Gerak Khas
Gerak Khas merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Drama ini bersiaran dari 5 April 1999 hingga 27 Mac 2021. Drama ini pernah kembali disiarkan di TV1 pada tahun 2004 sehingga tahun 2006 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut, kemudian Gerak Khas bersiaran semula di TV2 pada tahun 2006. Siri ini memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.[3] Siri ini turut mencetukan adaptasi filem yang diterbitkan antara 2001 dan 2005.
Gerak Khas | |
---|---|
Genre | Aksi, drama, jenayah, thriler, misteri, saspens |
Pencipta | Datuk Yusof Haslam |
Dibangunkan oleh | |
Ditulis oleh | Panel Skrip Skop Productions |
Pengarah | |
Dibintangi oleh | Lihat di bawah |
Penggubah lagu tema | Hafiz Hamidun |
Lagu pembukaan | "Gerak Khas" |
Lagu penutup | "Gerak Khas" |
Penggubah | Yusof Kelana |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu[a] |
Bilangan musim | 20 |
Bilangan episod | 1,054 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fetty Hj. Ismail Salmah Hj.Ismail Syamin Yusof Syafiq Yusof |
Penerbit | ACP (K) Datuk Yusof Haslam |
Penyunting | Shahrul Dhoman Faizal Karim Wan Norhadi Wan Noh |
Lokasi | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 43–44 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | RTM: TV1 (1999–2003, 2004–2006) TV2 (2003–2004; 2006–2020) Media Prima: TV3 (2020–2021) |
Format gambar | |
Format audio |
|
Siaran asal | 5 April 1999 | – 27 Mac 2021
Kronologi | |
Rancangan berkaitan |
|
Barisan pelakon Gerak Khas bersilih ganti, dengan pengecualian Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, ACP Shaharon Anuar dan Abby Abadi yang merupakan pelakon asalnya sejak siri ini diperkenalkan. Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”.[4] Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan lalu digantikan oleh Metro Skuad yang disiarkan dari Mac 2012 hingga Mac 2013.[5][6]
Pada 14 Februari 2014, Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir tiga tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru.[7][8] Siri ini kembali dengan musim ke-20 yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 4 Disember 2020 dengan musim ke-20 ini menjadi musim terakhir.[9] Pada 1 Oktober 2021, Gerak Khas kembali bersiaran dengan nafas baru berjudul Gerak Khas Undercover.
Premis
suntingUnit Gerak Khas yang di bawah pimpinan Datuk Helmi telah ditugaskan untuk membanteras jenayah hingga ke akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi oleh pihak Unit demi menjaga keamanan negara.
Konsep dan format
suntingGerak Khas merupakan idea dan konsep asal Yusof Haslam, dibangunkan oleh Skop Productions dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di awal kemunculan Gerak Khas, barisan pelakon asal terdiri daripada Abby Abadi, AC Mizal, A. Galak, Deen Maidin, Shaharon Anuar, Farid Amirul dan Yusof sendiri. Lagu tema Gerak Khas asal dicipta oleh PH Lim dan dinyanyikan oleh AC Mizal dan Abby Abadi, kemudian digubah semula oleh James Baum bermula pada 2009.
Siri ini pada asalnya disiarkan pada 5 April 1999 jam 9:30 malam di TV1. Namun sejak 2004, ia bersiaran di TV1 setiap rabu jam 9.00 malam selepas penjenamaan semula siaran RTM. Namun ditukar semula ke TV2 pada tahun 2006. Pada tahun 2007 Siri ini diubah waktu siarannya pada hari jumaat jam 9.00 malam dan pada tahun 2009 waktu siaran diubah waktu iaitu 10.00 malam dan kembali semula kepada waktu asal pada tahun 2010 jam 9.00 malam. Pada tahun 2017, siri ini diubah waktu iaitu bermula jam 8.30 malam pada hari yang sama.
Pelakon
suntingBerikut ialah senarai barisan pelakon terkini dan terdahulu siri drama Gerak Khas (termasuk Gerak Khas Undercover dan tidak termasuk filem):
Pelakon utama
sunting- Datuk Yusof Haslam sebagai DCP Datuk Helmi (1999–2011, 2014–2021)
- Deen Maidin sebagai Sarjan Major Lingam (1999–2011, 2014–2021)
- Farid Amirul sebagai Sub Inspektor Lim (1999–2011, 2019–2021)
- Norman Hakim sebagai ACP Haris (2003–2009, 2014, 2017–2021)[10]
- Abby Abadi sebagai DSP Aleza (1999–2011, 2019–2021)
- C. Kumaresan sebagai DSP Kumar (2004–2011, 2014–2021)
- Salina Saibi sebagai ASP Salina (2008–2011, 2014–2021)[11]
- Z. Zamri sebagai Detektif Zaidi (2003–2011, 2014–2021)
- Rahim Razali sebagai Dato' Osman (2014–2021)
- Kismah Johar sebagai Datin Kalsom (2014–2021)
- A. Galak sebagai Sub Inspektor Hashim, kini telah bersara dan menjadi pemandu teksi (1999–2011, 2014–2021)
- Sheera Iskandar sebagai Inspektor Sheera (2008–2011, 2017–2021)
- Erra Fazira sebagai ASP Jeslina (2018–2021)
- SAC Shaharon Anuar sebagai SAC Saiful (1999–2001, 2019–2021)[12]
- Ungku Ismail Aziz sebagai Inspektor Danial (2020–2021)
- Izzat Mushtaq sebagai Inspektor Izzat (2020–2021)
Pelakon terdahulu
sunting- AC Mizal sebagai Inspektor Mazlan (1999–2002)[13]
- Syamsul Yusof sebagai Superintenden Jefri (2014–2018)
- Zulkifli Ismail sebagai Superintenden Razlan (2001-2011)
- Haliza Misbun sebagai Inspektor Jeslina (2003)
- Angeline Tan sebagai Cif Inspektor Geena (2004–2011)
- Elly Mazlein sebagai Detektif Mazlein (2003–2005)
- Huda Ali sebagai Detektif Amy (2010–2011)
- Shah Iskandar sebagai Inspektor Hisyam (2009–2011)
- Dynas sebagai Inspektor Julia (2006–2009)
- Rozita Che Wan sebagai DSP Zita (2009–2010)
- Rabecca Nur Al Islam sebagai Detektif Salina (2005)
- Avaa Vanja sebagai Detektif Sofia (2006)
- Afiq Muiz sebagai ASP Rosli (2014–2015)
- Hanny Harmi sebagai Detektif Hani (2008–2009, 2014–2015)
- Fattah Amin sebagai Inspektor Haikal (2016–2017)
- Nizen Ayob sebagai Inspektor Nizam (2014–2017)1[14]
- Tisha Shamsir sebagai Inspektor Tisha (2014–2017)[15][16]
- Mas Khan sebagai Detektif Kamal (2014–2018)
- Nancie Foo sebagai ACP Suzy (2015)
- Mimifly sebagai Inspektor Adira (2015)
- Azar Azmi sebagai Detektif Amira (2017)
- Hisyam Hamid sebagai Inspektor Aiman (2018)
- Ruzzlan Abdullah Shah sebagai Detektif Wong (2018)1[17]
- Raja Ilya sebagai Inspektor Shakila (2015–2018)
- Zul Ariffin sebagai Inspektor Ashraf (2009–2011, 2019)
- Mustaqim Bahadon sebagai Detektif Mustafa (2019)
- Siti Elizad sebagai Sophia (2018–2020)
- Zaidi Omar sebagai Sofian (2018–2020)
- Rose Iskandar sebagai Salmah, isteri kepada Sub Inspektor/Pak Hashim (1999–2019)
- Amran Tompel sebagai Amran, Pemandu Teksi dan kawan kepada Sub Inspektor/Pak Hashim (2010–2011)
- Abon sebagai Jiman Jawa, Pemandu Teksi yang menggantikan Amran dan bekas Posmen (2010–2011)
Pelakon lain yang mewakili PDRM selain Shahron Anuar turut jayakan sama ada berdialog atau tidak yang muncul dalam beberapa episod siri Gerak Khas:
- Saiful Anuar Razali sebagai Superintenden Saiful (Gerak Khas 2014-2015: Episod Ops Bayu Bahagian 1-4, Ancaman Bahagian 1-2, Terpesong Bahagian 2), Pegawai polis Sabah
- Dato' Noor Azam Jamaludin sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sabah (Gerak Khas 2014-15: Episod Ops Bayu Bahagian 1-4)
- Dato' Hasanuddin Hasan sebagai Ketua Polis Kelantan (Gerak Khas 2019: Ops Serambi Bahagian 2)
- Muhammad Farid Ahmad sebagai Ketua Polis Daerah Labuan (Gerak Khas 2019: Ops Labuan Bahagian 1-2)
- Abd Latip sebagai Anggota MPV
Pelakon undangan
suntingDari 1999 hingga 2011 dan sejak 2014, Gerak Khas menampilkan barisan pelakon-pelakon popular tanah air sebagai pelakon undangan dalam setiap episod. Terdapat juga pelakon undangan yang muncul dalam lebih daripada satu episod.
Catatan: Semua barisan pelakon disusun mengikut urutan abjad.
- Adam Corrie
- Acong Sweetchild
- Azad Jasmin
- Alex Yanz
- Aida Khalida
- Aprena Manrose
- Adam Shah
- Amyza Adnan
- Azlan Komeng
- Aman Graseka
- Aziz M. Osman
- Ahmad Fauzee
- Aishah Atan
- Aripah Damanhuri
- Abu Bakar Juah
- Abu Bakar Ariffin
- Allana Amir
- Anne Abdullah
- Amai Kamarudin
- Along Eyzendy
- Aman Shah
- Accapan
- A. R. Badul
- Anne Abdullah
- Ana Dahlia
- Ani Maiyuni
- Ammar Alfian
- Adam John
- Badrul Muhayat
- Baggio Damasutra
- Boy Iman
- Bella Nazari
- Balkisyh Semundur Khan
- Danny X-Factor
- Cat Farish
- Chomel Fana
- Connie Ahmad
- Diana Johor
- Dazrin Kamarudin
- Den Wahab
- Delimawati
- Emma Akma
- Eira Syazira
- Effa Nareesha
- Esma Daniel
- Elya Miera
- Elizabeth Tan
- Fathil Dani
- Fauzi Nawawi
- Faezah Elai
- Fauziah Nawi
- Faizal Hussein
- Fazren Rafi
- Fetty Dzul
- Fad Anuar
- Geoff Andre Feyaerts
- Hetty Sarlene
- Hafidzuddin Fazil
- Izi Yahya
- Idzham Ismail
- Izzat Mushtaq
- Izreen Azminda
- Ifa Raziah
- Imuda
- Ika Nabila
- Ira Ghani
- Izuan Razali
- Ikhwan Rosli
- Jalaluddin Hassan
- Joe Radzwill
- Jesse Lim
- Janet Khoo
- Julie Dahlan
- Josiah Hogan
- Jeff Hassan
- Kenji Sawahi
- Khaty Azean
- Khairil Anwar Aman
- Khir Mohd Noor
- Ku Faridah
- Khir Rahman
- Kapten Mohd Nor Bond
- Lando Zawawi
- Linda Helmi
- Laila Nasir
- Latif Ibrahim
- Liza Abdullah
- Lisdawati
- Lia Natalia
- Marissa Yasmin
- Mubarak Majid
- Maimon Mutalib
- Majed Salleh
- Mawi
- Mustapha Kamal
- Mat Over
- Noraini Hashim
- Nabila Huda
- Nasrizal Ngasri
- Nuremy Ramli
- Nadzmi Adhwa
- Nor Albaniah Raffie
- Nasir Bilal Khan
- Nadia Kesuma
- Nik Adam Mika
- Nash
- Ozlynn Waty
- Oktovia Manrose
- Pablo Amirul
- P. Jeganathan
- Qazem Nor
- Riezman Khuzaimi
- Rizal Ashreff
- Raja Azrey
- Roslee Sako
- Radhi Khalid
- Roy Azman
- Rashdan Baba
- Ridzuan Hashim
- Rozita Rohaizad
- Rosyam Nor
- Ruzaidi Abdul Rahman
- Ruzzlan Abdullah Shah
- Rashidah Jaafar
- Rahim Jailani
- Razib Salimin
- Raja Ema
- Riz Amin
- Rashidi Ishak
- Ramli Salleh
- Syafiq Yusof
- Shaheizy Sam
- Syanie
- Shiha Zikir
- Sabrina Ali
- Sasqia Dahuri
- Sherry Ibrahim
- Soffi Jikan
- Shaharuddin Thamby
- Siraj Alsagoff
- Tam Suhaimi
- TS Jeffrey
- Geoff Andre Feyaerts
- Umie Aida
- Usop Wilcha
- Wan Raja
- Wanna Ali
- Yasmin Khanif
- Yank Kassim
- Zack Taipan
- Zamarul Hisham
- Zarina Zainuddin
- Ziema Din
- Zila Bakarin
- Zakaria Yusof
- Zachery Francis
- Zarina Zainoordin
- Zarina Anjoulie
- Zulkifli Zain
- Zazly Baginda
- Zalfie Mohamad Nor
- Zack Kool
- Zed Zaidi
- Catatan
- 1 menandakan telah meninggal dunia.
Adaptasi
suntingFilem
suntingTerdapat tiga buah filem berdasarkan siri drama tersebut.
- Gerak Khas The Movie (2001)
- Gerak Khas The Movie II (2002)
- GK3 The Movie (2005)
Telefilem
suntingSelain drama dan filem, terdapat juga telefilem yang berdasarkan siri drama ini, yang mana ia disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.
- Misteri Gerak Khas (2001)
- Gerak Khas: Gelora Menjelang Syawal (2014)
- Gerak Khas: Sarah (2018)
Episod
suntingSambutan dan legasi
suntingSejak April 2006, siri drama TV ini merupakan satu-satunya rancangan bersiri pilihan penonton TV2 sehingga kini, yang mana rancangan-rancangan bersiri lain di saluran tersebut kurang menepati selera penonton.[18]
Siri ini telah diparodikan oleh Astro Warna dengan judul Gelak Khas, disiarkan pada 2009 dan dibintangi oleh kumpulan Sepah. Gerak Khas turut dijadikan sebagai panduan untuk filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 8 Mac 2018, dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof.[19]
Lagu tema Gerak Khas juga digunakan sebagai sampel lagu latar untuk filem 2014, Abang Long Fadil arahan Syafiq. Malah, nama Gerak Khas juga disebut oleh Inspektor Shuib lakonan Shuib Sepahtu ketika bertanya kepada Inspektor Wahab lakonan Syamsul Yusof mengenai Unit Skuad Khas dalam Abang Long Fadil 2.
Enam bulan selepas Gerak Khas berakhir, siri ini kembali semula dengan siri terbitan turunan berjudul Gerak Khas Undercover diarahkan oleh Syafiq Yusof bersama beberapa pengarah lain serta dibarisi oleh Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Ruzana Ibrahim, Raja Afiq, Eizlan Yusof, Rosyam Nor termasuk kemunculan semula AC Mizal selain mengekalkan pelakon siri itu. Gerak Khas Undercover memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 1 Oktober 2021.[20][21]
Kontroversi
suntingSepanjang ia bersiaran, Gerak Khas turut berdepan dengan beberapa kontroversi dan skandal yang melibatkan pelakon-pelakonnya. Dua pelakon utamanya, Norman Hakim dan Abby Abadi memfailkan perceraian pada awal 2009 gara-gara Norman yang ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Memey Suhaiza.[22][23] Seorang lagi pelakonnya, Farid Amirul yang didakwa atas kesalahan mencuri buku di kedai buku MPH Bookstores di Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur, buku tersebut yang dicurinya ialah Decoding The Heaven dan The Sistine Secrets. Akibatnya, Farid telah dipenjarakan selama setahun dan beliau juga dilarang berkunjung ke mana-mana kedai buku MPH yang lain.[24][25][26]
Salah satu episod dalam musim ke-10 siri ini, "Sadis" menerima kecaman daripada banyak pihak kerana jalan ceritanya dikatakan hampir serupa dengan kes pembunuhan kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin. Yusof Haslam bagaimanapun mengeluarkan permohonan maaf susulan isu tersebut dan tidak berniat untuk mempersenda mahupun menyinggung perasaan keluarga Nurin Jazlin.[27][28]
Anugerah
sunting- 2009: Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran oleh The Malaysia Book of Records
- 2009: Anugerah Skrin 2009 bagi Drama Rantaian Terbaik (dicalonkan)
- 2019: Anugerah MeleTOP Era 2019 bagi Drama MeleTOP
Lihat juga
sunting- Roda-Roda Kuala Lumpur (1998–1999, 2008–2013)
- Metro Skuad (2012–2013)
- CID 3278 (2006–2007)
Catatan
sunting- ^ Terdapat juga dialog dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Indonesia dan Thai digunakan dalam episod-episod tertentu.
Rujukan
sunting- ^ Rashid Sibir (Pengarah) & Yusof Haslam (Penerbit) (2019). Gerak Khas (Musim 19): "Kilau Kota" (Televisyen). Malaysia: TV2.
- ^ Yusof Kelana (Pengarah) & Yusof Haslam (Penerbit) (2019). Gerak Khas (Musim 19): "Ops Serambi" (Televisyen). Malaysia: TV2.
- ^ "Write better papers, faster! -Online Research Library: Questia". Dicapai pada 27 May 2015.
- ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
- ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2012.
- ^ Haryati Karim (23 Mei 2009). Gerak Khas terkena 'sumpahan'? Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 26 April 2010.
- ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (26 Januari 2014). Kuasa Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.
- ^ Wajah baharu Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Kosmo! (6 Februari 2014). Dicapai pada 26 April 2014.
- ^ Thermesh Velusamy (8 Disember 2020). "The end of an era! Gerak Khas airs its final season after 20 years on television". World of Buzz. Dicapai pada 17 Januari 2021.
- ^ Norman Hakim kembali dalam Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (5 November 2013). Dicapai pada 26 April 2014.
- ^ Salina setia dengan Gerak Khas Diarkibkan 2019-01-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (10 Februari 2018). Diperoleh pada 23 April 2018.
- ^ ‘I’m still alive,’ says Gerak Khas actor The Star (Malaysia) (5 Ogos 2016). Diperoleh pada 26 April 2017.
- ^ Mohd Hafiz Ismail (29 Januari 2014). AC Mizal kembali dalam Gerak Khas Sinar Harian. Diperoleh pada 30 April 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Ogos 2018). "'Inspektor Nizam sudah tiada'". Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
- ^ Inspektor Tisha jadi sandaran[pautan mati kekal] Kosmo!. Dicapai pada 10 Jun 2017.
- ^ Aqmar Mustaza (23 Februari 2016). Gerak Khas lonjak nama Tisha Shamsir Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2017.
- ^ Pelakon Gerak Khas, Detektif Wong meninggal dunia Diarkibkan 2018-12-30 di Wayback Machine Free Malaysia Today (21 Disember 2018). Dicapai pada 23 Disember 2018.
- ^ Abd. Aziz Itar (31 Januari 2014). Gerak Khas pernah tarik 3 juta penonton Diarkibkan 2018-04-30 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 April 2014.
- ^ Amerul Haswendy Ashari (23 Februari 2018). "Jalan tengah hasilkan KL Special Force". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2018.
- ^ Azwa Rahman (28 September 2021). "Masih Ada Peminat, Gerak Khas Undercover Beri Kelainan Berbeza Dengan Drama Terdahulu". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Oktober 2021.
- ^ Aqmar Mustaza (6 Oktober 2021). "Jenama Gerak Khas masih relevan, Skop Production kembali dengan Gerak Khas Undercover". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Oktober 2021.
- ^ Niezam Abdullah (2 November 2008). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ Budiey (18 Disember 2008). "Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ Feride Hikmet Atak (5 Oktober 2010). "Dituduh Mencuri Buku, "Detektif Lim" Dibuang Keluarga". mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Pelakon Gerak Khas dihukum penjara, denda". Malaysiakini. 17 Disember 2009. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ Norliza Mohd Zakaria (19 Mei 2009). "Saya tak hukum Farid - Yusof Haslam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-26. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ Norhayati Nordin (24 Januari 2008). "Pertikai slot drama Gerak Khas". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
- ^ Norhayati Nordin (26 Januari 2008). "Tiada niat persenda". Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2020.