Sebuah kod bar, kod palang atau kod batang (barcode)[1] mewakilkan maklumat melalui penurutan corak berulang yang boleh dilihat sehingga mampu dibaca mesin. Kod bar yang asas menyimpan data yang diterjemahkan kepada jalur-jalur lajur selari tercetak[2] (selalunya menggunakan dakwat gelap atau dikontraskan latar belakang cerah) yang mana pengimbasan ini menghasilkan pantulan yang akan ditukarkan kepada bit 1 dan 0; pada masa kini, ia turut datang di dalam corak bebintik, bulatan-bulatan sepusat, dan kod teks yang tersembunyi di dalam gambar. Kod-kod ini boleh dibaca oleh pengimbas optik yang dipanggil pembaca kod bar atau diimbas daripada gambar oleh perisian khas.

Wikipedia dikodkan di dalam Code 128
Wikipedia dikodkan di dalam kod bar DataMatrix 2D

Kod palang digunakan secara meluas untuk melaksanakan sistem Auto ID Data Capture (AIDC) yang meningkatkan kepantasan serta ketepatan kemasukan data komputer. Satu kelebihan kod bar berbanding kaedah lain adalah ia adalah lebih murah untuk dilaksanakan. Kos untuk melaksanakan kod bar adalah lebih kurang AS$0.005 berbanding RFID pasif yang mana masih berkos lebih kurang AS$0.07 hingga AS$0.30 setag.[3]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "'bar code' - Istilah MABBIM". Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  2. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "kod palang". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 29. ISBN 967-65-1306-7. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Some Hot North American RFID Applications, RFID Radio

Pautan luar

sunting