Pilihan raya umum Ireland 2011

Pilihan raya umum Ireland 2011 berlangsung pada Jumaat, 25 Februari, untuk memilih 165 orang Teachtaí Dála (Wakil Rakyat)[nb 2] dari 43 kawasan pengundian Dáil Éireann, dewan rakyat parlimen Ireland, iaitu Oireachtas. Dáil dibubarkan dan pilihan raya umum diumumkan oleh Presiden Mary McAleese pada 1 Februari, atas nasihat Taoiseach (Perdana Menteri) Brian Cowen.[1] Para pengundi ditugaskan memilih ahli-ahli Dáil ke-31 yang mulai bersidang pafa 9 Mac 2011 untuk mencalonkan Taoiseach serta meratifikasi menteri-menteri Kerajaan pada Dáil ke-31.

Pilihan raya umum Ireland 2011

← 2007 25 Februari 2011 Next →
← Ahli-ahli Dáil ke-30

165 daripada 166 kerusi Dáil Éireann
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Enda Kenny Eamon Gilmore Micheál Martin
Parti Fine Gael Parti Buruh Fianna Fáil
Pemimpin sejak 2 Jun 2002 6 September 2007 26 Januari 2011
Kerusi pemimpin Mayo Dún Laoghaire Cork South Central
Pilihan raya
lepas
51 keursi, 27.3% 20 kerusi, 10.1% 77 kerusi, 41.6%
Kerusi yang
dimenangi
70 37 20
Perubahan kerusi 19 17 57
Undian popular 801,725 431,798 387,362
Peratusan 36.1 19.4 17.4
Peralihan undi 8.8 9.3 24.2

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
 
Pemimpin Gerry Adams Pelbagai N/A
Parti Sinn Féin United Left Alliance New Vision
Pemimpin sejak 13 November 1983 N/A N/A
Kerusi pemimpin Louth[nb 1] N/A N/A
Pilihan raya
lepas
4 kerusi, 6.9% N/A N/A
Kerusi yang
dimenangi
13 5 1
Perubahan kerusi 9 5 1
Undian popular 220,660 57,139 25,422
Peratusan 9.9 2.6 1.1
Peralihan undi 3.0 2.6 1.1

  Parti ketujuh
 
Pemimpin John Gormley
Parti Parti Hijau (Ireland)
Pemimpin sejak 17 Julai 2007
Kerusi pemimpin Dublin South East (Kalah)
Pilihan raya
lepas
6 kerusi, 4.7%
Kerusi yang
dimenangi
0
Perubahan kerusi 6
Undian popular 41,039
Peratusan 1.8
Peralihan undi 2.9

Taoiseach sebelum pilihan raya

Brian Cowen
Fianna Fáil

Taoiseach Seterusnya

TBD

Sebelum ini, pada 20 Januari, Cowen mengumumkan bahawa pilihan raya diadakan pada 11 Mac, dan selepas belanjawan 2011 diluluskan, beliau menginginkan pembubaran Dáil ke-30 oleh Presiden.[2] Akan tetapi, Parti Hijau, parti terbaru dalam kerajaan campuran bersama Fianna Fáil yang dianggotai oleh Cowen, menarik diri dari kerajaan pada 23 Januari atas alasan bahawa pihaknya akan menyokong rang kewangan yang terpenggal dari pihak pembangkang supaya pilihan raya diadakan lebih awal.[3] Pada 24 Januari, Menteri Kewangan, Brian Lenihan, Jnr mencapai kata sepakat dengan pihak pembangkang di Dáil Eireann untuk melengkapkan semua peringkat pelulusan rang kewangan di kedua-dua dewan Oireachtas, sebelum 29 Januari; selepas itu, Dáil perlu dibubarkan serta-merta.[4] Mengikut perlembagaan, pilihan raya mesti diadakan tidak lebih 30 hari sepelas Dáil dibubarkan.[nb 3]


Fianna Fáil hilang kuasa[5] dalam kekalahan paling teruk oleh parti pemerintah semenjak negara Ireland berdaulat pada tahun 1921. Fianna Fáil hilang lebih setengah undian keutamaan pertamanya dari tahun 2007 dan hanya mempertahankan 20 kerusi. Parti ini akan menjadi parti ketiga terbesar dalam Dáil ke-31, kali pertama ia tidak menjadi parti terbesar dalam dewan rakyat sejak pilihan raya 1927. Akhbar The Irish Times memerikan kejatuhan Fianna Fáil sebagai "kekalahan yang melakar sejarah." [6] Fine Gael memenangi 76 kerusi untuk menjadi parti terbesar di Dáil buat kali pertama dalam sejarah 78 tahunnya, manakala Parti Buruh menjadi kedua terbesar, dan Sinn Féin juga menambah kerusinya. Pemimpin Fine Gael, Enda Kenny diduga menjadi Taoiseach kerajaan campuran bersama Parti Buruh.[7][8][9][10]

Catatan

sunting
  1. ^ Adams pernah mewakili Belfast West di Dewan Rakyat British dan Dewan Undangan Ireland Utara. Beliau memenangi kerusi Louth dalam pilihanraya ini.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ceann
  3. ^ Constitution of Ireland, Article 16.3.2°

Rujukan

sunting
  1. ^ "Election date confirmed as February 25". BreakingNews.ie. Dicapai pada 1 Februari 2011. Unknown parameter |sate= ignored (bantuan)
  2. ^ "Termination of Ministerial Appointments: Announcement by Taoiseach". Dáil Éireann Debate. Oireachtas. 20 Januari 2011. m/s. Vol. 726 No. 5. Dicapai pada 22 Januari 2011.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama rte20110123
  4. ^ "Election due after deal struck". Irish Independent. 24 Januari 2011. Dicapai pada 24 Januari 2011.
  5. ^ Angry electorate coldly voted to liquidate Fianna Fáil
  6. ^ Ferriter, Diarmaid.Recapturing relevance a huge challenge for FF. The Irish Times, 2011-03-01.
  7. ^ Irish election: Enda Kenny claims opposition victory. BBC News, 26 Februari 2011
  8. ^ Fine Gael poised to lead next government as FF collapses. The Irish Times, 27 Februari 2011
  9. ^ McDonald, Henry. Fianna Fáil trounced as Fine Gael and Labour set to form coalition. The Guardian, 27 Februari 2011.
  10. ^ steps taken to form coalition government

Pautan luar

sunting

Manifesto

sunting