APEC Singapura 2009
Singapura menjadi tuan rumah Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik {APEC) di Marina Bay, negara pulau Singapura pada 14-15 November 2009. Acara kemuncak ialah Mesyuarat Para Pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (AELM) di Istana Singapura, kediaman rasmi Presiden Singapura.
APEC Singapore 2009 |
---|
|
Kesemua pemimpin 21 ekonomi APEC hadir .
Isu perbincangan
sunting- Membawa keluar pertumbuhan yang berparadigma baru, untuk menjadikan pertumbuhan yang lebih seimbang, terangkum dan lestari.
- Integrasi ekonomi serantau, mengusahakan inisiatif berpandangan hadapan seperti meningkatkan saling hubung rantaian bekalan dan menjadikan ia lebih pantas, murah dan mudah untuk melaksanakan perniagaan di rantau ini.
- Dialog dengan pemimpin perniagaan Majlis Penasihat Perniagaan Apec (ABAC) yang akan menegaskan pendirian mereka terhadap bersifat perlindungan dan gesaan untuk kemajuan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP).
- Isu-isu seperti pertumbuhan terangkum serta keutamaan termasuk pelaburan dan permudahkan perdagangan, keselamatan makanan dan tenaga dan pergerakan buruh.[1]
- Integrasi ekonomi serantau bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka dan bagi seiring dengan trend baru dalam perdagangan rentas sempadan serta pelaburan.
- Perdagangan bebas dan pasaran terbuka merupakan perkara utama ke arah kemakmuran berterusan ekonomi Asia Pasifik.
- Pusingan Doha 2010 akan dimuktamatkan dan menolak sebarang bentuk dasar perlindungan.
- Matlamat Bogor akan diusahakan untuk mencapai pelaburan dan perdagangan bebas dan terbuka.
- Sasaran kerangka kerja G20 untuk pertumbuhan kukuh, mampan dan seimbang.
- Meneroka cara untuk mengurangkan sekatan kepada perdagangan dan pelaburan dalam perkhidmatan dan barangan alam sekitar (EGS) serta akan menahan daripada memperkenalkan sekatan baru kepada perdagangan dalam EGS.
- Meringankan perubahan iklim konsisten dengan obligasi perdagangan antarabangsa.
- Merasionalisasikan dan menghentikan subsidi bahan api fosil jangka sederhana
- Liberalisasi perdagangan "di sempadan", menambah baik persekitaran perniagaan "di belakang sempadan" dan meningkatkan penyambungan rangkaian bekalan "merentas sempadan".
- Merangka Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik di masa depan - mengurangkan halangan kawal selia dalam memudahkan usaha menjalankan perniagaan.
- Usaha pengurangan 25 % secara koletif menjelang 2015 dalam kos, masa dan bilangan prosedur yang dihadapi perniagaan mereka apabila memulakan perniagaan, mendapatkan kredit, menguatkuasakan kontrak, berurusan dengan permit dan dagangan rentas sempadan.[2]
Destinasi pelancongan
suntingSingapura mengambil peluang ini untuk memperkenalkan beberapa destinasi pelancongan. Antaranya :
- National Orchid Garden dan Jacob Ballas Children's Garden di Botanic Gardens, Singapura.
- Orkid Apec Singapura, 2009, dikenali sebagai "Trichocentrum Apec Singapore".
- Pinggir air Esplanade menghadap Marina Bay
- Muzium Peranakan, Singapura