1 Februari
tarikh
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
1 Februari merupakan hari ke-32 dalam kalendar Gregory. Tinggal 333 hari (atau 334 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Imbolc di Hemisfera Utara
- Hari St. Brigid dalam Kristian Barat
- Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Malaysia
- Hari Kebebasan Kebangsaan (Amerika Syarikat).
Peristiwa
sunting- 1327 - Edward III yang berusia remaja dimahkotakan Raja England, tetapi negaranya diperintah oleh bondanya Ratu Isabella dan kekasihnya Roger Mortimer.
- 1662 - Jeneral China Koxinga menawan pulau Taiwan setelah mengepungnya selama sembilan bulan.
- 1790 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat mula bersidang, di Bandar Raya New York.
- 1793 - Perang Revolusi Perancis: Perancis mengisytihar perang terhadap United Kingdom dan Belanda.
- 1796 - Ibu negeri Kanada Atas dipindahkan dari Newark (kini Niagara-on-the-Lake) ke York (kini Toronto), yang dianggap kurang terdedah kepada serangan Amerika Syarikat.
- 1814 - Gunung Mayon meletus, mengakibatkan lebih 2,000 orang kehilangan nyawa di pulau Luzon, Filipina.
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Texas berpecah dari Amerika Syarikat.
- 1884 - Edisi pertama Kamus Inggeris Oxford diterbitkan, meliputi perkataan daripada A hingga Ant.
- 1893 - Thomas A. Edison menyiapkan pembinaan studio wayang gambar pertama, iaitu Black Maria di West Orange, New Jersey.
- 1896 - Tayangan perdana opera Giacomo Puccini La bohème diadakan di Teatro Regio di Turin, Itali.
- 1897 - Bank Shinhan, bank tertua di Korea Selatan, dibuka di Seoul.
- 1908 - Raja Carlos I dari Portugal dan anakandanya, Putera Luis Filipe dibunuh di Terreiro do Paco, Lisbon.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Jerman mengisytiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.
- 1920 - Polis Berkuda Diraja Kanada bermula operasi.
- 1924 - United Kingdom mengiktiraf Kesatuan Soviet.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Vidkun Quisling dilantik menjadi Perdana Menteri Norway oleh pihak Nazi.
- 1942 - Perkhidmatan radio dan televisyen rasmi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, Voice of America mula bersiaran dengan rancangan yang ditujukan kepada kawasan yang dikawal Kuasa Paksi semasa Perang Dunia II.
- 1943 - Tentera Ke-6 Jerman menyerah kalah di Stalingrad.
- 1946 - Ahli politik Norway Trygve Lie dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB pertama.
- 1948 - Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union
- 1957 - Prototaip pertama enjin putaran Wankel (gambar) ciptaan Felix Wankel berfungsi buat kali pertama, di NSU Motorenwerke.
- 1972 - Kuala Lumpur meraih status bandar raya daripada piagam diraja yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
- 1974 - Daerah Kuala Lumpur yang merupakan ibu negeri Selangor telah diserahkan kepada Kerajaan Malaysia untuk menjadikan sebagai ibu negara Malaysia yang baharu oleh Sultan Selangor.
- 1974 - Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pertama.
- 1978 - Sutradara Roman Polanski menolak ikat jamin lalu lari dari Amerika Syarikat ke Perancis setelah mengaku bersalah atas tuduhan menjalin hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun.
- 1979 - Ayatollah Khomeini kembali di Teheran, Iran setelah dibuang selama 15 tahun.
- 1982 - Senegal dan Gambia membentuk gabungan longgar bernama Senegambia.
- 1989 - Bandar-bandar Kalgoorlie dan Boulder di negeri Australia Barat bergabung untuk membentuk Bandar Raya Kalgoorlie-Boulder.
- 2001 - Ibu negara Malaysia dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya, walaupun fungsi perundangan kekal di Wilayah Persekutuan pertama itu.
- 2003 - Bolak-balik angkasa lepas NASA Columbia hancur berkecai di atas Texas ketika masuk semula atmosfera Bumi semasa misi ke-28nya (gambar logo).
- 2004 - 251 orang terinjak-injak hingga mati sementara 244 lagi cedera dalam kejadian rempuhan ketika menunaikan haji di Arab Saudi.
- 2004 - Payu dara Janet Jackson terdedah ketika persembahan separuh masa acara Super Bowl XXXVIII, menyebabkan para penyiar AS semakin berpegang pada garis panduan penapisan FCC.
- 2009 - Jóhanna Sigurðardóttir menjadi Perdana Menteri wanita Iceland yang pertama, dan ketua kerajaan moden pertama yang terbuka gay.
- 2011 - Di tengah-tengah pergolakan politik di Mesir, Presidennya Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya pada September.
- 2011 - Marouf al-Bakhit dilantik sebagai Perdana Menteri Jordan dalam rombakan kabinet oleh Raja Abdullah II, selepas berlaku bantahan ramai.
- 2012 - Lebih 70 orang terbunuh dalam rusuhan susulan perlawanan bola sepak di Port Said, Mesir.
- 2012 - Ratu Elizabeth II membatalkan kesateriaan Fred Goodwin atas tanggungjawabnya menyebabkan Royal Bank of Scotland hampir muflis.
Kelahiran
sunting- 1561 - Henry Briggs, pakar matematik British (meninggal 1630)
- 1882 - Louis St. Laurent, Perdana Menteri Kanada Ke-12
- 1905 - Emilio Segrè, ahli fizik Itali dan pemenang Hadiah Nobel (meninggal 1989)
- 1930 - Shahabuddin Ahmed, ahli politik dan Presiden Bangladesh ke-12
- 1930 - Hussain Muhammad Ershad, Presiden Bangladesh ke-10 (meninggal 2019)
- 1931 - Boris Yeltsin, Presiden dan Perdana Menteri Persekutuan Rusia yang pertama. (meninggal 2012)
- 1932 – Hassan Al-Turabi, aktivis dan ahli politik Sudan (meninggal 2016)
- 1942 – Terry Jones, pelakon dan pengarah filem Wales (meninggal 2020)
Kematian
sunting- 772 – Paus Stephanus III (lahir 720)
- 850 – Ramiro I, raja Asturias
- 992 – Jawhar as-Siqilli, panglima Fatimiyah
- 1248 – Henry II, Duke Brabant (lahir 1207)
- 1328 – Charles IV dari Perancis (lahir 1294)
- 1563 – Menas of Ethiopia
- 1590 – Lawrence Humphrey, agamawan dan cendekiawan Inggeris (lahir 1527)
- 1691 – Paus Alexander VIII (lahir 1610)
- 1986 – Alva Myrdal, ahli politik dan kaji sosial Sweden, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1902)