Tokyo Skytree

(Dilencongkan daripada Tokyo Sky Tree)

Tokyo Skytree (東京スカイツリー, Tōkyō Sukaitsurī), sebelum ini dikenali sebagai New Tokyo Tower (新東京タワー, Shin Tōkyō Tawā), ialah sebatang menara penyiaran, restoran dan cerapan di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur buatan tertinggi di Jepun pada 2010[1] dan mencapai ketinggian maksimumnya 634.0 meter (2,080 ka) pada Mac 2011, menjadikannya menara komunikasi tertinggi di dunia[2][3] dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai. Projek ini siap pada 29 Februari 2012, dengan pembukaan awam dijadualkan pada 22 Mei 2012.[4]

Tokyo Skytree
توکيو سکايتري
東京スカイツリー
Tokyo Sky Tree, Mei 2012
Map
Maklumat umum
StatusSiap
JenisMenara penyiaran, restoran dan cerapan
Gaya seni binaNeo-futurism (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiSumida, Tokyo, Jepun
Alamat東京都墨田区押上一丁目1番1号 Sunting nilai ini di Wikidata
NegaraJepun Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat35°42′36.2″N 139°48′38.6″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula14 Julai 2008
Disiapkan pada29 Februari 2012
Pembukaan22 Mei 2012
Dirasmikan pada22 Mei 2012 Sunting nilai ini di Wikidata
Pembiayaan40 bilion JPY (440 juta USD)
PemilikTobu Tower Sky Tree Co., Ltd.
Maklumat ketinggian
Menara antena634.0 m (2,080 ka)
Bumbung495.0 m (1,624 ka)
Tingkat teratas450.0 m (1,476 ka)
Butiran teknikal
BahanKeluli Sunting nilai ini di Wikidata
Bilangan tingkat29 Sunting nilai ini di Wikidata
Lif/mesin pengangkat13
Keluasan permukaanbangunan: 31,832.6 m²
keluasan lantai kasar: 229,410.3 m² Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekNikken Sekkei
PemajuTobu Railway
Jurutera penstrukturanNikken Sekkei Sunting nilai ini di Wikidata
Kontraktor utamaObayashi Corp.
Anugerah/hadiah BCS Prize (en) Terjemah (2014) Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web
www.tokyo-skytree.jp/english/
Facebook: TOKYOSKYTREE.official Twitter: skytreeofficial Instagram: tokyoskytree_official Youtube: UCUD3PvguZ17KAX7d3W_qZnw TikTok: tokyoskytree_official Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Reka bentuk

sunting

Reka bentuk Tokyo Sky Tree diperkenalkan pada 24 November 2006, berdasarkan tiga konsep yang berikut:

  • Gabungan reka bentuk futuristik dan keindahan tradisional Jepun
  • Pemangkin pencergasan semula kota
  • Sumbangan kepada pencegahan bencana "Keselamatan dan Ketenteraman"

Tapak menara ini berstruktur serupa dengan "tripod"; dari paras tinggi 350 m (1,150 ka) ke atas, struktur menara berbentuk silinder.

Di paras 350 m (1,150 ka) dan 450 m (1,480 ka) terletaknya balai cerap.

Kalis gempa bumi

sunting

Tokyo Sky Tree dilengkapi dengan pengalisan gempa bumi yang canggih sekali, terdiri daripada syaf tengah yang diperbuat daripada konkrit yang diperkuat. Tiang dalaman utamanya dipasangkan pada struktur menara luaran pada paras 125 meter (410 ka) dari tanah. Dari situ sehingga paras 375 meter (1,230 ka), tiang tersebut dipasangkan pada rangka menara dengan peredam minyak yang bertindak sebagai penambat sewaktu gempa bumi. Menurut para pereka, peredam-peredam ini boleh menyerap 50 peratus tenaga dari gempa bumi.[5]

Kekisi luaran diberi warna yang secara rasminya bergelar "Sky Tree White", iaitu warna asli yang berdasarkan sejenis warna tradisional Jepun yang putih kebiruan, iaitu aijiro (藍白).[6]

Pencahayaan

sunting

Reka bentuk pencahayaan menara disiarkan pada 16 Oktober 2009. Dua corak pencahayaan berbeza (biru langit dan ungu) digunakan secara bersilih ganti setiap hari. Menara ini dicahayakan dengan lampu-lampu LED.

Penyiaran

sunting

Tokyo Sky Tree akan digunakan sebagai menara komunikasi untuk pelbagai media oleh pelbagai syarikat.

Penyiar televisyen

sunting
Saluran Nama saluran Pengenal Kuasa isyarat Liputan
1
NHK General TV / NHK G (GTV) JOAK-DTV 10 kW Kantō (kecuali Wilayah Ibaraki)
2
NHK Educational TV / NHK E (ETV) JOAB-DTV Seluruh Jepun
4
Nippon Television / Nittele (NTV) JOAX-DTV Seluruh Kantō
5
TV Asahi / Tele-Asa (EX) JOEX-DTV
6
TBS JORX-DTV
7
TV Tokyo / Teleto (TX) JOTX-DTV
8
Fuji Television (CX) JOCX-DTV
9
Tokyo Metropolitan Television / Tokyo MX JOMX-DTV 3 kW Tokyo

Penyiar radio FM

sunting
Frekuensi Nama stesen Pengenal Kuasa isyarat Liputan
81.3 MHz J-Wave JOAV-FM 44 kW Tokyo
82.5 MHz NHK Tokyo FM JOAK-FM

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Tokyo Sky Tree beats Tokyo Tower, now tallest building in Japan, The Mainichi Daily News, 29 Mac 2010
  2. ^ "Japan Finishes World's Tallest Communications Tower". Council on Tall Buildings and Urban Habitat. 1 Mac 2012. Dicapai pada 2 Mac 2012.
  3. ^ "Tokyo Sky Tree". Emporis. Dicapai pada 2 Mac 2012.
  4. ^ "事業概要". Tokyo Sky Tree Home (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2 September 2011.
  5. ^ Nakata, Hiroko, "Tokyo Sky Tree opener looms large", Japan Times, 21 Februari 2012, ms. 3.
  6. ^ "Color Design". Tokyo Sky Tree. Japan: Tobu Railway Co. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-26. Dicapai pada 7 June 2011.

Pautan luar

sunting