Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Edisi ke-24 Sukan Olimpik Musim Sejuk, di Beijing, China pada Februari 2022
(Dilencongkan daripada XXIV Olympic Winter Games)

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (Cina ringkas: 第二十四届冬季奥林匹克运动会pinyin: Dì Èrshísì Jiè Dōngjì Àolínpǐkè Yùndònghuì) dan biasanya dikenali sebagai Beijing 2022 (Cina ringkas: 北京2022), ialah acara pelbagai sukan musim sejuk antarabangsa yang telah berlangsung dari 4 hingga 20 Februari 2022, di Beijing dan bandar-bandar di kawasan berdekatan wilayah Hebei di Republik Rakyat China.[1]

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV
Hos BandarBeijing, China
Cogan kataBersama untuk Masa Depan Bersama
bahasa Inggeris: Together for a Shared Future
Cina ringkas: 一起向未来
Negara91
Atlet2,871
Acara109 dalam 7 sukan
Pembukaan4 Februari
Penutupan20 Februari
Dibuka oleh
Kawah Obor
StadiumStadium Nasional Beijing
Musim Sejuk
Musim Panas
Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022

Beijing telah dinobatkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2022 pada Julai 2015 semasa Sesi IOC ke-128 yang diadakan di Kuala Lumpur. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama di China dan Sukan Olimpik yang ketiga di negara tersebut, selepas Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Olimpik Belia 2014. Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi terakhir daripada tiga Sukan Olimpik yang diadakan secara berturut-turut di Asia Timur (selepas Sukan Olimpik 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun). Buat kali yang pertama, Beijing menjadi bandar raya yang pertama untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Empat buah tempat acara sedia ada yang asalnya dibina untuk Sukan Olimpiik 2008 juga menganjurkan pertandingan semasa Beijing 2022 manakala Stadium Nasional Beijing telah menjadi lokasi upacara perasmian dan penutupan. Antara kebimbangan dan kontroversi berkaitan dengan Beijing 2022 termasuklah boikot diplomatik yang disertai oleh 10 buah negara.

Pembidaan

sunting

Sebanyak 6 bandar telah menyerahkan pembidaan mereka kepada IOC, iaitu Almaty, Beijing, Kraków, Lviv, Oslo dan Stockholm.[2] Pada 7 Julai 2014, IOC mengumumkan bahawa tinggal hanya tiga bandar sahaja yang akan layak ke proses pencalonan tuan rumah Sukan Olimpik 2022, iaitu Almaty, Beijing dan Oslo.[3] Pada 1 Oktober 2014, Olso telah menarik diri daripada pembidaan temasya tersebut setelah salah satu parti politik dalam blok kerajaan Norway, Høyre, membantah pembidaan tersebut.[4]

Beijing telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 semasa Sesi IOC ke-128 yang dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 31 Julai 2015. [5]

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Bandar Negara Undi
Beijing   China 44
Almaty   Kazakhstan 40

Persediaan

sunting

Pingat

sunting

Reka bentuk pingat Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 26 Oktober 2021. Konsep reka bentuknya adalah berdasarkan ilmu falak dan ilmu nujum tradisional Cina kerana temasya tersebut diadakan semasa Tahun Baru Cina.[6]

Baju seragam penyampai pingat semasa upacara penyampaian pingat telah diumumkan pada Januari 2022.[7] Baju seragam tersebut direka bentuk oleh Akademi Pusat Seni Halus China dan Institut Teknologi Fesyen Beijing.[7]

Larian obor

sunting

Larian obor Beijing 2022 telah bermula pada 18 Oktober 2021 in Yunani. Pada 20 Oktober 2021, pihak penganjur Beijing 2022 telah mengumumkan bahawa laluan China akan bermula pada 2 Februari dan tamat pada 4 Februari 2022. Larian obor tersebut hanya akan melalui ketiga-tiga kluster tempat acara Sukan Olimpik 2022, yakni Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.[8][9]

Pengangkutan

sunting

Laluan kereta api antara bandar Beijing-Zhangjiakou telah dibuka pada akhir tahun 2019. Laluan tersebut bermula dari stesen kereta api Utara Beijing dan tamat di stesen Zhangjiakou. Pembukaan laluan tersebut telah memendekkan masa perjalanan antara Beijing dan Zhangjiakou sehingga ke 50 minit.

Projek pemanjangan Beijing Subway masih dijalankan dan jumlah jaraknya dijangka akan mencapai 781.5 km (485.6 bt) pada akhir tahun 2021.[10]

Sebuah lapangan terbang baharu, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, telah dibuka pada tahun 2019 untuk menggantikan Lapangan Terbang Nanyuan Beijing. Lapangan terbang tersebut diusahakan bersama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing.[11]

Anggaran bajet bagi penganjuran temasya ini ialah US$3.9 bilion.[12]

Tempat acara

sunting

Berikut merupakan tempat acara Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.[13]

Kluster Beijing

sunting

Di kawasan Olympic Green

sunting
Tempat Sukan Kapasiti
Stadium Nasional Beijing Upacara pembukaan dan penutupan 80,000
Pusat Akuatik Nasional Beijing Curling 4,000
Stadium Tertutup Nasional Beijing Hoki ais 18,000
Pusat Luncur Laju Nasional Luncur laju 12,000
Pusat Persidangan Nasional Pusat Penyiaran Antarabangsa -
Kampung Olimpik - -

Di kawasan lain

sunting
Tempat Sukan Kapasiti
Stadium Tertutup Utama Luncur ais berbunga, luncur laju balapan pendek 15,000
Pusat Sukan Wukesong Hoki ais 10,000
Big Air Shougang Luncur papan salji (Big Air), Ski gaya bebas (Big Air) 4,912

Kluster Yanqing

sunting
Tempat Sukan Kapasiti
Pusat Ski Alp Nasional Ski Alp 15,000
Pusat Gelongsor Nasional Lumba kereta gelongsor, skeleton, luge 5,000
Yanqing MMC Pusat Penyiaran Antarabangsa -
Kampung Olimpik Yangqing - -

Kluster Zhangjiakou

sunting
Tempat Sukan Kapasiti
Pusat Ski Rentas Desa Nasional Ski rentas desa, gabungan Nordik 15,000
Pusat Lompat Ski Nasional Lompat ski 10,000
Pusat Biatlon Nasional Biatlon 15,000
Hotel Genting Pusat Penyiaran Antarabangsa -
Taman Ski Genting Luncur papan salji, ski gaya bebas 5,000
Kampung Olimpik Zhangjiakou - -

Pemasaran

sunting
 
Kapat terbang Boeing 737-800 milik Air China yang menampilkan logo dan maskot.

Logo rasmi temasya ini, "Impian Musim Sejuk" (冬梦) telah diumumkan pada 15 Disember 2017 di Pusat Akuatik Nasional Beijing. Logo tersebut menampilkan tulisan bergaya bagi aksara "冬" (Musim Sejuk) yang berilhamkan salji dan mempunyai motif reben. Bahagian atas logo tersebut menyerupai seorang pemain ski manakala bahagian bawahnya menyerupai seorang pemain luncur. Logo tersebut juga menampilkan warna pada logo Olimpik (selain warna hitam) dan warna pada bendera China. Logo tersebut direka bentuk oleh Lin Cunzhen yang turut merupakan pereka bentuk bagi logo Nanjing 2014.[14]

Slogan

sunting

Pada 17 September 2021, pihak penganjur Beijing 2022 mengumumkan slogan bagi Sukan Olimpik 2022: "Bersama untuk Masa Depan Bersama" (bahasa Inggeris: Together for a Shared Future!, Bahasa Cina: 一起向未来!Yīqǐ xiàng wèilái!).[15] Sebuah lagu yang mempunyai judul yang sama turut dikeluarkan. Lagu tersebut mempunyai dua versi, satu versi dinyanyikan oleh Jackson Yee manakala versi yang lain dinyanyikan oleh penyanyi Hong Kong, William Chan dan Tia Ray (Yuan Yawei).[16]

Maskot

sunting

Maskot rasmi Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 17 September 2019 di Arena Hoki Ais Shougang. Maskot tersebut, "Bing Dwen Dwen" (Bahasa Cina: 冰墩墩pinyin: Bīng Dūn Dūn) merupakan seekor panda dan direka oleh Cao Xue.[17] Bing Dwen Dwen memakai topi keledar yang menandakan salji dan ais dalam sukan musim sejuk. Namanya, merupakan kombinasi perkataan "Bing" yang bermaksud "ais" dan "Dwen Dwen" yang bermaksud tegap dan bersemangat. Maskot tersebut turut berpakaian suit sukan ais agar kelihatan lebih cergas. Reka bentuknya turut melambangkan kemajuan teknologi baharu dan hijau yang mempunyai kemungkinan yang tidak terhad. Pada tapak tangan kirinya, terdapat satu bentuk hati yang melambangkan bahawa bandar tuan rumah mengalu-alukan semua atlet dari seluruh dunia.[18] Maskot Sukan Paralimpik turut diumumkan pada hari yang sama[19][20]

Penajaan

sunting
Senarai penaja Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022[21]
Rakan kongsi Olimpik sedunia:
Rakan Kongsi Rasmi:
Penaja Rasmi:
  • Kumpulan Beijing Beiao
  • Beijing Cultural Investment Development Group
  • Beijing Yanjing Brewery
  • Kumpulan Hengyuanxiang(HYX)[22]
  • Qianxin
  • Shunxin Agriculture
  • Tsingtao Brewery
  • Jinlongyu Cooking Oils
  • Yuanfudao
  • Yum China
Pembekal Ekslusif Rasmi
  • EF Education First
  • iFlytek
  • China Post
  • Hylink
  • Snickers
  • Hongyuan
  • 3trees
  • Sankeshu Paint
Pembekal Ekslusif

Temasya

sunting

Upacara pembukaan

sunting

Upacara penutupan

sunting

Acara sukan

sunting

Sebanyak tujuh sukan yang merangkumi 109 acara dalam 15 disiplin telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[23] Tujuh acara baharu telah diwujudkan dalam Sukan Olimpik 2022, iaitu monobob perempuan, big air lelaki dan perempuan dalam ski gaya bebas, berganti-ganti campuran dalam luncur laju balapan pendek serta acara berpasukan dalam lompat ski, ski gaya bebas aerials dan luncur papan salji snowboard cross. Penambahan ini bertujuan untuk mengimbangkan bilangan atlet lelaki dan perempuan, di samping demi menarik minat golongan muda.[24]

  1. Biatlon
  2. Lumba kereta gelongsor
  3. Curling
  4. Hoki ais
  5. Luge
  6. Luncur ais
  7. Ski

Penyertaan

sunting
 
  Negara-negara yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
  Debut negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk
  Bulatan kuning ialah bandar tuan rumah (Beijing)
 
Negara mengikut saiz pasukan
Pasukan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai Beijing 2022
NOCs yang telah menyertai Sukan Olimpik 2018 tetapi tidak menyertai edisi 2022. NOCs yang menyertai Sukan Olimpik 2022 tetapi tidak menyertai edisi 2018.

Takwim

sunting
OC Upacara pembukaan Acara pertandingan 1 Acara berpingat EG Pesta pameran CC Upacara penutupan
Februari 2022 2
Rab
3
Kha
4
Jum
5
Sab
6
Aha
7
Isn
8
Sel
9
Rab
10
Kha
11
Jum
12
Sab
13
Aha
14
Isn
15
Sel
16
Rab
17
Kha
18
Jum
19
Sab
20
Aha
Acara
  Upacara OC CC
  Ski alp 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 11
  Biatlon 1 1 1 1 1 2 1 1 2 11
  Lumba kereta gelongsor 1 1 1 1 4
  Ski rentas desa 1 1 2 1 1 1 1 2 1 1 12
  Curling 1 1 1 3
  Luncur ais berbunga 1 1 1 1 1 EG 5
  Ski gaya bebas 1 1 1 1 1 1 1 2 1 2 1 13
  Hoki ais 1 1 2
  Luge 1 1 1 1 4
  Gabungan Nordik 1 1 1 3
  Luncur laju balapan pendek 1 2 1 1 2 2 9
  Skeleton 1 1 2
  Lompat ski 1 1 1 1 1 5
  Luncur papan salji 1 1 2 1 2 1 1 2 11
  Luncur laju 1 1 1 1 1 1 1 1 2 1 1 2 14
Acara berpingat harian 0 0 0 6 6 9 10 6 8 7 6 7 4 9 8 6 5 7 5 109
Jumlah kumulatif 0 0 0 6 12 21 31 37 45 52 58 65 69 78 86 92 97 104 109
Februari 2022 2
Rab
3
Kha
4
Jum
5
Sab
6
Aha
7
Isn
8
Sel
9
Rab
10
Kha
11
Jum
12
Sab
13
Aha
14
Isn
15
Sel
16
Rab
17
Kha
18
Jum
19
Sab
20
Aha
Jumlah Acara


Jadual pingat

sunting

  *   Tuan rumah

Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022[116]
KedudukanJOKEmasPerakGangsaJumlah
1  Norway1681337
2  Jerman1210527
3  China*94215
4  Amerika Syarikat810725
5  Sweden85518
6  Belanda85417
7  Austria77418
8  Switzerland72514
9  ROC6121432
10  Perancis57214
11  Kanada481426
12  Jepun36918
13  Itali27817
14  Korea Selatan2529
15  Slovenia2327
16  Finland2248
17  New Zealand2103
18  Australia1214
19  Great Britain1102
20  Hungary1023
21  Belgium1012
  Republik Czech1012
  Slovakia1012
24  Belarus0202
25  Sepanyol0101
  Ukraine0101
27  Estonia0011
  Latvia0011
  Poland0011
Jumlah (29 JOK)109109109327

Penyiaran

sunting

Kebimbangan dan kontroversi

sunting

Ekoran daripada isu Kertas Xinjiang, tunjuk perasaan Hong Kong, diplomasi Wolf Warrior dan genosid Uyghur, terdapat pihak yang menggesa negara-negara Barat agar memboikot edisi Sukan Olimpik ini.[117][118][119][120] Ahli politik dan pemimpin beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom,[121] Kanada dan Australia[122] telah mencadangkan kerajaan mereka agar tidak menghantar kontijen ke temasya tersebut. Selain itu, terdapat juga individu yang mengharapkan temasya ini boleh dianjukan di tempat lain,[123][124] manakala ada yang mengharapkan pemimpin dan pegawai kerajaan negaranya untuk melakukan "boikot diplomatik" dengan tidak menghadiri Beijing 2022.[125] Terdapat juga beberapa alternatif lain yang dicadangkan seperti menarik balik penajaan kepada Sukan Olimpik 2022 dan tidak menyiarkan acara Olimpik. [126][127]

Pada Februari 2021, syarikat akhbar milik kerajaan China, Global Times, telah mengatakan bahawa negara China akan menyekat mana-mana negara yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[128][129] IOC pula mengatakan bahawa mereka kekal neutral dalam semua isu politik dan tindakan menganugerahi hak penganjuran kepada sesebuah negara tidak bermakna organisasi tersebut menyokong struktur politiknya, keadaan sosialnya atau standard hak asasi manusianya.[130] Pada Sukan Olimpik Tokyo, IOC telah menggantungkan NOC Korea Utara kerana negara tersebut tidak menyertai Sukan Olimpik. Hal ini telah menyebabkan berlakunya spekulasi bahawa IOC juga akan menggantung mana-mana NOC yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[131][132]

Impak pandemik COVID-19

sunting

Pandemik COVID-19 telah membawa kesan terhadap kelayakan bagi beberapa sukan apabila kejohanan yang berkaitan telah dibatalkan. Persekutuan Curling Dunia mencadangkan agar slot kelayakan curling bagi Sukan Olimpik 2022 diberikan berdasarkan kedudukan atlet dalam kejohanan dunia 2021. Sebuah kejohanan kelayakan khas turut disyorkan sebagai pengganti mata yang dimenangi dalam kejohanan dunia 2020 dan 2021. Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) pula memberikan slot kelayakan bagi acara perempuan berdasarkan Ranking Dunia IIHF apabila Kejohanan Dunia Perempuan 2020 dibatalkan.[133][134]

Pada 29 September 2022, IOC mengumumkan protokol biokeselamatan bagi Sukan Olimpik 2022. Semasa temasya tersebut berlangsung, semua atlet hanya dibenarkan untuk bergerak dalam "gelembung sukan" (bahasa Inggeris: Bio-secure bubble) dan perjalanan mereka turut disekat. Sekiranya seseorang atlet belum divaksinkan, atlet tersebut perlulah berkuarantin selama 21 hari setelah tiba di China. Ujian COVID-19 harian turut akan dilakukan terhadap semua atlet yang bertanding.[135][136]

Pada September 2021, Liga Hoki Kebangsaan (NHL) telah mencapai sebuah persetujuan dengan Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa untuk membenarkan pemain profesional NHL untuk bertanding dalam Sukan Olimpik 2022.[137] Namun pada 23 Disember 2021, NHL mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghantar pemain ke temasya tersebut atas sebab Pandemik COVID-19 dan varian Omicron.[138][139][140][141]

Pada Januari 2022, disebabkan oleh kemunculan varian Omicron dan peningkatan kes COVID-19 di China, rancangan untuk membenarkan penonton yang berada China masuk ke tempat pertandingan telah dibatalkan. Hanya segelintir penonton yang telah diundang dibenarkan masuk ke tempat pertandingan. Temasya ini merupakan Sukan Olimpik kedua yang melarangkan kehadiran penonton.[142]

Setiap individu yang menyertai temasya ini, termasuk atlet, pegawai dan penonton, telah diwajibkan untuk memasang aplikasi My2022 untuk tujuan penyerahan deklarasi kastam dan rekod keselamatan, pelaporan kesihatan kendiri harian, penyimpanan rekod vaksinasi dan ujian COVID-19 serta penyampaian maklumat. Namun, wujudnya kebimbangan terhadap keselamatan siber aplikasi tersebut. Citizen Lab, sebuah kumpulan kajian keselamatan siber yang berpusat di Kanada, telah mengeluarkan amaran bahawa pengguna aplikasi My2022 akan terdedah terhadap pencerobohan data dan tertakluk kepada dasar penapisan Internet di China.[143] Terdapat beberapa jawatankuasa Olimpik telah mencadangkan hadirinnya menggunakan telefon bimbit prabayar, mencipta akaun e-mel khas untuk penggunaan mereka di China dan tidak membawa telefon pintar dan komputer riba peribadi mereka ke china.[144][145][146]

Boikot diplomatik

sunting

Boikot diplomatik bermaksud sesebuah negara tidak akan menghantar pemimpin negara, pegawai atau wakil kerajaannya ke Sukan Olimpik. Namun, atlet-atlet dari negara masing-masing masih boleh bertanding.

Negara-negara berikut telah mengumumkan bahawa mereka akan memboikot Sukan Olimpik 2022 secara diplomatik:

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Atlet neutral dari Russia, bertanding di bawah bendera Jawatankuasa Olimpik Rusia

Sumber yang dirujuk

sunting
  1. ^ "Beijing to host 2022 Winter Olympics and Paralympics". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 31 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2019. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  2. ^ "Rising interest in Olympic Winter Games as six cities bid to host 2022 Games". olympic.org (dalam bahasa Inggeris). International Olympic Committee. 15 November 2013.
  3. ^ "First IOC Executive Board meeting under President Bach". olympic.org (dalam bahasa Inggeris). International Olympic Committee. 10 Disember 2013.
  4. ^ "Norway government rejects 2022 Winter Olympics bid", from Sports Illustrated 1 Oktober 2014
  5. ^ "Beijing named host city of Olympic Winter Games 2022". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 31 Julai 2015. Dicapai pada 19 September 2021.
  6. ^ "Beijing 2022 Olympic medals design unveiled with 100 days to go". Beijing2022.cn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  7. ^ a b Barker, Philip (2 Januari 2022). "Beijing 2022 reveals uniforms for medal ceremonies heavily influenced by snow". InsideTheGames.biz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Januari 2022.
  8. ^ "北京2022年冬奥会火种欢迎仪式在京举行" (dalam Bahasa Cina) [Upacara Penyambutan Obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022]. Beijing2022.cn. 20 Oktober 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  9. ^ Imbo, William. "Olympic flame for Olympic Winter Games Beijing 2022 lit" olympics.com. 18 Oktober 2021. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
  10. ^ "官宣!北京9段新地铁今天开通!线路图、新站抢先看" (dalam bahasa Cina). 2021-12-31. Dicapai pada 2021-12-31.
  11. ^ hermesauto (2018-05-17). "New Beijing airport to open on Oct 1, 2019, able to accommodate 620,000 flights per year". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2021. Dicapai pada 2018-05-21.
  12. ^ "Beijing won't have a big budget for the 2022 Winter Olympics". CNNMoney (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2019. Dicapai pada 2 Ogos 2020.
  13. ^ "Competition zones". beijing2022.cn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 September 2021.
  14. ^ Zaccardi, Nick (15 Disember 2017). "Beijing 2022 Winter Olympic logo unveiled". nbcsports.com (dalam bahasa Inggeris). NBC Sports. Dicapai pada 17 Disember 2017.
  15. ^ "Beijing 2022 reveals official motto: "Together for a Shared Future" - Olympic News". International Olympic Committee (dalam bahasa Inggeris). 2021-09-17. Dicapai pada 2021-10-07.
  16. ^ "易烊千玺以歌助威北京冬奥,单曲《一起向未来》上线QQ音乐". 凤凰网 (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2021-10-07.
  17. ^ "北京2022年冬奥会吉祥物阐释". beijing2022.cn. 2019-09-17.
  18. ^ "北京2022年冬奥会吉祥物阐释" [Penjelasan maksud maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022]. beijing2022.cn (dalam bahasa Cina). 2019-09-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-18. Dicapai pada 2019-09-17.
  19. ^ "Beijing unveils new 'ice' panda mascot to promote 2022 Winter Games". CNN International (dalam bahasa Inggeris). 2019-09-17.
  20. ^ "Beijing 2022 Winter Olympic and Paralympic mascots unveiled". Xinhua (dalam bahasa Inggeris). 2019-09-17.
  21. ^ "Beijing Organising Committee for the 2022 Olympic and Paralympic Winter Games" (dalam bahasa Inggeris).
  22. ^ Allen-Ebrahimian, Bethany; Chen, Shawna (April 6, 2021). "Olympic committee gave uniform contract to Chinese company with Xinjiang ties". Axios (dalam bahasa Inggeris). The IOC announced in September 2019 that Hengyuanxiang (HYX) Group would supply formal uniforms, such as those used in ceremonies, for IOC members and staff.
  23. ^ "BEIJING 2022 - SPORTS". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 September 2021.
  24. ^ "Here's a look at the new women's, gender-balanced disciplines for the 2022 Winter Games". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2019. Dicapai pada 2021-05-27.
  25. ^ "Denni Xhepa represents Albania at the Beijing Winter Olympics". Oculus News. 17 Januari 2022. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  26. ^ "Saudi Arabia set to name its first-ever athlete bound for Winter Olympic Games". TASS. Moscow, Russia. 17 Januari 2022. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  27. ^ Burke, Patrick (23 Januari 2022). "American Samoa NOC commends first Winter Olympic athlete since 1994". www.insidethegames.biz/. Dunsar Media Ltd. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  28. ^ "Presentació de la vestimenta de la delegació andorrana dels JO d'hivern de Beijing 2022 a la seu central de Andbank" [Presentation of the attire of the Andorran delegation of the Beijing Winter Olympics 2022 at the Andbank headquarters]. www.coa.ad/ (dalam bahasa Catalonia). Jawatankuasa Olimpik Andorra. 19 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  29. ^ "Delegación Argentina en Los Juegos Olímpicos De Invierno Beijing 2022" [Argentine Delegation at the Beijing 2022 Winter Olympics]. www.coarg.org.ar/ (dalam bahasa Sepanyol). Jawatankuasa Olimpik Argentina. 18 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  30. ^ Ghazanchyan, Siranush (18 Januari 2022). "Beijing 2022: Armenia to have six representatives at Winter Olympics". En.armradio.am/. Public Radio of Armenia. Dicapai pada 18 Januari 2022.
  31. ^ Robinson, Georgina (23 Januari 2022). "Australia's winter Olympians target bronze, silver and gold". The Sydney Morning Herald. Sydney, Australia. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  32. ^ "Olympic Team Austria wächst auf 106 Aktive" [Olympic Team Austria grows to 106 active members]. www.olympia.at/ (dalam bahasa Jerman). Jawatankuasa Olimpik Austria. 24 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  33. ^ ""Pekin-2022" Qış Olimpiya Oyunlarına həsr olunan rəsmi təqdimat mərasimi keçirilib" [An official presentation ceremony dedicated to the Beijing 2022 Winter Olympics has been held.]. www.olympic.az/ (dalam bahasa Azerbaijan). National Olympic Committee of the Azerbaijani Republic. 18 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  34. ^ "Белорусы получили дополнительную лицензию на Игры в Пекин" [Belarusians received an additional license for the Beijing Games]. www.noc.by (dalam bahasa Rusia). Jawatankuasa Olimpik Belarus. 21 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  35. ^ Kohlhuber, Nicolas (21 Januari 2022). "La sélection belge pour les Jeux Olympiques d'hiver de Beijing 2022" [The Belgian selection for the Beijing 2022 Winter Olympics]. www.olympics.com/ (dalam bahasa Perancis). Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Dicapai pada 21 Januari 2022.
  36. ^ Guzman, Ariel (16 Januari 2022). "Los bolivianos Grönlund y Breistfuss van a los Juegos Olímpicos de Pekín" [Bolivians Grönlund and Breistfuss go to the Beijing Olympics]. Opinión (dalam bahasa Sepanyol). Cochabamba, Bolivia. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  37. ^ "BIH Olimpijski Tim | Beijing 2022" [BIH Olympic Team Beijing 2022]. www.okbih.ba/ (dalam bahasa Bosnia). Jawatankuasa Olimpik Bosnia dan Herzegovina. 21 Januari 2022. Dicapai pada 21 Januari 2022.
  38. ^ "NOC Entries – Team People's Brazil". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
  39. ^ "16 athletes to represent Bulgaria at the 2022 Winter Olympic Games in Beijing". www.bnr.bg/. Bulgarian National Radio. 20 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  40. ^ Nichols, Paula (28 Januari 2022). "By the Numbers: Team Canada heading into the Beijing 2022 Olympic Winter Games". www.olympic.ca/. Jawatankuasa Olimpik Kanada. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  41. ^ "Team Chile competirá con cuatro deportistas en Beijing" [Team Chile will compete with four athletes in Beijing]. www.coch.cl/ (dalam bahasa Sepanyol). Jawatankuasa Olimpik Chile. 19 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  42. ^ "NOC Entries – Team People's Republic of China". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
  43. ^ Zabala, Daniel (20 Januari 2022). "Juegos Olímpicos de Invierno y los colombianos clasificados" [Winter Olympics and Colombians Qualified]. www.lafm.com.co/ (dalam bahasa Sepanyol). La FM. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  44. ^ "11 athletes to represent Croatia at Winter Olympics". www.croatiaweek.com/. Croatia Week. 24 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  45. ^ Liu, Lanting (25 Januari 2022). "One Cypriot to take part in 2022 Winter Olympics". Cyprus Mail. Nicosia, Cyprus. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  46. ^ Houston, Michael (18 Januari 2022). "Czech Republic name record-size Winter Olympic team and reveal Beijing 2022 uniform". www.insidethegames.biz/. Dunsar Media Ltd. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  47. ^ "Madeleine Dupont og Frans Nielsen er Danmarks OL-fanebærere" [Madeleine Dupont and Frans Nielsen are Denmark's Olympic flag bearers]. www.dif.dk/ (dalam bahasa Denmark). National Olympic Committee and Sports Confederation of Denmark. 20 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  48. ^ "Sarah Escobar: "Quiero compartir mi sueño olímpico con todos los ecuatorianos"" [Sarah Escobar: "I want to share my Olympic dream with all Ecuadorians"]. www.coe.org.ec/ (dalam bahasa Sepanyol). Ecuadorian National Olympic Committee. 7 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  49. ^ Watta, Evelyn (28 Januari 2022). "African stars to watch at Beijing 2022". www.olympics.com/. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Dicapai pada 22 Januari 2022.
  50. ^ "Olympic Committee confirms national team for Beijing Olympics". Eesti Rahvusringhääling. Tallinn, Estonia. 21 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  51. ^ "Olympiajoukkue valittu – 95 urheilijaa edustaa Suomea Pekingin talvikisoissa" [Olympic team selected - 95 athletes represent Finland at the Beijing Winter Games]. www.olympiakomitea.fi/ (dalam bahasa Finland). Jawatankuasa Olimpik Finland. 24 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  52. ^ "Les sélectionnés pour les Jeux Olympiques d'hiver de Pékin !" [The selected athletes for the Olympic Winter Games in Beijing!]. www.equipedefrance.com (dalam bahasa Perancis). Comité national olympique et sportif français (CNOSF). 23 Januari 2022. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  53. ^ "სეოკ-ის აღმასრულებელი კომიტეტის სხდომაზე ზამთრის XXIV ოლიმპიურ თამაშებზე საქართველოს ოლიმპიური დელეგაციის პერსონალური შემადგენლობა დაამტკიცეს" [The staff of the Georgian Olympic delegation to the XXIV Winter Olympic Games was approved at the session of the Executive Committee of the National Olympic Committee]. www.geonoc.org.ge/ (dalam bahasa Georgia). Georgian National Olympic Committee. 26 Januari 2022. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  54. ^ "In dieser Reihenfolge laufen die Nationen bei der Eröffnungsfeier ein". www.faz.net/ (dalam bahasa Jerman). Frankfurter Allgemeine. 4 February 2022. Dicapai pada 4 February 2022.
  55. ^ "Feller hat Corona – Ski-Exot Mäder bei Olympia dabei" [Feller has Corona - Ski-Exot Mäder at the Olympics]. www.srf.ch/ (dalam bahasa Jerman). Schweizer Radio und Fernsehen. 21 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  56. ^ "Winter Olympics: Who is representing Team GB in Beijing?". BBC News. London, United Kingdom. 21 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  57. ^ "Με πέντε αθλητές και αθλήτριες η Ελλάδα στους Χειμερινούς Ολυμπιακούς Αγώνες «Πεκίνο 2022»" [Greece with five athletes at the Beijing 2022 Winter Olympics]. www,hoc.gr/ (dalam bahasa Greek). Jawatankuasa Olimpik Yunani. 20 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  58. ^ "Haiti - J.O. Beijing 2022 : D-24, The skier Richardson Viano will defend the colors of Haiti". HaitiLibre. 11 Januari 2022. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  59. ^ Chan, Kin-wa (10 December 2021). "Beijing 2022: Hong Kong set to send largest-ever squad for Winter Olympics – three athletes". South China Morning Post. Hong Kong. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  60. ^ "Olimpiai indulókról döntött a Magyar Sí Szövetség" [The Hungarian Ski Association has decided on Olympic starters]. Olimpia.hu/ (dalam bahasa Hungary). Jawatankuasa Olimpik Hungary. 18 Januari 2022. Dicapai pada 18 Januari 2022.
  61. ^ "Íslenski hópurinn á ÓL í Peking" [The Icelandic Group at the Olympcis in Beijing]. www.isi.is/ (dalam bahasa Iceland). National Olympic and Sports Association of Iceland. 21 Januari 2022. Dicapai pada 21 Januari 2022.
  62. ^ Chaudhury, Dipanjan Roy (17 Januari 2022). "India to participate in Beijing Winter Olympics sans high-level political presence". The Economic Times. Mumbai, India. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  63. ^ "Iran to send three skiers to 2022 Winter Olympics". Tehran Times. Tehran, Iran. 16 Januari 2022. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  64. ^ O'Riordan, Ian (24 Januari 2022). "Ireland names six-strong Beijing Winter Olympics team". The Irish Times. Dublin. Ireland. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  65. ^ Aharoni, Oren (24 Januari 2022). "נקבעה המשלחת הישראלית למשחקי החורף בבייג'ין 2022" [The Israeli delegation for the 2022 Beijing Winter Games has been determined]. Israel Hayom (dalam bahasa Ibrani). Dicapai pada 24 Januari 2022.
  66. ^ "Ecco l'Italia Team per Pechino 2022, 118 atleti azzurri in gara in Cina" [Here is the Italy Team for Beijing 2022, 118 Italian athletes competing in China]. www.coni.it/ (dalam bahasa Itali). Jawatankuasa Olimpik Itali. 24 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  67. ^ Butterfield, Michelle (19 Januari 2022). "Jamaica's 4-man bobsled team makes Olympics for 1st time in over 20 years". Global News. Vancouver, British Columbia, Canada. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  68. ^ "Japan names Miho Takagi as team captain for Beijing Games". The Japan Times. Tokyo, Japan. 21 Januari 2022. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  69. ^ Zhanmukhanova, Assem (25 Januari 2022). "Kazakhstan to spend about US$525,000 on Beijing Olympics". www.qazaqtv.com/. Kazakh TV. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  70. ^ "Kiana Kryeziu and Albin Tahiri will represent Kosovo in LOD Beijing 2022". Kosova Press. Pristina, Kosovo. 18 Januari 2022. Dicapai pada 18 Januari 2022.
  71. ^ Makeshov, Kabyl (20 Januari 2022). "Кыргызстан кышкы олимпиада оюндарында" [Kyrgyzstan at the Winter Olympics]. BBC News (dalam bahasa Kirghiz). London, United Kingdom. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  72. ^ "NOC Entries – Team Latvia". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
  73. ^ "Lebanese Olympic Committee Keen for Closer Cooperation With Chinese Olympic Committee". www.anocolympic.org/. Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan. 21 Januari 2022. Dicapai pada 21 Januari 2022.
  74. ^ "Team Liechtenstein selektioniert!" [Team Liechtenstein selected!]. www.olympic.li/ (dalam bahasa Jerman). Jawatankuasa Olimpik Liechtenstein. 18 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  75. ^ Suslavičius, Rokas (16 Januari 2022). "Žiemos olimpinės rinktinės paveikslas: rekordinė dalyvių gausa, didžiausios viltys ir likę nežinomieji" [Picture of the Winter Olympic team: record number of participants, highest hopes and remaining unknowns]. www.lrt.lt/ (dalam bahasa Limburgish). Lithuanian National Radio and Television. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  76. ^ "Composition du Team Lëtzebuerg pour les JO Beijing 2022" [Composition of Team Luxembourg for the Beijing 2022 Olympics]. www.teamletzebuerg.lu/ (dalam bahasa Perancis). Luxembourg Olympic and Sporting Committee. 19 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  77. ^ "JO 2022 Hiver Pékin : Rencontre entre Siteny Randrianasoloniaiko et Zhang Wei" [Beijing Winter Olympics 2022: Meeting between Siteny Randrianasoloniaiko and Zhang Wei]. Midi Madagasikara (dalam bahasa Perancis). Antananarivo, Madagascar. 15 Januari 2022. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  78. ^ "OCM confident 2022 Beijing Winter Olympics will be a success". Bernama. Kauala Lumpur, Malaysia. 19 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022. Malaysia will be represented by two alpine skiers - Jeffrey Webb, 23, in men’s slalom and Aruwin Idami Salehhuddin, 17, in women’s slalom and giant slalom - at the 2022 Beijing Winter Olympics.
  79. ^ "Jenise Spiteri to carry Maltese Flag at Beijing Winter Olympics". Nocmalta.org/. Jawatankuasa Olimpik Malta. 18 Januari 2022. Dicapai pada 18 Januari 2022.
  80. ^ "Confirman delegación tricolor para Juegos Invernales" [Tricolor delegation confirmed for Winter Games]. Elporvenir.mx/ (dalam bahasa Sepanyol). El Porvenir. 18 Januari 2022. Dicapai pada 18 Januari 2022.
  81. ^ "Doina Descalui va fi portdrapelul Republicii Moldova la Jocurile Olimpice de la Beijing" [Doina Descalui will be the flag bearer of the Republic of Moldova at the Beijing Olympic Games]. www.olympic.md/ (dalam bahasa Romania). National Olympic Committee of the Republic of Moldova. 26 Januari 2022. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  82. ^ Boisaubert, Romain (19 Januari 2022). "Meet the Monegasque athletes who will compete in the Beijing Winter Olympics". Monaco Tribune. Monaco. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  83. ^ Anudari, M (13 Januari 2022). "Two Mongolian athletes qualify for Winter Olympics". Montsame. Ulaanbaatar, Mongolia. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  84. ^ "Winter Olympic Games "Beijing 2022"". Cok.me/. Jawatankuasa Olimpik Montenegrin. 18 Januari 2022. Dicapai pada 18 Januari 2022.
  85. ^ Ichi, Abderrahmane (19 Januari 2022). "JO d'hiver de Pékin : le Maroc sera représenté par Yassine Aouich" [Beijing Winter Olympics: Morocco will be represented by Yassine Aouich]. Le Matin (dalam bahasa Perancis). Casablanca, Morocco. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  86. ^ "Gekwalificeerde sporters Olympische Winterspelen Beijing 2022" [Qualified athletes Olympic Wintergames Beijing 2022] (dalam bahasa Belanda).
  87. ^ "Beijing Winter Olympics: Biathlete Campbell Wright named to New Zealand team". The New Zealand Herald. Auckland, New Zealand. 20 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022. Campbell is the final athlete selected to the New Zealand Team for Beijing. Taking the total team size to 15.
  88. ^ Kohlhuber, Nicolas (9 December 2021). "Samuel Ikpefan: From the French Alps to representing Nigeria at Beijing 2022". www.olympics.com/. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  89. ^ "ЗОИ ПЕКИНГ 2022" [Beijing World 2022]. www.mok.org.mk/ (dalam bahasa Macedonia). Olympic Committee of North Macedonia. 18 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  90. ^ "NOC Entries – Team Norway". Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
  91. ^ Shah, Abdul Mohi (7 Januari 2022). "Karim to represent Pakistan as Mia pulls out". The News International. Karachi, Pakistan. Dicapai pada 16 Januari 2022.
  92. ^ "Perú presente en Pekín 2022: Ornella Oettl Reyes clasificó a los Juegos Olímpicos de Invierno" [Peru present in Beijing 2022: Ornella Oettl Reyes qualified for the Winter Olympics]. La República (dalam bahasa Sepanyol). Lima, Peru. 27 December 2021. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  93. ^ Valderrama, Aeron Paul (21 December 2021). "Asa Miller qualifies for 2022 Winter Olympics". Tiebreaker Times. Dicapai pada 21 December 2021.
  94. ^ "Olympics: 57 Polish athletes selected to compete in Beijing". www.polskieradio.pl/. Radio Poland. 24 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  95. ^ "Equipa Portugal em ação nos Jogos Olímpicos Pequim 2022 a partir de 7 de fevereiro" [Team Portugal in action at the Beijing 2022 Olympic Games from February 7]. www.comiteolimpicoportugal.pt/ (dalam bahasa Portugis). Jawatankuasa Olimpik Portugal. 22 Januari 2022. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  96. ^ Hernandez, Sara Del Valle (19 Januari 2022). "Puerto Rico competirá en los Juegos Olímpicos de Invierno con dos atletas: ¿quiénes son y cómo clasificaron?" [Puerto Rico will compete in the Winter Olympics with two athletes: who are they and how did they qualify]. El Nuevo Día (dalam bahasa Sepanyol). Ponce, Puerto Rico. Dicapai pada 21 Januari 2022.
  97. ^ "Putin Wishes Russian Athletes 'Triumph' at Beijing Olympics". Moscow Times. Moscow, Russia. 24 Januari 2022. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  98. ^ "The 22 athletes representing Romania at 2022 Winter Olympics, "heroes" to minister Eduard Novak". Agerpres. Bucharest, Romania. 20 Januari 2022. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  99. ^ "Olimpiadi Invernali: Gatti E Torsani Gli Atleti Che Gareggeranno a Pechino" [Winter Olympics: Gatti and Torsani the Athletes Who Will Compete in Beijing]. www.cons.sm/ (dalam bahasa Itali). Sammarinese National Olympic Committee. 17 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  100. ^ "Ovo je #TeamSerbia! Nevena Ignjatović i Marko Vukićević predstavljaju Srbiju u Pekingu" [This is #TeamSerbia! Nevena Ignjatović and Marko Vukićević represent Serbia in Beijing]. www.oks.org.rs/ (dalam bahasa Serbia). Jawatankuasa Olimpik Serbia. 20 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  101. ^ "Slovensko môže využiť 50 miesteniek pre Peking, pribudla jedna v bežeckom lyžovaní" [Slovakia can use 50 places for Beijing, one in cross-country skiing has been added]. www.olympic.sk/ (dalam bahasa Slovak). Slovak Olympic and Sports Committee. 19 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  102. ^ "Over 40 athletes to represent Slovenia in Beijing". Slovenian Press Agency. Ljubljana, Slovenia. 18 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  103. ^ Yee, Jee-ho (25 Januari 2022). "S. Korea to send its 3rd-largest Winter Olympics team to Beijing 2022". Yonhap News Agency. Seoul, South Korea. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  104. ^ "España acudirá a Beijing 2022 con catorce deportistas" [Spain will attend Beijing 2022 with fourteen athletes]. www.coe.es/ (dalam bahasa Sepanyol). Jawatankuasa Olimpik Sepanyol. 21 Januari 2022. Dicapai pada 21 Januari 2022.
  105. ^ "Truppen klar - 116 ska tävla i Peking" [The squad ready - 116 will compete in Beijing]. www.sok.se (dalam bahasa Sweden). Jawatankuasa Olimpik Sweden. 24 Januari 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  106. ^ "Die 167 selektionierten Schweizer auf einen Blick". www.srf.ch (dalam bahasa Jerman). Schweizer Radio und Fernsehen. 24 Januari 2022. Dicapai pada 4 February 2022.
  107. ^ Yen, William (19 Januari 2022). "Taiwan holds flag waving ceremony for Winter Olympic athletes". Central News Agency. Taipei, Taiwan. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  108. ^ "Thais to compete in Winter Olympics under national flag". Bangkok Post. Bangkok, Thailand. 18 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  109. ^ Xanches, Hortencio (6 Januari 2022). "Timor – Leste will join the 2022 Winter Olympic event in China". Tatoli. Dili, East Timor. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  110. ^ Ramphal, Vidia (19 Januari 2022). "T&T returns to first Winter Olympics since 2002". Loop News. Port of Spain, Trinidad and Tobago. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  111. ^ Tiryaki, Erkan (19 Januari 2022). "2022 Pekin Kış Olimpiyatları'nda Türkiye'yi 7 sporcu temsil edecek" [7 athletes will represent Turkey at the 2022 Beijing Winter Olympics]. Anadolu Agency (dalam bahasa Turki). Ankara, Turkey. Dicapai pada 22 Januari 2022.
  112. ^ "Україна на зимовій Олімпіаді матиме 43 представників: хто виступатиме" [Ukraine will have 43 representatives at the Winter Olympics: who will perform]. www.sport.rayon.in.ua/ (dalam bahasa Ukraine). 20 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  113. ^ "U.S. Olympic & Paralympic Committee Announces 222-member 2022 U.S. Olympic Team". www.teamusa.org/. United States Olympic & Paralympic Committee. Dicapai pada 4 February 2022.
  114. ^ "Pekin-2022 Olimpiadasi haqida umumiy malumotlar. Vaqti, translyaciya va o'zbekistonlik sportchi" [General information about the Beijing 2022 Olympics. Time, broadcast and Uzbek athlete]. www,olamsport.com/ (dalam bahasa Uzbekistan). OlamSport. 16 Januari 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  115. ^ Kiser, Bill (26 Januari 2022). "Beijing Bound: Tannenbaum earns spot in 2022 Winter Games". The Virgin Islands Daily News. St.Thomas, Virgin Islands. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  116. ^ "Olympic Medal Table". olympics.com. Dicapai pada 5 February 2022.
  117. ^ Shih, Gerry (Oktober 8, 2020). "Beijing is planning to host another Olympics. Clashes over human rights are back, too". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2020. Dicapai pada Disember 21, 2020.
  118. ^ Karlik, Evan (2019-08-08). "The Case for Boycotting Beijing 2022". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2020. Dicapai pada 27 November 2019.
  119. ^ Westcott, Ben (2019-12-02). "Huge leaks are exposing Xinjiang's re-education camps. But don't expect Beijing to back down". edition.cnn.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2020. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  120. ^ Montgomery, Marc (2020-06-10). "Boycott the 2022 China Winter Olympics?". Radio Canada International (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2020. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  121. ^ "Dominic Raab hints UK could boycott 2022 Beijing winter Olympics amid evidence of 'egregious' human rights snakess of Uighur people". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 6 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2021. Dicapai pada 2 Januari 2021.
  122. ^ Citowicki, Philip (November 20, 2020). "Continued Deterioration in Australia-China Relations Fuels Talk of Olympic Boycott". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2020. Dicapai pada Disember 23, 2020.
  123. ^ "Canada should consider hosting 2022 Winter Olympics, says Green Leader Annamie Paul" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021.
  124. ^ "US senators urge IOC to remove 2022 Winter Olympics from China". au.news.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2021. Dicapai pada 2021-03-07.
  125. ^ Ni, Vincent (19 Mei 2021). "China labels Nancy Pelosi 'full of lies' after call for Winter Olympics boycott". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2021. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  126. ^ Kirby, Jen (1 Jun 2021). "The complicated politics of a Beijing 2022 boycott". vox.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  127. ^ Ross, MacIntosh; Lenskyj, Helen Jefferson (19 September 2021). "A broadcast boycott is the last chance to mount serious resistance against the Beijing Olympic Games". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  128. ^ "Warning that boycott of Beijing 2022 could be met with Chinese sanctions". www.insidethegames.biz (dalam bahasa Inggeris). 10 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2021. Dicapai pada 2021-02-16.
  129. ^ "'Retaliate fiercely': China issues chilling Olympics warning". 7NEWS.com.au (dalam bahasa Inggeris). 2021-02-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 2021-02-16.
  130. ^ "The unifying power of the Olympic Games to bring the world together in peaceful competition". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). 7 Julai 2021. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  131. ^ Saric, Ivana. "North Korea suspended from 2022 Beijing Winter Olympics". Axios (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2021. Dicapai pada 2021-09-09.
  132. ^ Armour, Nancy (8 September 2021). "North Korea barred from Beijing Olympics because of its decision to skip Tokyo Games". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2021. Dicapai pada 8 September 2021.
  133. ^ "Curling wants 2021 world championships to determine qualifying for Beijing Olympics". CBC Sports (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 2020-05-04.
  134. ^ "U.S., Canada in same 2022 Olympic hockey group". NBC Sports (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2020. Dicapai pada 2020-05-04.
  135. ^ Gan, Nectar. "Beijing Winter Olympics will be open to fans -- if they live in China". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2021. Dicapai pada 2021-10-03.
  136. ^ "Overseas fans banned from 2022 Beijing Winter Olympics". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2021. Dicapai pada 2021-10-03.
  137. ^ "NHL players to participate in '22 Beijing Olympics". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 3 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2021. Dicapai pada 10 September 2021.
  138. ^ "NHL will not send players to Beijing". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2021.
  139. ^ "NHL will not send players to Beijing Winter Olympics due to Covid-19". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 21 Disember 2021. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  140. ^ "NHL will not send players to Beijing Olympics, citing the COVID-19 surge". CBS News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2021.
  141. ^ "NHL announces players will not participate in Beijing Winter Olympics". sports.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2021.
  142. ^ "Beijing 2022 tickets will not be sold to general public due to COVID-19 concerns". Inside the Games. 17 Januari 2022. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  143. ^ "Cross-Country Exposure: Analysis of the MY2022 Olympics App". The Citizen Lab (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2022. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  144. ^ "Winter Olympics: Athletes advised to use burner phones in Beijing". BBC News. 18 Januari 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  145. ^ "Toronto lab finds security vulnerabilities, censorship framework in Olympic app". Cbc.ca. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  146. ^ Schad, Tom. "Olympic burner phones? Athletes warned about bringing personal devices to China for 2022 Beijing Games". USA Today. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  147. ^ "Lithuania confirms diplomatic boycott of Beijing 2022 Winter Olympics". ANI News (dalam bahasa Inggeris). 3 Disember 2021. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  148. ^ "White House announces US diplomatic boycott of 2022 Winter Olympics in Beijing". CNN (dalam bahasa Inggeris). 6 Disember 2021. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  149. ^ Brockett, Matthew (6 Disember 2021). "New Zealand Diplomats Won't Attend Winter Olympics in China". Bloomberg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Disember 2021.
  150. ^ "2022 Beijing Winter Olympics: Australia joins US diplomatic boycott". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 8 Disember 2021. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  151. ^ "Australia, UK join diplomatic boycott of Beijing Winter Games". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 8 Disember 2021. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  152. ^ "Canada joining diplomatic boycott of Beijing Winter Olympics". Global News (dalam bahasa Inggeris). 8 Disember 2021. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  153. ^ "Kosovo boycotts Beijing Winter Olympics". Alsat News. 8 Disember 2021. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  154. ^ "Japan won't send Cabinet ministers to attend Beijing Olympics". Japantimes (dalam bahasa Inggeris). 11 Disember 2021. Dicapai pada 13 Disember 2021.
  155. ^ "Belgium likely to boycotts Beijing Winter Olympics" (dalam bahasa Inggeris). 15 Disember 2021. Dicapai pada 15 Disember 2021.

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
PyeongChang
Sukan Olimpik Musim Sejuk
Beijing

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (2022)
Diikuti oleh:
Milan-Cortina