Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2014
Disember
- Pihak berkuasa mengesahkan penemuan serpihan dan mayat daripada Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia (gambar pesawat), yang terhempas dalam perjalanan ke Singapura dengan 162 orang penumpang.
- Pada 15-16 Disember 2014, seorang lelaki bersenjata tunggal, Man Haron Monis, memegang tebusan 17 pelanggan dan pekerja sebuah kafe coklat Lindt yang terletak di Martin Place di Sydney, Australia. Tiga mati dan salah seorang ialah suspek.
- Banjir di beberapa buah negara Asia Tenggara pada penghujung bulan Disember 2014 adalah yang terburuk.
Oktober
- Siklon Hudhud melanda India dan Nepal, mengorbankan lebih 90 orang.
- China mendapat pingat terbanyak di Sukan Asia ke-17.
September
- Gunung Ontake di Jepun meletus, menyebabkan lebih 45 orang maut.
- Kuar ISRO Mars Orbiter Mission memasuki orbit di sekeliling Marikh untuk mengkaji atmosfera planet itu.
- Kuar NASA MAVEN (gambar) memasuki orbit di sekeliling Marikh untuk mengkaji atmosfera planet itu.
- Syarikat e-dagang China Alibaba Group mendapat AS$25 bilion di Bursa Saham New York, IPO terbesar dalam sejarah.
- Sukan Asia ke-17 dirasmikan di Incheon, Korea Selatan.
- Scotland mengundi tidak merdeka daripada United Kingdom.
- Parti Demokrat Sosial pimpinan Stefan Löfven mendapat kemajmukan dalam pilihan raya umum Sweden.
- Ahli sains melaporkan sintesis pertama germanena, nanobahan satu-atom-tebal daripada germanium setara grafena.
- Salah satu kapal ekspedisi Franklin yang hilang sejak 1845, ditemui di perairan Pulau Raja William, Kanada.
- Ahli sains mengumumkan bahawa spesimen Dendrogramma (gambar holotip) yang baharu diperikan mungkin mewakili filum haiwan yang belum diketahui.
Ogos
- Pasukan badminton China memenangi tiga daripada lima kejuaraan di Kejohanan Dunia BWF 2014.
- Hamas dan Israel bersetuju gencata senjata jangka panjang selepas tujuh minggu berkonflik.
- Kapal angkasa lepas ESA Rosetta (gambar) tiba di komet 67P/Churyumov–Gerasimenko.
- Sukan Komanwel XX berakhir di Glasgow, Scotland.
Julai
- Penerbangan 5017 Air Algérie, dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers, terhempas di Mali dengan 116 orang di dalamnya.
- Sukan Komanwel XX bermula di Glasgow, Scotland.
- Penerbangan 222 TransAsia Airways terhempas di pulau Penghu Taiwan, mengorbankan 48 orang di dalamnya.
- Joko Widodo secara rasmi terpilih sebagai Presiden Indonesia.
- Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
- Taufan Rammasun mengorbankan lebih 110 orang di Filipina dan China.
- Piala Dunia FIFA berakhir dengan Jerman mengalahkan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir, manakala Miroslav Klose (gambar) menjadi penjaring gol terbanyak piala ini dalam sejarah.
Jun
- Wabak Ebola Afrika Barat menjadi yang paling teruk dalam sejarah, dengan lebih 467 kematian.
- Muhammad Walid Abdul Aziz terpilih semula sebagai Presiden Mauritania.
- Felipe VI (gambar) menjadi Raja Sepanyol, mewarisi ayahandanya Juan Carlos I.
- Australia menewaskan tuan rumah Belanda untuk memenangi Piala Dunia Hoki.
- Sebuah pesawat Ilyushin Il-76 milik Tentera Udara Ukraine ditembak jatuh berhampiran Luhansk, membunuh kesemua 49 orang di dalamnya.
- Tesla Motors mengumumkan yang ia akan membenarkan pesaing menggunakan patennya tanpa membayar royalti.
- Raja Juan Carlos I dari Sepanyol (gambar) mengumumkan hasratnya untuk turun takhta.
- Telangana secara rasmi menjadi negeri ke-29 di India.
Mei
- Peter Mutharika terpilih sebagai Presiden Malawi baharu.
- Pemimpin Rusia, Kazakhstan dan Belarus menandatangani perjanjian bagi membentuk Kesatuan Ekonomi Eurasia.
- Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan Mohammed Mursi terpilih sebagai Presiden Mesir.
- Bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dari Perak mangkat.
- Petro Poroshenko (gambar) terpilih sebagai Presiden Ukraine baharu.
- Dalam badminton, Jepun menewaskan Malaysia dan memenangi Piala Thomas buat kali pertama, manakala China mempertahankan Piala Uber.
- Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Muzium Yahudi Belgium, Brussel.
- Dalam bola sepak, Real Madrid menewaskan Atlético Madrid dalam perlawanan akhir untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA.
- Lebih 40 orang terbunuh dalam pengeboman kereta di Ürümqi, China.
- Komander tentera Thai Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan rampasan kuasa selepas berbulan-bulan berlakunya krisis politik.
- Sekurang-kurangnya 118 orang terbunuh dalam dua pengeboman yang terjadi di Jos, Nigeria.
- Parti Bharatiya Janata pimpinan Narendra Modi (gambar) memenangi majoriti dalam pilihan raya umum India.
- Dalam bola sepak, Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris.
- Parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika menang majoriti dalam pilihan raya umum Afrika Selatan.
- Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Indonesia.
- Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra (gambar) menyalahgunakan kuasa dan menyingkirkan beliau daripada jawatannya.
- Dua letupan bas terjadi di Nairobi, Kenya, tiga orang terbunuh dan enam puluh dua lagi tercedera.
- Korea Selatan memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I 2014, edisi terakhir kejohanan itu.
- Dua gelongsoran lumpur berlaku di Badakhshan, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 350 orang dan 2,500 mangsa lagi hilang.
April
- Gjorge Ivanov terpilih semula sebagai Presiden Republik Macedonia, manakala kerajaan campuran pimpinan VMRO-DPMNE mengekalkan kemajmukan dalam parlimen.
- Sebuah kereta api tergelincir di Katanga, Republik Demokratik Congo, menyebabkan 48 orang maut.
- NASA mengakhiri misi LADEE (gambar) dengan sengaja menjatuhkannya ke permukaan sisi jauh Bulan.
- Abdelaziz Bouteflika (gambar) dipilih semula sebagai Presiden Algeria setelah memperoleh 82% undian dalam pilihan raya.
- 16 orang jurupandu Nepal terbunuh dalam satu runtuhan salji di Gunung Everest.
- Penulis Colombia Gabriel García Márquez, penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1982, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
- Ukraine melancarkan kempen ketenteraan terhadap aktivis pro-Rusia di timur Ukraine.
- Lebih 100 orang meninggal dunia akibat wabak Ebola di Afrika Barat.
- Viktor Orbán terpilih semula sebagai Perdana Menteri Hungary selepas partinya memenangi pilihan raya parlimen.
- Ahli sains mendapati bahawa salah satu bulan Zuhal, Enceladus (gambar) mempunyai lautan air cecair di bawah permukaan bekunya.
Mac
- Majlis Atlantik Utara melantik Jens Stoltenberg sebagai Setiausaha Agung NATO yang berikutnya.
- Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370 (gambar pesawat), yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
- Pasukan hoki kebangsaan Australia menjuarai Piala Sultan Azlan Shah buat kali keempat berturut-turut.
- Selepas berjayanya pungutan suara pemisahan, Republik Krimea mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine dan memulakan proses kemasukan ke Persekutuan Rusia.
- Nico Rosberg memenangi perlumbaan pertama Formula Satu musim 2014 Grand Prix Australia.
- Amerika Syarikat mengumumkan akan melepaskan kawalan zon akar DNS, menghentikan pengawasannya terhadap ICANN.
- Chiquita dan Fyffes bersetuju bergabung, membentuk syarikat pengeluar pisang terbesar di dunia.
- Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendapati bekas ketua militia Republik Demokratik Congo Germain Katanga bersalah melakukan jenayah perang pada 2003.
- Majlis Tertinggi Krimea mengundi meninggalkan Ukraine dan memohon menyertai Persekutuan Rusia.
- Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (gambar) dirasmikan Perdana Menteri Malaysia.
- Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Februari
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 berakhir (gambar) dengan tuan rumah Rusia mendapat pingat terbanyak.
- Sesudah kekacauan awam, parlimen Ukraine membebaskan bekas PM Yulia Tymoshenko dan menyingkirkan Presiden Viktor Yanukovych.
- Biatlet Norway Ole Einar Bjørndalen menjadi atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk paling berjaya dengan 13 pingat.
- Letusan Gunung Kelud mengakibatkan ribuan penduduk Jawa dipindahkan dan tujuh lapangan terbang ditutup.
- Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila sebuah pesawat tentera terhempas di Algeria.
- Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 bermula (gambar) di Sochi, Rusia.
- Monorel pertama India sejak kemerdekaannya, Monorel Mumbai dilancarkan.
Januari
- Di tengah-tengah rusuhan anti kerajaan (gambar), perdana menteri Ukraine Mykola Azarov meletakkan jawatan.
- Planet kerdil Ceres dicerap mengeluarkan wap air.
- Ahli sains dilaporkan mengukur spektrum optik kilat bebola buat pertama kali.
- Ahli arkeologi menemui makam firaun Sobekhotep I dan Seneb Kay daripada dinasti yang sebelum ini tidak diketahui, Dinasti Abydos.
- Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon meninggal dunia setelah berada dalam keadaan vegetatif berterusan selama lapan tahun.
- Liga Awami Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina Wazed memenangi pilihan raya umum Bangladesh.
- Tahun Melawat Malaysia 2014 (gambar logo) dirasmikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Latvia menjadi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) ke-18 yang menggunakan euro sebagai mata wang.