Portal : Hal semasa di Asia/2011
Pelancaran Soyuz TMA-03M
Kim Jong-il
Pembukaan Sukan SEA ke-26
Paul Biya
Putera Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud
Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck
Taufan Talas
Yoshihiko Noda
Ahmad Wali Karzai
Bendera Sudan Selatan
30 September - Anwar al-Awlaki , dikatakan anggota kanan al Qaeda , terbunuh dalam serangan udara di Ma'rib , Yaman.
29 September - Taufan Nesat mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang di Filipina dan Republik Rakyat China .
25 September - Raja Abdullah mengumumkan yang wanita Arab Saudi akan dibenarkan mengundi dan bertanding .
21 September - Dua pengembara A.S. dibebaskan dengan ikat jamin oleh Iran sebagai tanda kemanusiaan selepas dua tahun dipenjarakan, atas kesalahan mengintip.
20 September - Mantan Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani dibunuh di Kabul .
18 September - Hujan monsun menyebabkan banjir di wilayah Sindh , Pakistan, menyebabkan lebih 340 orang maut dan sejuta rumah rosak.
18 September - Gempa bumi bermagnitud 6.9 berhampiran sempadan India–Nepal menyebabkan sekurang-kurangnya 102 kematian.
12 September - Loji Kuasa Nuklear Bushehr , kemudahan kuasa nuklear awam pertama di Timur Tengah , mula beroperasi di Iran.
8 September - Rusia membuka bahagian pertama paip gas Sakhalin–Khabarovsk-Vladivostok sepanjang 1,800-kilometer .
8 September - Tanya siasat awam terhadap kematian Baha Mousa mendapati askar British bersalah "berlaku ganas berat dan tidak sepatutnya".
7 September - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam letupan bom berhampiran Mahkamah Tinggi Delhi , India.
4 September - Taufan Talas (gambar) melanda Jepun , mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang.
3 September - Turki mengusir duta Israel selepas Israel enggan memohon maaf berkenaan serbuan 2010nya terhadap armada bantuan Gaza .
30 Ogos - Taufan Nanmadol mengorbankan 36 orang di Filipina , Taiwan dan Fujian , China.
29 Ogos - Yoshihiko Noda (gambar) menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Naoto Kan meletak jawatan.
27 Ogos - Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura .
18 Ogos - Aktivis sosial India Anna Hazare bersetuju keluar dari penjara selepas polis Delhi membenarkan mogok lapar 15-hari menentang rasuah.
6 Ogos - Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak , Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.
31 Julai + - Kerajaan bertindak keras terhadap pembantah di Hama , pusat pemberontakan Syria , mengorbankan lebih 260 orang.
30-31 Julai - Satu siri serangan , dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur , terjadi di kawasan Xinjiang , China, dua minggu selepas serangan serupa.
26 Julai - Truong Tan Sang menjadi Presiden Vietnam manakala Nguyen Tan Dung kekal sebagai Perdana Menteri .
23 Julai - Dua kereta api laju tinggi berlanggar dan tergelincir berhampiran Wenzhou , China, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang.
15 Julai - Ansonia latidisca , sejenis spesies kodok yang hilang sejak 1924, ditemui semula di Sarawak dan diambil gambarnya buat pertama kali.
13 Julai - Serangkai pengeboman di Mumbai membunuh lebih 19 orang dan mencederakan 130 lagi.
12 Julai - Ahli politik Afghan dan adik tiri Presiden Hamid Karzai , Ahmed Wali Karzai (gambar) dibunuh.
9 Julai - Polis menahan lebih 1,600 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur .
8 Julai - Sesuai dengan keputusan pungutan suara , Sudan Selatan (gambar bendera) berpisah dari Sudan , menjadi negara berdaulat terbaharu.
6 Julai - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan yang Pyeongchang , Korea Selatan , akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 .
3 Julai - Dalam pilihan raya umum Thai , Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck Shinawatra mendapat kemenangan besar menewaskan Parti Demokrat pimpinan PM Abhisit Vejjajiva .
Jambatan Teluk Jiaozhou
Zainal Abidin bin Ali
Recep Tayyip Erdoğan
Sergei Bagapsh
Lee Hsien Loong
30 Jun - Jambatan Teluk Jiaozhou (gambar) , jambatan rentas laut terpanjang dunia , dibuka di Shandong , Republik Rakyat China.
30 Jun - Laluan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai sepanjang {{convert|1318|km|abbr=on]] - dibuka selepas 39 bulan dalam pembinaan.
27 Jun - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar al-Gaddafi , mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya kini.
23 Jun - AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo .
21 Jun - Ban Ki-moon terpilih untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .
20 Jun - Bekas Presiden Tunisia Zainal Abidin bin Ali (gambar) dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun.
17 Jun - Sebagai tindak balas bantahan berterusan di Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan cadangan pembaharuan perlembagaan untuk diundi dalam satu pungutan suara .
16 Jun -Ayman al-Zawahiri mewarisi Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda .
12 Jun - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan (gambar) terpilih untuk penggal ketiga dan AKP mengekalkan majoriti parlimennya.
4 Jun - Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh cedera dalam serangan terhadap istana presiden dan dipindahkan ke Arab Saudi untuk rawatan.
29 Mei - Presiden Abkhazia Sergei Bagapsh (gambar) meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan di Moscow .
28 Mei - Mesir membuka semula Sempadan Rafah dengan Genting Gaza , dijangka secara tetap.
20 Mei - Spesies baharu kulat Spongiforma squarepantsii dilaporkan ditemui di Taman Negara Bukit Lambir , Sarawak.
13 Mei - Dalam pilihan raya dewan undangan negeri di Bengal Barat , India, kerajaan komunis terpilih secara demokratik memerintah terlama di dunia kehilangan kuasa.
13 Mei - Satu pengeboman berganda di daerah Charsadda , Pakistan, mengorbankan lebih 80 orang dan mencederakan lebih 150 lagi.
8 Mei - Dalam pilihan raya umum Singapura, Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Hsien Loong (gambar) kembali berkuasa, manakala pembangkang memenangi Kawasan Perwakilan Berkumpulan pertama mereka.
4 Mei - Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmud Abbas dan pemimpin Hamas Khaled Meshal memeterai perjanjian perdamaian di Kaherah .
2 Mei - Pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh pasukan operasi khas A.S. di Abbottabad , Pakistan.
27 April - Hamas dan Fatah memeterai satu perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan Palestin sebelum pilihan raya akan datang.
23 April - Selepas empat bulan bantahan anti-kerajaan , Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh bersetuju meletak jawatan dalam masa 30 hari.
13 April - Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya ditahan, dua bulan selepas meletak jawatan di tengah-tengah bantahan meluas .
12 April - Jepun menaikkan keterukan kemalangan nuklear Fukushima I ke tahap 7, yang tertinggi dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa .
3 April - Adel Safar menjadi Perdana Menteri Syria selepas Muhammad Naji al-Otari meletak jawatan akibat bantahan berterusan .
Kapal A.S. USS Barry melancarkan peluru berpandu ke sasaran di Libya
Kerosakan pelabuhan Sendai
Tunjuk perasaan di Medan Tahrir, Mesir pada 8 Februari 2011
Tunjuk perasaan pada Hari Kemarahan, 25 Januari 2011
30 Januari - Keputusan awal pungutan suara kemerdekaan Selatan Sudan menunjukkan hampir 99% pengundi mahukan Sudan Selatan berpisah dari Sudan .
29 Januari - Dalam bola sepak, Jepun memenangi Piala Asia setelah menewaskan Australia dalam perlawanan akhir.
29 Januari - Bantahan anti-kerajaan (gambar) seluruh Mesir semakin tegang, ditambah dengan tindakan kerajaan menggantung capaian ke rangkaian Internet dan SMS seluruh negara.
28 Januari - Orang utan Sumatera menjadi spesis hominid ketiga yang genomnya diturutkan selepas manusia dan cimpanzi .
25 Januari - Najib Mikati menjadi Perdana Menteri Lubnan selepas kejatuhan kerajaan Saad Hariri .
24 Januari - Al-Jazeera mendedahkan ~ 1,700 dokumen sulit yang memerincikan rundingan rahsia dalam proses pendamaian konflik Israel-Palestin .
14 Januari - Presiden Zine El Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia akibat bantahan di seluruh negara dan Fouad Mebazaa menjadi pemangku.
11 Januari - Chengdu J-20 Republik Rakyat China, sebuah prototaip pesawat pejuang siluman generasi kelima , membuat penerbangan sulungnya.
9 Januari - Penerbangan 277 Iran Air terhempas berhampiran Lapangan Terbang Urmia , Azarbaijan Barat , Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 maut.
1 Januari - Colombia , Jerman , India , Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB .