Bandar raya global
Bandar raya global (juga dikenali sebagai bandar raya dunia atau bandar raya alfa) ialah bandar raya yang ditentukan melalui titik pertemuan penting dalam sistem ekonomi global. Konsep yang berasal dari bidang geografi dan kajian bandar ini berteraskan gagasan bahawa globalisasi difahami sebagai dicipta, dimudahkan dan dilaksanakan terutamanya di tempat-tempat yang strategik mengikut hierarki kepentingan dan pengendalian sistem kewangan dan perdagangan sedunia.
Paling kompleks di kalangan entiti-entiti sedemikiannya ialah "bandar raya global" (global city), yang mana perhubungan bandar raya ini membawa kesan sosio-ekonomi yang langsung dan ketara terhadap hal-ehwal sedunia.[1] Istilah global city dipercayai dicipta oleh ahli sosiologi Saskia Sassen sebagai memaksudkan London, New York dan Tokyo dalam hasil kerja The Global City (1991),[2] biarpun istilah world city (bandaraya dunia) yang memaksudkan kota-kota yang jauh menguasai lebih banyak perniagaan global berbanding tempat dipakai seawal-awal penggunaan sulungnya oleh Patrick Geddes pada tahun 1915.[3] Sesebuah bandaraya boleh hilang kelayakannya sebagai bandar raya global, misalnya yang semakin kurang bersifat kosmopolitan, dan semakin pudar namanya di peringkat dunia seperti Kaliningrad, Rusia, Thessaloniki, Greece dan Iskandariah, Mesir.
Kriteria
suntingTaraf bandar raya global atau bandar raya dunia memang dipandang tinggi nilainya. Oleh sebab itu ramai pihak yang cuba menggolongkan dan menarafkan bandar raya yang mana boleh dikira sebagai 'bandar raya dunia' atau sebaliknya.[3] Walaupun terdapat kata sepakat mengenai bandar-bandar terkemuka dunia,[4] kriteria di mana klasifikasi dibuat boleh mempengaruhi bandar-bandar lain yang disertakan.[3] Kaedah pengenalpastiannya adalah sama ada berasaskan "pengukur nilai" (contohnya "jika sektor pengeluaran dan perkhidmatan ialah sektor terbesarnya, maka bandar raya X ialah bandaraya dunia")[3] ataupun "penentuan perbandingan" ("juka sektor pengeluaran dan perkhidmatan bandar raya X lebih besar berbanding sektor pengeluaran dan perkhidmatan N bandaraya lain, maka bandaraya X ialah bandaraya dunia").[3]
Ciri-ciri ekonomi
sunting- Ibu pejabat korporat untuk perbadanan multinasional, institusi kewangan antarabangsa, firma guaman, konglomerat, dan bursa saham yang mempengaruhi ekonomi dunia.
- Keupayaan/keluaran kewangan yang besar nilainya: KDNK[5] bandaraya/setempat[6]
- Indeks pasaran saham[7]/permodalan pasaran
- Peruntukan khidmat kewangan;[8] seperti bank, perakaunan
- Kos sara hidup[9] kekayaan peribadi dan bilangan jutawan[10]
Ciri-ciri politik
sunting- Pengaruh dan penglibatan giat dalam peristiwa antarabangsa dan hal-ehwal dunia; cth. Washington, Beijing, Berlin, Brussel merupakan pusat kerajaan negara atau kesatuan berpengaruh.
- Ibu pejabat pertubuhan antarabangsa (Bank Dunia), NATO)
- Bilangan penduduk yang amat besar dalam kawasan perbandaran (pusat kawasan metropolitan, berjuta-juta orang) atau kelompokan bandar
- Kepelbagaian kawasan demografi[11] berasaskan pelbagai penunjuk:[12] bilangan penduduk, penempatan,[13] mobiliti,[14] dan pembandaran[15]
- Taraf mutu hidup[16] atau pembangunan bandar raya[17]
- Komuniti ekspatriat
Ciri-ciri kebudayaan
sunting- Pengetahuan nama pertama di peringkat antarabangsa; yang mana sesebuah bandaraya dikenali tanpa perlu menyatakan pembahagian politiknya. Cth: Bandar raya New York dipanggil "New York" sahaja, walaupun terletak di negeri New York.
- Institusi kebudayaan terkemuka, seperti muzium, galeri, opera, orkestras, pusat perfileman dan pusat teater terkemuka. Persada kebudayaan yang aktif, termasuk pesta filem (seperti Toronto International Film Festival), tayangan perdana, industri muzik, kelab malam, syarikat opera, galeri seni, perarakan tahunan dsb.
- Pangkalan perbadanan media berpengaruh yang mencapai seluruh dunia, seperti BBC, Reuters, The New York Times, atau Agence France-Presse.
- Komuniti kesukanan besar, termasuk kemudahan sukan utama, pasukan tuan rumah sukan liga utama, dan keupayaan dan pengalaman sebagai tuan rumah temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia FIFA, atau acara tenis Grand Slam.[18]
- Institusi pendidikan; contohnya, universiti,[19] kehadiran pelajar antarabangsa,[20] kemudahan penyelidikan
- Tapak penziarahan keagamaan
- Penempatan Tapak Warisan Dunia yang berkepentingan sejarah dan kebudayaan[21]
- Ketampungan pelancongan
Ciri-ciri prasarana
sunting- Sistem pengangkutan canggih yang merangkumi rangkaian lebuh raya atau alihan massa besar yang menyediakan pelbagai kaedah pengangkutan (alihan laju, LRT, rel serantau, feri, atau bas).
- Sistem alihan massa yang meluas dan popular[22], penggunaan perkhidmatan tren,[23] penggunaan kenderaan jalan raya,[24] pelabuhan utama[25]
- Lapangan terbang antarabangsa utama yang berfungsi sebagai hab yang mantap untuk syarikat penerbangan terkemuka, cth. London. Lapangan terbang yang menampung bilangan penumpang yang amat ramai, apatah lagi penumpang antarabangsa,[26] atau muatan yang besar-besar
- Prasarana perhubungan canggih yang digunakan oleh perbadanan multinasional utama, seperti gentian optik, Wi-Fi, telefon bimbit, dan lain-lain talian perhubungan berkelajuan tinggi.
- Kemudahan kesihatan; e.g. hospital, makmal perubatan
- Latar langit dan pencakar langit terkemuka[27]
Kajian
suntingKajian GaWC
suntingSalah satu percubaan terawal untuk menentukan, menggolongkan dan menarafkan bandaraya global dilakukan pada tahun 1998, oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC) yang bertapak di Jabatan Geografi Universiti Loughborough, United Kingdom. Jadualnya digariskan dalam GaWC Research Bulletin 5 dan menarafkan bandaraya berdasarkan peruntukan "khidmat pengeluaran termaju" seperti perakaunan, pengiklanan, kewangan, dan perundangan.[4] Inventori GaWC mengenal pasti tiga taraf bandaraya global diikuti beberapa subtaraf.
Penarafan GaWC selama ini diterbitkan empat tahun sekali. Penarafan tahun 2004 mengiktiraf penunjuk baru di samping masih menekankan ekonomi bandaraya berbanding faktor politik dan kebudayaan. Penarafan 2008 pula lebih menggunakan data lanjutan yang diperoleh di Akademi Sains Sosial China sambil memastikan kebolehbandingan dengan penarafan 2000 dan 2004. Kesemua bandaraya yang layak disusun mengikut kategori bandaraya global "Alfa" (with four sub-categories), "Beta" (three sub-categories), "Gama" (three sub-categories), dan bandaraya yang menikmati "Kecukupan Tinggi" atau "Kecukupan" kehadiran bandaraya global.
Senarai Bandaraya Dunia Alfa, Beta dan Gama 2008 adalah seperti berikut; rujuk sumbernya untuk senarai selengkapnya:[28][29]
Bandaraya Dunia Alfa ++:
Bandaraya Dunia Alfa +:
Bandaraya Dunia Alfa:
Bandaraya Dunia Alfa –:
Bandaraya Dunia Beta +:
Bandaraya Dunia Beta:
Bandaraya Dunia Beta –:
Bandaraya Dunia Gama +:
Bandaraya Dunia Gama:
Bandaraya Dunia Gama –:
Indeks Bandaraya Global
suntingPada Oktober 2008, jurnal Foreign Policy dari Amerika Syarikat, bersama firma penasihat Kearney dan Majlis Hal Ehwal Global Chicago, menerbitkan senarai bandaraya global berasaskan nasihat daripada Saskia Sassen, Witold Rybczynski, dan lain-lain. Foreign Policy menyatakan bahawa "bandar raya-bandar raya yang terbesar dan terbanyak saling membantu menetapkan agenda global, mengharungi ancaman rentas negara dan berfungsi sebagai hab persepaduan sedunia, selaku enjin pertumbuhan negara masing-masing dan pintu masuk sumber serantau."[30]
Penarafannya berasaskan penilaian 24 metrik di lima bidang: kegiatan perniagaan, modal insan, pertukaran maklumat, pengalaman budaya, dan keterlibatan politik. Pada tahun 2010, 30 bandaraya global terunggul adalah:[31]
Kedudukan | Bandaraya |
---|---|
1 | Bandar raya New York |
2 | London |
3 | Tokyo |
4 | Paris |
5 | Hong Kong |
6 | Chicago |
7 | Los Angeles |
8 | Singapura |
9 | Sydney |
10 | Seoul |
11 | Brussel |
12 | San Francisco |
13 | Washington D.C. |
14 | Toronto |
15 | Beijing |
16 | Berlin |
17 | Madrid |
18 | Vienna |
19 | Boston |
20 | Frankfurt am Main |
20 | Shanghai |
22 | Buenos Aires |
23 | Stockholm |
24 | Zurich |
25 | Moscow |
26 | Barcelona |
27 | Dubai |
28 | Rome |
29 | Amsterdam |
30 | Bandaraya Mexico |
Global Power City Index
suntingInstitut Strategi Urban di The Mori Memorial Foundation di Tokyo, Jepun mengeluarkan kajian menyeluruh mengenai bandaraya global pada Oktober 2009, berasaskan enam kategori keseluruhannya, iaitu "Economy," "Research & Development," "Cultural Interaction," "Livability," "Ecology & Natural Environment," dan "Accessibility," diperincikan oleh 69 petunjuk individu.[32]
Ked. | Bandaraya | Markah | Kategori terbaik (ked.) |
---|---|---|---|
1 | Bandar raya New York | 330.4 | Economy (1.) Research & Development (1.) |
2 | London | 322.3 | Cultural Interaction (1.) |
3 | Paris | 317.8 | Livability (1.) Accessibility (1.) |
4 | Tokyo | 305.6 | Economy (2.) Research & Development (2.) |
5 | Singapura | 274.4 | Economy (5.) Cultural Interaction (5.) |
6 | Berlin | 259.3 | Livability (2.) |
7 | Vienna | 255.1 | Ecology & Natural Environment (3.) |
8 | Amsterdam | 250.5 | Accessibility (3.) |
9 | Zürich | 242.5 | Ecology & Natural Environment (2.) |
10 | Hong Kong | 242.5 | Economy (4.) |
11 | Madrid | 242.5 | Ecology & Natural Environment (7.) Accessibility (7.) |
12 | Seoul | 242.1 | Research & Development (4.) |
13 | Los Angeles | 240.0 | Research & Development (5.) |
14 | Sydney | 237.3 | Ecology & Natural Environment (9.) |
15 | Toronto | 234.6 | Livability (5.) |
16 | Frankfurt | 232.9 | Accessibility (5.) |
17 | Copenhagen | 231.7 | Economy (9.) Livability (9.) |
18 | Brussel | 229.9 | Livability (8.) |
19 | Geneva | 229.7 | Ecology & Natural Environment (1.) |
20 | Boston | 226.2 | Research & Development(6.) |
Diikuti oleh:
21. Shanghai (224.1), 22. Chicago (221.1), 23. Vancouver (219.1), 24. San Francisco (218.1), 25. Osaka (215.1), 26. Beijing (211.4), 27. Kuala Lumpur (204.1), 28. Milan (203.5), 29. Bangkok (199.1), 30. Fukuoka (196.5), 31. Taipei (195.9), 32. Moscow (179.5), 33. São Paulo (177.7), 34. Mumbai (165.5), 35. Kaherah (132.2)
Penarafan bandaraya mengikut kategori
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Sassen, Saskia - The global city: strategic site/new frontier
- ^ Sassen, Saskia - The Global City: New York, London, Tokyo. Diarkibkan 2015-03-16 di Wayback Machine (1991) - Princeton University Press. ISBN 0-691-07063-6
- ^ a b c d e Doel,M. & Hubbard, P., (2002), "Taking World Cities Literally: Marketing the City in a Global Space of flows",City, vol. 6, no. 3, ms. 351-368. Subscription required
- ^ a b GaWC Research Bulletin 5, GaWC, Loughborough University, 28 July 1999
- ^ Global Urban Indicators Database 2 (1998 data) Diarkibkan 2012-07-16 di Wayback Machine (data sets in .ZIP), UN-HABITAT
- ^ Urban Characteristics,City Level, 1993PDF (61.6 KB), "World Resources 1998-99", WRI, 1998.
- ^ World Indices, Bloomberg
- ^ J.V. Beaverstock, World City Networks 'From Below', GaWC, Loughborough University, 29 September 2005
- ^ a b Mercer's 2008 Cost of living highlights, Mercer, 2 Jun 2009
- ^ The World's Billionaires, Forbes, 2008
- ^ Chapter 5: Globalization and cultural choicePDF (352 KB), "2004 Human Development Report" (page 99), UNDP, 2004
- ^ Chapter 9: Urban DataPDF (196 KB), "World Resources 1998-99", WRI, 1998
- ^ City Profiles, UN
- ^ Mobility 2001PDF (1.59 MB), WBCSD
- ^ WORLD URBANIZATION PROSPECTS: THE 2003 REVISIONPDF (3.73 MB), PBB, 2004
- ^ World-wide quality of living survey, Mercer, 10 April 2006
- ^ The city development indexPDF, "THE STATE OF THE WORLD'S CITIES REPORT 2001", UN-HABITAT, 21 Jun 2006
- ^ P. De Groote, Economic and Tourism Aspects of the Olympic Games, GaWC, Universiti Loughborough, 21 September 2005
- ^ [1]PDF (memerlukan pendaftaran)
- ^ K. O'Connor, International Students and Global Cities, GaWC, Loughborough University, 17 February 2005
- ^ World Heritage List, UNESCO
- ^ "Estimated Ridership of the World's Largest Public Transit Systems, 1998". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada 2010-02-12.
- ^ COMMUTER RAIL (SUBURBAN RAIL, REGIONAL RAIL) IN THE UNITED STATES: INTERNATIONAL CONTEXTPDF (218 KB), October 2003
- ^ Traffic Intensity by International Urban Area: 1990
- ^ "Largest seaports of the world". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-15. Dicapai pada 2010-02-12.
- ^ Mapping the Global Network Economy on the Basis of Air Passenger Transport Flows, GaWC, Universiti Loughborough, 8 Disember 2004
- ^ The World's Best Skylines
- ^ "The World According to GaWC 2008". Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Loughborough University. Dicapai pada 2009-05-07.
- ^ "The World According to GaWC 2008 - Graph". Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Loughborough University. Dicapai pada 2009-05-27.
- ^ "The 2008 Global Cities Index". Foreign Policy (November/December 2008). October 21, 2008. Dicapai pada 2008-10-31.
- ^ 2010 Global Cities Index
- ^ ""Global Power City Index 2009"" (PDF). LSE Cities. Tokyo, Japan: Institute for Urban Strategies at The Mori Memorial Foundation. October 22, 2009. Dicapai pada 2009-10-29.
- ^ R.L. Forstall, R.P. Greene, and J.B. Pick, "Which are the largest? Why published populations for major world urban areas vary so greatly" Diarkibkan 2004-08-04 di Wayback Machine, City Futures Conference, (University of Illinois at Chicago, July 2004) – Table 5 (p.34)
- ^ gstudy.com international statisticsPDF (522 KB)
- ^ http://www.aci.aero/aci/aci/file/Press%20Releases/2007_PRs/PR_180707_TOP10.pdf
- ^ In Pictures: Top Billionaire Cities, Forbes, 3 Jun 2009
- ^ PriceWaterhouseCoopers, "UK Economic Outlook, March 2007", page 5. ""Table 1.2 – Top 30 urban agglomeration GDP rankings in 2005 and illustrative projections to 2020 (using UN definitions and population estimates)"" (PDF). Dicapai pada 2007-03-09.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bandar raya global. |
- Simpanan pautan-pautan ke tempat-tempat urban Diarkibkan 2005-06-23 di Wayback Machine
- Artikel Bandar raya dunia oleh Jennifer Curtis dari Charles Sturt University Diarkibkan 2006-05-30 di Wayback Machine
- The World-System’s City System: A Research Agenda Diarkibkan 2006-05-27 di Wayback Machine by Jeffrey Kentor and Michael Timberlake of the University of Utah and David Smith of University of California, Irvine
- Keadaan Bandar raya-bandar raya dunia, 2001, UN Human Settlements Programme
- U.S Cities in the 'World City Network', by Peter J. Taylor and Robert E. Lang, February 2005 (Full Report in PDF)