Orang utan Sumatera
Orang utan Sumatera (Pongo abelii) merupakan salah satu daripada dua spesies orang utan. Ditemui hanya di pulau Sumatera di Indonesia, ia lebih jarang dan lebih kecil daripada Orang utan Borneo. Orang utan Sumatera membesar sehingga ketinggiannya mencapai 1.4 meter (4.6 ka) dan berat sehingga 90 kilogram (200 lb) bagi orang utan jantan. Orang utan betina pula adalah lebih kecil, dengan purata ketinggian 90 sentimeter (3.0 ka) dan berat 45 kilogram (99 lb).
Orang utan Sumatera[1] | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. abelii
|
Nama binomial | |
Pongo abelii Lesson, 1827
| |
Taburan di Indonesia |
Kelakuan
suntingJika dibandingkan dengan Orang utan Borneo, Orang utan Sumatera lebih cenderung memakan buah-buahan serta serangga.[3] Buah kegemarannya termasuklah buah ara dan nangka. Ia juga akan memakan telur burung serta haiwan vertebrata kecil.[4] Orang utan Sumatera tidak banyak menghabiskan masa untuk makan bahagian dalam kulit pokok.
Orang utan Sumatera liar di paya Suaq Balimbing dikenal pasti menggunakan peralatan.[5] Seekor orang utan akan mematahkan dahan pokok sepanjang lebih kurang sekaki, memijak rantai serta menjadikan salah satu hujungnya berbulu. Ia kemudiannya menggunakan batang kayu tersebut untuk menggali lubang pokok untuk mencari anai-anai. Ia juga menggunakan batang kayu itu untuk merodok dinding sarang lebah, menggerakkannya serta mengambil madunya. Sebagai tambahan, orang utan juga menggunakan peralatan untuk memakan buah. Semasa buah pokok Neesia masak, kulitnya yang keras dan beralun akan menjadi lembut sehingga ia gugur dan terbuka. Di dalamnya terdapat biji yang disukai orang utan, tetapi diselaputi rerambut seakan gentian kaca yang menyebabkan kesakitan jika termakan. Orang utan pemakan Neesia ini akan memilih kayu sepanjang lima inci, mengopek kulitnya, dan kemudian mengumpulkan rerambut dengan menggunakan kayu tersebut. Setelah buat tersebut selamat dimakan, orang utan akan makan biji-biji tersebut sama ada menggunakan batang kayu ataupun jari. Walaupun paya yang sama terdapat di, Orang utan Borneo liar tidak pula dilihat menggunakan peralatan seperti itu.
NHNZ telah merakam aksi Orang utan Sumatera untuk rancangan Wild Asia: In the Realm of the Red Ape; rancangan tersebut menunjukkan seekor orang utan menggunakan satu alatan mudah, sebatang ranting, untuk mengopek buah dari tempat yang sukar. Terdapat juga babak seekor haiwan menggunakan sehelai daun besar sebagai payung semasa hujan ribut yang lebat.
Orang utan Sumatera lebih banyak hidup di atas pokok berbanding orang utan Borneo; ia berkemungkinan disebabkan kehadiran haiwan pemangsa yang besar seperti harimau Sumatera. Ia bergerak dari pokok ke pokok melalui pembrakiuman.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. {{{pages}}}. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
- ^ Singleton, I., Wich, S. A. & Griffiths, M. (2008). Pongo abelii. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 4 January 2009.
- ^ S. A. Wich; S. S. Utami-Atmoko; T. M. Setia; H. D. Rijksen; C. Schürmann, J.A.R.A.M. van Hooff and C. P. van Schaik (2004). "Life history of wild Sumatran orangutans (Pongo abelii)". Journal of Human Evolution. 47 (6): 385–398. doi:10.1016/j.jhevol.2004.08.006. PMID 15566945.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "Science & Nature - Wildfacts - Sumatran orangutan". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-21. Dicapai pada 2009-07-03.
- ^ Zimmer, Carl. "Tooling through the trees - tool use by wild orangutans" Discover Magazine, November 1995.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Orang utan Sumatera. |
- Persatuan Orang Utan Sumatera
- Program Pemeliharaan Orang Utan Sumatera[pautan mati kekal]
- Yayasan Orang Utan - Maklumat projek di Aceh
- Pemeliharaan Orang Utan
- ARKive – imej dan video orang utan Sumatera (Pongo abelii) Diarkibkan 2006-04-14 di Wayback Machine