San Francisco
Bandar raya dan Daerah San Francisco (bahasa Inggeris: The City and County of San Francisco) merupakan bandar raya keempat paling ramai penduduk di California dan keempat belas di Amerika Syarikat, dengan anggaran penduduk seramai 744,041 pada 2006[2].
San Francisco | |||
Pemandangan San Francisco dari Marin Headlands | |||
|
|||
Nama samaran: The City by the Bay | |||
Lokasi San Francisco, California | |||
Koordinat: 37°46′0″N 122°26′0″W / 37.76667°N 122.43333°W | |||
---|---|---|---|
Negara | Amerika Syarikat | ||
Negeri | California | ||
Bandar-Daerah | San Francisco | ||
Kerajaan | |||
- Datuk Bandar | London Breed | ||
Ketinggian | 52 kaki (16 m) | ||
Kepadatan (2006)[1][2] | |||
- Bandar | 744,041 | ||
- Metro | 4,180,027 | ||
Zon masa | Zon Waktu Pasifik (UTC-8) | ||
- Musim panas (DST) | Waktu Siang Pasifik (UTC-7) | ||
Laman web: http://www.sfgov.org |
Ia terletak di hujung Semenanjung San Francisco dan merupakan titik fokus kewangan, kebudayaan serta pengangkutan kawasan metropolitan San Francisco Bay Area (Kawasan Teluk San Francisco). San Francisco merupakan bandar utama kedua paling padat[3] di Amerika Syarikat.[4]
Pada 1776, orang-orang Sepanyol menduduki hujung semenanjung San Francisco, dan mendirikan sebuah kubu dan misi di Golden Gate. Kerubut Emas California pada 1848 mendorong bandar ini berkembang dengan pesat. Selepas dimusnahkan dalam Gempa bumi San Francisco 1906, San Francisco telah dibina semula dengan cepat.
Semasa tahun 1960-an, kawasan Haight-Ashbury di San Francisco menjadi terkenal apabila menjadi pusat budaya hippie apabila ribuan golongan muda dan seniman bermigrasi ke lokasi tersebut. Walaupun Haight-Ashbury telah mengalami gentrifikasi dan hilang identiti budaya hippie dalam dekad-dekad berikutnya, San Francisco telah menjadi sinonim dengan budaya dan nostalgia hippie. Seterusnya, pada tahun 70-an, golongan homoseksual mula berpindah ke kawasan Castro, dan memulakan hak-hak aktivis homoseksual, menyebabkan budaya homoseksual berkembang di San Francisco yang berterusan hingga sekarang. San Francisco mempunyai populasi homoseksual dan lesbian paling besar di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Oleh itu, San Francisco terkenal dengan budaya alternatif dan hak-hak minoriti berbanding dengan tempat lain di Amerika Syarikat.
San Francisco terkenal dengan kabut musim panas, bukit-bukau curam, adunan eklektik gaya seni bina Victoria dan moden, dan juga lokasinya yang dikelilingi air dari tiga arah (oleh Lautan Pasifik dan Teluk San Francisco. Tanda tempat terkenal termasuklah Jambatan Golden Gate, Pulau Alcatraz, kereta kabel, Menara Coit dan Chinatown.
Galeri gambar
suntingRujukan
sunting- ^ Jadual 1. Kawasan Metro San Francisco-Oakland-Freemont. Anggaran Tahunan Populasi Metropolitan dan Kawasan Statistik Mikropolitan: 1 April 2000 hingga 1 Julai 2006
- ^ a b _event=ChangeGeoContext&geo_id=05000US06075&_geoContext=&_street=&_county=san+francisco&_cityTown=san+francisco&_state=&_zip=&_lang=en&_sse=on&ActiveGeoDiv=geoSelect&_useEV=&pctxt=fph&pgsl=010&_submenuId=population_0&ds_name=null&_ci_nbr=null&qr_name=null®=null%3Anull&_keyword=&_industry= Population Finder: San Francisco County, 2006. Diarkibkan 2020-02-12 di archive.today U.S. Census Bureau. Dicapai 4 Mei 2007.
- ^ Bagi bandar dengan penduduk melebihi 200,000; Bandar Raya New York adalah yang paling padat.
- ^ "2000 Census: US Municipalities Over 50,000: Ranked by 2000 Population". Demographia. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|1=
(bantuan) Information cited for cities greater than 200,000
Pautan luar
sunting- Laman rasmi
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi San Francisco.