Neologisme (daripada perkataan Yunani νέο- néo-, "baharu" dan λόγος lógos, "ucapan, pernyataan") ialah sebuah istilah, perkataan atau frasa asing yang mungkin dalam proses kegunaan umum, tetapi belum diterima sepenuhnya dalam bahasa arus perdana.[1] Neologisme seringkali dipandu daripada perubahan dalam budaya dan teknologi.[2][3] Dalam proses pembentukan bahasa, neologisme lebih kemas berbanding protologisme.[4]

Contoh terkenal bagi neologism boleh ditemui dalam sains, cerita rekaan (terutama sains-fiksyen), filem dan televisyen, penjenamaan, kesusateraan, jargon, linguistik, seni visual dan budaya popular.

Contoh perkataan yang pernah diperkenalkan termasuklah laser (1960) dari singkatan Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation (pembesaran cahaya oleh pancaran sinaran yang terangsang); robot (1941) dari pementasan karya penulis Czech, Karel Čapek berjudul R.U.R. (Rossum's Universal Robots);[5] dan agitprop (1930) (sebuah kata lakur dari "agitation" dan "propaganda").[6]

Neologisme adalah disebabkan oleh beberapa sebab, antaranya kemunculan Idea baharu, perubahan konteks budaya, dan sifat bahasa yang dinamik.

Reaksi Masyarakat Terhadap Neologisme

sunting

Neologisme sebenarnya adalah suatu pekara yang biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Namun begitu, kata-kata yang baru dicipta oleh seseorang itu harus melalui ujian ahli lingustik dan juga masyarakat itu sendiri untuk menjadi sebuah perkataan yang mantap dan diterima umum. Bagi ahli lingustik, neologisme adalah tidak digalakkan sekiranya terdapat perkataan lama yang mampu menyampaikan maksud yang sama untuk perkataan baru itu. Dengan kata lain, neologisme hanya digalakkan sekiranya ia adalah perlu, iaitu semasa tiada kata lama yang dapat menyampaikan sesuatu ideal yang baru. Ahli masyarakat secara umumnya akan mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap neologisme, ada yang suka dan ada yang bantah. Mereka yang suka kepada neologisme mungkin kerana "ia rasa sedap". Sekiranya sesuatu perkataan yang baru yang berjaya melalui ujian-ujian ini, maka ia akan diterima masuk ke dalam kamus dan dengan itu ia akan menjadi perkataan yang mantap

Kegunaan lain

sunting

Dalam psikiatri dan neurosains, istilah neologisme digunakan bagi menerangkan perkataan yang hanya difahami oleh orang yang menggunakannya sahaja, tidak terikat pada maksud kebiasaan.[7] Ini dapat dilihat daripada skizofrenia, di mana individu tersebut akan menggantikan satu perkataan dengan perkataan lain yang dia sendiri cipta.[8] Keguanaan neologisme juga boleh disebabkan afasia yang berlaku disebabkan kerosakan otak daripada strok atau kecederaan kepala.[9]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Anderson, James M. (2006). Malmkjær, Kirsten (penyunting). The Linguistics encyclopedia (ed. Ebook). London: Routledge. m/s. 601. ISBN 0-203-43286-X.
  2. ^ McDonald, L. J. (2005). The meaning of e- : neologisms as markers of culture and technology /.
  3. ^ Forgue, Guy (1979). "American Neologisms as a Reflection of Cultural Change since 1945". Proceedings of a Symposium on American Literature: 199–211.
  4. ^ Gryniuk, D (2015). On Institutionalization and De-Institutionalization of Late 1990s Neologisms. Cambridge Scholars Publishing. m/s. 150. This process [of lexicalization] does not seem to be coincidental because neologisms themselves are prone to go through certain stages of transformation. They began as unstable creations (otherwise called prelogisms), that is, they are extremely new, being proposed, or being used only by a small subculture
  5. ^ Zunt, Dominik. "Who did actually invent the word "robot" and what does it mean?". The Karel Čapek website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-23. Dicapai pada 2017-02-05.
  6. ^ Leshchenko, Svetlana (December 6, 2015). Modern Russian-English Dictionary. Lulu Press, Inc. m/s. 7. ISBN 978-1-329-74063-1.
  7. ^ Berrios, G. E. (2009). "Neologisms". History of Psychiatry. 20 (4): 480–496. doi:10.1177/0957154x08348532. PMID 20481134. S2CID 13205195.
  8. ^ Kuperberg, Gina R. (2010). "Language in schizophrenia Part 1: an Introduction". Language and Linguistics Compass. 4 (8): 576–589. doi:10.1111/j.1749-818X.2010.00216.x. ISSN 1749-818X. PMC 2950318. PMID 20936080.
  9. ^ B Butterworth, Hesitation and the production of verbal paraphasias and neologisms in jargon aphasia. Brain Lang, 1979 Templat:Page?Templat:ISBN?

Bacaan lanjut

sunting
  • Gorys Keraf.Diksi dan Gaya Bahasa.1984.Jakarta: Penerbit PT Gramedia.
  • Kamus Dewan.2005.Edisi Keempat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 1076.