Portal:Yunani Purba

Portal Yunani Purba

Parthenon, sebuah kuil yang didedikasikan untuk Athena, terletak di Acropolis di Athens, Yunani

Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba merujuk kepada tempoh sejarah Yunani yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain.

Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada dunia moden, memarakkan Renaissance di Eropah Barat dan sekali lagi semasa pemulihan pelbagai neo-klasik pada abad ke-18 dan abad ke-19 Eropah dan Amerika.

"Yunani Kuno" adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan dunia penutur bahasa Greek pada zaman purba. Ia merujuk bukan sahaja untuk semenanjung geografi Greece moden, tetapi juga untuk kawasan-kawasan kebudayaan Yunani yang telah diduduki pada zaman purba oleh orang-orang Greek: Cyprus dan kepulauan Aegean, laut Aegean di persisiran Turki (ketika itu dikenali sebagai Ionia), Sicily dan selatan Itali (dikenali sebagai Magna Graecia), dan penempatan orang Yunani berselerak di pantai-pantai yang sekarang merupakan Albania, Bulgaria, Mesir, Libya, selatan Perancis, timur dan timur laut Sepanyol, Georgia, Romania, dan Ukraine.

Rencana terpilih - tunjukkan yang lain

Aegeus di sebelah kanan meminta nasihat Pythia atau nujum Delphi. Jambangan, 440–430 SM. Dia diberitahu "Jangan melonggarkan mulut membonjol bekas wain daripada kulit sehingga kamu mencapai ketinggian Athens, takut kamu mati kesedihan", yang pada awalnya dia tidak faham.

Agama Yunani kuno atau purba mencakupi pelbagai kepercayaan, upacara dan mitologi, dan terdapat dalam agama awam dan amalan pemujaan. Menggunakan konsep "agama" yang moden kepada budaya kuno dipermasalahkan kerana konsep ini tidak kena dengan zaman. Orang Yunani kuno tiada perkataan untuk "agama" dalam erti kata moden. Selain itu, tiada penulis Yunani yang dikenali pernah mengelaskan dewa-dewa atau pemujaan yang berbeza sebagai "agama" yang tersendiri. Sebaliknya, sebagai contoh, Herodotus menyebut bahawa orang Yunani Hellen mempunyai "kuil yang sama untuk dewa-dewi dan korban, dan jenis adat yang sama."

Kebanyakan orang Yunani mempercayai 12 dewa-dewi utama OlympusZeus, Hera, Poseidon, Demeter, Athena, Ares, Aphrodite, Apollo, Artemis, Hephaestus, Hermes, dan sama ada Hestia atau Dionysus—namun ada aliran falsafah seperti Stoikisme dan beberapa bentuk Platonisme menggunakan bahasa yang seolah-olah bercakap tentang satu tuhan yang tunggal dan tertinggi. Penyembahan dewa-dewa ini, dan beberapa yang lain, terdapat di seluruh dunia Yunani, biarpun dengan gelaran berbeza yang mengkhususkan aspek dewa itu, dan sering mencerminkan penyerapan dewa tempatan lain ke dalam rangka segenap dunia Yunani. (Rencana penuh...)
Senarai rencana terpilih

Lokasi terpilih - tunjukkan yang lain

Ralat Lua: expandTemplate: template "Infobox file display" does not exist.

Tahukah anda...

  • ... bahawa pada masa kematiannya, Alexander Agung telah menakluki sebahagian besar dunia yang diketahui oleh orang Yunani purba?
  • ... bahawa ada seorang lelaki bernama Herakles, dan dia separa dewa kerana dia anak Zeus dan mempunyai kekuatan luar biasa dan mempunyai 12 kerja keras dan tetap menyelesaikan kesemuanya!

Portal berkaitan

Biografi terpilih - tunjukkan yang lain

Ralat Lua: expandTemplate: template "Infobox file display" does not exist.

Imej umum - muat yang baru

Berikut adalah imej daripada pelbagai rencana berkaitan Yunani Purba di Wikipedia.

Gambar terpilih

Topics

Tempat: Laut Aegia · Hellespont · Macedonia · Sparta · Athens · Corinth · Thebes · Thermopylae · Antioch · Alexandria · Pergamon · Miletus · Delphi · Olympia · Troia · Rodos

Subkategori

Teka-teki kategori
Teka-teki kategori
Tekan [►] untuk melihat subkategori

Wikimedia yang berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Portal