Stadium Olimpik ialah nama yang lazimnya diberikan kepada stadium utama yang menganjurkan Sukan Olimpik. Stadium-stadium ini biasanya juga akan menganjurkan upacara pembukaan dan penutupan. Kebanyakan stadium ini (tetapi bukan semua) mempunyai perkataan Stadium Olimpik dalam nama mereka, seperti stadium di Amsterdam, Berlin, Helsinki dan Paris. Sebuah stadium pelbagai guna yang pernah menganjurkan acara Olimpik juga boleh dinamakan Stadium Olimpik.[1]

Dalam Sukan Olimpik Musim Panas, pertandingan olahraga dan perlawanan akhir bola sepak biasanya akan diadakan di Stadium Olimpik. Pengecualian terhadap tradisi ini pernah berlaku dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1900, 1996 dan 2016 serta Sukan Olimpik Remaja 2010 dan 2018. Edisi-edisi awal Sukan Olimpik Musim Sejuk biasanya menjadikan tempat pertandingan luncur ais berbunga sebagai stadium utama dan stadium tersebut biasanya akan dikenali sebagai Stadium Olimpik serta menganjurkan upacara pembukaan dan penutupan.

Beberapa stadium telah menganjurkan lebih daripada satu Sukan Olimpik. Misalnya, Lysgårdsbakken merupakan stadium utama bagi satu edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk dan satu edisi Sukan Olimpik Remaja (YOG) Musim Sejuk. Bergiselschanze pula menganjurkan dua edisi Musim Sejuk dan satu YOG Musim Sejuk. Olympiahalle telah berkongsi peranan Stadium Olimpik bersama dengan Bergiselschanze semasa kedua-dua edisi Sukan Olimpik, tetapi bukan semasa YOG Musim Sejuk. Hanya stau stadium, Los Angeles Memorial Coliseum, pernah menjadi stadium utama bagi dua Sukan Olimpik Musim Panas (dan akan menganjurkannya buat kali ketiga pada 2028). Selain daripada menganjurkan Sukan Olimpik yang pertama, Panathinaiko Stadio juga pernah menganjurkan satu-satunya edisi Sukan Bersilang (Intercalated Games). Stadium Nasional di Tokyo merupakan stadium utama semasa Sukan Olimpik 1964 (edisi pertama Asia), stadium tersebut juga merupakan stadium utama semasa Sukan Olimpik 2020, namun kerajaan Jepun telah memutuskan untuk merobohkannya dan membina satu stadium yang baharu. Stadium Nasional Beijing merupakan stadium pertama yang menganjurkan edisi Musim Panas dan Musim Sejuk.

Beberapa stadium, termasuklah Panathinaiko Stadio, telah menganjurkan acara lain dalam Sukan Olimpik yang seterusnya. Sukan Olimpik 2012 tidak dibuka dan ditutup di Stadium Wembley yang pernah mengadakan Sukan Olimpik 1948, namun stadium itu telah mengadakan beberapa perlawanan bola sepak semasa temasya tersebut. Begitu juga dengan Melbourne Cricket Ground, yang merupakan stadium utama semasa edisi 1956, dan kemudiannya menganjurkan perlawanan bola sepak semasa Sydney 2000. Stadium Olimpik 1932 Lake Placid telah menganjurkan acara luncur laju semasa 1980. Olympiahalle telah menganjurkan acara luncur ais berbungan dan luncur laju balapan pendek semasa YOG Musim Sejuk 2012. Stadium Olimpik Stockholm telah mengadakan acara ekuestrian bagi Sukan Olimpik 1956 (semasa edisi 1956 diadakan di Melbourne, Australia, sekatan kuarantin yang dilaksanakan menghalangkan acara ekuestrian daripada dianjurkan di situ, oleh itu Stockholm, Sweden telah menganjurkan pertandingan ekuestrian 1956).

Stadium

sunting
Imej Edisi Musim Stadium Nama tempatan Bandar Negara Baharu/lama Kapasiti Sedia ada?
  1896 Musim Panas Stadium Panathinaiko Παναθηναϊκό στάδιο Athens   Greece Sedia ada 80,000 Ya
  1900 Velodrom Vincennes (Upacara) Vélodrome de Vincennes Paris   Perancis 50,000 Ya
Stadium Croix-Catelan (Olahraga) Stade Croix-Catelan Tidak
  1904 Padang Francis Francis Field St. Louis   Amerika Syarikat Baharu 19,000 Ya
  Sukan Bersilang 1906 Stadium Panathinaiko Παναθηναϊκό στάδιο Athens   Greece Sedia ada 80,000 Ya
  1908 Stadium White City White City Stadium London   United Kingdom Baharu 68,000 Tidak
  1912 Stadium Olimpik Stockholms Olympiastadion Stockholm   Sweden Baharu 20,000 Ya
  1920 Stadium Olimpik Olympisch Stadion Antwerp   Belgium Baharu 12,771 Ya
  1924 Musim Sejuk Stadium Olimpik Stade Olympique de Chamonix Chamonix   Perancis Baharu 45,000 Ya
  1924 Musim Panas Stadium Olimpik Stade Olympique Yves-du-Manoir Paris Sedia ada 45,000 Ya
  1928 Musim Sejuk Gelanggang Ais Olimpik St. Moritz Badrutts Park St. Moritz    Switzerland Baharu 4,000 Ya
  1928 Musim Panas Stadium Olimpik Olympisch Stadion Amsterdam   Belanda Sedia ada, diubah suai 31,600 Ya
  1932 Musim Sejuk James B. Sheffield Olympic Skating Rink Lake Placid   Amerika Syarikat Baharu 7,500 Ya
  1932 Musim Panas Los Angeles Memorial Coliseum Los Angeles Sedia ada, diluaskan 101,574 Ya
  1936 Musim Sejuk Große Olympiaschanze Garmisch-Partenkirchen   Jerman Sedia ada 40,000 Ya
  1936 Musim Panas Stadium Olimpik Olympiastadion Berlin Baharu 110,000 Ya
  1948 Musim Sejuk Gelanggang Ais Olimpik St. Moritz Badrutts Park St. Moritz    Switzerland Sedia ada 4,000 Ya
  1948 Musim Panas Stadium Wembley Wembley Stadium London   United Kingdom Sedia ada 82,000 Tidak (digantikan)
  1952 Musim Sejuk Stadium Bislett Bislett stadion Oslo   Norway Sedia ada 20,000 Tidak (digantikan)
  1952 Musim Panas Stadium Olimpik Olympiastadion Helsinki   Finland Sedia ada 70,000 Ya
  1956 Musim Sejuk Stadio Olimpico Del Ghiaccio Cortina d'Ampezzo   Itali Sedia ada, diubah suai 12,000 Ya
  1956 Musim Panas Melbourne Cricket Ground Melbourne   Australia Sedia ada 115,000 Ya
  1960 Musim Sejuk Arena Blyth Blyth Arena Squaw Valley   Amerika Syarikat Baharu 8,500 Tidak
  Gelanggang Luncur Ais Olimpik Squaw Valley Sementara Tidak
  1960 Musim Panas Stadio Olimpico Rome   Itali Sedia ada 90,000 Ya
  1964 Musim Sejuk Bergiselschanze (upacara pembukaan) Innsbruck   Austria Sedia ada 26,000 Ya
  Olympiahalle (upacara penutupan) Baharu 10,836 Ya
  1964 Musim Panas Stadium Nasional 国立競技場 Tokyo   Jepun Sedia ada 71,556 Tidak (digantikan)
  1968 Musim Sejuk Stadium Olimpik (upacara pembukaan) Stade olympique Grenoble   Perancis Sementara 60,000 Tidak
  Le Stade de Glace (upacara penutupan) Baharu 12,000
  1968 Musim Panas Estadio Olímpico Universitario Bandaraya Mexico   Mexico Sedia ada 83,700
  1972 Musim Sejuk Stadium Terbuka Makomanai (upacara pembukaan) 真駒内屋外競技場 Sapporo   Jepun Baharu 30,000
  Arena Ais Makomanai (upacara penutupan) 真駒内屋内競技場 Baharu 11,500
  1972 Musim Panas Olympiastadion Munich   Jerman Barat Baharu 80,000 Ya
  1976 Musim Sejuk Bergiselschanze (upacara pembukaan) Innsbruck   Austria Sedia ada 26,000 Ya
  Olympiahalle (upacara penutupan) Sedia ada 10,836 Ya
  1976 Musim Panas Stadium Olimpik Stade olympique Montreal   Kanada Baharu 70,000 Ya
  1980 Musim Sejuk Stadium Ekuestrian Lake Placid (upacara pembukaan) Lake Placid   Amerika Syarikat Stadium Sementara di padang ekuestrian yang sedia ada 30,000 Tidak
  Arena Pusat Olimpik (upacara penutupan) Baharu 10,000 Ya
  1980 Musim Panas Stadium Luzhniki Большая спортивная арена центрального стадиона имени Ленина Moscow   Kesatuan Soviet Sedia ada, diubah suai 103,000 Ya
  1984 Musim Sejuk Stadium Olimpik (upacara pembukaan) Olimpijski stadion Sarajevo   Yugoslavia Sedia ada 50,000 Ya
  Dewan Olimpik Zetra (upacara penutupan) Olimpijska dvorana Zetra Baharu 12,000 Ya
  1984 Musim Panas Los Angeles Memorial Coliseum Los Angeles   Amerika Syarikat Sedia ada 92,516 Ya
  1988 Musim Sejuk Stadium McMahon Calgary   Kanada Sedia ada, diubah suai 38,205 Ya
  1988 Musim Panas Stadium Olimpik Seoul 서울올림픽주경기장 Seoul   Korea Selatan Sedia ada 100,000 Ya
1992 Musim Sejuk Théâtre des Cérémonies Albertville   Perancis Sementara 35,000 Tidak
 
1992 Musim Panas Estadi Olímpic Lluís Companys Estadi Olímpic Lluís Companys Barcelona   Sepanyol Sedia ada 60,713 Ya
  1994 Musim Sejuk Arena Lompat Ski Lysgårdsbakkene Lysgårdsbakkene hoppanlegg Lillehammer   Norway Baharu 35,000 Ya
  1996 Musim Panas Stadium Olimpik Centennial Atlanta   Amerika Syarikat 85,000 Ya (dikonfigurasi semula)[a]
  1998 Musim Sejuk Stadium Olimpik Nagano 長野オリンピックスタジアム Nagano   Jepun 30,000 Ya
  2000 Musim Panas Stadium Australia Sydney   Australia 114,714 Ya
  2002 Musim Sejuk Stadium Olimpik Rice-Eccles Salt Lake City   Amerika Syarikat Sedia ada, digantikan 45,017 Ya
2004 Musim Panas Stadium Olimpik Ολυμπιακό Κεντρικό Στάδιο Αθήνας "Σπύρος Λούης" Athens   Greece Sedia ada, diubah suai 72,000 Ya
  2006 Musim Sejuk Stadio Olimpico di Torino Turin   Itali Sedia ada 28,000 Ya
  2008 Musim Panas Beijing National Stadium 国家体育场 Beijing   Republik Rakyat China Baharu 91,000 Ya
  2010 Musim Sejuk Stadium BC Place Vancouver   Kanada Sedia ada, diubah suai 54,500 Ya
  YOG 2010 Musim Panas Pentas Terapung Teluk Marina Pentas Terapung Teluk Marina
滨海湾浮动舞台
மரீனா பே மிதக்கும் மேடை (Tamil)
Teluk Marina   Singapura Sedia ada 30,000 Ya
  YOG 2012 Musim Sejuk Bergiselschanze Innsbruck   Austria 26,000 Ya
  2012 Musim Panas Stadium Olimpik London   United Kingdom Baharu 80,000 Ya
  2014 Musim Sejuk Stadium Olimpik Fisht Олимпийский стадион Sochi   Rusia 40,000 Ya
  YOG 2014 Musim Panas Stadium Olimpik 南京奥林匹克体育中心 Nanjing   Republik Rakyat China Sedia ada 61,443 Ya
  YOG 2016 Musim Sejuk Arena Lompat Ski Lysgårdsbakkene (upacara pembukaan) Lysgårdsbakkene hoppanlegg Lillehammer   Norway 35,000 Ya
  Dewan Håkons (upacara penutupan) 11,500 Ya
  2016 Musim Panas Maracanã Stadium (upacara pembukaan dan penutupan, bola sepak) Estádio do Maracanã Rio de Janeiro   Brazil 74,738 Ya
  Stadium Olimpik João Havelange (olahraga dan bola sepak) Estádio Olímpico João Havelange Sedia ada, diluaskan 60,000[2] Ya
  2018 Musim Sejuk Stadium Olimpik Pyeongchang 평창 올림픽 스타디움 Pyeongchang   Korea Selatan Sementara 35,000 Tidak
YOG 2018 Musim Panas Obelisco de Buenos Aires (upacara pembukaan) Obelisco de Buenos Aires Buenos Aires   Argentina Sedia ada, Sementara N/A Ya
  Kampung Olimpik Remaja Buenos Aires (upacara penutupan)[3] Sedia ada, diluaskan 15,500 Ya
  YOG 2020 Musim Sejuk Arena Vaudoise Vaudoise Aréna Lausanne    Switzerland Baharu 9,600 Ya
  2020 Musim Panas Stadium Nasional Jepun 国立競技場 (nama tentatif) Tokyo   Jepun Sedia ada, digantikan 68,000 Ya
  2022 Musim Sejuk Stadium Nasional Beijing 国家体育场 Beijing   Republik Rakyat China Sedia ada 80,000 Ya
  2024 Musim Panas Sungai Seine (upacara pembukaan) Paris   Perancis Sementara 600,000 Ya
  Jardins du Trocadéro (upacara penutupan) N/A Ya
  Stade de France (Olahraga, ragbi bertujuh) Sedia ada 77,083 Ya
  YOG 2024 Musim Sejuk Stadium Lompat Ski Alpensia (upacara pembukaan) SCJ 올림픽 스타디움 Gangwon   Korea Selatan Sedia ada,

digantikan

8,500 Ya
SCJ Stadium Olimpik (upacara penutupan) Baharu
  2026 Musim Sejuk San Siro (upacara pembukaan) Milan   Itali Sedia ada 75,923 Ya
  Arena Verona (upacara penutupan) Verona 15,000 Ya
YOG 2026 Musim Panas Stadium Olimpik Diamniadio Stade olympique de Diamniadio Dakar   Senegal Baharu 50,000 Ya
  2028 Musim Panas Los Angeles Memorial Coliseum (upacara penutupan, olahraga) Los Angeles   Amerika Syarikat Sedia ada, diubah suai 60,000 Ya
  Stadium SoFi†[›] (upacara pembukaan, bola sepak) Inglewood, California Sedia ada 70,240-100,240 Ya
  2032 Musim Panas Brisbane Cricket Ground Brisbane   Australia Sedia ada, digantikan 50,000 Ya
Nota
  1. ^ Selepas Sukan Paralimpik Musim Panas 1996, Stadium Olimpik Centennial telah dikonfigurasi semula kepada Padang Turner sebagai gelanggang rumah pasukan Atlanta Braves dalam Major League Baseball dari 1997 hingga 2016, selepas pasukan tersebut berpindah ke Truist Park di kawasan subbandar Cobb County. Pada 2017, Universiti Negeri Georgia membeli Padang Turner dan kawasan parkir di sekitarnya untuk mengkonfigurasi semula stadium tersebut buat kali kedua menjadi Center Parc Stadium bagi pasukan bola sepak Amerika universiti tersebut.

^ †: Di bawah dasar IOC terkini, hak penamaan bagi syarikat yang bukan merupakan penaja temasya adalah dilarang semasa Sukan Olimpik dijalankan.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ Olympic Stadium (dalam bahasa Rusia) Diarkibkan 13 Mac 2014 di Wayback Machine. Big Olympic Encyclopedia. Moscow 2006.
  2. ^ "João Havelange Olympic Stadium". Rio 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2016. Dicapai pada 15 Januari 2016.
  3. ^ "El gobierno porteño gastará $15 millones en la Ceremonia de Clausura de los Juegos Olímpicos de la Juventud". Revista Qué. 25 Jun 2018. Dicapai pada 9 Julai 2018.
  4. ^ Murphy, Bill, Jr. (4 Februari 2018). "United Airlines Spent $69 Million on This Stadium Naming Deal, But They're Not Getting This 1 Important Thing". Inc. Dicapai pada 17 September 2019.

Pautan luar

sunting