Izi Yahya
Rafizi Yahya atau lebih dikenali sebagai Izi Yahya (8 Julai 1965 – 25 Jun 2007) merupakan seorang pelakon dan dramatis yang cukup terkenal dengan lakonannya sebagai penjahat dengan watak negatif dan antagonis.
Izi Yahya | |
---|---|
Kelahiran | Rafizi bin Yahya 8 Julai 1965 |
Meninggal dunia | 25 Jun 2007 | (umur 41)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang, Selangor |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1984–2007 |
Pasangan | Suraya Abdullah |
Anak-anak | 1 |
Bapa | Yahya Mat Samah |
Saudara | Aswad Yahya (abang) |
Kerjaya
suntingLakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana beliau merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A. Rahim.
Kematian
suntingBeliau telah meninggal dunia pada 25 Jun 2007 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada jam 10.30 pagi akibat serangan jantung. [1]
Sepanjang kerjayanya dalam bidang seni, beliau telah menggegarkan industri perfileman termasuk melakonkan watak tentera Jepun bernama Leftenan Akishi yang cuba memperkosa Embun (Umie Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002. Beliau turut berlakon dalam banyak drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.
Meninggal dunia pada 25 Jun 2007 setelah jatuh semasa penggambaran, doktor mengesahkan beliau meninggal akibat serangan jantung.
Jenazah Izi telah dibawa balik ke rumah keluarganya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di perkuburan Islam Ulu Klang.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1985 | Ali Setan | Jeff | Filem pertama |
1986 | Balik Kampung | Johari | |
Ali Setan 2 | Jeff | ||
1993 | Pemburu Bayang | Helmy | |
1995 | Pesona Cinta | ||
Johnny Bikin Filem | Robert | Tidak ditayangkan | |
2002 | Embun | Leftenan Akishi | |
2007 | Qabil Khushry Qabil Igam | Asrul | Filem terakhir |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Roda-Roda Kuala Lumpur | TV1 | Drama pertama, pelakon undangan | |
1999 | Gerak Khas (Musim 1) | Pelakon undangan | ||
2004 | Rahsia Sebuah Pengorbanan | |||
Sephia | TV3 | |||
Kalau Kasih Masih Ada | ||||
2005 | Nur | TV1 | Drama terakhir |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1990 | Tuhan Sayang Padamu | Bob Tokan | TV1 | Telefilem pertama |
1992 | Fatihah Fatihah | TV3 | ||
1993 | Peti Maut | TV1 | ||
Laila Sari | TV2 | |||
2003 | Neon | Inspektor Polis | VCD | Penampilan khas |
Puteri Histeria | Jamaluddin | |||
Orang Gaji 2 - Bomoh | ||||
2007 | Suara Saleha | Bos | TV3 | Telefilem terakhir |
Anugerah dan pencalonan
sunting- Festival Filem Malaysia ke-16 (2003) - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Rujukan
sunting- ^ "Pelakon Izi Yahya meninggal akibat pendarahan otak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-01. Dicapai pada 2015-01-01.