Helikopter CH-47 Chinook adalah sejenis helikopter ketenteraan pengangkut berat berenjin kembar, rotor tandem. Kelajuan maksimum mampu mencecah 315 km/j. Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika Syarikat diarahkan menyerahkan kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur. Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan seperti meriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ia diperlukan. Dan ini dapat dilakukan tanpa memerlukan landasan kapal terbang yang khusus.

CH-47 Chinook
Meriam katak M198 sedang diangkut oleh ambin CH-47 Chinook.
Penerangan
Jenis Helikopter kargo
Pengeluar Boeing Helicopters
Penerbangan sulung 1 September 1961
Pengguna pertama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Australia
Tentera Udara Diraja Belanda
Tentera Pertahanan Diri Darat Jepun
Variasi Boeing Chinook (variasi UK)
Krew 3 (juruterbang, pembantu juruterbang dan jurutera penerbangan)
Dimensi
Panjang 30.1 m (98 kaki 10 in)
Tinggi 5.7 m (18 kaki 11 in)
Diameter rotor 18.3 m (60 kaki 0 in)
Berat
Berat tanpa muatan 10,185 kg (23,400 paun)
Berat muatan penuh 12,100 kg (26,680 paun)
Berat berlepas maksimum 22,680 kg (50,000 paun)
Janakuasa
Enjin 2× kipas turbo Lycoming T55-GA-712
Tujahan maksimum 3,750 kuasa kuda (2,796 kW) setiap enjin
Persenjataan
Meriam M-134, mesingan mini 7.62 dan mesingan M-240 7.62
Prestasi
Kelajuan maksimum 170 knot (196 batu/j, 315 km/j)
Kelajuan biasa 130 knot (137 batu/, 220 km/j)
Jarak pemanduan 400 batu nautika (450 batu, 741 km)
Altitud tertinggi 5,640 m (18,500 kaki)
Kadar panjat 10.1 m/s (1,522 kaki/min)
Helikopter CH-47 Chinook menunjukkan keupayaan mengangkat muatan berat di Vietnam

Sejak itu, helikopter CH-47 Chinook menjadi keperluan penting Tentera Darat. Helikopter ini boleh memuatkan sehingga 33 orang anggota tentera berbanding 8 hingga 10 orang yang boleh diisi dalam helikopter UH-1 Huey. Helikopter CH-47 Chinook boleh dipasangkan dengan 3 mesingan M60 untuk memberikan kebolehan memberikan tembakan bantuan kepada askar-askar yang mendarat. CH-47 Chinook menjadi pengangkut berat standard Divisyen Pertama Kavalri Udara.

HH-47 Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR-X)

sunting

Pada 9 November 2006 Tentera Udara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa cadangan Boeing untuk membina helikopter HH-47 telah dipilih untuk memenuhi keperluan Mencari Dan Menyelamat Tempur (Combat Search and Rescue CSAR-X) perkhidmatan tersebut. Program CSAR ini melibatkan pembekalan 141 buah helikopter dengan 4 buah prototaip. Pengeluaran akan dipusatkan di Ridley Park, Pennsylvania yang juga menguruskan program MH-47G Pasukan Khas dan program CH-47F Chinook.

Pengguna

sunting
 
Sebuah CH-47 mengangkut sebuah pesawat F-15 ke pusat latihan di Pangkalan Tentera Udara Creech
 
Helikopter Chinook milik Tentera Udara India

Bekas pengguna

sunting

Spesifikasi (CH-47F)

sunting
 
Unjuran Boeing Vertol CH-47 Chinook.
Enjin turbin aci pada belakang sebuah CH-47
Pemasangan mesingan M240 di bahagian tanjakan muatan, sementara sebuah M240 lagi dipasang pada tingkap di bahu kanan

Data dari Boeing CH-47D/F,[4] Army Chinook file,[5] International Directory[6]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 3 (juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan atau loadmaster)
  • Kapasiti:
    • 33–55 anggota atau
    • 24 pengusung dan 3 pembantuatau
    • 24,000 lb (10,886 kg) muatan
  • Panjang: 98 ka (30 m) [7]
  • Panjang fiuslaj: 52 ka (16 m)
  • Lebar: 12 ka 5 in (3.78 m) (fiuslaj)[7]
  • Tinggi: 18 ka 11 in (5.77 m)
  • Berat kosong: 24,578 lb (11,148 kg)
  • Berat berlepas maks: 50,000 lb (22,680 kg)
  • Janakuasa: 2 × Lycoming T55-GA-714A Enjin turbin aci, 4,733 shp (3,529 kW) setiap enjin
  • Diameter rotor utama: 2× 60 ka (18 m)
  • Luas rotor utama: 5,600 ka2 (520 m2)
  • Seksyen bilah: pangkal: Boeing VR-7; hujung: Boeing VR-8[8]

Prestasi

  • Halaju maksimum: 170 kn (196 mph, 315 km/j)
  • Halaju kruis: 160 kn (184 mph, 296 km/j)
  • Jarak: 400 nmi (460 bt, 740 km)
  • Jarak tempur: 200 nmi (230 bt, 370 km)
  • Julat feri: 1,216 nmi (1,399 bt, 2,252 km) [9]
  • Had khidmat: 20,000 ka (6,100 m)
  • Kadar mendaki: 1,522 ft/min (7.73 m/s)
  • Disk loading: 9.5 lb/ka2 (46 kg/m2)
  • Kuasa/berat: 0.28 hp/lb (0.46 kW/kg)

Persenjataan

  • Sehingga 3 pucuk mesingan sederhana (1 di tanjakan muatan dan 2 di bahu tingkap), amnya 7.62 mm (0.300 in) mesingan M240/FN MAG, dan juga boleh dipasang dengan mesingan berputar 7.62 mm M134 Minigun.

Avionik

  • Rockwell Collins Common Avionics Architecture System (CAAS) (MH-47G/CH-47F)

Rujukan

sunting
  1. ^ "India, US sign deals for 22 Apache choppers, 15 Chinook copters - Rediff.com India News". rediff.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2015. Dicapai pada 29 September 2015.
  2. ^ "BNPB Datangkan Chinook dan Black Hawk Untuk Tangani Karhutla". bpbnnews.id (dalam bahasa Indonesia). 20 August 2020. Dicapai pada 11 December 2020.
  3. ^ "TSK'ya yeni 'uçan kale'ler geldi". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada 23 November 2016.
  4. ^ "CH-47 Technical Specifications". Boeing. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2016. Dicapai pada 19 March 2016.
  5. ^ "CH-47 CHINOOK HELICOPTER". army.mil. 4 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2016. Dicapai pada 19 March 2016.
  6. ^ Frawley, Gerard: The International Directory of Military Aircraft, p. 49. Aerospace Publications Pty Ltd, 2002. ISBN 1-875671-55-2.
  7. ^ a b "Boeing: H-47 Chinook". www.boeing.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2016. Dicapai pada 19 March 2016.
  8. ^ Lednicer, David. "The Incomplete Guide to Airfoil Usage". m-selig.ae.illinois.edu. Dicapai pada 16 April 2019.
  9. ^ United States of America. Naval Training Equipment Center. Department of the Navy. Recognition Study Cards – US and Foreign Aircraft. Device 5E14H. LSN 6910-LL-C006462. Orlando, Florida. 1982. 55 Cards. Annotation: 2252 kilometers.

Pautan luar

sunting