Filemografi Erra Fazira
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia, Erra Fazira telah muncul dalam banyak kredit lakonan dan rancangan televisyen. Beliau membuat penampilan televisyen pertamanya pada usia 17 tahun dengan berkhidmat sebagai pengacara rancangan Temasya Aidilfitri (1991) dan membuat penampilan layar lebar pertamanya menerusi watak utama bersama Awie dan Ziana Zain dalam filem Sembilu (1994)[1][2] dan kesinambungannya yang ditayangkan pada 1995,[3][4] meraih kejayaan pecah panggung. Antara 1996 dan 1998, beliau muncul dalam beberapa filem yang mencapai kejayaan komersial, termasuk Tragedi Oktober (1996) dan Gemilang (1997). Kejayaan filem-filem ini menjadi penanda aras dalam kerjaya lakonan beliau, sekaligus menerima jolokan "Primadona Filem Melayu Alaf Baharu" dan menjadikan beliau sebagai antara pelakon wanita yang terlaris di pawagam Malaysia.

Berikutan kejayaan ini, Erra kemudian membintangi dua filem yang menerima pengiktirafan kritis pada tahun 2000, iaitu memegang watak seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia dalam filem Pasrah (2000) yang berdasarkan dari kisah benar beliau;[5] dan watak jurujual yang bercinta dengan seorang pemuda berpendidikan tinggi dalam Soal Hati.[6] Menerusi filem Soal Hati lakonannya, beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 dan Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 2001. Beliau paling dikenali menerusi gandingan hebatnya bersama Rosyam Nor menerusi beberapa filem, seperti Gerak Khas The Movie (2001), Janji Diana (2003), KL Menjerit 1 (2005) dan Castello (2006). Selain itu, beliau juga dikenali menerusi gandingannya bersama bekas suaminya, Yusry Abdul Halim menerusi filem Mr. Cinderella (2002), Cinta Kolestrol (2003) dan Hingga Hujung Nyawa (2004). Menerusi persembahannya dalam Hingga Hujung Nyawa, Erra memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18. Beliau membuat penampilan sulungnya di Hollywood apabila digandingkan bersama Christopher Atkins dalam filem Hidden yang menjalani penggambaran pada 2007 dan ditayangkan pada 2011. Dalam filem ini, beliau memegang watak seorang wanita yang bimbang melihat tumbesaran anak lelakinya, yang tidak seperti kanak-kanak lain.[7][8][9]
Beliau terus menguasai industri perfileman dengan filem-filem lakonannya yang lain termasuk Longkai (2013), Warna Cinta Impian (2016), Soulmate Hingga Jannah (2017), Polis EVO 2 (2018), Bikin Filem (2020) dan Kongsi Raya (2022). Erra membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Selendang Umi (1998) karya Sasterawan Negara, Noordin Hassan.[10][11] Drama pertama yang dibintanginya ialah Mertua vs Menantu (2008–2009) dengan melakonkan watak utama bersama Rozie Othman, Aqasha dan Raja Farah.[12] Bagi persembahannya dalam telefilem Sanggul Beracun (2011) yang menggandingkan beliau bersama Sabri Yunus, Erra meraih pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2011 yang berlangsung di Singapura.[13][14] Dari 2018 sehingga 2021, beliau melakonkan watak ASP Jeslina dalam siri drama kepolisan Gerak Khas dan kembali menjayakan peranannya dalam Gerak Khas Undercover (2021–2022).
Selain dari kerjaya lakonan, Erra turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan dengan mengacarakan Fesyen Tempo, Dunia Wanita, Primadona dan Mingguan Wanita. Beliau juga muncul dalam rancangan TV realiti mengenai anak sulungnya, Gugu Gaga Erra yang memaparkan perjalanan beliau sebagai ibu kepada anaknya, Engku Aleesya.[15] Beliau turut menjadi salah seorang mentor dalam rancangan TV realiti nyanyian, Mentor musim kelima yang mana beliau bertanggungjawab membimbing anak didiknya, Salma Asis.[16] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk watak tajuk dalam filem animasi Putih (2001).[17]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
1994 | Sembilu | Rosmawati Sofian (Wati) | Filem pertama | [1] |
1995 | Sembilu II | [18] | ||
1996 | Maria Mariana | Maria Zakaria | [19] | |
Tragedi Oktober | Rosmawati Sofian (Wati) | [20] | ||
1997 | Gemilang | Julia | [21] | |
1998 | Maria Mariana II | Maria Zakaria | ||
2000 | Pasrah | Farah Diba | [5] | |
Soal Hati | Nurul Ain | [22] | ||
2001 | Gerak Khas The Movie | Inspektor Syafiqah | [23] | |
Putih | Bawang Putih | Pelakon suara | [24] | |
2002 | Mr. Cinderella | Puteri Megawati Darul Kasih | [25] | |
Soalnya Siapa? | Nurul Ain | [26] | ||
2003 | Gila-Gila Pengantin | Aliah Hamdan | ||
Janji Diana | Diana Murad | [27] | ||
Cinta Kolestrol | Fazira Osman/ Erra | Juga sebagai penerbit | [28] | |
Mr. Cinderella 2 | Puteri Megawati Darul Kasih | |||
MX3 | Dirinya sendiri | Pelakon undangan | [29] | |
2004 | Kuliah Cinta | Johanna Abdul Rahman (Jojo) | [30] | |
Hingga Hujung Nyawa | Nora Halim | [31] | ||
7 Perhentian | Sue | [32] | ||
I Know What You Did Last Raya | Dr Mira | |||
2005 | Potret Mistik | Cik Puan Kartini | Penampilan khas | |
Sembilu 2005 | Cikgu Ira | [33] | ||
Lady Boss | Salmi | |||
Gila-Gila Pengantin Popular | Sheera Mustapha | [34] | ||
KL Menjerit 1 | Nina | [35] | ||
2006 | Castello | Chalita | [36] | |
Persona Non Grata | Hey | |||
2007 | Qabil Khushry Qabil Igam | Karisma Saat | ||
2008 | Cuci | Siti Jasmin Rahim (CJ) | ||
Anak | Hasnita | |||
Los dan Faun | Puan Jasmine Al Sogood | |||
2009 | Sifu dan Tongga | Tammy | ||
2010 | Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! | Markonah Rempeyek | ||
2011 | Hidden | Dian | Produksi Hollywood | [37] |
Sanggul Beracun | Siti Aminah | Filem langganan Astro Citra Eksklusif | ||
2012 | Ngorat | Keyra | ||
Parut Asyikin | Nurul Asyikin | Filem langganan Astro Citra Eksklusif | ||
2013 | Longkai | Zarina | [38] | |
2016 | Warna Cinta Impian | Erra | [39] | |
2017 | Soulmate Hingga Jannah | Ira | [40] | |
2018 | Hantu Kak Limah | Rosmawati Sofian (Wati) | Pelakon undangan | |
Polis EVO 2 | SAC Dato' Azizat Mansor | [41] | ||
2019 | Wangi | Nor | [42] | |
2020 | Bikin Filem | Datin Azizah | [43] | |
2022 | Kongsi Raya | Sarah | [44] | |
Rumah | Maya | [45] | ||
Bintang Hatiku | Cik Ika | |||
2023 | Selalu Ada | Dr. Jayyana | Filem pendek | [46] |
Sue-On | Cik Nab | |||
2024 | Korsakoff | Elvy | ||
Harimau Malaya: The Untold Journey | Datin Norliza |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Gandingan |
---|---|---|---|---|
2002 | Siapa Mau Potong Baju? | Dirinya sendiri | TV2 | |
2008 | Joe & Faridah | Faridah | Astro Ria | Adlin Aman Ramli |
2009 | Bonanza | Mastura | Astro Prima | Fizo Omar |
Cinta Lelong | Emma | Astro Ria | Aaron Aziz | |
2010 | 30 Hari Mengenali Cinta | Rita | ||
Selamat Tinggal Alexandria | Astro Prima | |||
2011 | Pontianak Kampung Batu | Teera | Astro Ria | |
Hantu Susu | ||||
Pontianak Beraya Di Kampung Batu | ||||
Prebet Jamilah 2 | ||||
Mak OK Jer! | Astro Prima | Rashid Salleh | ||
2012 | Hantu Susu Kembali | Teera | Astro Ria | |
Pontianak Masih Beraya Di Kampung Batu | Amar Baharin | |||
2013 | Demi Kamu Cinta | Erin | Astro Ria | Keith Foo |
La Diva Lasressa | Ecah | Astro Warna | Azhan Rani | |
2014 | Aku Tahu | Syuhada | Astro Mustika HD | Aqasha |
Shopaholic | Kojie | Astro Box Office | Nazim Othman | |
2015 | Aku Benci Raya | Dee | Astro Ria | Awie |
Seutas Tasbih Biru | Aishah | Remy Ishak | ||
2017 | Kalut Nak Raya | Mimi | Awie | |
2019 | Sempurnakah Aku | Amelia | Zul Ariffin | |
Papa Segera | Wanda | TV1 | Idris Khan | |
2023 | Perempuan Tanpa Cinta | Zarah | TV2 | Azri Iskandar |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008-2009 | Mertua VS Menantu | Nurul Ain | Astro Prima | 2 musim |
2009 | Kasih Tercipta | Lisa | ||
2011 | Kelas Kau Maria! | Meera | Astro Ria | |
2012 | Mana Hilangnya Juwita | Julia | ||
2013 | Nur Melinda | Cikgu Nur | Astro Prima | |
Ammara Batrisya | Batrisya | TV3 | ||
2015 | Takhta 3 Ratu | Tun Teja | Astro First | 6 Episod |
2016 | Rumi & Jawi | Keisya | Astro Prima | |
Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya | Nina | Astro Ria | ||
2017 | Dia Bidadariku | Suri | ||
My Darling, Inspektor Daniel | ASP Maria | |||
2018–2021 | Gerak Khas | ASP Jeslina | TV2, TV3 | 8 musim |
2018 | Mak Cun 4 | Olio | TV3 | |
Dian | Eva Raisha | ntv7 | ||
2020 | Gerak Khas The Finale | Jeslina | TV3 | |
2021–2022 | Gerak Khas Undercover | 4 musim | ||
2024 | Rampas Cintaku 2 | Dato’ Nasha | IQIYI |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Temasya Aidilfitri | Pengacara | TV1 | Penampilan pertama di kaca TV |
1992 | Miss World 1992 | Peserta | E! / South African Broadcasting Corporation | Mewakili Malaysia |
1993 | Fiesta Aidilfitri '93 | Pengacara | TV1 | |
1995 | Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-8 | Dirinya sendiri | Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular | |
1996 | Hiburan Minggu Ini bersama Erra Fazira | Pengacara | ||
1997 | Anugerah Industri Muzik ke-4 | Penyampai bersama Aznil Nawawi | bagi kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) | |
1998 | Cit Cat Azwan | Artis undangan | Astro Ria | Musim 1 |
Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98 | penyampai bersama Ahmad Idham | TV3 | bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular | |
1999 | Anugerah Juara Lagu ke-14 | Peserta | TV3 | Kategori Pop Rock |
Anugerah Seri Angkasa 1999 | Penyampai bersama Latif Ibrahim & Persembahan, lagu Jendela Hati | TV1 | Menang Anugerah Penghibur TV Terbaik | |
MTV Syok 100 | Dirinya sendiri | MTV | ||
2000 | Anugerah Industri Muzik ke-6 | Persembahan, lagu Oh La La Indahnya | ntv7 | |
Anugerah Juara Lagu ke-15 | Peserta | TV3 | Kategori Balada | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-13 | Dirinya sendiri | Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular | ||
Sinaran Pasport Kegemilangan 2000 | Persembahan lagu Pasrah | |||
Cit Cat Azwan | Artis undangan | Astro Ria | Musim 3 | |
Parti Cit Cat Azwan ke-2 | Pemenang Artis Contoh PCC | |||
Seiring Jalan 2000 | TV1 / RTB | |||
Temasya Aidilfitri | TV1 | |||
Seloka Syawal 2000 | ||||
2001 | Temasya Aidilfitri 2001 | |||
Cit Cat Azwan | Astro Ria | Musim 4: Lokasi Phuket,Thailand | ||
Anugerah Era 2001 | Penyampai anugerah | bersama Senario | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-14 | Persembahan lagu Sandarkan | TV3 | Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular | |
Hiburan Minggu Ini bersama Erra Fazira | Pengacara | TV1 | ||
2001–2002 | Fesyen Tempo | Sebagai penerbit | ||
2002 | Cit Cat Azwan | Artis undangan | Astro Ria | Musim 5 |
Parti Cit Cat Azwan ke-4 | peserta rombongan bersama Siti Nurhaliza,KRU,Umie Aida & ramai lagi | |||
Anugerah Era 2002 | Persembahan lagu Lepaskanku | |||
Rumah Terbuka Erra Fazira | Dirinya sendiri | |||
2003 | Rancangan Bual Bicara XY | Artis undangan | bersama Maya Karin & Camelia Episod: Jelitawan Hebat | |
Anugerah Planet Muzik 2003 | Tercalon | bagi kategori Artis Wanita Popular | ||
Akademi Fantasia (musim 1) | Juri Jemputan | Minggu ke-9 Final | ||
Anugerah Industri Muzik ke-10 | Penyampai anugerah | NTV7 | bagi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album | |
HMI Menjelang Syawal Yusry & Erra | Pengacara | TV1 | bersama suaminya, Yusry Abdul Halim | |
Cit Cat Azwan | Artis undangan | Astro Ria | Musim 6: Lokasi Miyazaki,Jepun | |
2003/2004 | Bahulu Bangkit | Dirinya sendiri | TV3 | Rancangan Hiburan (sitkom) |
2004 | Anugerah Planet Muzik | Persembahan | Astro Ria / RCTI / Mediacorp | |
Cit Cat Azwan | Artis undangan | Astro Ria | Musim 7 | |
Jang Oh Jang! Parti Cit Cat Azwan ke-5 | Pemenang Anugerah Pakaian Tercantik & Artis Paling Jelita | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17 | Menang Pelakon Filem Wanita Popular & Persembahan, lagu Jika Kau Tiada | TV3 | bersama suaminya, Yusry Abdul Halim | |
Separuh Akhir Muzik Muzik 19 | Peserta | persembahan lagu Hanya Di Mata bagi kategori lagu Pop Rock | ||
2005 | Anugerah Juara Lagu ke-19 | Kategori Pop Rock | ||
Anugerah Skrin 2005 | Tercalon | |||
2006 | Anugerah Industri Muzik ke-13 | Penyampai bersama Juliana Banos | NTV7 | bagi kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik & Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album |
Raya @ 1 | Artis undangan | TV1 | ||
Anugerah Skrin 2006 | Persembahan Tiru Macam Saya & Penyampai anugerah | TV3 | bersama Siti Nurhaliza | bersama Umie Aida & Mastura bagi kategori Bual Bicara Terbaik, Sinema Alternatif Terbaik, dan Dokumentari @ Majalah Terbaik | |
2007 | Mesra Sokmo Cit Cat Azwan ke-7 | Artis undangan | Astro Ria | peserta rombongan bersama Ning Baizura,Liza Hanim,Ajai & ramai lagi |
2008 | Zoom In...Raya 2008 | Artis undangan | TV1 | |
Festival Filem Malaysia ke-21 | Tercalon dalam kategori pelakon wanita terbaik & Persembahan Apek & Marjina | Astro Ria | bersama Nabil Ahmad | |
Anugerah Skrin 2008 | Penyampai bersama Afdlin Shauki | TV3 | bagi kategori Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik Filem | |
Jozan Show | Artis undangan | Astro Prima | Episod:12 | |
2009 | Gugu Gaga Erra | Realiti TV menampilkan suami, Engku Emran dan anak, Engku Aleesya | Astro Ria | |
Pentas Akhir Anak Wayang | Juri Profesional | bersama Nasha Aziz & Rashid Sibir | ||
Mega Raya 2009 | Dirinya sendiri | bersama Anita Sarawak,Lisa Surihani,Farid Kamil,Aaron Aziz & ramai lagi | ||
Dia…Erra | TV1 | |||
Dunia Wanita | Pengacara | bersama Umie Aida dan sebagai penerbit | ||
2010 | Tiger Futbol Starz | Astro Ria | ||
Akademi Fantasia (musim 8) | Juri Jemputan | Minggu ke-8 | ||
Perjalananku…Erra Fazira | Dirinya sendiri | TV9 | ||
Festival Filem Malaysia ke-23 | penyampai bersama Rosyam Nor | TV1 | bagi kategori Pelakon Wanita & Lelaki Terbaik Filem | |
Ewah Ewah Raya | Dirinya sendiri | TV3 | ||
Anugerah Skrin 2010 | penyampai bersama Eja & Aziz Satar | bagi kategori Videografi Terbaik,Pelakon Wanita & Lelaki Terbaik Filem | ||
2011 | Mentor Musim 5 | Realiti TV | TV3 | sebagai peserta protage Salma A Asis |
VOKAL "Bukan Sekadar Rupa" | Juri Profesional | bersama Azmeer | ||
Mentor Musim 5 Edisi Khas Raya | Dirinya sendiri | bersama peserta Mentor | ||
Anugerah Skrin 2011 | Tercalon | bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama | ||
Mega Raya 2011 | Dirinya sendiri | Astro Ria | bersama pengacara Aznil Nawawi,Ziana Zain,Zizan Razak & ramai lagi | |
Stylista Raya Si Manja | bersama Nora Danish & Dynas Mokhtar | |||
Pilih Kasih Musim Ketiga | Juri Profesional | TV1 | bersama Umie Aida dan Rosyam Nor | |
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Penyampai bersama Mustapha Kamal | TV3 | bagi kategori Anugerah Seri Perak |
Ziana,Amy & Erra | Dirinya sendiri | rancangan raya bersama Ziana Zain & Amy Search | ||
Anugerah Skrin 2012 | penyampai bersama Rosyam Nor | bagi kategori Rancangan Hiburan Terbaik & Pelakon Pembantu Wanita & Lelaki Terbaik Filem | ||
Mentor Musim 6 | Persembahan Hanya Dimata | Konsert Grand Finale Mentor 6 | ||
Mega Raya 2012 | Dirinya sendiri | Astro Ria | bersama pengacara Aznil Nawawi & selebriti-selebriti | |
Randy! Oh My Raya | bersama Randy Pangalila & selebriti-selebriti | |||
Primadona | Pengacara | Astro Prima | bersama Ziela Jalil, Raja Azura dan Rozita Che Wan | |
2013 | Primadona Khas Raya | |||
Festival Filem Malaysia ke-25 | Astro Mustika HD | bersama Fahrin Ahmad | ||
Tunggu Sekejap | Artis undangan | TV3 | bersama Fauziah Latiff | |
Awal Lagi | TV9 | bersama Lisa Surihani & Umie Aida | ||
2014 | Hip TV | bersama Awie, & Ziana Zain | ||
Wanita Hari Ini 2014 | TV3 | |||
Melodi (2014) | bersama Awie episod 9 | |||
MeleTOP Throwbaek Raya | Dirinya sendiri | Astro Ria | bersama Awie, & Ziana Zain | |
Apa Kata Malaysia H!Live | bersama Amelina | |||
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Persembahan Parodi Filem Sembilu | bersama Awie,Johan & Zizan Razak | |
Kilauan Emas | Juri Tetap | Astro Prima | Musim Ke-5 | |
Harta Dalam Stor | Dirinya sendiri | Astro Ria | Musim 1 | |
Ceria Popstar (musim 3) | Juri Jemputan | Astro Ceria | Minggu pertama | |
Ye Ke?! | Artis undangan | TV3 | Episod 1: Cinta Lokasi | |
Episod 12: Artis Popular Vs Artis Musim | ||||
2016 | Episod 1: Merak Kayangan | |||
Teh Tarik Che Ta | TV1 | Episod 1 | ||
Kilauan Emas Otai | Juri Tetap | Astro Prima | ||
Anugerah Pilihan Online 2016 | penyampai bersama Fattah Amin,Halim Othman & Dato Zaitun | TV2 | Anjuran mStar & Suria FM | |
Melodi (2016) | Artis undangan | TV3 | bersama Awie episod 13 (27 Mac 2016) | |
Ceria Popstar (musim 4) | Juri Jemputan | Astro Ceria | Konsert ke-5 | |
Gempak Superstar | Persembahan lagu Soal Hati | Astro Ria | Minggu ke-3 | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | penyampai bersama Siti Saleha | TV3 | bagi kategori Artis Baharu Wanita & Lelaki Popular | |
Anugerah Skrin 2016 | penyampai bersama Rosyam Nor | bagi kategori Pengarah Terbaik (Filem), Pengarah Terbaik (Drama), Filem Terbaik, dan Drama Terbaik | ||
Anugerah Melodi 2016 | penyampai bersama AG Hot FM | |||
LePakNil Raya | Artis undangan | Astro Ria | ||
Sepahtu Reunion Live | Zulaikha | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod: "Ayahku Kahwin Lagi" | |
Super Spontan 2016 | Juri Jemputan | Minggu ke-9 | ||
2017 | Maharaja Lawak Mega 2017 | Menggantikan neelofa Minggu ke-7 | ||
Konsert Komedi 2017 | Artis undangan | Minggu 1 (Sepahtu) & 5 (Baik Punya Cilok) | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | penyampai bersama Ziana Zain | TV3 | bagi kategori Pelakon TV Wanita & Lelaki Popular | |
Da’i Musim 5 | Juri Awam | Pentas Akhir | ||
2018 | MeleTOP | Pengacara Jemputan | Astro Ria | bersama Awie |
Sepahtu Reunion Al-Raya | Penjaga Rumah Orang Tua-Tua | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod: "Ketupat Untuk Ayah" | |
Bocey & Friends Live 2018 | Doktor | Artis Jemputan: Episod:
"Kesilapanku Keegoanmu" | ||
Ceria Megastar | Juri Jemputan | Astro Ceria | Episod 8 | |
Melodi Raya 2018 | Artis undangan | TV3 | Episod 2 | |
It’s Alif! | Artis undangan | NTV7 | ||
Kata Serasi | Artis undangan | bersama ibu saudaranya, Linda Hj Radzwan | ||
2019 | Di balik idola | Dirinya sendiri | Astro Ria | |
Sepahtu Reunion Live | Dr. Julia | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod: "Hitam Putih Kehidupan" | |
Cinta Overhaul Aidilfitri | Laila | |||
Arena Panggang Warna Live! | YB | |||
All Stars Buka Panggung | Seri Dewi Panggung | |||
The Sherry Show 2019 | Artis undangan | TV3 | Artis Jemputan: Episod: "Netizen" | |
2019–2020 | Mingguan Wanita | Pengacara | Astro Prima | |
2020–kini | MeleTOP | Pengacara jemputan | Astro Ria | |
2020 | I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 | Artis undangan | TV3 | Episod: 6 |
Lagu Cinta Kita (Musim 2) | Artis undangan & persembahan nyanyian lagu Kita Insan Biasa | bersama Naqiu | ||
Melodi Raya 2020 | Artis undangan | 24 Mei 2020 | ||
Sepahtu Reunion Live | Julia | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Wali Tirai Besi" | |
Rumah No. 107 | Artis undangan | Episod: 1 bersama Norman Hakim | ||
2021 | Sepahtu Reunion Live | Zara | Artis Jemputan: Episod: "Gemerlap Langkahku" | |
Panggung Memori | Dirinya sendiri | Episod: 4 (Erra Fazira) | ||
Media Hiburan Throwback | Astro Prima | Episod: 4 (Erra Fazira) | ||
All Together Now Malaysia | Juri Tetap | Astro Ria | Musim 1 | |
Festival Filem Malaysia ke-31 | penyampai bersama Lisa Surihani & Sangeeta Krishnasamy | TV1 | bagi kategori Pelakon Wanita & Lelaki Harapan | |
2022 | Karaoke Superstar | Diva Juri | Astro Ria | bersama Mas Idayu |
Ceria Popstar Xtra 2022 | Juri Jemputan | Astro Ceria | Minggu 3 | |
Mega Lawak | Dirinya sendiri | Astro Warna | Episod: Drama Queen | |
Sepahtu Reunion Live Tour | Sofia | Artis Jemputan: Episod "Demi Sebuah Kemaafan" | ||
Rumah Terbuka Raya Sepahtu | Mak | Artis Jemputan | ||
Muzikal Lawak Superstar 3 | Ibu Fad | Artis Jemputan | ||
Tapau Show | Artis undangan | TV2 | bersama Raja Azura
Episod Akhir | |
Wanita Hari Ini | TV3 | Episod: Perfectionist | ||
2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Juri Jemputan | Astro Warna | Menggantikan Emma Maembong Minggu ke - 5 |
Mic ON! Selebriti | Juri | Awesome TV | ||
Sembang Sahur | Artis undangan | TV3 | Episod 2: Melentur Buluh | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | penyampai bagi kategori Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni Michelle Yeoh | |||
The Chosen One | Juri Jemputan | Astro Ceria | Episod 4: Tema Rock | |
Mega Spontan | Persembahan Pembukaan | Astro Warna | bersama Amelina & Siti Nordiana | |
Hiburan Minggu Ini | Pengacara | TV2 | bersama Ebby Yus | |
2023–2024 | The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Juri Tetap | Astro Warna | |
2024 | Nasi Lemak Kopi O | Pengacara | TV9 | |
Wanita Hari Ini | Artis undangan | TV3 | bersama Heliza Helmi Episod: Reunion | |
Melodi | Pengacara jemputan | |||
Sepahtu Reunion Live Tour | Jasmine | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Gelanggang Cinta" | |
Fir & Afick Tonight Show | Artis undangan | TVS | ||
TikTok Awards Malaysia 2024 | Penyampai bersama Sophia Albarakbah | TV3 | bagi kategori Education Creator Of The Year & Food Creator Of The Year | |
Innovathon | Juri Tetap | Astro Ria | Musim Ke-2 | |
Kilauan Emas | Astro Prima | Musim Ke-6 | ||
2024–kini | Borak SeeNI | Pengacara |
Teater
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1999 | Selendang Umi | Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur |
2010 | Muzikal Tun Mahathir | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
2011 | Badai Semalam | |
2012 | I Am... | Esplanade, Singapura |
2013 | Bahayanya Wanita | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
2014 | Konsert Teaterikal Suara Kita | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
Takhta 3 Ratu | ||
2016 | Mencari Sumaiyah |
Muzik video
suntingTahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2023 | "Panah" | Naqiu Boboy |
Rujukan
sunting- ^ a b Zainuri Misfar (25 September 1993). "Erra, Awie puas dengan Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Zainuri Misfar (17 September 1993). "Erra, Awie bintang utama Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Azhariah Kamin (24 Februari 2014). "Yesterday once more for Erra, Ziana and Awie" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 10 Julai 2020.
- ^ "Kelebihan penyanyi apabila berlakon". Metro Ahad. 16 Februari 1997. Dicapai pada 10 Julai 2020.
- ^ a b "'Pasrah' papar kisah sebenar Erra Fazira?". Berita Harian Singapura. 15 Januari 2000. m/s. 17. Dicapai pada 14 April 2019.
- ^ Akmal Abdullah (26 September 2000). "Soal Hati komedi alaf baru". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2018.
- ^ Murshid Euunos (12 Mei 2011). "Erra tak pernah merajuk". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2020.
- ^ "Erra terkejut". Harian Metro. 22 Oktober 2011. Dicapai pada 14 April 2020.
- ^ Normah Becok (24 Ogos 2011). "Filem Hidden akhirnya temui penonton". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2020.
- ^ "Ujian getir Erra". Harian Metro. 2 Oktober 1998. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ Marina Abdul Ghani (23 Oktober 1998). "Erra's stage debut". The Malay Mail. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ "Erra belum popular di TV". Metro Ahad. 22 Februari 2009. Dicapai pada 10 April 2020.
- ^ Normah Bechok (12 Jun 2012). "Erra, Sabri berganding lagi". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2013.
- ^ "'Sanggul Beracun' dan 'Cun' Ungguli ASK 2011". mStar Online. 5 November 2011. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ Au Yeong How (22 Julai 2009). "Erra kena tempias kritikan 'Gugu Gaga Erra'". mStar Online. Dicapai pada 22 Mac 2010.
- ^ Norliza Mohamad Zakaria (12 Mac 2011). "Permulaan meyakinkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-15. Dicapai pada 21 Februari 2014.
- ^ "Putih - Kesegaran baru dalam animasi". Utusan Malaysia. 16 November 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-14. Dicapai pada 16 November 2011.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (1 Jun 1995). "Sembilu II mula menghiris". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
- ^ Zamani Yusof (18 Disember 1995). "Hasrat Erra terkabul". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ Roslen Fadzil (19 September 1996). "Tragedi Oktober kutip RM3 juta". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ "Erra ingin watak jahat". Harian Metro. 5 Mac 1997. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ Akmal Abdullah (7 Oktober 2000). "Soal Hati dapat sambutan hangat". klik.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2021.
- ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 February 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2018. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Putih - Adaptasi cerita rakyat kepada animasi". Utusan Malaysia. 17 Mac 2001. Dicapai pada 3 Mac 2015.
- ^ Hardi Effendi Yaakob (12 Ogos 2002). "Mr Cinderella: Erra tunggu reaksi peminat". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2020.
- ^ Hardi Effendi Yaacob; Khairull Azleyana Ishak (9 Jun 2002). "Soalnya Siapa bukan sekadar kisah cinta". Berita Minggu. Dicapai pada 9 April 2020.
- ^ Hartati Hassan Basri (11 September 2002). "Sama hebat". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Sharifah Arfah (16 Oktober 2003). "Erra faces up to changes". New Straits Times. Dicapai pada 9 April 2020.
- ^ Suraiya Mohd Noor (3 November 2003). "MX3 mampu pikat penonton". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-11-05. Dicapai pada 6 Julai 2015.
- ^ Norhadiani Baharom (8 Januari 2004). "Kuliah Cinta kisah benar Erra-Yusry". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2020.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (30 April 2004). "Erra, Yusry berlakon bersama lagi". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2020.
- ^ Abdul Aziz Itar (9 Oktober 2004). "7 Perhentian - Lakonan Erra paling berani". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Personality: Erra turns lady boss before Sembilu 2005". New Straits Times. 3 Jun 2005. Dicapai pada 24 Jun 2018.
- ^ Shakilawati Abd Rahman (21 Ogos 2005). "GGPP bukan komedi kosong". Metro Ahad. Dicapai pada 9 April 2020.
- ^ "KL menJERIT punya kekuatan tersendiri". Harian Metro. 31 Ogos 2005. Dicapai pada 9 Januari 2020.
- ^ "Julie's - Selamatkan Castello" Diarkibkan 2017-08-07 di Wayback Machine, Utusan Malaysia, 8 Mei 2005, Khadijah Ibrahim.
- ^ Murshid Eunos (12 Mei 2011). "Erra tak pernah merajuk". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2020.
- ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (12 Januari 2013). "Kisah penarik kereta satukan Faizal, Erra dan Niezam". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2014.
- ^ "Awie dan Erra kembali mesra". Berita Harian Singapura. 14 Mac 2016. Dicapai pada 17 April 2016.
- ^ Aqmar Mustaza (4 Februari 2017). "Soulmate Hingga Jannah: Satukan Taufik, Erra". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2018. Dicapai pada 2 Jun 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2018). "'Polis Evo 2' lebih serius, cemerlang sebagai filem sekuel terbaik". mSTAR Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
- ^ Tahir Alhamzah (6 September 2019). "#Showbiz: Chilling tale of a missing friend". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ Syafiqah Jalal (30 Oktober 2020). "Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Scha Alyahya, Azhan Rani — Ramainya Pelakon Hebat Dalam Bikin Filem!". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Mei 2021.
- ^ "KONGSI RAYA KISAH KOMEDI ROMANTIK CINTA DUA BUDAYA". Femag Online. 3 Februari 2022. Dicapai pada 19 April 2022.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (16 Januari 2022). "Dahulu takut, kini Erra jatuh cinta?". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.
- ^ "Filem pendek raya Kerajaan Negeri Selangor". Sèĺangorku. 16 Mei 2023. Dicapai pada 19 May 2023.