Tembok Besar China

Tembok Besar China (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang" atau Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 li ()"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan di antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Tembok Besar China
Tembok Besar China
Map
Maklumat umum
JenisBudaya
LokasiHebei
NegaraChina
Koordinat40°25′N 116°5′E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermulaAbad ke-7 SM
Maklumat ketinggian
Tinggiminimum: 5 m
maksimum: 8 m
purata: 7 m Sunting nilai ini di Wikidata
Butiran teknikal
BahanBatu kapur Sunting nilai ini di Wikidata
Panjang21,196 km (13,171 bt)
Reka bentuk dan seni bina
Pereka bentuk lainQin Shi Huang Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web
http://www.thegreatwall.com.cn/en Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang china yang cantik berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]

Sejarah

sunting

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:

  1. 208 SM (Dinasti Qin)
  2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
  3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
  4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
  5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negeri-Negeri Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ 10,000 li = 6,508 km (4,000 batu). Dalam bahasa Cina, 10,000 merupakan kiasan kepada "tidak terbatas", oleh itu frasa ini bermaksud "tembok yang panjangnya tidak terhingga".
  2. ^ Damian Zimmerman, ICE Case Studies: The Great Wall of China, Disember 1997
  3. ^ "Great Wall of China 'even longer'". BBC. 2009/04/20. Dicapai pada 2009-04-20. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "China's Great Wall far longer than thought: survey". AFP APNKET. 2009/04/20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-27. Dicapai pada 2009-04-20. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

sunting