Masqat

(Dilencongkan daripada Muscat, Oman)

Masqat atau Maskat[1] (Arab: مَسْقَط, rumi: Masqaṭ, bahasa Inggeris: Muscat) merupakan ibu negara sekaligus bandar terbesar Oman. Penduduknya berjumlah 67,400 orang pada tahun 2004. Jumlah penduduk Masqat mencecah 1.56 juta berdasarkan maklumat pada September 2015.[2] Area metropolitan terbentang sekitar 3,500 km2 dan terdiri dari enam buah provinsi.[3]

Masqat/Maskat
مسقط‎
Ruwi, kawasan perniagaan utama Muscat
Ruwi, kawasan perniagaan utama Muscat
Masqat/Maskat yang terletak di Oman
Masqat/Maskat
Masqat/Maskat
Masqat/Maskat yang terletak di Asia
Masqat/Maskat
Masqat/Maskat
Koordinat: 23°35′20″N 58°24′30″E / 23.58889°N 58.40833°E / 23.58889; 58.40833Koordinat: 23°35′20″N 58°24′30″E / 23.58889°N 58.40833°E / 23.58889; 58.40833
Negara Oman
KegabenoranKegabenoran Masqat
Zon waktuUTC+4
Laman sesawangPerbandaran Oman

Kota ini dikenali sejak awal abad pertama Masihi sebagai pelabuhan perdagangan penting antara barat dan timur, ia banyak direbut dan diperintah pelbagai kuasa asing seperti Parsi, Portugis dan Uthmaniyah sepanjang sejarah. Pada abad ke-18, pengaruh Masqat menjangkau sejauh Afrika Timur dan Zanzibar. Sebagai kota pelabuhan penting di Teluk Oman, Masqat menarik pedagang asing dan pendatang seperti pihak Parsi dan Balochistan. Ketika pertabalan Qaboos bin Said sebagai Sultan Oman pada tahun 1970, Masqat telah mengalami perkembangan infrastruktur pesat yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang hidup dan pembentukan masyarakat pelbagai kaum.

Sejarah

sunting

Masqat dikenali pada zaman dahulu sebagai pusat pelabuhan kaum Oman yang mahir dalam bidang perdagangan dan pelayaran.[4] Kepentingan Masqat sebagai pusat pelabuhan diiktiraf oleh tokoh-tokoh Yunani purba seperti Ptolemy sejak abad pertama Masihi.[5]

Zaman awal

sunting

Masyarakat purba kawasan Masqat dipercayai mempunyai hubungan dengan Tamadun Lembah Indus berdasarkan penemuan tembikar dari Harappa.[6] Kawasan Masqat dikuasai oleh Empayar Sasan pada abad ketiga Masihi.[7] Pengaruh Islam mula mencapai Masqat pada abad ketujuh.

Zaman pertengahan

sunting

Masqat dikuasai oleh pihak Portugis di bawah penguasaan Alfonso de Albuquerque pada Julai 1507. Selama pihak Portugis menguasai Masqat, pihak Uthmaniyah telah beberapa kali cuba merampas Masqat pada 1552 dan 1581. Apabila Nasir bin Murshid Al-Ya'rubi ditabalkan sebagai Imam Oman pada 1624, penguasaan Portugis mula menjadi lemah, dan pada 23 Januari 1650, pihak Portugis menyerah diri setelah pelabuhan Masqat diserang oleh pasukan Imam.

Geografi

sunting

Masqat terletak di timur laut Oman dan melepasi Garisan Sartan. Teluk Oman bersempadan dengan kawasan utara dan timur kota. Batuan gunung berapi seperti diorit dan serpentitit adalah lazim di kawasan Masqat serta pesisir laut kota. Kawasan pesisir laut Masqat lazim mempunyai terumbu karang, dan haiwan-haiwan seperti ketam dan udang krai boleh dijumpai di sini.[8]

Masqat memiliki iklim panas dan kontang dengan musim panas yang panjang dan bersuhu tinggi serta "musim sejuk" bersuhu sederhana. Taburan hujan secara keseluruhannya jarang berlaku, kebanyakannya berlaku antara bulan November dengan April.

Data iklim untuk Muscat
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 34.6
(94.3)
38.2
(100.8)
41.5
(106.7)
44.9
(112.8)
48.3
(118.9)
48.5
(119.3)
49.1
(120.4)
49.2
(120.6)
47.2
(117.0)
43.6
(110.5)
39.4
(102.9)
37.8
(100.0)
49.2
(120.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 25.5
(77.9)
26.1
(79.0)
29.8
(85.6)
34.7
(94.5)
39.5
(103.1)
40.4
(104.7)
38.6
(101.5)
36.2
(97.2)
36.3
(97.3)
35.0
(95.0)
30.5
(86.9)
27.1
(80.8)
33.3
(92.0)
Purata suhu harian, °C (°F) 21.3
(70.3)
21.9
(71.4)
25.2
(77.4)
29.8
(85.6)
34.2
(93.6)
35.2
(95.4)
34.3
(93.7)
32.0
(89.6)
31.4
(88.5)
29.7
(85.5)
25.7
(78.3)
22.6
(72.7)
28.6
(83.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 17.3
(63.1)
17.6
(63.7)
20.7
(69.3)
24.7
(76.5)
29.1
(84.4)
30.6
(87.1)
30.4
(86.7)
28.4
(83.1)
27.5
(81.5)
24.9
(76.8)
20.9
(69.6)
18.9
(66.0)
24.3
(75.7)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 1.6
(34.9)
2.3
(36.1)
7.0
(44.6)
10.3
(50.5)
17.2
(63.0)
21.6
(70.9)
23.5
(74.3)
21.3
(70.3)
19.0
(66.2)
14.3
(57.7)
9.4
(48.9)
4.5
(40.1)
1.6
(34.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 12.8
(0.50)
24.5
(0.96)
15.9
(0.63)
17.1
(0.67)
7.0
(0.28)
0.9
(0.04)
0.2
(0.01)
0.8
(0.03)
0.0
(0.0)
1.0
(0.04)
6.8
(0.27)
13.3
(0.52)
100.3
(3.95)
Purata kelembapan relatif (%) 63 64 58 45 42 49 60 67 63 55 60 65 58
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 268.6 244.8 278.3 292.5 347.4 325.7 277.7 278.6 303.9 316.9 291.9 267.0 3,493.3
Sumber: NOAA (1961–1990) [9]

Demografi

sunting

Bancian pada 2005 menetapkan jumlah penduduk Masqat pada lebih daripada 630,000 orang, dengan kira-kira 370,000 orang lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Kira-kira 60% penduduk Masqat ialah warganegara Oman dan 40% yang lain ialah ekspatriat.[10]

Bahasa Arab ialah bahasa utama golongan masyarakat kota. Agama Islam Ibadi ialah agama anutan kebanyakan penduduk Masqat. Kawasan Masqat pernah menyaksikan perkembangan agama Kristian pada abad keempat dan kelima Masihi sebelum perkembangan Islam menghilangkan pengaruh Kristian di Masqat. Sedikit perkembangan Kristian di sini dipercayai dibawa semula oleh pihak Portugis pada abad ke-14.[11]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "maskat". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 648.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ "The population of the Sultanate by the end of May 2015".
  3. ^ الدراسات الاجتماعية. Ministry of Education, Sultanate of Oman.
  4. ^ Belgrave, Charles. ساحل القراصنة (dalam bahasa Arab). Beirut. m/s. 33.
  5. ^ Forster, Charles, The Historical Geography of Arabia: Or, The Patriarchal Evidences of Revealed Religion : a Memoir, Duncan and Malcolm, 1844
  6. ^ Rice, Michael (1994). The Archeology of the Arabian Gulf. Routledge. ISBN 978-0-415-03268-1.
  7. ^ Potter, Lawrence; Sick, Gary (2002). Security in the Persian Gulf. Macmillan. ISBN 978-0-312-23950-3.
  8. ^ Salm,, Rodney V.; Rolf, A.C. Jensen; Papastavrou, Vassili (1993). Vegetation of the Arabian Peninsula. IUCN. ISBN 978-2-8317-01806. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2020.CS1 maint: extra punctuation (link)
  9. ^ "Seeb Climate Normals 1961-1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 19 Disember 2012.
  10. ^ "Final Results of the Census 2003" (PDF). Kementerian Ekonomi Kebangsaan (Oman) (dalam bahasa Arab dan Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Oktober 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Fahlbusch, Erwin; Geoffrey William Bromiley; David B. Barrett (1999). The Encyclopedia of Christianity. Wm. B. Eerdmans Publishing. ISBN 978-0-8028-2415-8.

Pautan luar

sunting
  •   Media berkenaan Masqat di Wikimedia Commons
  •   Panduan pelancongan Masqat dari Wikivoyage