Akhiran -ologi atau -logi menunjukkan satu bidang kajian atau disiplin akademik. Walau bagaimanapun, tidak semua bidang mempunyai '-ologi', sebagai contoh, pembelajaran tentang kelahiran anak dipanggil perbidanan dan yang melakukannya dipanggil bidan.

Etimologi

sunting

Perkataan ologi merupakan bahagian belakang kepada nama bidang. "-logi" lazimnya bermaksud "kajian tentang ____". Perkataan ini berasal dari Yunani atau Latin dengan terminal -logi terbit dari akhiran Yunani -λογια (-logia), percakapan, iaitu dari λεγειν (legein), bercakap. Perkataan ologi sering disalahfaham kerana 'o' sebenarnya adalah sebahagian dari perkataan asal yang menerima pengakhiran -logi. Sebagai contoh, bio sebahagian dari biologi berasal dari perkataan Yunani βιος (bios), kehidupan. Sebab itulah mengapa sesetengah perkataan tidak berakhir dengan -ologi (seperti mineralogi).

Senarai -ologi

sunting
Isi kandungan: Atas - 0–9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


  • Zimologi, kajian tentang penapaian
  • Zooarkeologi, kajian dan analisis haiwan yang terdapat di tapak arkeologi untuk mengetahui hubungannya dengan orang, haiwan lain dan persekitaran (lihat juga Arkeozoologi)
  • Zoologi, kajian tentang haiwan
  • Zoopatologi ("patologi haiwan"), kajian tentang penyakit haiwan

Pautan luar

sunting