Bulan

satelit semula jadi bumi

Bulan (Jawi: بولن, kata sifat berkaitan: qamari قمري[nb 3]) merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripadanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang.

Bulan
بولن☾
Bulan purnama di kegelapan langit malam. Ia dicorakkan dengan campuran kawasan nada cahaya dan gelap, tompok tidak sekata, dan berselerak dengan berbagai saiz kawah hentaman
Bulan purnama dilihat
dari hemisfera utara Bumi
Designasi
Adjektifqamari, kamariah (berkaitan perkiraan hari)
Ciri-ciri orbit
Periapsis362,570 km (0.0024 AU)
(356,400–370,400 km)
Apoapsis405,410 km (0.0027 AU)
(404,000–406,700 km)
Paksi semimajor384,399 km (0.00257 AU)[1]
Kesipian0.0549[1]
Tempoh orbit27.321582 h (27 d 7 h 43.1 min[1])
Tempoh qamari29.530589 h (29 h 12 j 44 min 2.9 s)
Kelajuan purata orbit1.022 km/s
Kecondongan5.145° ke ekliptik[2] (antara 18.29° dan 28.58° ke khatulistiwa Bumi)[1]
Longitud nod menaikmerosot oleh satu revolusi dalam 18.6 tahun
Argumen perihelionberjalan dengan satu revolusi dalam 8.85 tahun
Satelit bagiBumi
Ciri-ciri fizikal
Min jejari1,737.10 km  (0.273 Bumi)[1][3]
Jejari khatulistiwa1,738.14 km (0.273 Earths)[3]
Jejari kutub1,735.97 km  (0.273 Bumi)[3]
Perataan0.00125
Lilitan10,921 km (khatulistiwa)
Luas permukaan3.793 × 107 km2  (0.074 Bumi)
Isi padu2.1958 × 1010 km3  (0.020 Bumi)
Jisim7.3477 × 1022 kg  (0.0123 Earths[1])
Min ketumpatan3.3464 g/cm3[1]
Graviti permukaan khatulistiwa1.622 m/s2 (0.165 4 g)
Halaju lepas2.38 km/s
Tempoh putaran ikut bintang27.321582 h (segerak)
Halaju putaran khatulistiwa4.627 m/s
Kecondongan paksi1.5424° (ke ekliptik)
6.687° (ke satah orbit)[2]
Albedo0.136[4]
Suhu min purata max
• khatulistiwa 100 K 220 K 390 K
• 85°N[5] 70 K 130 K 230 K
Magnitud ketara−2.5 to −12.9[nb 1]
−12.74 (purata bulan purnama)[3]
Diameter sudut29.3 to 34.1 arcminutes[3][nb 2]
Atmosfera
Tekanan atmosfera10−7 Pa (siang)
10−10 Pa (malam)
KomposisiAr, He, Na, K, H, Rn

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari. Bulan mempunyai 1/4 garis pusat bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti Bumi. Bulan ialah satelit yang kedua paling mampat selepas Io, sebuah satelit Musytari.

Bulan berada dalam putaran segerak dengan Bumi dan sentiasa menunjukkan muka yang sama dengan sisi dekatnya ditandai mare gunung berapi yang kelihatan gelap yang terletak di antara tanah tinggi kuno yang terang dan kawah hentam yang menonjol. Bulan ialah objek yang paling terang di langit selepas Matahari, walaupun sebenarnya permukaannya amat gelap dengan kepantulan yang sama dengan arang.

Bulan dipercayai terbentuk hampir 4.5 bilion tahun dahulu, tidak lama selepas pembentukan Bumi. Walaupun terdapat beberapa teori tentang asal-usulnya, penjelasan yang diterima sekarang ialah Bulan terbentuk daripada sisa hentaman Bumi dengan objek cakerawala. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam Bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam Bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi Bumi lalu membentuk Bulan.

Teori ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu Bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim Bumi. Di Bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di Bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada antara kawah Bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Antara kawah terbesar di Bulan ialah Kawah Clavius yang bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di Bulan.

Penonjolan Bulan di langit dan fasa kitarannya yang tetap menjadikan Bulan sebuah pengaruh penting terhadap bahasa, takwim, seni dan mitologi umat manusia semenjak zaman kuno lagi. Pengaruh graviti Bulan mencetuskan ombak laut dan kepanjangan hari yang halus. Kejauhan orbit Bulan pada masa kini yang lebih kurang 30 kali diameter Bumi membuatnya kelihatan hampir sama besar dengan Matahari, dan membolehkannya hampir persis menudung Matahari sewaktu gerhana matahari. Kesamaan saiz yang kelihatan ini hanya kebetulan. Kejauhan lelurus Bulan dari Bumi sentiasa bertambah dan kini berada pada kadar 3.82 ± 0.07sm setiap tahun kendatipun kadar ini tidak malar.[7]

Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk daripada runtuhan kawasan (collapsing region) cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model pembentukan bulan piawai ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak ke orbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui probe atau teleskop, kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas.

Ciri-ciri fizikal

sunting

Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian ialah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun, beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).

Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengahnya, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.

 
Struktur fizikal Bulan

Struktur dalaman

sunting
Rencaman kimia regolitos di permukaan qamari (diperoleh daripada hablur batu-batu kerak)[8]
Compound Formula Composition (wt %)
Mare Tanah tinggi
silika SiO2 45.4% 45.5%
alumina Al2O3 14.9% 24.0%
kapur CaO 11.8% 15.9%
iron(II) oxide FeO 14.1% 5.9%
magnesia MgO 9.2% 7.5%
titanium dioksid TiO2 3.9% 0.6%
sodium oksid Na2O 0.6% 0.6%
Jumlah 99.9% 100.0%

Bulan ialah sebuah objek planet terbeza: ia memiliki kerak, mantel dan teras. Bulan mempunyai teras dalaman pepajal dengan jejari sepanjang 240 km yang kaya dengan besi dan teras dalaman bendalir dengan jejari lebih kurang 300 km. Teras diselimuti lapisan lebur separa yang mempunyai jejari sepanjang 500 km.[9] Difikirkan bahawa struktur ini terbina melalui penghabluran berperingkat sebuah lautan magma qamari sejurus selepas pembentukan Bulan 4.5 bilion tahun yang lampau.[10] Panghabluran lautan magma ini akan menimbulkan mantel mafik daripada pemendakan mineral-mineral olivin, klinopiroksen, dan ortopiroksena yang tenggelam; selepas lebih kurang tiga suku lautan magma itu menjadi hablur, mineral plagioklas yang kurang mampat dapat terbentuk dan terapung menjadi kerak di bahagian atas.[11] Cecair-cecair terakhir menjadi hablur tertindih di antara kerak dan mantel dengan kehadiran banyak unsur-unsur yang tidak serasi dan yang mengeluarkan haba.[1] Sejajar dengan ini, pemetaan geokimia dari orbit menunjukkan bahawa kerak terbina kebanyakannya daripada anortosit,[12] dan sampel lava batu bulan, yang meletus di permukaan qamari disebabkan peleburan separa mantel, mengiakan rencaman mantel mafik, yang mengandungi lebih banyak besi berbanding Bumi.[1] Kajian geofizik menyarankan bahawa ketebalan kerak purata ~50 km.[1]

Bulan juga merupakan yang kedua mampat selepas Io.[13] Walau bagaimanapun, teras dalaman Bulan itu kecil, dengan jejari sepanjang lebih kurang 350 km atau kurang.[1] Angka ini hanya ~20% saiz Bulan, berbanding dengan nisbah ~50% bagi badan-badan bumian yang lain[Penjelasan diperlukan]. Kandungannya tidak berapa jelas; kebarangkalian ia terdiri daripada besi logam dan pancalogamnya dengan sedikit belerang dan nikel; analisis putaran boleh ubah masa Bulan menunjukkan bahawa ia sekurang-kurangnya lebur separa.[14]

Geologi permukaan

sunting
Sisi jauh Bulan. Perhatikan ketiadaan mare gelap.[15]
 
Topografi Bulan

Topografi Bulan sudah diukur dengan menggunakan altimetri laser dan analisis stereo imej.[16] Ciri yang paling jelas ialah Lembangan Kutub Selatan-Aitken yang amat besar yang terletak di sisi jauh Bulan, iaitu kawah terbesar di Bulan dan juga kawah yang terbesar yang diketahui di dalam Sistem Solar.[17][18] Dengan kedalaman sebanyak 13 km, lantainya merupakan elevasi (aras tinggi) yang paling rendah di Bulan.[17][19] Aras yang paling tinggi terletak pada timur laut lembangan ini, dan ada yang menyarankan bahawa kawasan ini mungkin ditebalkan oleh hentaman sendeng yang menimbulkan Kutub Selatan - Aitken.[20] Lembangan-lembangan hentaman lain, seperti Imbrium, Serenitatis, Crisium, Smythii, dan Orientale, juga memiliki elevasi rendah dan sembir yang ditinggikan.[17] Secara purata, sisi jauh Bulan lebih tinggi sebanyak 1.9 km daripada sisi dekatnya.[1]


Kesan kepada Bumi

sunting

Pasang surut air

sunting

Jarak antara Bumi dengan Bulan pada tempoh-tempoh tertentu mempengaruhi kadar dan tahap kekuatan daya tarik graviti Bulan pada salah satu sisi Bumi terhadap sisi lainnya sehingga ternampak tonjol pada lautan meninggi turun atau pasang surut.[21] Tonjolan ini bergerak bersama permukaan Bumi lebih cepat daripada pergerakan Bulan, yang berputar mengelilingi Bumi sekali sehari sebagaimana Bulan berputar pada sumbunya.[21] Pasang surut juga dipengaruhi oleh efek lainnya, di antaranya gaya gesek air terhadap sumbu rotasi Bumi melalui lantai lautan, inersia pergerakan air, basin samudra yang mengalami pendangkalan, dan osilasi antara basin samudra berbeda.[22] Daya tarik graviti Matahari terhadap lautan Bumi dikira hampir setengah dari daya tarik graviti Bulan, dan graviti kedua-dua jasada langit ini berperanan penting dalam menyebabkan pasang surut perbani dan musim semi.[21]

Interaksi graviti antara Bulan dan tonjolan di sekitar Bulan berfungsi sebagai torsi pada pusingan Bumi yang menguras momentum sudut dan tenaga kinetik hasil perputaran Bumi.[21][23] Akibatnya, momentum sudut disertakan ke orbit Bulan, yang mempercepat rotasinya dan menyebabkan Bulan naik ke orbit yang lebih tinggi dan dengan periode yang lebih lama. Oleh sebab itu, jarak antara Bumi dengan Bulan juga akan meningkat, dan perputaran Bumi akan melambat.[23] Pengukuran dengan kaedah eksperimen rentang Bulan menggunakan reflektor laser yang dilakukan dalam misi Apollo menemukan bahawa jarak Bulan ke Bumi meningkat sekitar 38 mm setiap tahun[24] (meskipun angka ini hanya 0,10 ppb/tahun dari radius orbit Bulan). Jam atom juga menunjukkan bahawa tempoh sehari di Bumi meningkat sekitar 15 mikrosaat setahun,[25] yang secara perlahan-lahan memperpanjang waktu UTC yang disesuaikan oleh saat lompat. Tarikan pasang surut Bulan akan terus berlanjut sampai perputaran Bumi dan zaman orbit Bulan sesuai. Namun, Matahari akan berubah menjadi gergasi merah menelan musnah Bumi jauh sebelum hal tersebut boleh terjadi.[26][27]

Permukaan Bulan juga mengalami pasang surut dengan amplitud ~10 cm, yang berlangsung selama 27 hari lebih. Fenomena ini disebabkan oleh dua hal, yakni kerana Bulan dan Bumi berada pada putaran sinkron, dan berbagai hal yang disebabkan oleh Matahari.[23] Komponen Bumi yang diinduksi terbentuk kerana librasi yang disebabkan sifat orbit Bulan; jika orbit Bulan berbentuk bulat sempurna, maka yang akan muncul hanyalah pasang surut suria.[23] Librasi juga mengubah sudut penampakan Bulan, yang menyebabkan sekitar 59% permukaan Bulan terlihat dari Bumi.[28] Efek kumulatif dari fenomena pasang surut memicu terjadinya gempa bulan. Gempa bulan ini lebih jarang terjadi dan lebih lemah kekuatannya daripada gempa bumi, meskipun gempa ini dapat bertahan hingga satu jam kerana ketiadaan air yang berfungsi sebagai peredam getaran seismik. Fenomena ini ditemukan secara tidak disengajakan dari seismometer dipasangkan para angkasawan misi-misi Apollo dari tahun 1969 hingga 1972.[29]

Terdapat penemuan terbaharu yang difahamkan para saintis bahawa peredaran Bulan mengelilingi Bumi ada membantu mengekalkan medan magnet Bumi.[30]

Gerhana

sunting
Bulan bergerak di hadapan Matahari, dari kapal angkasa lepas STEREO-B.[31]
Dari Bumi, saiz Bulan dan Matahari kelihatan sama. Dari satelit yang orbitnya mengekori Bumi, Bulan boleh kelihatan lebih kecil daripada Matahari.
 
Apabila dikurangkan skala Bumi kepada saiz bola jaring, saiz Bulan lebih kurang saiz bola tenis. Orbit Bulan sekait dengan garisan menjaring 3-titik gelanggang bola jaring. Jika lantai diumpamakan satah gerhana atau satah ekliptik, orbit Bulan mencapai ketinggian maksimum dari satah ini yang sama panjangnya raket tenis. Gerhana hanya berlaku apabila laluan Bulan melintasi ekliptik agar Matahari-Bulan-Bumi, atau Matahari-Bumi-Bulan, selari.

Gerhana hanya berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan semuanya selari dalam garisan lurus (disebut "sizigi"). Gerhana matahari berlaku pada waktu bulan purnama, apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi. Saiz Bulan nampaknya sama dengan saiz Matahari, dengan kedua-duanya dilihat dekat dengan kelebaran sebanyak setengah darjah. Matahari lebih besar daripada Bulan akan tetapi kejauhannya yang amat menyebabkan saiznya kelihatan hampir sama dengan saiz Bulan yang lebih kecil dan lebih hampir dengan Bumi apabila dilihat dari Bumi.

Perbezaan saiz yang tampaknya berubah, yang disebabkan orbit yang tidak betul-betul bulat, juga agak sama mahupun perbezaan ini mengikut kitaran yang berlainan. Keadaan ini membolehkan kewujudan gerhana matahari jenis gerhana penuh (Bulan kelihatan lebih besar daripada Matahari) dan gerhana anulus (Bulan kelihatan lebih kecil daripada Matahari).[32] Pada saat gerhana penuh, Bulan menutup cakera Matahari sepenuhnya dan korona matahari dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh sebab jarak antara Bulan dan Bumi bertambah sedikit demi sedikit dengan pengedaran masa,[21] diameter sudut Bulan berkurangan. Hal ini bermaksud bahawa beratus juta tahun dahulu, Bulan akan sentiasa menyelubungi Matahari sepenuhnya semasa gerhana matahari, dan tiada gerhana anulus dapat dilihat. Sama juga, lebih kurang 600 juta tahun dari sekarang (sekiranya diameter sudut Matahari tidak berubah), Bulan tidak akan menyelubungi Matahari sepenuhnya dan hanya gerhana anulus akan berlaku.[33]

Pengamatan dan penjelajahan

sunting
 
Peta Bulan karya Johannes Hevelius dari Selenographia (1647), peta pertama menampilkan zon librasi Bulan.

Pemerhatian dan pemahaman fasa-fasa berubahnya bentuk Bulan merintis awal perkembangan ilmu astronomi secara keseluruhannya.

Pengamatan awal

sunting

Pada abad ke-5 SM, para ahli falak Babilon telah mencatat kitaran Saros 18 tahunan pada gerhana bulan,[34] dan ahli-ahli falak India turut membuat penemuan sendiri menjelaskan mengenai fenomena elongasi Bulan.[35] Di China pula Shi Shen (abad ke-4 SM) memberi petunjuk yang terkait dengan cara memperkirakan gerhana matahari dan bulan.[36] Kemudian, bentuk fisik Bulan dan sumber cahaya bulan mulai diketahui. Filsuf Yunani kuno Anaxagoras (w. 428 SM) mengemukakan bahawa Matahari dan Bulan merupakan dua buah batu bulat raksasa yang menghasilkan cahaya.[37][38] Bangsa Tiongkok pada masa Dinasti Han percaya bahawa tenaga Bulan disamakan dengan qi, dan teori mereka mengenai pengaruh radiasi Bulan menjelaskan bahawa cahaya Bulan berasal dari Matahari. Jing Fang (78–37 SM) mencatat kebulatan Bulan untuk pertama kalinya.[39]

Pada abad ke-2 M, Lucianus menulis sebuah novel yang mengisahkan mengenai seorang pahlawan yang melakukan perjalanan ke Bulan yang berpenghuni. Pada tahun 499 M, astronom India Aryabhata menulis dalam bukunya Aryabhatiya bahawa cahaya Matahari menyebabkan Bulan tampak bersinar.[40] Ahli falak Ibnu Haitham (965-1039) mengungkapkan bahawa cahaya matahari tidak dipancarkan dari Bulan seperti sebuah cermin, tetapi cahaya tersebut dipancarkan ke segala arah dari setiap bahagian permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya matahari.[41] Shen Kuo (1031–1095) dari Dinasti Song mengemukakan sebuah alegori yang mengumpamakan fenomena bersinar dan memudarnya cahaya Bulan dengan sebuah bola yang berputar; saat dibubuhi dengan bubuk putih dan dilihat dari samping, maka akan terlihat bentuk sabit.[42]

Aristoteles dalam Gambaran alam semesta karya beliau percaya bahawa Bulan menandakan suatu batas antara unsur yang boleh berubah (bumi, air, udara, dan api) dengan bintang-bintang abadi aether, pemikiran falsafah berpengaruh yang mendominasi sains selama berabad-abad kemudian.[43] Pada abad ke-2 SM, Seleucus dari Seleucia mengemukakan teori bahawa pasang surut terjadi kerana daya tarik Bulan, dan ketinggian air pasang ditentukan oleh kedudukan relatif Bulan terhadap Matahari.[44] Pada abad yang sama, Aristarkhos membuat perkiraan ukuran dan jarak Bulan dari Bumi iaitu sekitar dua puluh kali radius Bumi. Teori ini kemudian dikembangkan oleh Ptolemy (90–168 M): ia berpendapat bahawa jarak rata-rata Bulan dari Bumi adalah 59 kali radius Bumi dan diameter 0,292 dari diameter Bumi. Angka ini hampir mendekati jarak dan diameter yang sebenarnya, yakni sekitar 60 untuk jarak dan 0,273 untuk diameter.[45] Archimedes (287–212 SM) merancang sebuah planetarium yang bisa menghitung laju pergerakan Bulan dan objek lainnya di Sistem Suria.[46]

Pada Abad Pertengahan, sebelum ditemukannya teleskop, Bulan diyakini sebagai sebuah bola batu, meskipun juga banyak yang percaya bahawa permukaan bulan "sangat halus".[47] Pada tahun 1609, Galileo Galilei untuk pertama kalinya membuat sebuah gambar teleskopis Bulan dalam bukunya yang berjudul [Sidereus Nuncius] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) dan menjelaskan bahawa permukaan Bulan tidak halus, tetapi memiliki pergunungan dan kawah. Pemetaan teleskopis Bulan terus berlanjut di sepanjang Abad Pertengahan; pada abad ke-17, Giovanni Battista Riccioli dan Francesco Maria Grimaldi berhasil menciptakan sebuah sistem penamaan geologi Bulan yang tetap digunakan hingga saat ini. [Mappa Selenographica] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) karya Wilhelm Beer dan Johann Heinrich Mädler (1834-1836), serta buku [Der Mond] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (1837), merupakan buku pertama yang secara akurat menjelaskan penelitian mengenai Bulan dari sudut pandang trigonometri, termasuk ketinggian lebih dari seribu gunung di Bulan, dan memperkenalkan penelitian Bulan dengan tingkat akurasi yang bisa diukur oleh geografi Bumi.[48] Kawah Bulan pertama kali dicatat oleh Galileo, dan awalnya dianggap sebagai gunung berapi sampai tahun 1870-an, dan kemudian Richard Proctor menjelaskan bahawa kawah-kawah tersebut terbentuk akibat tubrukan.[28] Pendapatnya ini didukung oleh eksperimen yang dilakukan oleh geolog Grove Karl Gilbert pada tahun 1892, dan setelah perkembangan kajian-kajian pembandingan pada 1920-an hingga 1940-an,[49] stratigrafi Bulan menjadi cabang ilmu astrogeologi baru pada tahun 1950-an.[28]

Hubungan dengan manusia

sunting

Sifat peredaran bulan mengelilingi bumi yang tetap dalam suatu tempoh masa yang lebih kurang sama (sebanyak kira-kira 29-30 hari) menjadikan ia amat berguna menandakan peredaran masa dari mengambangnya "anak bulan" sehingga ia surut menggelap kepada suatu anak bulan yang baharu. "Bulan" dalam bahasa-bahasa Austronesia termasuk bahasa Melayu turut dilanjutkan pengungkapan kepada tempoh tersebut;[50][51] ungkapan datang bulan iaitu aturan tempoh kitaran haid dalam kiraan hari yang sama turut datang dari kefahaman ini[51][52] serta juga istilah perubatan menstruasi (meminjam Latin: menstruatio[53][54][55] berakar dari mensis, "bulan").[56]

Bulan telah menjadi tumpuan banyak pengkaryaan seni-seni tampak dan pertunjukan serta sastera termasuk syair, prosa, dan muzik. Antara gambaran tertua mengenai jasad ini muncul dalam suatu ukiran batu berusia 5,000 tahun di Knowth, Ireland.[57][58]

Dalam kepercayaan

sunting

Ada tamadun-tamadun bersejarah menyembah Bulan sebagai suatu betara atau entiti supernatural lainnya misalnya dewa Cendera (atau Chandra) dalam mitologi Hindu, dewi Ratih di Jawa dan Bali, Tsukuyomi oleh orang Jepun, Diana oleh orang Rom dan Yunani, Coyolxāuhqui dalam kepercayaan Aztek, Mama Killa dalam kepercayaan Inka dan sebagainya.

Nabi Muhammad iaitu tokoh utama dalam agama Islam diceritakan mempunyai mukjizat yang membuktikan kenabian baginda di mana ada kejadian bulan terbelah kepada dua bahagian (Arab: انشقاق القمر) dengan izin Allah.[59]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Nota

  1. ^ The maximum value is given based on scaling of the brightness from the value of −12.74 given for an equator to Moon-centre distance of 378 000 km in the NASA factsheet reference to the minimum Earth–Moon distance given there, after the latter is corrected for the Earth's equatorial radius of 6 378 km, giving 350 600 km. The minimum value (for a distant new Moon) is based on a similar scaling using the maximum Earth–Moon distance of 407 000 km (given in the factsheet) and by calculating the brightness of the earthshine onto such a new Moon. The brightness of the earthshine is [ Earth albedo × (Earth radius / Radius of Moon's orbit)2 ] relative to the direct solar illumination that occurs for a full Moon. (Earth albedo = 0.367; Earth radius = (polar radius × equatorial radius)½ = 6 367 km.)
  2. ^ The range of angular size values given are based on simple scaling of the following values given in the fact sheet reference: at an Earth-equator to Moon-centre distance of 378 000 km, the angular size is 1896 arcseconds. The same fact sheet gives extreme Earth–Moon distances of 407 000 km and 357 000 km. For the maximum angular size, the minimum distance has to be corrected for the Earth's equatorial radius of 6 378 km, giving 350 600 km.
  3. ^ serapan Arab: قَمَرِيّ, rumi: qamarīy terbitan kata dasar قَمَرqamar "bulan".[6]

Petikan

  1. ^ a b c d e f g h i j k l Wieczorek, M.; dll. (2006). "The constitution and structure of the lunar interior". Reviews in Mineralogy and Geochemistry. 60 (1): 221–364. doi:10.2138/rmg.2006.60.3.
  2. ^ a b Lang, Kenneth R. (2011); The Cambridge Guide to the Solar System, 2nd ed., Cambridge University Press
  3. ^ a b c d e Williams, Dr. David R. (2 February 2006). "Moon Fact Sheet". NASA (National Space Science Data Center). Dicapai pada 31 December 2008.
  4. ^ Matthews, Grant (2008). "Celestial body irradiance determination from an underfilled satellite radiometer: application to albedo and thermal emission measurements of the Moon using CERES". Applied Optics. 47 (27): 4981–93. Bibcode:2008ApOpt..47.4981M. doi:10.1364/AO.47.004981. PMID 18806861.
  5. ^ A.R. Vasavada, D.A. Paige, and S.E. Wood (1999). "Near-Surface Temperatures on Mercury and the Moon and the Stability of Polar Ice Deposits". Icarus. 141 (2): 179. Bibcode:1999Icar..141..179V. doi:10.1006/icar.1999.6175.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 303. ISBN 967-65-7321-3.
  7. ^ http://lasp.colorado.edu/life/GEOL5835/Moon_presentation_19Sept.pdf
  8. ^ Taylor, Stuart Ross (1975). Lunar science: A post-Apollo view. New York, Pergamon Press, Inc. m/s. 64.
  9. ^ "NASA Research Team Reveals Moon Has Earth-Like Core". NASA. 01.06.11. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Nemchin, A.; Timms, N.; Pidgeon, R.; Geisler, T.; Reddy, S.; Meyer, C. (2009). "Timing of crystallization of the lunar magma ocean constrained by the oldest zircon". Nature Geoscience. 2 (2): 133–136. Bibcode:2009NatGe...2..133N. doi:10.1038/ngeo417.
  11. ^ Shearer, C.; dll. (2006). "Thermal and magmatic evolution of the Moon". Reviews in Mineralogy and Geochemistry. 60 (1): 365–518. doi:10.2138/rmg.2006.60.4.
  12. ^ Lucey, P.; Korotev, Randy L.; dll. (2006). "Understanding the lunar surface and space-Moon interactions". Reviews in Mineralogy and Geochemistry. 60 (1): 83–219. doi:10.2138/rmg.2006.60.2.
  13. ^ Schubert, J. (2004). "Interior composition, structure, and dynamics of the Galilean satellites.". Dalam F. Bagenal; dll. (penyunting). Jupiter: The Planet, Satellites, and Magnetosphere. Cambridge University Press. m/s. 281–306. ISBN 978-0-521-81808-7. Explicit use of et al. in: |editor= (bantuan); Invalid |display-authors=1 (bantuan)
  14. ^ Williams, J.G. (2006). "Lunar laser ranging science: Gravitational physics and lunar interior and geodesy". Advances in Space Research. 37 (1): 6771. arXiv:gr-qc/0412049. Bibcode:2006AdSpR..37...67W. doi:10.1016/j.asr.2005.05.013. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  15. ^ "Landscapes from the ancient and eroded lunar far side". esa. Dicapai pada 15 February 2010.
  16. ^ Spudis, Paul D.; Cook, A.; Robinson, M.; Bussey, B.; Fessler, B.; Cook; Robinson; Bussey; Fessler (01/1998). "Topography of the South Polar Region from Clementine Stereo Imaging". Workshop on New Views of the Moon: Integrated Remotely Sensed, Geophysical, and Sample Datasets: 69. Bibcode:1998nvmi.conf...69S. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  17. ^ a b c Spudis, Paul D.; Reisse, Robert A.; Gillis, Jeffrey J. (1994). "Ancient Multiring Basins on the Moon Revealed by Clementine Laser Altimetry". Science. 266 (5192): 1848–1851. Bibcode:1994Sci...266.1848S. doi:10.1126/science.266.5192.1848. PMID 17737079. S2CID 41861312.
  18. ^ Pieters, C.M.; Tompkins, S.; Head, J.W.; Hess, P.C. (1997). "Mineralogy of the Mafic Anomaly in the South Pole‐Aitken Basin: Implications for excavation of the lunar mantle". Geophysical Research Letters. 24 (15): 1903–1906. Bibcode:1997GeoRL..24.1903P. doi:10.1029/97GL01718. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-19. Dicapai pada 2013-08-23.
  19. ^ Taylor, G.J. (17 July 1998). "The Biggest Hole in the Solar System". Planetary Science Research Discoveries, Hawai'i Institute of Geophysics and Planetology. Dicapai pada 12 April 2007.
  20. ^ Schultz, P. H. (Mac 1997). "Forming the south-pole Aitken basin – The extreme games". Conference Paper, 28th Annual Lunar and Planetary Science Conference. 28: 1259. Bibcode:1997LPI....28.1259S.
  21. ^ a b c d e Lambeck, K. (1977). "Tidal Dissipation in the Oceans: Astronomical, Geophysical and Oceanographic Consequences". Philosophical Transactions for the Royal Society of London. Series A, Mathematical and Physical Sciences. 287 (1347): 545–594. Bibcode:1977RSPTA.287..545L. doi:10.1098/rsta.1977.0159.
  22. ^ Le Provost, C. (1995). "Ocean Tides for and from TOPEX/POSEIDON". Science. 267 (5198): 639–42. Bibcode:1995Sci...267..639L. doi:10.1126/science.267.5198.639. PMID 17745840. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  23. ^ a b c d Touma, Jihad (1994). "Evolution of the Earth-Moon system". The Astronomical Journal. 108 (5): 1943–1961. Bibcode:1994AJ....108.1943T. doi:10.1086/117209. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  24. ^ Chapront, J. (2002). "A new determination of lunar orbital parameters, precession constant and tidal acceleration from LLR measurements". Astronomy and Astrophysics. 387 (2): 700–709. Bibcode:2002A&A...387..700C. doi:10.1051/0004-6361:20020420. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  25. ^ Ray, R. (15 May 2001). "Ocean Tides and the Earth's Rotation". IERS Special Bureau for Tides. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-27. Dicapai pada 17 March 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  26. ^ Murray, C.D. and Dermott, S.F. (1999). Solar System Dynamics. Cambridge University Press. m/s. 184. ISBN 978-0-521-57295-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  27. ^ Dickinson, Terence (1993). From the Big Bang to Planet X. Camden East, Ontario: Camden House. m/s. 79–81. ISBN 978-0-921820-71-0.
  28. ^ a b c Spudis, P.D. (2004). "Moon". World Book Online Reference Center, NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-17. Dicapai pada 12 April 2007.
  29. ^ Latham, Gary; Ewing, Maurice; Dorman, James; Lammlein, David; Press, Frank; Toksőz, Naft; Sutton, George; Duennebier, Fred; Nakamura, Yosio (1972). "Moonquakes and lunar tectonism". Earth, Moon, and Planets. 4 (3–4): 373–382. Bibcode:1972Moon....4..373L. doi:10.1007/BF00562004. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  30. ^ Iain Todd (31 Mac 2018). "Is the Moon maintaining Earth's magnetism?". BBC Sky at Night Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020. Dicapai pada 16 November 2020.
  31. ^ Phillips, Tony (12 March 2007). "Stereo Eclipse". Science@NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-10. Dicapai pada 17 March 2010.
  32. ^ Espenak, F. (2000). "Solar Eclipses for Beginners". MrEclipse. Dicapai pada 17 March 2010.
  33. ^ Thieman, J.; Keating, S. (2 May 2006). "Eclipse 99, Frequently Asked Questions". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2007. Dicapai pada 12 April 2007.
  34. ^ Aaboe, A.; Britton, J. P.; Henderson,, J. A.; Neugebauer, Otto; Sachs, A. J. (1991). "Saros Cycle Dates and Related Babylonian Astronomical Texts". Transactions of the American Philosophical Society. American Philosophical Society. 81 (6): 1–75. doi:10.2307/1006543. JSTOR 1006543. One comprises what we have called "Saros Cycle Texts", which give the months of eclipse possibilities arranged in consistent cycles of 223 months (or 18 years).CS1 maint: extra punctuation (link)
  35. ^ Sarma, K.V. (2008). "Astronomy in India". Dalam Helaine Selin (penyunting). Encyclopaedia of the History of Science, Technology, and Medicine in Non-Western Cultures. Encyclopaedia of the History of Science (ed. 2). Springer. m/s. 317–321. Bibcode:2008ehst.book.....S. ISBN 978-1-4020-4559-2.
  36. ^ Needham 1986, m/s. 411. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFNeedham1986 (help)
  37. ^ O'Connor, J.J. (February 1999). "Anaxagoras of Clazomenae". University of St Andrews. Dicapai pada 12 April 2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  38. ^ Needham 1986, m/s. 227. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFNeedham1986 (help)
  39. ^ Needham 1986, m/s. 413–414. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFNeedham1986 (help)
  40. ^ Robertson, E. F. (November 2000). "Aryabhata the Elder". Scotland: School of Mathematics and Statistics, University of St Andrews. Dicapai pada 15 April 2010.
  41. ^ A. I. Sabra (2008). "Ibn Al-Haytham, Abū ʿAlī Al-Ḥasan Ibn Al-Ḥasan". Dictionary of Scientific Biography. Detroit: Charles Scribner's Sons. m/s. 189–210, at 195.
  42. ^ Needham 1986, m/s. 415–416. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFNeedham1986 (help)
  43. ^ Lewis, C. S. (1964). The Discarded Image. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 108. ISBN 978-0-521-47735-2.
  44. ^ van der Waerden, Bartel Leendert (1987). "The Heliocentric System in Greek, Persian and Hindu Astronomy". Annals of the New York Academy of Sciences. 500: 1–569. Bibcode:1987NYASA.500....1A. doi:10.1111/j.1749-6632.1987.tb37193.x. PMID 3296915.
  45. ^ Evans, James (1998). The History and Practice of Ancient Astronomy. Oxford & New York: Oxford University Press. m/s. 71, 386. ISBN 978-0-19-509539-5.
  46. ^ "Discovering How Greeks Computed in 100 B.C." The New York Times. 31 July 2008. Dicapai pada 27 March 2010.
  47. ^ Van Helden, A. (1995). "The Moon". Galileo Project. Dicapai pada 12 April 2007.
  48. ^ Consolmagno, Guy J. (1996). "Astronomy, Science Fiction and Popular Culture: 1277 to 2001 (And beyond)". Leonardo. The MIT Press. 29 (2): 128. doi:10.2307/1576348. JSTOR 1576348.
  49. ^ Hall, R. Cargill (1977). "Appendix A: LUNAR THEORY BEFORE 1964". NASA History Series. LUNAR IMPACT: A History of Project Ranger. Washington, D.C.: Scientific and Technical Information Office, NATIONAL AERONAUTICS AND SPACE ADMINISTRATION. Dicapai pada 13 April 2010.
  50. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*bulaN: moon, month; menstruation". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  51. ^ a b "bulan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. 2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari)... datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid...CS1 maint: date and year (link)
  52. ^ "datang bulan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  53. ^ Castelli, B. & Bruno, J.P (1713). Lexicon medicum Graeco-Latinum. Leipzig: F. Thomas.
  54. ^ Kraus, L.A. (1844). Kritisch-etymologisches medicinisches Lexikon (Dritte Auflage). Göttingen: Verlag der Deuerlich- und Dieterichschen Buchhandlung.
  55. ^ Maxwell, T. (Ed.) (1890). Terminologia medica polyglotta. London: J. & A. Churchill /Paris: G. Mason /Philadelphia: P. Blakiston, Son & Co.
  56. ^ Allen K (2007). The Reluctant Hypothesis: A History of Discourse Surrounding the Lunar Phase Method of Regulating Conception. Lacuna Press. m/s. 239. ISBN 978-0-9510974-2-7.
  57. ^ "Lunar maps". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2019. Dicapai pada 18 September 2019.
  58. ^ "Carved and Drawn Prehistoric Maps of the Cosmos". Space Today. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2012. Dicapai pada 12 April 2007.
  59. ^ "Muhammad." Encyclopædia Britannica. 2007. Encyclopædia Britannica Online, p.13

Bibliografi

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting

Sumber kartografi

sunting

Peralatan cerapan

sunting