Acong Sweetchild
Ahmad Fauzi Manat juga dikenali sebagai Acong Sweetchild (lahir 8 September 1973) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Sweet Child; Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan. Acong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua, memenangi tempat kelima pada 2015.
Acong Sweetchild | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Fauzi bin Manat 8 September 1973 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 1992–kini |
Pasangan | Marya Zuraida Zahari (k. 2012) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | Sweet Child |
Kerjaya
suntingAcong ialah pengasas bersama dan vokalis kumpulan rock, Sweet Child sewaktu penubuhannya pada 1992. Sweet Child telah menikmati kejayaan dalam industri muzik dengan menerbitkan sebanyak 3 album studio yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran.[1]
Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi beberapa siri drama TV termasuk Gerak Khas dan Jangan Ikut Aku serta filem termasuk Lelaki Harapan Dunia. Acong juga pernah menubuhkan syarikat Big Star Act Production bersama Cico Harahap dan Joey Daud.[2]
Gegar Vaganza 2015
suntingAcong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua yang turut disertai oleh Ezad Lazim, Farahdhiya dan Siti Nordiana. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 2) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Kembali Menyengat | "Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan" | Sweetchild | Ke-6 | SELAMAT |
Minggu 2 | Aku dan Lagu | "Dalam Gerimis" | Visa | Ke-7 | SELAMAT |
Minggu 3 | Ada Bran? | "Pilihlah Aku" | Latif Ibrahim | Ke-9 | SELAMAT |
Minggu 4 | Duet | "Baldu Biru" (duet bersama Misha Omar) | Ella & Awie | Pertama | SELAMAT |
Minggu 5 | Hits Vaganza | "Memburu Rindu" | Hattan | Ke-3 | SELAMAT |
Minggu 6 | Kenangan Terindah | "Benci Tapi Rindu" | Diana Nasution | Ke-2 | SELAMAT |
Minggu 7 | Rockdut (Rock + Dangdut) | "Hilang Naluri" | Once Mekel | Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 8 | Karok Tarik | "Biasan" | To'ki | Ke-2 | SELAMAT |
Minggu 9 | Akhir | Tugasan Pertama: "Seruan" Tugasan Kedua (Battle vs Siti Nordiana): "#AwakKatMane" |
Lefthanded Taufik Batisah |
Pertama Ke-3 |
TEMPAT KELIMA |
Kehidupan peribadi
suntingAcong berkahwin dengan Marya Zuraida Zahari pada 15 Disember 2012. Perkahwinan ini merupakan kali kedua buat Acong selepas menduda selama 10 tahun. Isterinya, Marya Zuraida mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu. Pasangan ini mula berkenalan ketika Sweet Child membuat sesi promosi album pada 1998.[3] Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.[4]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Cinta Yang Satu | Encik Man | Filem pertama |
2014 | Lelaki Harapan Dunia | Apam | |
2017 | Kolestrol vs Cinta | Lelaki Hensem | |
2021 | Hantu Bonceng 2.0 | Daniel | |
Kampung Latah Kena Kuarantin | Opera Cina | Penampilan khas | |
2022 | Dato' Ai La Beau | Pengurus Coffee House | |
Jaga-Jaga Senariounion | Acong | Penampilan khas | |
2022 | Kampung Latah The Mummy | Opera Cina | |
Seratus | Penampilan khas | ||
2023 | Mat Tudung Begins | Khalid |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2001 | Kisah Benar (Musim 20) | Izwan | TV3 | Episod: "Amuk" |
2007 | Suasana | TV1 | Sitkom | |
2008 | Bilik No. 13 | TV2 | Episod: "Hotel" | |
2009 | Gerak Khas (Musim 11) | Konco Bronco | Episod: "Sasaran" | |
2010 | Isteriku Bukan Queen Control | Nordin | TV3 | |
2013 | Mak Lang, Datang Kompang Bergendang | Ehsan | ||
2014 | Lagenda Langkawi | TV2 | ||
2015 | Zahira | Musa | TV3 | |
2017 | Jangan Ikut Aku | Tahir | ||
2019 | Sang Pewaris | Pak Kadir | ||
2020 | One Two Hantu | Awesome TV | ||
2021 | Hatimu Sedingin Salju | Hisham | TV3 | |
Sitik Tok | Chuchox | |||
Budak Intern | Encik Said | TV9 | ||
2022 | Republic Gombak | Kadaq | TV3 | |
Gangster Ke? | Fathullah Johari | Awesome TV | ||
2023 | Misteri Flat Kirana | Tam Ikan | TV3 | |
Misi Seramedi | Jibon | TV Okey | ||
2024 | Boleh Saya Bantu | Ismaili | TV3 | |
Calar Cinta | Faris |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | The Sangam Boys | Mat Jidin | Astro Ria |
2011 | Hijrah Karmila | Ray | TV9 |
2012 | Cinta Si Tukang Kasut | Ray Sengau | |
2016 | Isteri-Isteriku | TV9 | |
2017 | Cinta Kucing Parsi | Doktor Veterinar | |
2023 | Zaki & Nughul | TV2 |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Salam Aidilfitri '98 | Dirinya sendiri/Penyanyi undangan | Radio Televisyen Malaysia (RTM) Radio Televisyen Brunei (RTB) |
|
2011 | Maharaja Lawak Mega 2011 | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Warna | |
2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 | |||
2015 | Gegar Vaganza (musim 2) | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Ria | Pemenang tempat ke-5 |
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Warna | |
2018 | Teka Tekan | Dirinya sendiri/Pengacara | Hypp Sensasi | Pengacara bersama Farouk Hussain, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu[5] |
2019 | Maharaja Lawak Mega 2019 | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Warna | |
2021 | All Together Now Malaysia | Dirinya sendiri/Juri tetap | Astro Ria | Salah seorang daripada 50 juri |
Maharaja Lawak Mega 2021 | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Warna |
Rujukan
sunting- ^ "Acong akui Sweet Child semakin dikenali selepas sertai Gegar Vaganza". Astro Gempak. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-24. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ Wanda Idris (10 Januari 2007). "Big Star Act Production lambang keakraban tiga sahabat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-11. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ "Acong kini bergelar suami selepas 10 tahun menduda". Oh Bulan. 18 Disember 2012. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ Fiza Kamarudin (11 Oktober 2018). ""Belum rezeki dan tak terfikir pun nak ambil anak angkat" - Acong". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Julai 2019.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (17 Januari 2018). "Rezeki tahun baru". Harian Metro. Dicapai pada 18 Julai 2018.