Presiden Turki
Presiden Republik Turki (Turki: Türkiye Cumhuriyeti Cumhurbaşkanı ) merupakan ketua negara Republik Turki. Pemegang jawatan ini mewakili keutuhan dan perpaduan negara tersebut, serta juga memastikan pelaksanaan perlembagaan dan organ-organ senegara berfungsi harmoni dan teratur. Perkara 101 hingga 106 Perlembagaan Turki mewujudkan semua keperluan, pilihanraya, tugas dan tanggungjawab jawatan tersebut. Pejabat Presiden ini ditubuhkan sejurus perisytiharan Republik Turki pada 29 Oktober 1923. Presiden Turki sering rasmi disebut sebagai Cumhurbaşkanı, 'Presiden Rakyat'.[1][2] Penyandang jawatan ini yang terkini ialah Recep Tayyip Erdoğan yang mula menjawat sejak 28 Ogos 2014.
Presiden Republik Turki | |
---|---|
Türkiye Cumhuriyeti Cumhurbaşkanı | |
Anggota bagi | Kabinet Turki |
Bidang kuasa | Turki |
Kediaman | Kompleks Presiden, |
Tempoh jawatan | Lima tahun, boleh diperbaharui sekali |
Penjawat sulung | Mustafa Kemal Atatürk |
Dibentuk | 29 Oktober 1923 |
Timbalan/naib | Vice President of Turkey (en) |
Senarai | Senarai Presiden Turki |
Tapak web | https://www.tccb.gov.tr/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatan Presiden kebanyakannya bersifat seremonial sejak tahun 1950, namun jawatan tersebut kini beralih kepada bersifat eksekutif selepas undian pungutan suara dibuat pada tahun 2017 di seluruh negara Turki.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Laman web rasmi jawatan Diarkibkan 2010-06-05 di Wayback Machine