Perjanjian Lisbon
Perjanjian Lisbon (dulu dikenali sebagai Perjanjian Pembaharuan) ialah sebuah perjanjian yang dimeterai pada 13 Disember 2007 di Lisbon, Portugal oleh ketua-ketua kerajaan negara ahli Kesatuan Eropah (EU) yang digubal untuk mengubah cara kerja mereka. Disebabkan semua negara ahli EU telah bersetuju, maka perjanjian ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2009. Perjanjian ini merupakan pindaan terhadap Perjanjian Kesatuan Eropah (TEU, Maastricht; 1992) dan Perjanjian menubuhkan Komuniti Eropah (TEC, Rom; 1957). Dalam proses ini TEC dinamakan semula sebagai "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah" (TFEU).
Perjanjian Lisbon (Perjanjian Pembaharuan) | |
---|---|
Jenis | Treaty of the European Union |
Bahasa asal | Official languages of the European Union |
Dibuat | 19 Oktober 2007 |
Disahkan | 3 November 2009 |
Lokasi | Lisbon, Portugal |
Negara | Portugal |
Penandatangan | Negara ahli EU |
Subjek | Kesatuan Eropah |
Tujuan | Meminda perjanjian dahulu |
Laman sesawang | |
http://europa.eu/lisbon_treaty/index_en.htm | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pembaharuan yang terdapat dalam Perjanjian Lisbon merupakan pembaharuan yang dicadangkan dalam Perlembagaan Eropah yang ditolak dalam pungutan suara di Perancis dan Belanda pada 2005.
Sejak mula ditandatangani pada 2007, perjanjian ini dijangkakan akan diratifikasi semua negara ahli menjelang akhir 2008. Jadual waktu ini gagal, terutamanya kerana pada awalnya tidak diluluskan pengundi Ireland pada 2008. Republik Czech merupakan negara akhir yang mengesahkan Perjanjian Lisbon, iaitu pada 3 November 2009.
Detik-detik penting
suntingPada awal 2007, Jerman menjadi Presiden Kesatuan Eropah dan memulakan langkah untuk mencapai satu perjanjian baru menggantikan Perlembagaan Eropah yang ditolak dua tahun dahulu. Perisytiharan Berlin yang dipersetujui oleh setiap negara ahli pada Mac menyatakan keinginan mereka merangka satu Perjanjian baru sebelum pilihan raya Parlimen Eropah pada awal 2009.
Kumpulan Amoto, sekumpulan ahli politik Eropah yang disokong oleh Suruhanjaya Barroso telah mula menulis semula satu Perjanjian baru berdasarkan Perlembagaan Eropah. Pada 4 Jun 2007, kumpulan itu mengeluarkan draf mereka, iaitu pemendekan Perlembagaan Eropah yang mengandungi 63,000 patah perkataan dalam 448 perkara kepada 12,800 perkataan dalam 70 perkara. Dalam Perisytiharan Berlin, ketua-ketua kerajaan secara tidak rasmi menentukan sebuah rangka masa untuk menyiapan Perjanjian Pembaharuan.
|
Mesyuarat European Council di Brussel, mandat IGC | ||
|
perasmian Persidangan Antara Kerajaan (IGC) di Lisbon, teks Perjanjian Pembaharuan | ||
|
Mesyuarat Menteri-menteri Luar | ||
|
European Council di Lisbon, persetujuan akhir terhadap Perjanjian | ||
|
Penandatanganan Perjanjian di Lisbon | ||
|
sebelum akhir 2008 |
pengesahan oleh semua negara ahli | |
|
penguatkuasaan |
Struktur
suntingPerjanjian Pembaharuan dibahagikan kepada beberapa bahagian:
- Mukadimah
- Perubahan Perjanjian Kesatuan Eropah (Perkara 1)
- Perubahan kepada Perjanjian Menubuhkan Komuniti Eropah (Perkara 2)
- Syarat-syarat akhir
- Protokol
- Perisytiharan
"Perjanjian Menubuhkan Komuniti Eropah" (juga Perjanjian Rom), akan dinamakan semula "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah". Perjanjian Pembaharuan akan meminda Perjanjian Kesatuan Eropah dan Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah, serta mewujudkan rujukan undang-undang wajib kepada Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah.
Kandungan
suntingAntara ciri-ciri utama Perjanjian Eropah ialah sebuah Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah, jawatan Dasar Luar Negeri yang disatukan, pembesaran bidang tugas Parlimen Eropah, proses pengundian yang lebih berasaskan majoriti, kewujudan sebuah jawatan Presiden Majlis Eropah serta entiti undang-undang yang satu.
Nama dan unsur-unsur perlembagaan
sunting"Perjanjian menubuhkan Komuniti Eropah" (Perjanjian Rom) akan dinamakan semula "Perjanjian Fungsi Kesatuan Eropah". Perjanjian-perjanjian Kesatuan Eropah tidak akan disatukan kepada satu dokumen.
European Council (bukan Majlis Eropah, iaitu Council of Europe) serta Bank Pusat Eropah akan dijadikan institusi rasmi EU; Majlis Kesatuan Eropah akan dikenali sebagai "Majlis Menteri-menteri", Mahkamah Keadilan Komuniti-komuniti Eropah akan dikenali sebagai "Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah", dan "Suruhanjaya Eropah" akan digunakan dalam Perlembagaan dan bukannya Suruhanjaya Komuniti-komuniti Eropah.[1]
Ciri-ciri kenegaraan seperti istilah "perlembagaan", serta simbol-simbol Eropah seperti bendera, lagu dan moto tidak akan dimasukkan dalam Perjanjian.
Piagam Hak Asasi
suntingPiagam Hak Asasi Kesatuan Eropah mengandungi 54 perkara yang menjamin hak politik, sosial dan ekonomi rakyat. Piagam ini menjamin peraturan dan tindakan EU tidak bercanggah dengan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. Dalam Perlembagaan Eropah yang ditolak, perkara-perkara Piagam dimasukkan ke dalam dokumen Perlembagaan dan wajib diikut oleh setiap negara ahli. United Kingdom, yang mempunyai sistem common law serta tidak mempunyai perlembagaan bertulis menentang usul ini. Jerman pula mencadangkan Piagam ini diterangkan dalam satu perkara dan wajib diikut.[2] Perkara 6 dalam Perjanjian Pembaharuan mempertingkatkan Piagam Hak Asasi kepada taraf yang sama seperti perjanjian-perjanjian EU yang lain.
Hubungan luar
suntingMenurut Perjanjian Lisbon, dasar Hubunga Luar memerlukan persetujuan daripada semua negara ahli. Jawatan Wakil Tinggi Dasar Luar dan Keselamatan Bersama dan Pesuruhjaya Hubungan Luar dan Dasar Kejiranan Eropah akan disatukan. Jawatan baru ini juga akan dijadikan Naib Presiden Suruhanjaya Eropah dan mendapar kor diplomatik. Dalam Perjanjian Pembaharuan, jawatan ini dinamakan "Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan".
Parlimen Eropah dan Parlimen Negara-negara
suntingBidang kuasa Parlimen Eropah yang dipilih terus oleh rakyat akan diperluas. Kini, kebanyakan dasar perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua institusi utama EU. Selepas Perjanjian Pembaharuan disahkan, prosedur ini akan digunakan untuk hampir semua keputusan yang diambil. Parlimen Eropah juga lebih berpengaruh dalam menentukan belanjawan EU, dan bukan sahaja dalam perkawa bukan wajib.
Parlimen negara ahli juga akan lebih berkuasa dalam menerima pemohonan menjadi ahli EU oleh negara-negara lain. Parlimen negara ahli juga akan diberi kuasa memveto keputusan meningkatkan kerjasama dalam perkara sivil.
Pengundian dalam Majlis
suntingPerjanjian Pembaharuan akan memperkenalkan prosedur pengundian baru dalam Majlis Kesatuan Eropah yang tidak memerlukan keputusan sebulat suara. Dalam Perjanjian, "Majoriti Layak" dicapai apabila majoriti negara ahli (55%) yang mewakili majoriti jumlah rakyat (65%) mengundi "setuju". Apabila Majlis bukan mengundi cadangan Suruhanjaya, majoriti negara ahli yang diperlukan ditambah kepada 72% manakala majoriti rakyat adalah sama. Untuk menolak cadangan, sekurang-kurangnya empat negara mesti membantah.
Presiden
suntingJawatan "Presiden European Council" akan diwujudkan. Beliau akan dipilih untuk tempoh dua tahun setengah. Pelantikan dan pelucutan jawatan Presiden dilakukan oleh European Council melalui "majoriti layak". Persetujuan Parlimen Eropah tidak diperlukan.
Tugas Presiden adalah untuk menyelaraskan kerja European Council dan menganjurkan mesyuarat. Beliau perlu menyediakan laporan mesyuarat European Council kepada Parlimen Eropah.
Perubahan iklim dan Dasar Tenaga
suntingBeberapa persetujuan mengenai perubahan iklim serta dasar menyelesaikan pemanasan global terkandung dalam Perjanjian Pembaharuan. Beberapa perkara dalam perjanjian lama juga dipinda bagi mencapai perpaduan dalam perkara bekalan tenaga serta dasar tenaga EU.
Peruntukan istimewa
suntingUnited Kingdom dan Poland
suntingPerkara 1 dan 2 dalam Perjanjian Pembaharuan mengecualikan United Kingdom dan Poland daripada penguatkuasaan Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah oleh Mahkamah Keadilan Eropah. Perdana Menteri Poland, Donald Tusk menyatakan bahawa Poland mungkin akan menandatangani Piagam itu suatu hari nanti.[3]
United Kingdom dan Ireland
suntingUnited Kingdom dan Ireland menarik diri daripada keputusan majorti layak mengenai hal ehwal polis dan kehakiman. Keputusan ini akan dikaji semula oleh Ireland tiga tahun selepas penguatkuasaan Perjanjian ini. Kedua-dua negara boleh memilih untuk melibatkan diri dalam keputusan majoriti layak mengikut kes tertentu.
Pengesahan serta referendum
suntingMengikut jadual waktu yang ditentukan, Perjanjian Pembaharuan patut disahkan oleh semua negara ahli menjelang akhir tahun 2008, dan akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009 sebelum pilihan raya Parlimen Eropah.
Kebanyakan negara ahli tidak akan mengadakan pungutan suara terhadap Perjanjian Pembaharuan, kecuali Ireland, yang diwajibkan berbuat demikian oleh Perlembagaannya. Oleh itu, perjanjian ini akan disahkan oleh parlimen-parlimen negara ahli.
Jadual waktu ini bagaimanapun gagal, terutamanya kerana pada awalnya tidak diluluskan pengundi Ireland pada 2008. Republik Czech merupakan negara akhir yang mengesahkan Perjanjian Lisbon, iaitu pada 3 November 2009.[4] Ia kini dijangka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2009.
Rujukan
suntingLihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perjanjian Lisbon |
Pautan luar
suntingDokumen rasmi
suntingLain
sunting- www.reformvertrag2007.eu - German consolidated version of the future EU Treaties, private, 2007-11-07
- 10 Myths about the Reform Treaty, UK Foreign and Commonwealth Office
- Europedia
- LinksDossier: EU in search of a new Treaty, EurActiv.com, updated (26 April 2007)
- David Charter: Q&A: the EU reform treaty, Times, 2007-06-21
- Key points of EU reform treaty draft, AFP / EUbusiness, 2007-06-21
- EU leaders to discuss new treaty, BBC News, 2007-06-21
- A close look at the Reform Treaty, Stephen Mulvey, BBC News website, 3 August 2007
- The new treaty: what will it mean, and do we need a referendum? (PDF), Open Europe, 7 May 2007
- Treaty on European Union – How does it compare to the Constitution? (PDF), Open Europe, July 2007.
- The new EU reform treaty (PDF) Federal Union, 23 June 2007
- Unofficial Consolidated Texts, Institute for European Studies (WARNING - out of date, does not reflect Final Version of December 2007)
- Eur-charts visualization - The EU following the Reform Treaty, eur-charts.eu, 25 November 2007