Portal:Hal semasa/April
2018
- Pertembungan di sepanjang sempadan di antara Israel dan Genting Gaza menyebabkan 17 pembantah Palestin terbunuh dan lebih 1,400 yang lain tercedera.
- Ahli falak melaporkan penemuan MACS J1149 Lensed Star 1, bintang terjauh yang diketahui pada 9 bilion tahun cahaya.
- Stesen angkasa pertama China, Tiangong-1 masuk ke dalam atmosfera semula dan terhempas di selatan Lautan Pasifik.
- Viktor Orbán, dipilih sebagai Perdana Menteri Hungary buat penggal ketiga.
- Serzh Sargsyan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Armenia atas desakan rakyat marhaen. Beliau yang sebelum itu merupakan Presiden Armenia yang tamat penggal pentadbirannya pada 9 April 2018 kemudian dipilih semula sebagai Perdana Menteri Armenia sejak 17 April 2018.
2017
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan April, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2017)
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan April, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
- 4 April Enam orang termasuk juruterbang serta ahli parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas dekat Semenyih.
- 13 Apr Günter Grass (gambar), pemenang anugerah Nobel serta pengarang bagi The Tin Drum dan Dog Years, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
- 21 April Nokia bersetuju untuk membeli syarikat pembuat peranti telekomunikasi Alcatel-Lucent dengan harga €15.6 bilion (RM60.73 bilion).*21 April Kereta api maglev Siri L0 berjaya memecahkan rekod kelajuan dunia dan menjadi kereta api pertama yang mampu bergerak dalam kelajuan melebihi 600 km/h (375 mph).
2014
- Gjorge Ivanov terpilih semula sebagai Presiden Republik Macedonia, manakala kerajaan campuran pimpinan VMRO-DPMNE mengekalkan kemajmukan dalam parlimen.
- Sebuah kereta api tergelincir di Katanga, Republik Demokratik Congo, menyebabkan 48 orang maut.
- NASA mengakhiri misi LADEE (gambar) dengan sengaja menjatuhkannya ke permukaan sisi jauh Bulan.
- Abdelaziz Bouteflika (gambar) dipilih semula sebagai Presiden Algeria setelah memperoleh 82% undian dalam pilihan raya.
- 16 orang jurupandu Nepal terbunuh dalam satu runtuhan salji di Gunung Everest.
- Penulis Colombia Gabriel García Márquez, penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1982, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
- Ukraine melancarkan kempen ketenteraan terhadap aktivis pro-Rusia di timur Ukraine.
- Lebih 100 orang meninggal dunia akibat wabak Ebola di Afrika Barat.
- Viktor Orbán terpilih semula sebagai Perdana Menteri Hungary selepas partinya memenangi pilihan raya parlimen.
- Ahli sains mendapati bahawa salah satu bulan Zuhal, Enceladus (gambar) mempunyai lautan air cecair di bawah permukaan bekunya.
2013
- Selepas bondanya Beatrix turun takhta, Willem-Alexander menjadi Raja Belanda.
- Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel (gambar) mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin helium cecair .
- Lebih 1,000 orang maut dan 2,500 lagi cedera apabila sebuah bangunan runtuh dekat Dhaka, Bangladesh.
- Menara masjid abad ke-11 Masjid Agung Aleppo di Aleppo, musnah dalam perang saudara Syria.
- Dalam bola sepak, Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris.
- Horacio Cartes terpilih sebagai Presiden Paraguay, manakala partinya mendapat kemajmukan dalam Kongres.
- Gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda berhampiran Ya'an, wilayah Sichuan, China, membunuh lebih 190 orang dan mencederakan ribuan lagi.
- Giorgio Napolitano menjadi Presiden Itali pertama yang terpilih semula.
- Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf ditahan berkaitan pemecatan hakim pada 2007.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda Sistan dan Baluchestan, yang terkuat di Iran buat 40 tahun.
- Dua letupan berhampiran garisan penamat Maraton Boston membunuh 3 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain.
- Dalam pilihan raya selepas kematian Hugo Chávez, Nicolás Maduro (gambar) terpilih sebagai Presiden Venezuela.
- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam tembakan rawak di kampung Velika Ivanča, Serbia.
- Bekas Perdana Menteri British Margaret Thatcher meninggal dunia pada umur 87 tahun.
- Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane, India.
2012
- Polis menahan lebih 500 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 3.0 (gambar) di Kuala Lumpur.
- Fayez al-Tarawneh menjadi Perdana Menteri Jordan buat kali kedua selepas Awn Shawkat Al-Khasawneh meletak jawatan.
- Mark Rutte meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Belanda.
- Dua kereta api berlanggar (gambar) di Amsterdam, mengorbankan seorang penumpang dan mencederakan puluhan lagi.
- India berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua Agni-V.
- Jim Yong Kim terpilih sebagai Presiden Bank Dunia.
- Taur Matan Ruak terpilih sebagai Presiden Timor Leste.
- Di tengah-tengah pilihan raya presiden, pihak tentera merampas kuasa di Bissau, ibu negara Guinea-Bissau.
- Parti memerintah Parti Saenuri pimpinan Park Geun-hye mengekalkan majoritinya dalam pilihan raya Korea Selatan.
- Gempa bumi bermagnitud 8.6 melanda 430 km di luar pantai Sumatera, mencetuskan amaran tsunami di sekitar Lautan Hindi.
- Presiden Malawi Bingu wa Mutharika (gambar) meninggal dunia pada usia 78 tahun.
- Berikutan tuduhan salah laku akademik, Pál Schmitt meletak jawatan sebagai Presiden Hungary.
- Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil Myanmar.
2011
- Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton (gambar) dilangsungkan di London.
- Sekurang-kurangnya 300 orang terkorban di selatan Amerika Syarikat dalam letusan puting beliung paling dahsyat sejak 1974.
- Hamas dan Fatah memeterai satu perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan Palestin sebelum pilihan raya akan datang.
- Selepas empat bulan bantahan anti-kerajaan, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh bersetuju meletak jawatan dalam masa 30 hari.
- Presiden Nigeria Goodluck Jonathan terpilih semula sebagai presiden.
- Tiga tahun selepas turun sebagai Presiden, Fidel Castro meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba.
- Parti Campuran Nasional pimpinan Timbalan PM Jyrki Katainen (gambar) mendapat kemajmukan dalam pilihan raya parlimen Finland.
- Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya ditahan, dua bulan selepas meletak jawatan di tengah-tengah bantahan meluas.
- Jepun menaikkan keterukan kemalangan nuklear Fukushima I ke tahap 7, yang tertinggi dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa.
- Bekas Presiden Côte d'Ivoire Laurent Gbagbo (gambar) ditangkap selepas sebulan berkonflik dengan Alassane Ouattara.
- Baruch Blumberg, yang menerima Hadiah Nobel Perubatan 1976 kerana menemui virus Hepatitis B virus, meninggal pada usia 85 tahun.
- Serpihan besar bangkai Penerbangan 447 Air France, yang hilang di atas Lautan Atlantik pada 2009, ditemui.
- Adel Safar menjadi Perdana Menteri Syria selepas Muhammad Naji al-Otari meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
2010
- Pesta Sedunia terbesar dalam sejarah Expo 2010 (gambar) dibuka di Shanghai, China.
- Parti Presiden Omar al-Bashir memenangi pilihan raya Sudan 2010.
- Raja Albert menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Belgium Yves Leterme, selepas kerajaannya runtuh.
- 11 orang hilang dikhuatiri mati selepas pelantar minyak Deepwater Horizon meletup dan menumpahkan minyak di Teluk Mexico.
- Perikatan Kebebasan Rakyat Bersatu pimpinan Presiden Mahinda Rajapaksa, memenangi pilihan raya umum Sri Lanka 2010, mendapat 144 daripada 225 kerusi parlimen.
- Larian Live Earth diadakan serentak di 39 negara.
- Abu gunung berapi daripada letusan Eyjafjallajökull (gambar) di Iceland menggendalakan lalu lintas udara di utara dan barat Eropah.
- Ribut kuat melanda Bangladesh dan timur India, mengorbankan lebih 140 orang.
- Lebih 2,100 orang terbunuh dalam gempa bumi di Yushu, Qinghai, China.
- Pemimpin lebih 40 negara di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, D.C. bersetuju akan satu rancangan melawan keganasan nuklear.
- Sebuah kereta api tergelincir di Merano, Itali, akibat tanah runtuh menyebabkan 9 orang maut.
- Kemalangan pesawat berhampiran Smolensk, Rusia, membunuh kesemua 96 orang atas kapal, termasuk Presiden Poland Lech Kaczyński (gambar) dan 42 pegawai Poland lain.
- Pertempuran antara tentera kerajaan Thai dan pembantah menyebabkan 21 orang terbunuh.
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-16 diadakan di Hanoi, Vietnam.
- Spesies baru biawak benggala Varanus bitatawa ditemui di Filipina.
- Space Shuttle Discovery dilancarkan (gambar) dalam misi STS-131 membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
2009
- Jenis baru selesema babi disahkan menjangkiti lebih 9,200 orang di seluruh dunia (gambar polis bertopeng) dan membunuh lebih 75 orang.
- Kongres Kebangsaan Afrika kehilangan majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya umum Afrika Selatan 2009.
- Satu kajian arkeologi kerajaan China menemui 290 km lagi Tembok Besar China.
- Persidangan Kajian Semula Durban berlangsung di Geneva, Switzerland.
- Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva (gambar) mengisytiharkan darurat di Bangkok dan kawasan sekitarnya selepas rusuhan Pattaya 2009 memaksa Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 dibatalkan.
- Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia dan dihukum 25 tahun penjara.
- Costa Rica, Filipina, Malaysia dan Uruguay tidak lagi disenaraihitamkan sebagai syurga cukai yang tidak bekerjasama dengan OECD.
- Gempa bumi melanda L'Aquila, Itali, mengorbankan lebih 290 orang dan mencederakan 1,000 lagi.
- OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- Albania dan Croatia menyertai NATO.
2008
- Kenaikan harga makanan sejagat secara mendadak mengakibatkan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.
- Danica Patrick memenangi Indy Japan 300, menjadi pelumba wanita pertama memenangi mana-mana perlumbaan IndyCar.
- Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama ke angkasa.
- Larian obor Olimpik di London, Paris dan San Francisco diganggu oleh pembantah yang membangkang rekod hak asasi manusia China.
- ATV Jules Verne (gambar) berjaya berlabuh secara automatik dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Pergerakan Perubahan Demokratik mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen Zimbabwe, menewaskan parti Presiden Robert Mugabe ZANU-PF.
- Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan.
2007
- Pertabalan Yang di-Pertuan Agong: Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 di Istana Negara.
- Sebuah planet luar suria yang seakan-akan bumi, Gliese 581 c, ditemui di buruj Libra dan mungkin mampu menyokong hidupan.
- Perang Iraq: Sekurang-kurangnya 183 orang terbunuh dalam pengeboman terburuk di Baghdad sejak "operasi keselamatan" bermula dua bulan lalu.
- Satu siri tembakan yang membunuh 33 orang dan mencederakan 29 yang lain terjadi di Virginia Polytechnic Institute and State University di Blacksburg, Virginia, A.S.
- Perang Iraq: Satu letupan di kafeteria Perhimpunan Kebangsaan Iraq membunuh lapan orang termasuk seorang ahli parlimen.
- Analisis spektroskop HD 209458 b (gambar), sebuah planet luar suria di buruj Pegasus, memberikan bukti pertama kehadiran wap air atmosfera di luar Sistem Suria.
- Lima belas anggota Royal Navy yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
2006
- Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia merekodkan aktiviti seismologi yang berlebihan, dan dijangkakan akan meletup, namun tiada letupan besar berlaku.
2005
2004