Pontos (Yunani: Πόντος "laut", Latin: Pontus) ialah wilayah pesisiran selatan Laut Hitam yang kini terangkum dalam Turki moden pernah diduduki orang Yunani. Takat kawasan ini berubah mengikut zaman, namun secara amnya ia menganjur dari sempadan Kolkhis (Georgia moden) sehingga Paphlagonia di barat, dengan luas daerah pedalaman yang berbeza.

Kawasan Pontos mengikut takrifan moden

Wilayah ini terkenal akan kesuburannya. Misalnya buah ceri telah dibawa dari Pontus ke Eropah pada tahun 72 SM.[1]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^   "Pontus". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.

Pautan luar

sunting