Mohd Khairul Ikhwan Rosli

Mohd Khairul Ikhwan Rosli (lahir 6 Oktober 1983) atau lebih dikenali sebagai Ikhwan Rosli merupakan seorang penyampai radio, pengacara, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Hot FM (2006-16) dan Kool FM (2016-17).[1]

Ikhwan Rosli
Kelahiran
Mohd Khairul Ikhwan bin Rosli

(1983-10-06) 6 Oktober 1983 (umur 41)
Nama lainIkhwan Lein
PekerjaanPenyampai radio, pengacara, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2006–kini
MajikanMedia Prima Audio (2006–17)
PasanganNor Hidayu Mohd Shari (k. 2017)
Anak-anak2
IbuHasnah Ibrahim
KeluargaErna Elliyana (adik)

Kehidupan awal

sunting

Ikhwan dilahirkan pada 6 Oktober 1983 di Kuala Lumpur kepada pasangan Rosli Ali dan Hasnah Ibrahim (meninggal 1995). Beliau merupakan anak kelima dari enam beradik, adik bongsunya Erna Elliyana ialah seorang penyanyi. Ibu beliau, Hasnah merupakan pelakon terkenal era 80-an.

Kerjaya

sunting

Beliau menyertai Hot FM sewaktu stesen radio itu mula beroperasi pada 15 Januari 2006. Ikhwan merupakan salah seorang penyampai terawal bersama Faizal Ismail, Fara Fauzana, Muhammad Azmir Selamat (AG) dan Sharifah Aleya. Semasa tempoh berkhidmat di Hot FM, beliau mengendalikan rancangan Hot FM Jam dan Hot FM Prelude.

Ikhwan bersama-sama AG dan Liza Khairudin menyertai Kool FM pada Mac 2016 selepas 10 tahun berkhidmat di Hot FM. Beliau menamatkan khidmatnya Kool FM pada 24 November 2017.[2]

Lakonan

sunting

Mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, Allahyarhamah Hasnah Hashim, Ikhwan mula berkecimpung dalam bidang lakonan seawal usia 10 tahun. Beliau ditawarkan berlakon dalam sitkom bertajuk Kawan arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3 pada 2006. Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak utama dalam sitkom Bong, yang berjaya melonjakkan nama dan bakat Ikhwan.

Ikhwan juga berbakat dalam bidang muzik dan menggunakan nama "Nawhki" dalam kerjaya muziknya. Beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk lagu "Sudah-Sudah" nyanyian kumpulan pop Singapura, Dynda.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berkahwin dengan Nor Hidayu Mohd Shari pada 7 Januari 2017 dan dikurniakan anak perempuan bernama Nur Aiira Orked. Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Mohd Isaac Iman dari perkahwinan pertama isterinya.[3]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Kawan TV3 Drama pertama
2007-2009 Bong Bong TV9
2018 Selafaz Cinta Azrel Astro Prima
2019 Gerak Khas (Musim 19) Aziz TV2 Episod: "Kifarah"
Suri Katriana Ady Astro Prima
2022 Risik Pada Hati Farid TV3
2023 Bukan Puteri Lindungan Bulan Johan
2024 SeOfis Dato Ashburn Tonton

Radiografi

sunting
Tahun Tajuk Stesen
Januari 2006 – 26 Februari 2016 Jam Hot Hot FM
3 Mac 2016 – 24 November 2017 Malam Kool Kool FM

Diskografi

sunting
  • "Sudah-Sudah" (Dynda menampilkan Ikhwan; 2013)

Rujukan

sunting
  1. ^ Norhayati Nordin (29 Jun 2018). 12 tahun cukuplah Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (25 November 2017). Ikhwan tinggalkan Kool FM Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (28 Disember 2016). Ikhwan pilih bersederhana Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2017.

Pautan luar

sunting