Shaharon Anuar Abdul Latif
SAC (B) Datuk Shaharon Anuar bin Abdul Latif (lahir 1 Ogos 1962) ialah seorang pelakon dan bekas pegawai polis Malaysia.[1] Beliau ialah Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak sebagai SAC Saiful dalam siri drama kepolisan Gerak Khas di mana beliau membintanginya dari 1999 sehingga 2001 dan kembali menjayakan wataknya pada 2019.[2]
SAC (B) Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif DPSM (Melaka); AMN; PCM (Perak) | |
---|---|
Inspektor Perkhidmatan, Bukit Aman | |
Dalam jawatan 1980–1985 | |
Pegawai Penyiasat Jenayah Perdagangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu | |
Dalam jawatan 1985–1990 | |
Inspektor Perhubungan Awam, Bukit Aman | |
Dalam jawatan 1990–1996 | |
ASP Perhubungan Awam, Bukit Aman | |
Dalam jawatan 1996–2003 | |
DSP Siasatan II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 2003–2005 | |
Supritendan Siasatan I, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 2005–2012 | |
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Perak | |
Dalam jawatan 2012–2014 | |
Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Perak | |
Dalam jawatan 2014–2019 | |
Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 2020–2022 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Taiping, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 1 Ogos 1962
Pasangan | Datin Roseda Mustafa (k. 1985) |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Pelakon, pengawai polis |
Perkhidmatan tentera | |
nombor perkhidmatan | G/10389 |
Kehidupan peribadi
suntingShaharon Anuar dilahirkan dan dibesarkan di Taiping, Perak. Beliau ialah bapa kepada empat anak dan mempunyai seorang cucu. Sebelum menyertai PDRM, beliau melakukan pelbagai pekerjaan di Perak dan Kuala Lumpur selama beberapa tahun oleh kerana tidak dapat menyambung pelajaran selepas menghabiskan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Yusof Izzudin, Batu Gajah.
Kerjaya polis
suntingShaharon memulakan kerjaya dalam PDRM pada 4 September 1984 sebagai Inspektor Percubaan selepas itu bertugas di IPD Kota Kinabalu pada 1985 diikuti beberapa jawatan serta pangkat dari tahun ke tahun termasuk menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur pada 2020 sehingga 2022.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1993 | Kekasih Awal Dan Akhir | Inspektor Anuar | Filem pertama |
Pemburu Bayang | Detektif Anuar | ||
1996 | Maria Mariana | ASP Anuar | |
1997 | Azam | Ketua Polis | |
Gemilang | Anuar | ||
1998 | Iman Alone | Inspektor Anuar | |
Maria Mariana II | ASP Anuar | ||
1999 | Bara | ASP Saiful | |
2001 | Gerak Khas The Movie | ||
2003 | Black Maria | DSP Rizal |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996 | Kisah Benar (Musim 10) | Inspektor Razak | TV3 | Episod: "Pengantin", juga sebagai penulis skrip |
1998 | Kisah Benar (Musim 16) | TV3 | Beliau dikreditkan sebagai pengarah untuk episod "Timang Tinggi-tinggi". | |
1998–1999 | Roda-Roda Kuala Lumpur | TV1 | ||
1999–2001, 2019–2021 | Gerak Khas | ASP/SAC Saiful | TV1, TV2, TV3 | |
2003 | Peronda Lebuh Raya | ASP Sharon | TV2 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Tirai Malam | Cif Inspektor Aziz | Astro Ria | Telefilem pertama |
2001 | Kau Isteriku | Dr Rizal | TV3 | |
2003 | Najwa | Pengintip | VCD |
Rujukan
sunting- ^ ‘I’m still alive,’ says Gerak Khas actor The Star (Malaysia) (5 Ogos 2016). Diperoleh pada 26 April 2017.
- ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.