8 Julai
tarikh
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
8 Julai merupakan hari ke-189 (hari ke-190 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 176 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari perayaan Santo Kilian dan Santo Procopius (Gereja Katolik Rom).
Peristiwa
sunting- 1497 - Vasco da Gama memulakan pelayaran orang Eropah yang pertama terus ke India.
- 1709 - Perang Utara Besar: Pyotr I dari Rusia menewaskan Charles XII dari Sweden dalam Pertempuran Poltava (gambar), secara berkesan menamatkan peranan Sweden sebagai kuasa besar di Eropah.
- 1776 - Genta Kebebasan (gambar) dibunyikan untuk memanggil penduduk Philadelphia, Pennsylvania mendengarkan pembacaan Perisytiharan Kemerdekaan yang dikarang para anggota Kongres Benua.
- 1859 - Karl XV menjadi Raja Sweden dan Norway selepas kemangkatan ayahandanya Oscar I.
- 1889 - Terbitan pertama akhbar harian niaga paling banyak diedarkan The Wall Street Journal dikeluarkan.
- 1947 - Akhbar di Roswell, New Mexico melaporkan penawanan sebuah "piring terbang" yang terhempas oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.
- 1958 - Charles Ovnand dan Dale R. Buis menjadi anggota MAAG pertama terbunuh semasa bertugas di Vietnam. Mereka terbunuh di Bien Hoa.
- 1994 - Selepas kematian Kim Il-sung, Kim Jong-il menjadi Pemimpin Agung Korea Utara.
- 2011 - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dalam penerbangan STS-135, misi terakhir program Space Shuttle A.S.
- 2011 - Sesuai dengan keputusan pungutan suara, Sudan Selatan berpisah dari Sudan, menjadi negara berdaulat terbaharu.
- 2012 – Mark Webber memenangi Grand Prix British 2012.
Kelahiran
sunting- 1985 - Samer Ismail, pelakon lelaki Syria
Kematian
sunting- 1695 - Christiaan Huygens, seorang astronomi Belanda