Portal:Hal semasa/Ogos
2018
- India membuka tirai Patung Perpaduan (gambar), patung tertinggi di dunia dengan 182 m (597 ka), menggambarkan timbalan perdana menteri pertamanya, Vallabhbhai Patel.
- Penerbangan 610 Lion Air terhempas di luar pantai Jawa, Indonesia, mengorbankan kesemua 189 orang anak kapal dan penumpang.
- Jair Bolsonaro dipilih sebagai Presiden Brazil.
- Boston Red Sox memenangi Siri Dunia Besbol.
- Satu kejadian tembakan di sebuah saumaah membunuh 11 orang di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
- Taufan Yutu menjadi siklon tropika paling kuat direkodkan di Kepulauan Mariana, seterusnya mengorbankan 6 orang.
- Sahle-Work Zewde menjadi wanita pertama yang menjadi Presiden Habsyah.
2017
- Mahkamah Agung Kenya memerintahkan bahawa pemilihan Presiden Kenya pada 8 Ogos lalu dibatalkan dan pemilihan semula perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari.
- Dalam sukan tinju, Floyd Mayweather Jr. berjaya menewaskan atlet seni bela diri campuran, Conor McGregor.
- Dalam sukan ragbi, New Zealand berjaya menewaskan England.
- Taufan Harvey menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Texas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang awam.
- Sekurang-kurangnya 36 orang terkorban dalam satu rusuhan di utara India selepas guru, Gurmeet Ram Rahim Singh didakwa atas tuduhan merogol.
- Suatu gerhana matahari penuh melintasi tanah besar Amerika Syarikat buat kali pertama sejak tahun 1918.
- Puting beliung Hato membadai kawasan selatan negara China dan Vietnam, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang.
- Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 156 lagi cedera dalam satu kemalangan kereta api di Khatauli, India.
- Tiga serangan berasingan mengorbankan 15 orang awam dan mencederakan lebih 100 yang lain di Barcelona, Catalonia, Sepanyol.
- Sekurang-kurangnya 400 orang disahkan terkorban dalam banjir lumpur di Freetown, Sierra Leone.
- Dalam sukan golf, Justin Thomas memenangi Kejuaraan PGA 2017.
- Sebuah kereta yang dipandu telah melanggar sekumpulan aktivis di Charlottesville, Virginia, Amerika Syarikat mengorbankan seorang dan mencederakan lebih kurang 19 yang lain.
- Sekurang-kurangnya 70 orang disahkan terkorban di hospital akibat masalah bekalan oksigen di dalam wad.
- Uhuru Kenyatta dipilih sebagai Presiden Kenya buat penggal kedua berturut-turut.
- Satu gemba bumi bermagnitud 7.0 Mw di provinsi Sichuan, China mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan 431 yang lain cedera.
- Pemain bola sepak Brazil, Neymar menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain F.C. dengan mencatatkan rekod perpindahan termahal di dunia sebanyak € 222 juta.
- Shahid Khaqan Abbasi dilantik sebagai Perdana Menteri Pakistan ke-14 yang baharu.
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Ogos, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
- 3 Ogos Taufan Soudelor membadai Taiwan dan merosakkan banyak harta dan mengakibatkan kematian dan kecederaan.
- 17 Ogos Tragedi Pengeboman Ratchaprasong 2015 di Bangkok mengakibatkan seramai 23 terbunuh dan 123 orang lagi tercedera.
- 22 Ogos Tragedi Persembahan Udara Shoreham 2015 mengorbankan sekurang-kurangnya 7 orang dan 16 yang lain tercedera. Manakala juruterbang kritikal.
- 24 Ogos Harga rumah mampu milik semasa di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia kurang mampu dimiliki oleh rakyat.
- 25 Ogos Untuk pertama kalinya dalam sejarah negeri Washington, pihak berwajib meminta penduduk secara sukarela membantu memadamkan kebakaran hutan yang memusnahkan kira-kira 1.6 juta ekar hutan.
- 25 Ogos Kuil Baalshamin telah dimusnahkan oleh angkatan ISIL selepas penaklukan Palmyra dekat Syria.
- 29 Ogos Perhimpunan Bersih 2015 diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan seluruh dunia, menarik ratusan ribu orang mengadakan protes aman.
2014
- Pasukan badminton China memenangi tiga daripada lima kejuaraan di Kejohanan Dunia BWF 2014.
- Hamas dan Israel bersetuju gencata senjata jangka panjang selepas tujuh minggu berkonflik.
- Kapal angkasa lepas ESA Rosetta (gambar) tiba di komet 67P/Churyumov–Gerasimenko.
- Sukan Komanwel XX berakhir di Glasgow, Scotland.
2013
- Sebuah ngarai yang baru ditemui di bawah lembar ais Greenland didapati merupakan yang terpanjang di dunia.
- Pegawai Tentera Darat A.S. Nidal Malik Hasan dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009.
- NASA mentauliahkan semula teleskop Wide-field Infrared Survey Explorer (gambar) bagi mencari asteroid.
- Ecuador mengumumkan akan membuka semula Taman Negara Yasuni kepada penggerudian minyak, menamatkan inisiatif enam tahun melindungi hutan hujan di situ.
- NASA menyatakan teleskop angkasa Kepler tidak dapat dibaiki, secara rasmi mengakhiri misi utamanya.
- Institusi Smithsonian mengumumkan penemuan olinguito (gambar), spesies carnivora baharu pertama di Amerika sejak 35 tahun.
- Ibrahim Boubacar Keïta terpilih sebagai Presiden Mali selepas lawannya mengaku kalah.
- Pengasas dan CEO Amazon.com Jeff Bezos mengumumkan pembelian The Washington Post dengan harga AS$250 juta.
- Enele Sopoaga mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Tuvalu baharu.
- Robert Mugabe terpilih kembali sebagai Presiden Zimbabwe.
- Spesies primat baharu, lemur kerdil Lavasoa, ditemui di Madagaskar.
2012
- Di Mexico, Institut Pilihan Raya Persekutuan mengisytiharkan Enrique Peña Nieto sebagai presiden baharu.
- Angkasawan A.S. Neil Armstrong (gambar), orang pertama berjalan di Bulan, meninggal dunia pada usia 82 tahun.
- Anders Behring Breivik, yang membunuh 77 orang pada 2011, dihukum 21 tahun penjara, tertakluk kepada pelanjutan.
- Perdana Menteri Habsyah Meles Zenawi meninggal dunia pada usia 57 tahun.
- Mali membentuk kerajaan perpaduan dalam usaha memyelesaikan krisis politik akibat rampasan kuasa.
- Majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas (gambar) diadakan di London.
- Lebih 300 orang terbunuh dan 3,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi berhampiran Tabriz, Iran.
- Presiden Mesir Mohammed Mursi membatalkan pindaan perlembagaan oleh tentera.
- Majlis Peralihan Kebangsaan Libya menyerahkan kuasa kepada Kongres Kebangsaan Am yang baru dilantik.
- Perayau Curiosity Makmal Sains Marikh (gambar) NASA mendarat di Marikh.
- Perdana Menteri Syria Riyad Farid Hijab berpaling tadah kepada pemberontak.
- Seorang lelaki menembak mati enam orang di sebuah kuil Sikh di Wisconsin, A.S.
2011
- Taufan Nanmadol mengorbankan 36 orang di Filipina, Taiwan dan Fujian, China.
- Yoshihiko Noda (gambar) menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Naoto Kan meletak jawatan.
- Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura.
- Taufan Irene memaksa jutaan di Pantai Timur Amerika Syarikat berpindah selepas menyebabkan kemusnahan teruk di Caribbean.
- Lebih 50 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki membakar sebuah kasino di Monterrey, Mexico.
- Steve Jobs meletak jawatan sebagai CEO Apple untuk menjadi pengerusinya, dan digantikan oleh Tim Cook.
- Dakwaan serangan seksual terhadap bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa Dominique Strauss-Kahn (gambar) digugurkan.
- Perang saudara Libya bertambah hebat apabila angkatan anti-Gaddafi menguasai Tripoli.
- Gempa bumi intraplat bermagnitud 5.8, terkuat di timur Amerika Syarikat sejak 1944, terjadi di Virginia.
- Aktivis sosial India Anna Hazare bersetuju keluar dari penjara selepas polis Delhi membenarkan mogok lapar 15-hari menentang rasuah.
- Ahli astronomi mengumumkan yang TrES-2b memiliki albedo terendah diketahui antara semua planet, memantulkan kurang 1% cahaya yang jatuh padanya.
- Empangan Saint Petersburg (gambar), bertujuan melindungi Saint Petersburg daripada bencana banjir, siap di Teluk Finland.
- Kekacauan awam di London merebak ke sebahagian besar England.
- Kekacauan awam di Tottenham (gambar kesan) merebak ke seluruh London dan sebahagian England.
- Manuel Pinto da Costa terpilih sebagai Presiden São Tomé dan Príncipe, menggantikan Fradique de Menezes.
- Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak, Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.
- Juno, kapal angkasa lepas berkuasa suria pertama dengan misi ke Musytari, dilancarkan dari Cape Canaveral.
2010
- Gunung Sinabung (gambar) di Sumatera, Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.
- Pelari Kenya David Lekuta Rudisha memecahkan rekod dunia 13 tahun dalam 800 meter di kejohanan IAAF di Berlin.
- Sukan Olimpik Belia pertama, Olimpik Belia Singapura 2010 bermula di Singapura.
- Colombia dan Venezuela menyambung kembali hubungan diplomatik selepas Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia.
- Paul Kagame terpilih semula sebagai Presiden Rwanda.
- Tanah runtuh di wilayah Gansu mengorbankan 700 orang, menambah korban banjir di China kepada lebih 1,700 orang.
- Lebih 1,600 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan.
- Lebih 50 orang disahkan maut dan ribuan lagi terpaksa berpindah akibat kebakaran liar di Daerah Persekutuan Pusat Rusia (gambar asap).
- 63 orang terbunuh dan lebih 200 cedera dalam rusuhan di Karachi, Pakistan.
- Kebakaran sebuah bangunan di Nigel, Johannesburg, Afrika Selatan mengorbankan 22 orang.
2009
- Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama (gambar) memenangi pilihan raya umum Jepun, mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP.
- Pelari pecut Jamaica Usain Bolt mencipta rekod dunia lumba lari 100 m (9.58 s) dan 200 m (19.19 s) lelaki.
- Kapal dagang MV Arctic Sea yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran Tanjung Verde oleh Tentera Laut Rusia.
- Kerajaan British menggantung pemerintahan sendiri Kepulauan Turks dan Caicos sehingga dua tahun.
- Taufan Morakot (gambar) mengorbankan lebih 100 orang di Filipina dan Taiwan selepas menghasilkan rekod hujan 2,777 mm.
- 13 tahun selepas memutuskan hubungan diplomatik, Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila dan Presiden Rwanda Paul Kagame bertemu di Goma.
- Mahmoud Ahmadinejad mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran bagi penggal kedua di tengah-tengah bantahan mengenai keputusan pilihan raya.
2008
- Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008.
- Rusia secara rasminya mengakui kemerdekaan Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
- Barack Obama memilih Joe Biden, Senator Demokrat dari Delaware, sebagai calon naib presiden di dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2008.
- Presiden Zambia, Levy Mwanawasa (gambar) meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.
- Pervez Musharraf (gambar) meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan.
- Michael Phelps memenangi pingat emas kelapannya di Sukan Olimpik Beijing 2008, mengatasi rekod Mark Spitz untuk emas paling banyak dalam satu Sukan Olimpik.
- Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memenangi pingat emas dalam acara pecut 100-meter dan memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 9.69 saat.
- Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.
- Rusia menghentikan serangannya ke atas Georgia dan bersetuju dengan rancangan gencatan senjata Kesatuan Eropah.
- Parlimen Georgia meluluskan keadaan perang (gambar pelarian) di seluruh negara untuk 15 hari selepas Rusia membalas serangannya terhadap Ossetia Selatan.
- Satu serangan terhadap pos polis berhampiran Kashgar di Xinjiang, China menyebabkan kematian 16 pegawai manakala 16 lagi cedera.
2007
- Taliban membebaskan saki-baki tebusan Korea Selatan sebaik sahaja Korea Selatan bersetuju untuk mengundurkan 200 anggota tenteranya dalam masa setahun dan menggantung tugas mubaligh di Afghanistan.
- Tan Sri Musa Hassan selaku KPN Malaysia telah mengutus surat maaf kepada Donald Kolopita, ketua pengadil karate Indonesia.
- Abdullah Gül dipilih sebagai Presiden Turki ke-11.
- Darurat diisytiharkan di Yunani akibat kebakaran hutan yang berleluasa (gambar).
- Dua bom meletup di Hyderabad, Andhra Pradesh, India dan 19 lagi dijumpai di seluruh bandar.
- Taufan Dean merentasi Laut Caribbean dan melanda Semenanjung Yucatan, Mexico.
- Gempa bumi dahsyat di Peru mengorbankan 500 jiwa dan 85,000 bangunan ranap sama sekali.
- Banjir Vietnam 2007.
- Banjir dahsyat yang berlaku di India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh telah mengorbankan 1,400 jiwa.
- Jambatan Sungai Mississippi (gambar) di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat runtuh secara tiba-tiba.
2006
- Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah mengundi dan membuat keputusan yang Pluto tidak lagi diiktiraf sebagai sebuah planet kerana ia kecil dan tidak sesuai digelar planet. Kini, terdapat hanya 8 planet sahaja di dalam sistem suria.
- John Mark Karr ditangkap dan mengaku bersalah membunuh seorang gadis cilik yang bernama JonBenet Patricia Ramsey yang merupakan anak Ratu Cantik Virginia Barat 1977. Pembunuhan itu berlaku pada 26 Disember 1996 Dia kemudian dibebaskan kerana tiada bukti.
- Gunung Tungurahua, sebuah gunung yang terletak di Ecuador telah meletup.
- Satu resolusi gencatan senjata bagi menghentikan krisis antara Israel dan Lubnan berkuatkuasa di Lubnan.
- Padah yang dijangka melanda Amerika Syarikat dan United Kingdom akibat terus menyokong Israel akhirnya berlaku apabila satu rancangan untuk mengebom pesawat penerbangan antara London dan Amerika terbongkar. Ancaman keganasan ini merupakan yang terbesar semenjak kejadian runtuhan Pusat Dagangan Dunia New York pada 11 September 2001 yang lalu.
2005
- 29 Ogos: Luruan ribut Taufan Katrina mengakibatkan rekahan pada tetambak di sekitar New Orleans, membanjiri 80 peratus bandar tersebut, mengakibatkan lebih 1,800 kematian.
2004