Serangan kasino Monterrey 2011

Serangan di kasino Montterrey 2011 dilakukan pada 25 Ogos 2011 di bandar Monterrey, Nuevo León, Mexico , selepas sekumpulan lelaki lelaki bersenjata memecah masuk ke bangunan itu lalu melepaskan tembakan dan membakar Royal Casino itu. 53 orang terbunuh dan sepuluh cedera [2]. Majoriti yang terbunuh adalah wanita. Monterrey telah menjadi sebuah bandar yang sangat ganas sejak 2010 selepas kerajaan mengisytiharkan perang terhadap kartel dadah.

Serangan kasino Monterrey 2011
Lokasi Avenida San Jerónimo, Monterrey, Nuevo León, Mexico
25.67418, -100.35526
Sasaran Pemilik Casino Royale
Tarikh 25 Ogos 2011
15:30 – (UTC-5)
Jenis serangan Kebakaran akibat minyak tanah dan grenad
Kematian 52
Cedera 10
Pelaku didakwa Kartel dadah

Serangan

sunting

Serangan dahsyat itu berlaku di Casino Royale, sebuah pusat hiburan di Mexico sejak Presiden Mexico, Felipe Calderon melancarkan serangan terhadap kartel dadah pada tahun 2006 . Serangan bermula jam 15:30 apabila 12 lelaki bersenjata menyembur gas, tembakan dan melemparkan sekurang-kurangnya satu bom tangan . Mereka menaiki empat buah lori dan melakukan rompakan. Seterusnya menyimbah minyak tanah supaya bangunan itu terbakar. Pusat judi itu terletak di persimpangan jalan Yesus Maria Fernandez dan S. Jeronimo. Sesetengah pengunjung dipijak dalam rempuhan, manakala pintu kecemasan masih terkunci.Sebelum ini, kasino itu pernah diserang sebanyak dua kali pada tahun ini (2011) oleh jenayah terancang, tetapi dengan tiada mangsa .

Reaksi

sunting

Presiden Felipe Calderón mengisytiharkan tiga hari perkabungan negara.

Datuk Bandar Monterrey, Encik Fernando Larrazabal menyatakan bahawa banyak mayat ditemui dalam tandas. Pengunjung dan kakitangan kasino mengunci diri dan bersembunyi di dalam tandas. Namun, mereka terkorban ekoran sesak nafas setelah terhidu asap kebakaran.

Monterrey mempunyai 4 juta penduduk.Kempen Presiden Calderon menentang kartel dadah menyebabkan 42,000 terbunuh di negara itu.[1]

Rujukan

sunting