Maria Mariana II
Maria Mariana II ialah filem aksi jenayah Malaysia 1998, dan sekuel untuk filem tahun 1996, Maria Mariana. Filem ini diarahkan oleh Yusof Haslam, dan ditayangkan pada 2 April 1998.
Maria Mariana II | |
---|---|
Pengarah | Yusof Haslam |
Penulis | Yusof Haslam |
Lakon layar | Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Salehan Samsuddin |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM3,159,002 juta |
Sinopsis
suntingMaria dikejarkan ke hospital dan diselamatkan oleh Dr. Faris yang berjaya mengeluarkan peluru dari tubuhnya. Kemudian dia ditugaskan ke Unit Khas PDRM. Cintanya dengan Dr. Faris mula berputik. Unitnya telah diarahkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di kotaraya. Mariana didatangi Remy, rakan sekerja yang menyukai Mariana. Ray, bekas teman lelakinya muncul semula dan menyebabkan jiwa Mariana memberontak dan kehidupannya liar kembali. Mariana bertekad untuk membalas dendam terhadap Ray, namun Ray yang menyedari rancangan Mariana itu bertindak memperdaya dan mencuba untuk menodai Mariana buat kali kedua namun berjaya diselamatkan oleh Sazali. Sejak itu Mariana mulai rapat dan jatuh cinta kepada Sazali. Sazali kemudian menawarkan Mariana untuk menjadi penyanyi utama di kelab malam yang diusahakannya. Mariana menerima tawaran itu namun ditentang oleh ibunya, akan tetapi Maria berjaya memujuk ibu mereka agar membenarkan Mariana menyanyi di kelab malam itu. Maria kemudiannya dikejutkan bahawa kelab malam yang dimana tempat Mariana menyanyi itu merupakan sarang kegiatan pil Estasy dan dadah. Lebih memeranjatkan bahawa dalang disebalik kegiatan haram itu adalah Sazali. Maria segera memberitahu Mariana agar memutuskan hubungannya dengan Sazali. Mariana yang keliru dengan permintaan kakaknya itu bertindak melarikan diri dari rumah dan ingin menemui Sazali, namun segalanya terbongkar apabila Mariana mengetahui bahawa Sazali hanya memperalatkan dirinya untuk menutup segala kegiatan haramnya itu. Manakala Maria berjaya menumpaskan Sazali. Mariana akhirnya mengahwini Remy, lelaki yang sanggup menerima dirinya.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Erra Fazira sebagai Maria / Insp. Maria
- Ziana Zain sebagai Mariana
- Awie sebagai Sazali
Pelakon pembantu
sunting- Ning Baizura sebagai Rozie
- Rosyam Nor sebagai Remy
- Roy Azman sebagai Ray
- Zulkifli Ismail sebagai Dr. Faris
- Jesslyn sebagai Insp. Susan
- Noraini Hashim sebagai Zainab
- Shaharon Anuar sebagai ASP Anuar
- Deen Maidin sebagai Mat Motor
- Mus Ikhmal sebagai Mus
- Dilla Ahmad sebagai Mala
Pelakon kanak-kanak
sunting- Syamsul Yusof sebagai Pengiring Pengantin (Bunga manggar)
Lagu-lagu
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Maria Mariana" (Slam) | Johari Teh | Johari Teh | 2:10 | |
2. | "Alangkah" (Ning Baizura) | Hari, Shathesh | Hari, Shathesh | 2:08 | |
3. | "Ku Cinta Pada Mu" (Ziana Zain) | Nanee | Zuriani | 2:28 | |
4. | "Kemelut Di Muara Kasih" (Ziana Zain) | Lukhman S. | Saari Amri | 2:51 | |
5. | "Berpisah Jua" (Ziana Zain) | Asmin Mudin | Asmin Mudin | 2:55 | |
6. | "Puncak Kasih" (Ziana Zain) | Maya Sari | Adnan Abu Hassan | 2:10 | |