Pusat Ski Alp Nasional
Pusat Ski Alp Nasional (Cina ringkas: 国家高山滑雪中心 ; Cina tradisional: 國家高山滑雪中心 ; pinyin: Guójiā Gāoshān Huáxuě Zhōngxīn) merupakan sebuah resort ski alp di Kawasan Pergunungan Xiaohaituo yang terletak di bahagian barat laut Daerah Yanqing, sebuah daerah subbandar di Beijing.[1] Pusat tersebut mempunyai satu cerun yang berpanjang 5km dan dua cerun yang berpanjang 10km,[2] dengan jarak jatuh terbesarnya sebanyak 900m. Zon permulaannya mempunyai kecerunan sebanyak 68 darjah dan merupakan salah satu balapan ski alp yang paling cerun di dunia.[3] Pusat tersebut mempunyai 5 gondola dan 4 lif kerusi.[2]
Lokasi | Daerah Yanqing, Beijing, China |
---|---|
Koordinat | 40°32′24″N 115°47′45″E / 40.5401°N 115.7958°EKoordinat: 40°32′24″N 115°47′45″E / 40.5401°N 115.7958°E |
Kapasiti | 5,000 (duduk) 3,500 (berdiri) |
Sejarah
suntingKawasan Pergunungan Xiaohaituo asalnya merupakan sebahagian daripada Simpanan Semula Jadi Kebangsaan Songshan. Simpanan tersebut mempunyai ramai spesis yang jarang ditemui dan melindungi penduduk Beijing daripada ribut debu.[4] Keputusan untuk menjadikannya sebagai tempat pertandingan Sukan Olimpik 2022 telah mendapat kritikan daripada ahli biologi dan aktivis alam sekitar dari China dan juga seluruh dunia.[5][6][7] Pada 7 Ogos 2015, timbalan datuk bandar Yanqing telah mengatakan bahawa sempadan simpanan tersebut akan "diubah suai". Menurutnya, kawasan simpanan yang baharu adalah 31% lebih besar daripada simpanan yang asal dan tidak akan wujudnya pertindihan di antara Pusat Ski Alp Nasional, Pusat Gelongsor Nasional dan simpanan tersebut selepas pengubahsuaian dilakukan.[7]
Pusat Ski Alp Nasional telah dibuka pada tahun 2019.[3] Pusat tersebut asalnya dijadualkan untuk menganjurkan Piala Dunia Ski Alp FIS 2019-2020 pada Februari 2020, namun pertandingan tersebut telah dibatalkan ekoran Pandemik COVID-19 di China.[8] Pusat tersebut telah menganjurkan acara ski alp di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[9]
Kemudahan
suntingPusat tersebut terletak di sebuah hutan yang mempunyai ketinggian sebanyak 1,200 meter (3,900 ka),[10] dan dihubungi oleh kereta api antara bandar Beijing-Zhangjiakou.[11]
Disebabkan kekurangan salji di kawasan tersebut, kebanyakan salji di pusat tersebut dihasilkan secara buatan.[10] Namun, kaedah ini tidak mesra alam dan juga akan mengganggu pencapaian atlet.[12]
Pusat Ski Alp Nasional mempunyai dua laluan pertandingan, "Rock" dan "Ice River". Laluan "Rock" direka oleh Bernhard Russi, seorang bekas atlet ski alp downhill berbangsa Swiss dan arkitek laluan yang telah membina enam laluan Olimpik, dan dibantu oleh Didier Defago yang turut merupakan atlet ski alp Switzerland.[13][14]
Laluan | Jenis |
---|---|
"Rock" | Laju |
"Ice River" | Laju |
Laluan | Jenis |
---|---|
"Ice River" | Teknikal |
Rujukan
sunting- ^ "National Alpine Ski Center for Beijing 2022: Ready in October". cgtn.com. 8 Mei 2019. Dicapai pada 4 April 2022.
- ^ a b "Ski resort Yanqing National Alpine Ski Centre". skiresort.info. Dicapai pada 4 April 2022.
- ^ a b "Construction of Beijing's National Alpine Skiing Centre completed". Persekutuan Ski Antarabangsa. 20 November 2019. Dicapai pada 4 April 2022.
- ^ "China - Places We Protect: Songshan National Nature Reserve". nature.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2015. Dicapai pada 4 April 2022.
- ^ "Winter Olympic Games venues in China 'pose threat to Beijing nature reserve'". South China Morning Post. 2015-08-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-07. Dicapai pada 2015-08-12.
- ^ "Beijing Winter Olympics 2022's Environmental Impact Includes Nature Reserve Damage, Critics Say". International Business Times. 2015-08-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 2015-08-12.
- ^ a b "Chinese biologists lead outcry over Winter Olympics ski site". Nature. 2015-08-11. doi:10.1038/nature.2015.18174. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-12. Dicapai pada 2015-08-12.
- ^ "Coronavirus outbreak forces cancellation of opening Beijing 2022 test event". insidethegames. 29 Januari 2022. Dicapai pada 4 April 2022.
- ^ "Discover Beijing 2022's snow venues". olympics.com. 1 Februari 2019. Dicapai pada 4 April 2022.
- ^ a b Li Yan (3 Disember 2019). "2022 preparations peak in mountains of Yanqing". China News Service. Dicapai pada 15 September 2021.
- ^ "China's new ski centre lauded as "one of the best racing mountains in the world"". Ski Asia (dalam bahasa Inggeris). 22 November 2019. Dicapai pada 15 September 2021.
- ^ "Beijing Olympics: What's wrong with natural snow?". BBC. 18 Februari 2022. Dicapai pada 4 April 2022.
- ^ "Sedem let risal pekinški smuk, atraktiven kot proga Ptic roparic" (dalam bahasa Slovenia). Siol. 2 February 2022.
- ^ "Skiing into the unknown: Beijing's man-made Olympic pistes". France 24. 2 February 2022.
Pautan luar
sunting- Peta Pusat Ski Alp Nasional. Skimap.org. Dicapai pada 4 April 2022.