Portal:Hal semasa/November
2018
- Serpihan bangkai kapal selam Argentinia, San Juan (gambar), yang mana hilang pada bulan November 2017, dijumpai di Atlantik Selatan.
- Portrait of an Artist (Pool with Two Figures) karya David Hockney dijual lebih daripada AS$90 juta, harga tertinggi bagi sebuah karya yang pelukisnya masih hidup dalam satu lelongan.
- Persidangan Agung berkenaan Timbangan dan Sukatan mengesahkan definasi baharu bagi unit kilogram, ampere, kelvin dan mol.
- Dalam satu suasana krisis perlembagaan, Mahkamah Agung Sri Lanka menghentikan satu percubaan oleh Presiden Maithripala Sirisena untuk membubarkan parlimen.
- Dalam satu pungutan suara, New Caledonia mengundi untuk tidak merdeka daripada Perancis.
2017
- Kerajaan Indonesia mengarahkan pemindahan 100,000 orang awam dari Bali akibat letusan Gunung Agung
- Sekurang-kurangnya 305 orang awam terbunuh akibat dari serangan pengganas di dalam masjid di Bir al-Abed, Mesir.
- Emmerson Mnangagwa dipilih sebagai Presiden Zimbabwe ke-3 menggantikan Robert Mugabe yang meletakkan jawatan pada 21 November lalu.
- Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai Majlis Bandaraya ke-14 di negara Malaysia dan kedua di negeri Johor dengan secara rasminya.
- Kapal selam Argentina, ARA San Juan hilang di Lautan Atlantik Selatan bersama 44 kru yang lain.
- Salvator Mundi, yang biasanya dikaitkan dengan Leonardo da Vinci, dijual pada lelongan awam dan berjaya meraih US$ 450.3 juta yang merupakan sebuah rekod baharu untuk lukisan termahal.
- Borut Pahor dipilih semula sebagai Presiden Slovenia.
- Robert Mugabe meletakkan jawatan sebagai Presiden Zimbabwe selepas rampasan kuasa tentera tempoh hari.
- Suatu gempa bumi melanda sempadan antara Iraq dan Iran, membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dan mencederakan lebih 7,000 orang lain.
- Paradise Papers—lebih daripada 13 juta dokumen kewangan berkaitan dengan pelaburan luar pantai—telah dibocorkan.
- Di Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat, satu kejadian tembakan ke arah orang awam di sebuah gereja Baptist membunuh 26 orang dan mencederakan 20 orang lagi.
- Dalam satu usaha pembaharuan oleh Putera Mahkota, Mohammad bin Salman, kerajaan Arab Saudi telah memberkas lebih kurang 40 orang para pemimpin kanan dan menteri di atas tuduhan rasuah.
- Orang utan Tanpanuli disahkan sebagai spesis baharu Hominidae.
- Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan lebih daripada 90 yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji janakuasa arang batu di Uttar Pradesh, India.
- Bekas Jeneral dari etnik Croat Bosnia, Slobodan Praljak membunuh diri dengan meminum racun di saat akhir perbicaraan sabitan jenayahnya di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia.
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan November, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
- 8 November Liga Demokrasi Kebangsaan yang diterajui oleh Aung San Suu Kyi telah mendapat kemenangan majoriti dalam pilihan raya umum Myanmar.
- 8 November Beto Kusyairy dan Lisa Surihani masing-masing telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita terbaik dalam Anugerah Skrin 2015.
- 13 November Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh manakala 433 lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak dan letupan di Paris, Perancis.
- 17 November Khidmat Keselamatan Persekutuan Rusia memberi kenyataan bahawa Penerbangan 9268 Metrojet (gambar) dimusnahkan oleh bom.
- 24 November Pesawat Sukhoi Su-24 Rusia ditembak jatuh oleh pesawat F-16 milik Tentera Udara Turki dekat sempadan antara Turki dan Syria.
- 30 November Yus Jambu meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang.
2014
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan November, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2014)
2013
- Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines terhempas di Namibia, mengorbankan kesemua 33 anak kapal dan penumpangnya.
- Juan Orlando Hernández disahkan terpilih sebagai Presiden Honduras yang baharu.
- Tokong agama Buddha yang tertua diketahui didedahkan di Kuil Maya Dewi (gambar) di Lumbini, Nepal.
- Iran menyetujui perjanjian sementara dengan negara P5+1, mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan pelonggaran sekatan.
- Bumbung sebuah pasar raya di Riga, Latvia runtuh, mengorbankan lebih 50 orang.
- Ahli biokimia British dan penerima Hadiah Nobel dalam Kimia dua kali Frederick Sanger meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- NASA melancarkan kuar angkasa lepas MAVEN ke Marikh.
- 50 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737 Tatarstan Airlines (gambar) terhempas di Lapangan Terbang Kazan, Rusia.
- Abdulla Yameen terpilih sebagai Presiden Maldives.
- China mengumumkan akan melonggarkan dasar satu anaknya.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa tanjung tinggi di Kuil Preah Vihear milik Kemboja dan angkatan Thai perlu berundur.
- Taufan Haiyan (imej satelit), siklon tropika 2013 terkuat, menyebabkan kerosakan besar dan ribuan orang maut di Filipina.
- India melancarkan Mars Orbiter Mission, kuar antara planet pertamanya.
- Kelab bola sepak Al-Kuwait menjuarai Piala AFC 2013.
- Pemimpin Taliban Pakistan Hakimullah Mehsud disahkan terbunuh dalam satu serangan dron A.S.
2012
- Perhimpunan Agung PBB meluluskan usul memberikan Palestin (gambar bendera) status negara pemerhati bukan-anggota.
- Sebastian Vettel dan Red Bull Racing memenangi kejuaraan Formula Satu buat kali ketiga berturut-turut.
- Presiden Sierra Leone Ernest Bai Koroma terpilih semula buat penggal kedua.
- Naib Presiden China Xi Jinping (gambar) menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China, menggantikan Presiden Hu Jintao.
- Ketua tentera Hamas Ahmad al-Ja'bari dibunuh dalam satu serangan udara Israel.
- Barack Obama telah dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- Dalam bola sepak, Piala AFC 2012 tamat dengan kemenangan kelab Al-Kuwait.
2011
- Bekas Presiden Côte d'Ivoire Laurent Gbagbo diekstradisi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk dibicarakan kerana peranannya dalam Perang Saudra Côte d'Ivoire Kedua.
- United Kingdom mengusir semua diplomat Iran selepas kedutaanya di Teheran diserang.
- Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.
- NASA melancarkan Makmal Sains Marikh (gambar konsep) dalam misi menaksir sama ada Marikh boleh didiami.
- Parti pimpinan Perdana Menteri John Key memenangi pilihan raya umum New Zealand.
- Yahya Jammeh (gambar) terpilih semula sebagai Presiden Gambia.
- Selepas berbulan-bulan bantahan dan berjanji berundur, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh akhirnya menandatangani perjanjian pemindahan kuasa.
- Sukan Asia Tenggara ke-26 berakhir dengan tuan rumah Indonesia mendapat pingat terbanyak.
- Mariano Rajoy bakal menjadi Perdana Menteri Sepanyol selepas partinya mendapat majoriti dalam pilihan raya umum.
- Selepas perletakan jawatan Silvio Berlusconi, Mario Monti (gambar) dilantik menjadi Perdana Menteri Itali.
- Ellen Johnson Sirleaf terpilih semula sebagai Presiden Liberia.
- Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana tindakan keras terhadap kebangkitan dalaman.
- Sukan Asia Tenggara ke-26 dibuka secara rasmi (gambar) di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.
- Selepas perletakan jawatan George Papandreou, Loukas Papadimos dilantik sebagai Perdana Menteri Greece.
- Petinju A.S. Joe Frazier meninggal dunia pada usia 67 tahun.
- Rusia mula menghantar gas asli ke Eropah Barat melalui Nord Stream, talian paip tenggelam terpanjang di dunia.
- Paul Biya (gambar) mengangkat sumpah untuk penggal keenam sebagai Presiden Cameroon.
- Sidang kemuncak G-20 keenam bermula di Cannes, Perancis.
2010
- WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
- Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong, meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.
- Satu pungutan suara di Madagaskar mengesahkan perlembagaan baru yang membenarkan Andry Rajoelina (gambar) kekal sebagai presiden sementara.
- Alpha Condé memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Guinea.
- Sebastian Vettel menjadi juara termuda Formula Satu, memenangi Formula Satu musim 2010, manakala Red Bull Racing memenangi kejuaraan pengeluar.
- Ahli politik pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan rumah.
- Sukan Asia ke-16 dirasmikan (gambar) di Guangzhou, Republik Rakyat China.
- Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.
- Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan, selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.
- Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan lebih 150 orang dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.
- Pilihan raya separuh penggal Dewan Perwakilan dan Senat diadakan di Amerika Syarikat.
2009
- Dalam proses menilai semula won Korea Utara, wang kertas kini tidak lagi sah diperlakukan, dan perniagaan ditutup sehingga wang baru dikeluarkan pada 7 Disember.
- José Mujica dipilih sebagai Presiden Uruguay.
- Para pengundi di Switzerland bersetuju mengharamkan pembinaan menara masjid (gambar contoh) di negara itu dalam satu pungutan suara.
- Rwanda diterima masuk ke dalam Negara-Negara Komanwel melalui kriteria Edinburgh, menjadi anggota keduanya tanpa sebarang hubungan bersejarah rasmi dengan United Kingdom.
- Banjir kilat di pantai Laut Merah Arab Saudi semasa musim haji menyebabkan 104 orang maut dan lebih 350 lagi hilang.
- Keputusan siasatan terhadap penganiayaan seks dalam kawasan ketua biskop Katolik Rom Dublin diterbitkan.
- Lebih 300,000 haiwan disembelih bersempena perayaan Gadhimai di selatan Nepal, dalam korban haiwan terbesar di dunia.
- Bekas Perdana Menteri Thailand Samak Sundaravej meninggal dunia akibat barah hati.
- Kandungan laporan mengenai pemusnahan Masjid Babri (gambar) yang bocor menyebabkan perbalahan di parlimen India.
- Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy (gambar) dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.
- Mesyuarat APEC ke-21 diadakan di Singapura.
- NASA mengumumkan yang projek LCROSS (gambar artis) menemui bukti wujudnya air di kawah Cabeus di Bulan.
- Di Forum Kerjasama China–Afrika ke-4 di Mesir, Republik Rakyat China berjanji memberikan pinjaman mudah AS$10 juta untuk hubungan China-Afrika.
- Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia 2009, menewaskan Kelantan 3-1.
- Kemboja dan Thailand saling memanggil pulang duta mereka selepas kerajaan Kemboja melantik bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra (gambar) sebagai penasihat ekonomi.
- Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.
- Republik Czech mengesahkan Perjanjian Lisbon, memuaskan langkah terakhir dalam penguatkuasaanya di Kesatuan Eropah.
- Hamid Karzai (gambar) kekal sebagai Presiden Afghanistan selepas pencabarnya Abdullah Abdullah menarik diri daripada pusingan kedua.
2008
- Satu siri serangan pengganas di Mumbai, India mengorbankan 173 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
- Letupan gunung berapi Nevado del Huila (gambar) di selatan Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan pemindahan 12,000 orang.
- Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.
- Satu kemalangan di atas kapal selam Russia K-152 Nerpa mengorbankan 20 orang, yang terburuk sejak tahun 2000.
- Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (gambar) ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
- Barack Obama (gambar) dari Parti Demokrat menjadi warga Afrika-Amerika pertama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- Lewis Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Formula Satu 2008, mengatasi Felipe Massa dengan satu mata.
2007
- Bangkai pesawat Penerbangan 4203 Atlasjet ditemui di Turki. Tiada yang terselamat.
- Darurat Pakistan 2007: Pervez Musharraf mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan, kini sebagai orang awam.
- Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007 tamat apabila Angkatan Tentera Filipina menyerbu hotel itu.
- Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- Parti Buruh Australia yang dipimpin Kevin Rudd memenangi pilihan raya persekutuan Australia 2007.
- Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram (gambar) menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur.
- Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
2006
- Pierre Amine Gemayel, Menteri Perindustrian di Lubnan, dibunuh di Beirut.
- Setu jeneral Madagascar gagal dalam cubaan rampasan kuasa tenteranya untuk menjatuhkan Presiden Marc Ravalomanana.
- Majlis Raja-Raja sebulat suara memilih Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda akan memulakan tugasnya secara rasmi berkuatkuasa pada 13 Disember 2006.
- Pilihan raya Senat Amerika Syarikat: Parti Demokrat menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Senat. Nancy Pelosi (gambar) dijangka menjadi wanita pertama dilantik ke kerusi Speaker.
- Donald Rumsfeld meletak jawatan sebagai Setiausaha Pertahanan A.S. Robert Gates dicalon menggantikan Rumsfeld.
- Saddam Hussein dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.
2005
2004