Tujuh Keajaiban Dunia

Enam Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai kemudiannya memasukkan ciptaan Zaman Pertengahan dan Zaman Moden

Tujuh Keajaiban Dunia Purba (dari kiri ke kanan, atas ke bawah): Piramid Agung Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah

Enam Keajaiban Dunia Purba

sunting

Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:

Keajaiban Tarikh Pembina Musnah Punca
Piramid Agung Giza 2650-2500 SM Mesir masih wujud N/A
Taman Tergantung Babylon 600 SM Babylonia selepas abad pertama SM gempa bumi
Kuil Artemis di Ephesus 550 SM Lydia, Parsi, Yunani Purba 356 SM terbakar
Berhala Zeus di Olympia 435 SM Yunani purba antara abad ke-5 dan ke-6 M terbakar
Makam Maussollos di Halicarnassus 351 SM Parsi, Yunani Purba sebelum 1494 M gempa bumi
Patung Raksasa Rhodes 292-280 SM Yunani Hellenistik 224 SM gempa bumi

Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.

Senarai moden

sunting

Oleh kerana kebanyakan dari keajaiban dunia telah musnah, ramai yang mencadangkan agar mencari yang baru dan menamakan keajaiban yang sedia ada sebagai Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Maka, kini terdapat banyak senarai keajaiban yang dibuat yang terdiri dari hasil kejuruteraan manusia hinggalah ke keajaiban alam semula jadi. Walau bagaimanapun, tiada kesepakatan yang dibuat oleh umum tentang senarai itu. Namun lebih banyak keajaiban dunia yang masih tidak diketahui.

Keajaiban moden

sunting

Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika menyusun satu senarai keajaiban dunia moden [1]:

Keajaiban Mula dibina Dirasmikan Lokasi
Channel Tunnel 1 Disember 1987 6 Mei 1994 Selat Dover, Eropah
Menara CN 6 Februari 1973 26 Jun 1976 Toronto, Ontario, Kanada
Bangunan Empire State 22 Januari 1930 1 Mei 1931 New York, New York, Amerika Syarikat
Jambatan Golden Gate 5 Januari 1933 27 Mei 1937 Selat Golden Gate, utara San Francisco, California, Amerika Syarikat
Empangan Itaipu Januari 1970 5 Mei 1984 Sungai Paraná, Amerika Selatan
Delta Works 1953 10 Mei 1997 Belanda
Terusan Panama 1 Januari 1880 7 Januari 1914 Segenting Panama, Amerika Tengah

Keajaiban tarikan pelancongan

sunting

Berikut merupakan senarai tujuh tumpuan pelancongan (tidak termasuk ziarah) yang disusun oleh Hillman Wonders:[2]

Keajaiban semula jadi

sunting

Berikut merupakan senarai tujuh keajaiban semula jadi yang disusun oleh CNN [3]:

Keajaiban dalam air

sunting

Senarai berikut tidak diketahui pembuatnya (lebih kepada pembentukan semula jadi) tetapi ia agak terkenal:[4] [5]

Tujuh keajaiban baru

sunting

Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".

Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud [6]. Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 [7]. Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).

Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning America mendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri.[8] Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton [9].

Bilangan Keajaiban Lokasi
1 Istana Potala Lhasa, Tibet
2 Kota Lama Jerusalem Palestin
3 Bongkah ais kutub Kawasan kutub
4 Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat Laut Hawaii, Amerika Syarikat
5 Internet N/A
6 Peninggalan Maya Semenanjung Yucatá, Mesoamerika
7 Perpindahan Serengeti dan Masai Mara Kenya dan Tanzania
8 Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton) Arizona, Amerika Syarikat

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ American Society of Civil Engineers Seven Wonders
  2. ^ Hillman Wonders
  3. ^ CNN Natural Wonders
  4. ^ Underwater Wonders of the World
  5. ^ "2nd list of Underwater Wonder". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2007-01-18.
  6. ^ Tujuh Keajaiban Baru
  7. ^ Muka Peringkat Akhir
  8. ^ Panel Tujuh Keajaiban Baru
  9. ^ ABC Good Morning America "7 New Wonders" Page

Pautan luar

sunting