Gila-Gila Pengantin Popular

Gila-Gila Pengantin Popular merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2005 arahan Aziz M. Osman Fdam. Ia diterbitkan oleh Skop Productions & Ace Motion Pictures .

Gila-Gila Pengantin Popular
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehAziz M. Osman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 25 Ogos 2005 (2005-08-25) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

sunting

Zul (Saiful Apek) seorang tauke durian yang memiliki kebun durian, dia bertunang dengan Fatimah (Linda Nanuwil), Irma anak yatim, dia dibesarkan oleh neneknya, Temah dan bapanya yang pekak, Sarip. tetapi disebabkan Fatimah terpilih mengikuti program realiti Akademi Idola, dia dipaksa oleh Herman (Norman Hakim) memutuskan ikatan pertunangannya dengan Zul.

Zul yang kecewa cuba bangkit semula dengan Sheera (Erra Fazira) yang disingkir dari produksi Akademi Idola merekrut Zul dan membawa masuk Mala (Nora Danish) - jurulatih senamrobik dan Awi (Afdlin Shauki) - bekas penyanyi rock popular.

Zul dan Irma Fatima dipertemukan dalam konsert, satu kejutan dilakar Zul dan Fatima bakal melangsungkan pernikahan secara langsung di konsert itu tetapi terhenti kerana Zul pengsan dan dia didapati positif dadah.

Rupa-rupanya Awi yang memasukkan dadah ke dalam minuman Zul. Awi kecewa kerana gagal memulihkan karier nyanyian nya yang malap.

Herman, cuba sedaya upaya meracuni fikiran nenek Irma, Temah (Afida Es) supaya dia mempengaruhi Irma untuk berkahwin dengannya.

Majlis akad nikah Irma dan Herman disabotaj di saat akhir oleh Sheera dan Awi bersama para wartawan. Zul muncul dan berlaku perebutan antara mereka. Undi penonton diperlukan untuk menentukan siapa yang layak menjadi suami Irma. Zul menerima undi 85% dan Herman 15%.

Zul akhirnya membatalkan hasratnya dan memilih Mala sebagai isteri. Zul tidak mahu menghalang perjalanan karier Irma dan mahu meneruskan kehidupannya yang asal di kampung.

Pelakon

sunting

Runut bunyi

sunting

Trivia

sunting

Ini adalah filem terakhir dalam trilogi Gila Gila Pengantin, terbitan bersama 2 produksi Skop Production dan Ace Motion Pictures.

Mengambil kisah daripada kehangatan dan letusan demam program realiti tv era itu dengan semuanya ditentukan oleh penonton di rumah dan undian SMS.

Syamsul Yusof yang berlakon sebagai Ijam pada waktu ini belum lagi dikenali ramai, dia dikenali selepas membintangi drama bersiri Sembilu Kasih di TV3 setiap ahad. Juga terbitan Skop Production.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting