Big Air Shougang
Big Air Shougang (Cina: 首钢滑雪大跳台; pinyin: Shǒugāng huáxuě dà tiàotái) ialah sebuah stadium sukan yang terletak di Daerah Shijingshan, Beijing, China, yang dibina untuk menganjurkan acara big air dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[1] Big Air Shougang turut merupakan gelanggang big air kekal yang pertama di dunia.[2][3]
Lokasi | Daerah Shijingshan, Beijing |
---|---|
Koordinat | 39°54′38″N 116°08′43″E / 39.91057°N 116.14522°EKoordinat: 39°54′38″N 116°08′43″E / 39.91057°N 116.14522°E |
Jenis | Stadium |
Kapasiti | Big air: 4,912 |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 2018 |
Dibuka | 2019 |
Big Air Shougang terletak di tapak bekas kilang keluli Kumpulan Shougang yang ditutup pada Januari 2011 kerana pencemaran udaranya.[4] Projek pembinaan dijalankan dari 2018 hingga 1 November 2019.[2]
Kemudahan sukan ini merupakan salah satu daripada dua tempat pertandingan yang dibina di Beijing untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, dan satu-satunya tempat pertandingan bagi acara sukan salji di bandar itu. Empat acara berpingat telah dipertandingkan pada temasya tersebut: pertandingan big air ski gaya bebas untuk lelaki dan wanita, bersama-sama dengan pertandingan big air luncur papan salji untuk lelaki dan wanita.[5] Tempat itu mendapat perhatian orang ramai kerana lokasinya di kawasan perindustrian tanpa mempunyai salji yang bersebelahan dengan menara penyejuk dan jauh dari kawasan pergunungan.[6][7]
Selepas Sukan Olimpik 2022 tamat, kemudahan sukan ini akan digunakan sebagai pusat latihan atlet profesional dan pasukan sukan serta pusat pemilihan pemain simpanan belia. Pada musim panas pula, kemudahan sukan ini akan menjadi pusat sukan bagi sukan ekstrem, datarannya pula akan digunakan untuk mengadakan aktiviti perniagaan, sukan dan budaya.[8]。
Rujukan
sunting- ^ "A look at the venues for the 2022 Beijing Winter Olympics". Xinhua. Beijing, China. 20 September 2020. Dicapai pada 5 September 2021.
- ^ a b "New 2022 Winter Olympics venue completed". China Daily (dalam bahasa Inggeris). Beijing, China. 2 November 2019. Dicapai pada 5 September 2021.
- ^ "Beijing 2022; Big Air Venue Shougang Industrial Park". wwww.architectureofthegames.net/ (dalam bahasa Inggeris). Architecture of the Games. 3 March 2019. Dicapai pada 5 September 2021.
- ^ "91年北京首钢老厂区停产 张德江:应做新起点" [Kilang keluli Shougang Beijing yang berusia 91 tahun ditutup - Zhang De Jiang: Harus digunakan sebagai titik permulaan baharu] (dalam bahasa Cina). 13 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2021. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ "Schedule". BOCOWG. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
- ^ Hu, Krystal; Pollard, Martin Quin (7 Februari 2022). "Inspired or dystopian, Beijing's Big Air venue sparks social media debate". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Februari 2022.
- ^ O'Donnell, Ricky (7 Februari 2022). "Beijing's big air jumps at the 2022 Winter Olympics look like a dystopian hellscape". SBNation.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Februari 2022.
- ^ "首钢滑雪大跳台利用方案确定" [Rancangan penggunaakan Big Air Shougang ditetapkan]. Beijing Evening News (dalam bahasa Cina). 11 Mac 2022. m/s. 9. Dicapai pada 11 Mac 2022.