Pusat Sukan dan Budaya Wukesong Beijing

Stadium Tertutup Wukesong (bahasa Cina: 五棵松篮球馆) merupakan sebuah stadium tertutup di Beijing, Republik Rakyat China. Ia dibina untuk Olimpik Beijing 2008. Luasnya 63,000 meter persegi dan mampu memuatkan 18,000 penonton.

Pusat Sukan dan Kebudayaan Wukesong Beijing
Beijing Wukesong Culture & Sports Center
LokasiBeijing, China
Pecah tanahMac 2005
DibukaJanuari 2008
PemilikKerajaan Republik Rakyat China
PermukaanRumput
ArkitekGu Yonghui
KapasitiKapasiti Olimpik: 18,000
Penyewa
Jawatankuasa Olimpik China
Sukan Olimpik 2008

Dalam Sukan Olimpik, stadium ini akan mangadakan acara bola keranjang.

Padang besbol

sunting
 
Padang Besbol Wukesong

Padang Besbol Wukesong merupakan stadium besbol yang terletak bersebelahan Stadium Tertutup Wukesong di Pusat Sukan dan Budaya Wukesong di Beijing, China. Ia merupakan salah satu daripada 9 venue sementara bagi Sukan Olimpik 2008. Ia akan menganjurkan acara besbol bagi temasya Olimpik.

Padang besbol mempunyai keluasan tanah 12,000 meter persegi dan kapasiti 15,000. Ia termasuk 2 padang pertandingan dan 1 padang latihan.

Pada Mac 2008, stadium ini menganjurkan dua perlawanan antara Los Angeles Dodgers dan San Diego Padres digelar MLB China Series, menjadi pasukan Liga Utama Besbol beraksi di China buat kali pertama.

Lihat juga

sunting