Muhammad Azmir Selamat

Penyampai radio Malaysia

Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG dan AG Azmeer (lahir 19 Jun 1980) merupakan seorang penyampai radio dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan anak jati negeri Johor Darul Takzim dan terkenal dengan program radio petang Jawarangers di Hot FM pada tahun 2008 dan 2009 sebelum mengendalikan program pagi AM Krew bermula 2010. Beliau juga muncul di kaca TV sebagai pengacara program hiburan Hot TV dan kemudian terkenal apabila mengemudikan program mingguan Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu sejak edisi ke-28 bersama pelakon Scha Al-Yahya.

AG Azmeer
Kelahiran
Muhammad Azmir bin Selamat

(1980-06-19) 19 Jun 1980 (umur 44)
Pekerjaan
  • Penyampai radio
  • Pengacara
  • Pelakon
Tahun aktif2000–kini
MajikanMedia Prima Audio (2005-kini)
PasanganEmelda Amir (k. 2005)
Anak-anak4
IbuHajah Rumini Haji Abdullah
BapaAllahyarham Selamat Ipan

Kerjaya radio

sunting

Selepas menamatkan pengajian dengan tajaan Yayasan Pelajaran Johor, AG memulakan kerjaya sebagai juruhebah di stesen radio Best 104 di Johor Bahru pada tahun 2000 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur apabila ditawarkan menyertai stesen radio Fly FM. Selepas enam bulan bersama stesen radio berbahasa Inggeris itu, penerbitnya Seelan Paul melancarkan stesen radio baharu berbahasa melayu, Hot FM pada tahun 2006 dimana AG kemudian diserap masuk ke dalam barisan juruhebah perintis. Beliau mula mengendalikan segmen malam sebelum diserap masuk ke segmen petang bersama rakan setugas Maskiran Jakiran bermula dari 2008 hingga 2010. Di awal kemunculan, laman sosialnya pernah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab[1]. Gandingan serasi mereka berjaya membentuk duo "Jawarangers" yang mana kedua-dua mereka mempunyai darah keturunan Jawa, termasuk Maskiran yang merupakan kacukan India. Program itu meraih sambutan apabila rating Hot FM meningkat dan mengatasi pesaing-pesaing lain[2]. Malangnya bermula 31 Mei 2010, mereka dipisahkan apabila AG diserap masuk ke program Hot FM Am Krew bersama penyampai berpengalaman Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Setelah Faizal meninggalkan Hot FM pada tahun 2013, AG dan Farah digandingkan dengan penyampai baharu, Fizie Roslan bermula 2014 hingga 2016.[3]. Bermula pada tahun 2016, AG keudara di Kool FM bersama Haiza dan Muaz, mereka ialah PHD Kool (Pagi Hari di Kool FM) sehingga Julai 2021. Pada Ogos 2021, AG kembali semula ke Hot FM bersama-sama dengan Fara Fauzana.

Di radio, AG berkebolehan menjadi pelawak apabila mencipta alter-ego seperti watak lelaki lembut Fifi dan juga lelaki tua berketurunan Jawa, Wak AG. Sebagai penyampai radio, beliau telah enam (6) kali tersenarai sebagai calon akhir Penyampai Radio Lelaki Popular (ABPBH) iaitu untuk edisi 2008, 2009, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

Kerjaya televisyen

sunting

AG mula diberi kepercayaan untuk mengacarakan program televisyen Hot TV pada tahun 2008. Setahun selepas itu beliau menyertai program Malaysia Hari Ini secara sambilan selama setahun[4]. Kemunculannya di kaca TV betul-betul meraih perhatian pada 2010, beliau menyertai program bual bicara pagi hujung minggu Nasi Lemak Kopi O di TV9 sebagai perantara bersama Luqman Hakim Malik[5]. Pada tahun 2012 pula AG diberi kepercayaan untuk mengendalikan program bual bicara automotif bersama selebriti menerusi program Jom Ronda selama beberapa musim.

Pada tahun 2013, beliau mula mengemudikan program hiburan terkenal Muzik Muzik bersama pelakon dan pelawak Scha Al-Yahya selama dua musim, sebelum Scha meninggalkan program itu dan diganti oleh Fara Fauzana bermula 2015[6]. Menerusi program mingguan ini juga AG diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu sejak edisi ke 28. Pada tahun 2015 juga, AG diberi kepercayaan buat pertama kali mengacarakan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 bersama pelawak Sherry Alhadad dan Amy Mastura[7]. Di majlis yang sama, AG buat pertama kalinya disenarai pendek sebagai calon Pengacara TV Lelaki Popular (ABPBH) sekaligus bertanding bersama nama-nama besar seperti AC Mizal, Awal Ashaari dan Aznil Nawawi.

Kehidupan peribadi

sunting

AG telah mendirikan rumahtangga bersama isterinya Emelda Amir pada 30 April 2005 dan dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Aeril Aqmar (lahir 2006), Muhammad Arraz Ammar (l. 2008), Muhammad Aqriz Anmar (l. 2010) dan Muhammad Affan Afmar (l. 2015)[8].

Radiografi

sunting
Tahun Tajuk Stesen
2000 – 2004 Best Pagi Best 104
2005 – 2006 Fly FM
15 Februari 2006 – 28 Mei 2010 Hot FM Jam Hot FM
31 Mei 2010 – 26 Februari 2016 Hot FM AM Krew
3 Mac 2016 – 3 Januari 2020 Pagi Hari Kool Kool FM
6 Januari 2020 – 20 Julai 2021 Kool FM AG, Haiza & Muaz
2 Ogos 2021 - 29 Julai 2022 Rakyat Rangers Hot FM
1 Ogos 2022 - kini Bekpes Hot

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Mamak Cupcake Juri Filem pertama, penampilan khas
2016 BoBoiBoy: The Movie Gaga Naz (suara) Filem animasi
2018 7ujuh Doktor Riduan Penampilan khas

Televisyen

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon
Penyampai Radio Popular Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-17.
  2. ^ http://beautifulnara.com/kami-mahu-jawa-rangers-kembali-di-hot-fm/
  3. ^ http://www.budiey.com/fizie-bakal-bergabung-dengan-fara-fauzana-ag-di-hot-fm/
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-17.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-17.
  6. ^ https://www.youtube.com/watch?v=1cIirwROijk
  7. ^ http://www.bharian.com.my/node/41567
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-17.

Pautan luar

sunting