Sistem limfatik

(Dilencongkan daripada Sistem limfa)

Sistem limfa ialah sebahagian daripada sistem peredaran darah, yang terdiri daripada rangkaian saluran yang dipanggil saluran limfa yang membawa cecair jernih yang dipanggil limfa (dari bahasa Latin lympha "dewi air"[1]) dwi arah kearah jantung. Sistem limfa telah mula diterangkan secara berasingan oleh Olaus Rudbeck dan Thomas Bartholin. Sistem limfa bukanlah satu sistem tertutup. Sistem kitaran darah memproses purata 20 liter darah setiap hari melalui penapisan kapilari yang mengasingkan plasma ketika pada masa yang sama meninggalkan sel darah. Sekitar 17 liter plasma sehari yang akan diserap semula terus ke dalam saluran darah. Fungsi utama sistem limfa adalah untuk memberi laluan tambahan bagi 3 liter yang berlebihan setiap hari untuk kembali pada darah.[2] Jadi limfa pada asasnya merupakan plasma darah dikitar semula.

Sistem limfatik manusia

Peranan kedua organ limfa adalah bagi memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan, mempunyai pertindihan yang agak besar dengan sistem limfoid . Tisu limfoid terdapat dalam banyak organ, terutama nod limfa, dan pada folikel limfa yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti tonsil. Sistem ini juga merangkumi semua struktur yang khusus pada pengedaran dan pengeluaran limfosit, termasuk limpa, timus, sum-sum tulang dan tisu limfoid yang berkaitan dengan sistem penghadaman.[3]

Darah tidak bersentuhan secara langsung dengan sel-sel parenchymal dan tisu dalam badan, tetapi juzuk darah mula-mula keluar dari saluran darah pertukaran mikrovaskular menjadi cecair celahan, yang bersentuhan dengan sel-sel parenchymal badan. Limfa ialah cecair yang terbentuk apabila cecair celahan memasuki permulaan saluran limfa pada sistem limfa. Limfa kemudian bergerak di sepanjang rangkaian salur limfa sama ada melalui pengecutan dalaman laluan limfa atau oleh mampatan luaran saluran limfa melalui kuasa tisu luaran (contohnya pengecutan otot - otot rangka). Eventually, the lymph vessels empty into the lymphatic ducts , which drain into one of the two subclavian veins (near the junctions of the subclavian veins with the internal jugular veins). Akhirnya, saluran limfa mengalir ke dalam urat limfa, yang mengalirkan kedalam salah satu daripada dua urat subklavika(berhampiran persimpangan urat subklavika dengan urat jugulum).

Terminologi

sunting

Adjektif digunakan bagi sistem pengangkutan limfa adalah "limfatik". Adjektif yang digunakan bagi tisu di mana limfosit terbentuk adalah "limfoid".

Limfatik datang dari perkataan Latin lymphaticus, bererti "berkaitan dengan air".


Fungsi

sunting

Sistem limfoid memiliki beberapa fungsi berkait:[4]

  • ia bertanggung jawab bagi menyingkirkan cecair interstitial dari tisu
  • ia menyerap dan mengangkut asid lemak dan lelemak sebagai chyle dari sistem penghadaman
  • ia menggangkut sel darah putih pergi balik antara nod lymph nodes dan tulang
  • limpa mengangkut sel penunjuk-antigen ("antigen-presenting cell-APCs"), seperti sel dendritik, pada nod limfa di mana tindak balas imunisasi dirangsangkan.

Kepentingan klinikal

sunting

Kajian mengenai penyaliran limfatik dari pelbagai organ adalah penting bagi diagnosis, prognosis, dan rawatan barah. Disebabkan hubungan rapatnya secara fizikal dengan kebanyakan bahagian badan, sistem limfoid bertanggungjawab bagi mengangkut sel barah antara pelbagai bahagian badan melalui proses yang dikenali sebagai metastasis. Nod limfoid perantaraan mampu memerangkap sel barah. Jika ia tidak berjaya memusnahkan sel barah, nod tersebut mungkin menjadi tapak tumor kedua.

Organisasi

sunting

Sistem limfoid boleh dibahagikan secara kasar pada sistem penyalur dan tisu limfoid.

  • Sistem pengalir membawa limfa dan terdiri dari salur tiub yang merangkumi saluran rerambut kapilari limfa (“lymph capillaries”), salur limfa, dan and the right and left thoracic ducts.
  • Tisu limfa terutamanya terbabit dengan tindak balas imunisasi dan terdiri dari lymphocytes[5] dan sel darah putih yang lain padat dalam tisu penyambung melalui mana limfa lalu. Tisu dan wilayah limfa yang padat dengan lymphocytes dikenali sebagai folik lymphoid. Tisu Lymphoid boleh samaada dalam bentuk berstruktur diatru dengan baik sebagai nod limfa atau mungkin terdiri dari folik lymphoid yang tersusun longer dan dikenali sebagai tisu lymphoid berkait lendir (“mucosa-associated lymphoid tissue –MALT”.

Tisu Limfoid

sunting

Tisu Limfoid berkait dengan sistem limfa berkait dengan fungsi imunisasi bagi mempertahankan badan dari jangkitan dan penyebaran tumor. ia terdiri dari tisu penyambung dengan pelbagai jenis sel darah putih terbenam di dalamnya, yang paling banyak adalah limfosit.

Tisu Limfoid mungkin utama, kedua, atau ketiga bergantung pada tahap perkembangan limfosit dan kematangan pembabitannya. (Tisu Limfoid peringkat ketiga biasanya memiliki kurang limfosit dalamnya, dan mengambil peranan imunisasi hanya apabila dicabar dengan antigen yang menyebabkan keradangan. Ia melakukannya dengan mengimport limfosit dari darah dan limfa.[6])

Organ limfoid utama

sunting

Organ limfoid utama menghasilkan limfosit dari sel progenitor tidak matang.

Timus dan sum-sum tulang membentuk tisu limfoid utama terbabit dalam penghasilan dan pemilihan awal limfosit.

Organ limfoid kedua

sunting

Organ limfoid kedua atau tambahan mengekalkan kematangan naive limfosit dan mencetus tindak balas imunisasi penyesuaian adaptif. Organ limfoid tambahan merupakan tapak pengaktifan limfosit oleh antigen. Pengaktifan mendorong pada pengembangan clonal dan kematangan affiniti. Limfosit matang dikitar kembali antara darah dan organ limfoid tambahan sehingga mereka bertembung dengan antigen khusus bagi mereka.

Tisu limfoid kedua memberikan persekitaran bagi molekul asing atau antigen tempatan berubah bagi bertindakbalas dengan limfosit. Ini ditingkatkan melalui nod limfa, dan folik limfoid pada tonsil, tompokan Peyer, spleen, adenoid, kulit, dll. Yang berkait dengan tisu berkait lendir (“mucosa-associated limfoid tissue – MALT”).

Nod Limfa

sunting

Templat:Details3

 
Nod limfa menunjukkan afferent dan efferent saluran limfatik.

Nod limfa merupakan himpunan teratur tisu limfa, melalui mana limfa lalu dalam perjalannya untuk kembali ke darah. Nod limfa terletak berselang sepanjang sistem limfatik. Beberapa salur limfa afferent membawa masuk limfa, yang meresap keseluruhan bahan nod limfa, dan dikeluarkan oleh salur limfa eferen.

Bahan nod limfa terdiri dari folikel limfoid pada bahagian luar yang dikenali sebagai "Kortex", yang mengandungi folikel limfoid, dan bahagian dalam yang dikenali sebagai "medulla nod limfa", yang dikelilingi oleh kortex kecuali pada bahagian yang dikenali sebagai "hilum" pada not limfa. Hilum kelihatan sebagai lekukan pada permukaan nod limfa, yang menjadikan limfa berbentuk kekacang dan bukannya sfera atau bulat. Salur limfa efferent muncul langsung dari nod limfa di sini. Arteri dan urat membekalkan nod limfa dengan darah masuk dan keluar melalui hilum.

Folikel limfa merupakan himpunan padat limfosit, yang bilangan, saiz dan tatarajahnya berubah menurut keadaan fungsi nod limfa. Sebagai contoh, folikle mengambang dengan banyaknya sebaik sahaja bertembung dengan antigen asing. Pemilihan sel B berlaku dalam pusat germinal bagi nod limfa.

Nod limfa terutamanya banyak di “mediastinum” pada bahagian dada, leher, pelvis, axilla (ketiak), inguinal (pelipat peha), dan berkait dengan saluran darah pada usus kecil.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Lymph - Definition and More from the Free Merriam-Webster Dictionary". www.merriam-webster.com. Dicapai pada 2010-05-29.
  2. ^ Human Physiology: From Cells to Systems, by Lauralee Sherwood
  3. ^ a b Warwick, Roger. "Angiology (Chapter 6)". Gray's anatomy. illustrated by Richard E. M. Moore (ed. Thirty-fifth). London: Longman. m/s. 588–785. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ "The functions of the Lymphatic System". Dicapai pada Feb. 25, 2011. Unknown parameter |unused_data= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ tisu limfoid (“lymphoid tissue”) di Kamus Perubatan Dorland
  6. ^ Goldsby, Richard (2003) [1992]. "Cells and Organs of the Immune System (Chapter 2)". Immunology (ed. Fifth). New York: W. H. Freeman and Company. m/s. 24–56. ISBN 0-7167-4947-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

sunting