres Kebangsaan Parti Komunis China, Xi Jinping dipilih sebagai Setiausaha Agung buat penggal kedua berturut-turut, dan teori pemikiran politik Xi Jinping telah dicatatkan di dalam perlembagaan parti.
- Perdana Menteri Jepun, Shinzō Abe mengekalkan kemenangan mudah di dalam Pilihan raya umum Jepun 2017.
- Angkatan Tentera Filipina mengishtiharkan kemenangan terhadap ISIL di dalam Pertempuran Marawi.
- Parti ANO, yang diketuai oleh Andrej Babiš, memenangi kebanyakan kerusi di dalam Pilihan raya perundangan Czech.
- Jacinda Ardern dijangka menjadi Perdana Menteri New Zealand selepas membentuk kerajaan campuran di antara Parti Buruh dan Parti NZ First.
- Karya Lincoln di Bardo oleh George Saunders memenangi Hadiah Man Booker.
- Pasukan Demokratik Syria (SDF) mengisytiharkan kemenangan dalam Pertempuran Raqqa.
- Pengumuman projek pemerhatian pertama mengenai penggabungan bintang neutron dalam gelombang kegravitian serta sinar gamma, cahaya tampak, dan bentuk lain radiasi elektromagnetik.
- ÖVP, diketuai oleh Sebastian Kurz, memenangi kebanyakan kerusi di dalam Pilihan raya perundangan Austria.
- Sooronbay Jeenbekov dipilih sebagai Presiden Kyrgyzstan mulai 1 Disember 2017.
- Suatu pengeboman berkembar telah mengorbankan sekurang-kurangnya 320 orang awam di Mogadishu, Somalia.
- Suatu kebakaran hutan di Utara California telah mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang awam dan memusnahkan beberapa bangunan dan struktur binaan yang lain.
- Richard Thaler dianugerahkan Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi.
- Banjir dan tanah runtuh berikutan dari Taufan Nate mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang awam di Amerika Tengah
- Kazuo Ishiguro dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Sastera.
- Jeffrey C. Hall, Michael Rosbash, dan Michael W. Young berkongsi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuan mekanisme molekul mereka yang mengawal ritma sirkadian.
- Sekurang-kurangnya 60 orang meninggal dunia dan 530 yang lain cedera dalam satu tembakan rambang di sebuah konsert di Las Vegas.
- Krisis perlembagaan di Catalonia, Sepanyol membawa kepada referendum menuntut kemerdekaan.
November
- Kerajaan Indonesia mengarahkan pemindahan 100,000 orang awam dari Bali akibat letusan Gunung Agung
- Sekurang-kurangnya 305 orang awam terbunuh akibat dari serangan pengganas di dalam masjid di Bir al-Abed, Mesir.
- Emmerson Mnangagwa dipilih sebagai Presiden Zimbabwe ke-3 menggantikan Robert Mugabe yang meletakkan jawatan pada 21 November lalu.
- Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai Majlis Bandaraya ke-14 di negara Malaysia dan kedua di negeri Johor dengan secara rasminya.
- Kapal selam Argentina, ARA San Juan hilang di Lautan Atlantik Selatan bersama 44 kru yang lain.
- Salvator Mundi, yang biasanya dikaitkan dengan Leonardo da Vinci, dijual pada lelongan awam dan berjaya meraih US$ 450.3 juta yang merupakan sebuah rekod baharu untuk lukisan termahal.
- Borut Pahor dipilih semula sebagai Presiden Slovenia.
- Robert Mugabe meletakkan jawatan sebagai Presiden Zimbabwe selepas rampasan kuasa tentera tempoh hari.
- Suatu gempa bumi melanda sempadan antara Iraq dan Iran, membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dan mencederakan lebih 7,000 orang lain.
- Paradise Papers—lebih daripada 13 juta dokumen kewangan berkaitan dengan pelaburan luar pantai—telah dibocorkan.
- Di Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat, satu kejadian tembakan ke arah orang awam di sebuah gereja Baptist membunuh 26 orang dan mencederakan 20 orang lagi.
- Dalam satu usaha pembaharuan oleh Putera Mahkota, Mohammad bin Salman, kerajaan Arab Saudi telah memberkas lebih kurang 40 orang para pemimpin kanan dan menteri di atas tuduhan rasuah.
- Orang utan Tanpanuli disahkan sebagai spesis baharu Hominidae.
- Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan lebih daripada 90 yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji janakuasa arang batu di Uttar Pradesh, India.
- Bekas Jeneral dari etnik Croat Bosnia, Slobodan Praljak membunuh diri dengan meminum racun di saat akhir perbicaraan sabitan jenayahnya di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia.
Disember
- Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala 84 lagi cedera dalam serangan pengeboman bunuh diri di Kabul, Afghanistan.
- George Weah dipilih sebagai Presiden Liberia.
- Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski memberi pengampunan kepada bekas presiden sebelumnya, Alberto Fujimori.
- Taufan Tembin membadai selatan Filipina, mengorbankan lebih daripada 200 ratus orang dan berpuluh-puluh yang lain disahkan hilang.
- HMAS AE1, kapal selam milik Tentera Laut Diraja Australia yang hilang di laut pada tahun 1914, dijumpai di perairan Duke of York Islands, Provinsi Britain Baru Timur (berhampiran dengan Papua New Guinea).
- Pihak pro-kemerdekaan pimpinan Carles Puigdemont memperoleh majoriti di dalam pilihan raya Catalan.
- Dilantik sebagai Canselor Austria pada usia 31 tahun, Sebastian Kurz menjadi ketua kerajaan termuda di dunia.
- Sebastián Piñera dipilih sebagai Presiden Chile buat kali kedua.
- Di Amerika Syarikat, kereta api penumpang Amtrak Cascades terlibat dengan kemalangan di DuPont, Washington mengorbankan sekurang-kurangnya 3 orang dan mencederakan lebih daripada 70 yang lain.
- Juan Orlando Hernández (gambar) diisytiharkan sebagai pemenang dalam pemilihan Presiden Honduras, manakala Pertubuhan Negara-Negara Amerika mendesak untuk membuat pengundian baharu kerana ia dianggap sebagai tidak sah.
- Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda kawasan Jawa Barat, Indonesia, menyebabkan 4 orang maut.
- Syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa ia akan membeli sebahagian besar pegangan saham 21st Century Fox, bernilai sekurang-kurangnya $52.4 bilion.
- Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengisytiharkan kemenangan tentera Iraq terhadap DAISH/ISIL, selepas menawan semula wilayah yang dikuasai sejak berbulan yang lalu.
- Parlimen Australia meluluskan pindaan untuk membenarkan perkahwinan sama jantina.
- Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat melalui Pengerusinya, Ajit Pai mengundi untuk memansuhkan undang-undang keberkecualian rangkaian Tajuk II.
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
- Siklon Ockhi membadai India dan Sri Lanka, mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang dan beratus-ratus yang lain masih hilang.
- Halszkaraptor, genus dinosaur seperti itik yang dianggap telah semiaquatik, digambarkan dari fosil Mongolia.
- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menggantung penyertaan Rusia di Olimpik Musim Sejuk 2018, berikutan siasatan ujian doping ketika sukan edisi 2014.
- Mantan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh terbunuh dalam konflik berterusan yang berlaku di Sana'a.