Cinta Kolestrol
Filem Cinta Kolestrol ialah filem komedi romantik Malaysia 2003 arahan Abdul Razak Mohaideen dan menampilkan Erra Fazira dan Yusry KRU sebagai pelakon utama. Sebanyak lebih dari RM200,000 telah diperuntukkan bagi kesan solekan khas yang di buat oleh Fido Film dari Sweden. Penutup filem ini menunjukkan kerja-kerja solekan khas untuk menghidupkan watak Fazira. Terdapat 79 pelakon pembantu yang disenaraikan dalam kredit akhir filem ini. Kos pembikinan filem ialah RM1.8 juta manakala hasil kutipan jualan tiket ialah sebanyak RM3.3 juta.
Cinta Kolestrol | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Abdul Shukor Mohaideen |
Lakon layar | Abdul Razak Mohaideen |
Dihasilkan oleh | |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.8 juta |
Pecah panggung | RM 3.3 juta |
Sinopsis
suntingFilem ini mengisahkan tentang satu perjanjian di antara keluarga Haji Zaini dengan keluarga Dato' Osman yang ingin menjodohkan kedua-dua anak mereka satu hari nanti. Perjanjian ini dilafazkan setelah satu kejadian berlaku ketika Fazira (anak Dato' Osman) dan Ahmad Yusry (anak Haji Zaini) masih kecil. Dua puluh tahun kemudian, kedua-dua mereka meningkat dewasa. Yusry kini jejaka tampan berpendidikan tinggi serta baru pulang ke tanah air. Manakala Fazira, membesar sebagai seorang gadis yang sangat gemuk, mempunyai personaliti yang kurang menarik serta ketinggalan dari segi perkembangan fesyen semasa. Konflik melanda apabila Yusry berasa tertekan akibat perjanjian lisan yang dilafazkan kedua-dua ibu bapa mereka suatu ketika dulu. Yusry menjadi lebih tertekan setelah mengetahui bahawa keadaan Fazira tidak seperti yang disangkakannya. Rupa paras sebenar Fazira terlalu jauh daripada imaginasinya yang langsung tidak menepati seleranya. Pada masa yang sama, Nadia muncul dan cuba menawan Yusry. Fazira pula tetap cuba mendekati Yusry, tetapi Yusry menolak cintanya. Fazira yang terlalu kecewa dengan Yusry telah menghilangkan diri sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang gadis jelita. Yusry berusaha mendampingi gadis tersebut tetapi setiap kali itulah dia gagal. Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima jemputan Dato' Osman. Adakah Yusry dan Fazira bakal disatukan seperti mana perjanjian yang pernah dilafazkan antara dua keluarga, dan siapakah gadis jelita yang cuba dipikat oleh Yusry?
Pelakon
sunting- Erra Fazira sebagai Fazira & Erra (dua watak).
- Yusry KRU sebagai Ahmad Yusry
- Hafidzuddin Fazil sebagai Dato' Osman
- Abu Bakar Omar sebagai Haji Zaini
- Aleeza Kasim sebagai Nadia
- Farid Kamil sebagai Saiful
- Dynas Mokhtar sebagai Fatin
- Liza Zain sebagai Hajah Zaiton
- Aedy Ashraf sebagai Ahmad Yusry (kecil)
- Fifi sebagai Fazira (kecil)
- Wan Khatijah sebagai Doktor
- Azman sebagai Mekanik
- Bob Kuman sebagai Kawan Fazira
Anugerah dan pencalonan
sunting- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Anugerah Khas Juri - Filem Box-Office