Persidangan Kajian Semula Durban

Persidangan Kajian Semula Durban ialah nama rasmi untuk Persidangan Dunia Menentang Rasisme (bahasa Inggeris: World Conference Against Racism, WCAR) PBB 2009, juga dikenali sebagai Durban II.[1] Persidangan ini bermula pada 20 April 2009 dan dijadualkan selama lima hari, di ibu pejabat PBB di Geneva, Switzerland.[2]

Persidangan ini diadakan di bawah mandat Resolusi Perhimpunan Agung PBB 61/149 (diluluskan pada 1996) dengan mandat untuk mengkaji semula pelaksanaan perisytiharan hasil Persidangan Dunia Menentang Rasisme 2001 di Durban, Afrika Selatan.

Persidangan ini dipulaukan sepenuhnya oleh Amerika Syarikat, Australia, Belanda, Israel, Itali, Jerman, Kanada, New Zealand dan Poland. Republik Czech, yang memegang kepresidenan Kesatuan Eropah semasa waktu persidangan, meninggalkannya pada hari pertama dan memboikot hari-hari seterusnya, manakala 23 negara Kesatuan Eropah cuma menghantar perwakilan peringkat rendah (bukan menteri). Negara-negara barat menyatakan kebimbangan persidangan ini akan digunakan untuk mempromosikan anti-Semitisme dan undang-undang terhadap kekufuran yang dilihat mereka sebagai berlawanan dengan prinsip kebebasan bersuara;[3][4][5][6] dan bahawa persidangan ini tidak akan menyentuh isu diskriminasi terhadap homoseksual.[7] Negara Eropah turut mengkritik pertemuan ini kerana menumpukan pada Barat dan kurang mempedulikan masalah rasisme dan sikap tidak bertoleransi di negara membangun.

Kontroversi turut berlaku dengan kedatangan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke persidangan ini kerana kenyataan-kenyataan sebelumnya mengenai Israel dan Holokus. Di hari pertama, Ahmadinejad, yang merupakan satu-satunya ketua negara yang hadir, membuat ucapan yang antara isinya mengutuk kerajaan Israel sebagai "rasis sepenuhnya." Ini menyebabkan semua perwakilan dari Kesatuan Eropah meninggalkan bilik persidangan, manakala sebahagian yang tinggal bertepuk tangan.[8] Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon melahirkan rasa terkejut terhadap kedua-dua boikot negara Barat dan ucapan Ahmadinejad.[9]

Pemulauan

sunting

Pemulauan penuh

sunting

Sembilan negara memulaukan terus persidangan ini dan tidak menghantar sebarang perwakilan.

Pemulauan separa

sunting

Beberapa negara tidak memboikot sepenuhnya, sebaliknya cuma menghantar perwakilan tahap rendah yang tiada pegawai kerajaan kanan:

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Sidang menentang rasisme gagal?, Utusan Malaysia. Dicapai 23 April 2009.
  2. ^ Basic facts about the Durban Review Process, UNHCHR, PBB. Dicapai 20 April 2009.
  3. ^ Growing Western boycott threatens U.N. racism forum oleh Laura MacInnis, Reuters, 19 April 2009.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Klapper
  5. ^ Western nations boycott UN anti-racism conference oleh Peter Capella, France 24, AFP News Briefs List, 19 April 2009.
  6. ^ Ahmadinejad to address racism summit oleh Laura MacInnis, Reuters, 20 April 2009.
  7. ^ 17 Mac 2009 (2009-03-17). "AFP: Text on Israel cut from UN racism draft". Google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-30. Dicapai pada 2009-04-19.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Reuters_Walkout
  9. ^ Walkout at Iran leader's speech, BBC. Dicapai 21 April 2009.

Pautan luar

sunting