Presiden Singapura
Presiden Republik Singapura merupakan ketua negara Singapura yang dipilih oleh rakyatnya menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen Singapura sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.
Presiden Republik Singapura | |
---|---|
![]() Panji Presiden | |
![]() | |
Bidang kuasa | Singapura ![]() |
Kediaman | Istana Negara Singapura |
Dilantik oleh | Presidential elections in Singapore (en) ![]() ![]() |
Penjawat sulung | Tun Dato Laila Utama Haji Yusof Ishak |
Dibentuk | 9 Ogos 1965 |
Tapak web | http://www.istana.gov.sg/ |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa pemerintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.
Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.
Presiden yang terkini adalah Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya presiden 2023.[1]
Sejarah
suntingPejabat Presiden ditubuhkan apabila Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.[2] Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.
Senarai Presiden Republik Singapura
suntingNo. | Potret | Presiden | Tempoh jawatan | Pilihan raya | |
---|---|---|---|---|---|
Mula | Tamat | ||||
1 | Yusof Ishak
(12 Ogos 1910 – 23 November 1970) |
9 Disember 1959 | 23 November 1970 | — | |
1967 | |||||
— | Yeoh Ghim Seng
(1918 —1993) (Pemangku) |
23 November 1970 | 2 Januari 1971 | — | |
2 | Benjamin Sheares (12 Ogos 1907 – 12 Mei 1981) |
2 Januari 1971 | 12 Mei 1981 |
1970 | |
1974 | |||||
1978 | |||||
— | Yeoh Ghim Seng
(1918 —1993) (Pemangku) |
12 Mei 1981 | 23 Oktober 1981 | — | |
3 | Devan Nair (5 Ogos 1923 – 6 Disember 2005) |
23 Oktober 1981 | 28 Mac 1985 | 1981 | |
— | Wee Chong Jin
(1915 —2005) (Pemangku) |
28 Mac 1985 | 29 Mac 1985 | — | |
— | Yeoh Ghim Seng
(1918 —1993) (Pemangku) |
29 Mac 1985 | 2 September 1985 | — | |
4 | Wee Kim Wee (4 November 1915 – 2 Mei 2005) |
2 September 1985 | 1 September 1993 |
1985 | |
1989 | |||||
5 | Ong Teng Cheong (22 Januari 1936 – 8 Februari 2002) |
1 September 1993 | 31 Ogos 1999 | 1993 | |
6 | S. R. Nathan (3 Julai 1924 – 22 Ogos 2016) |
1 September 1999 |
31 Ogos 2011 | 1999 | |
2005 | |||||
7 | Tony Tan (l. 7 Februari 1940) |
1 September 2011 | 31 Ogos 2017 | 2011 | |
— | J. Y. Pillay
(1934 — (Pemangku) |
31 Ogos 2017 | 14 September 2017 | — | |
8 | Halimah Yacob (l. 23 Ogos 1954) |
14 September 2017 | 14 September 2023 | 2017 | |
9 | Tharman Shanmugaratnam
(l. 25 Februari 1957) |
14 September 2023 | Kini
(Tamat tempoh pada 14 September 2029) |
2023 |
Bekas presiden yang masih hidup
suntingPresiden | Tempoh jawatan | Pilihan raya | Parti politik (Sebelum letak jawatan) | Parti politik (After Resignation) | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Mula | Tamat | Jumlah | |||||
Tony Tan 陈庆炎 டோனி டான் கெங் யாம் (l. 7 Februari 1940) |
1 September 2011 | 31 Ogos 2017 | 6 tahun, 0 hari | Jumlah undi : 745,693 undi (2011) | Parti Tindakan Rakyat | Bebas | |
Halimah Yacob (l. 23 Ogos 1954) |
14 September 2017 | 14 September 2023 | 6 tahun, 1 hari | Beri menang | Parti Tindakan Rakyat | Bebas |
Rujukan
sunting- ^ Goh, Yan Han (11 Ogos 2023). "Singapore Presidential Election 2023: Polling Day on Sept 1, Nomination Day on Aug 22". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ "The Istana | President in Office".