Anugerah Industri Muzik ke-23

anugerah muzik di Malaysia pada 2022

Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) merupakan acara penganugerahan muzik tahunan anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada 11 September 2022. Acara ini dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin.

Anugerah Industri Muzik ke-23
JenisUpacara anugerah Sunting nilai ini di Wikidata
Tarikh11 September 2022
LokasiAuditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Liputan televisyen/radio
RangkaianAstro Ria
Astro Ria HD
Kronologi
 2016 Anugerah Industri Muzik
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Anugerah Industri Muzik (AIM) kembali dianjurkan selepas lima tahun menyepi akibat masalah kewangan dan tajaan. Anugerah pada kali ini mempertandingkan sebanyak 21 kategori anugerah termasuk dua kategori baharu; ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’ dan ‘Lagu India Tempatan Terbaik’ dalam kategori anugerah utama. ‘Lagu Bahasa Melayu Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara’ juga telah mengembalikan semula pada edisi kali ini. Namun begitu, kategori ‘Lagu India Tempatan Terbaik’ terpaksa digugurkan disebabkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Jumlah penyertaan edisi kali ini membuktikan industri muzik tempatan tetap berada dalam keadaan baik selepas fasa pandemik.

Dayang Nurfaizah yang mengungguli senarai pencalonan dengan 6 pencalonan dan mendominasi hampir kesemua kategori utama menerusi album Belagu bagi dua kategori iaitu Rakaman Album Terbaik dan Kulit Single/Album Terbaik, serta dua kategori lain dalam Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, diikuti oleh penyanyi Ernie Zakri dan Yonnyboii masing-masing dengan 4 pencalonan. Persaingan sengit boleh dilihat dalam senarai pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki Dan Wanita) yang membariskan nama-nama besar di dalam industri muzik tanahair.

Ringkasan

sunting

Bagi penganjuran AIM ke-23, pihak penganjur telah menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim memaklumkan seramai 113 juri terbabit dalam penilaian calon dengan setiap kategori diadili antara tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing. Juri terdiri daripada maestro muzik, Datuk Mokhzani Ismail merangkap ketua juri, selain antaranya Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Marzuki, Datuk Acis, Dato' Afdlin Shauki, Mas Idayu dan Noryn Aziz.

Rosmin berkata, proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih malah andai juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tidak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan. Memilih juri serta pakar dalam bidang masing-masing juga antara keutamaan jawatankuasa bagi memastikan segala-galanya telus, begitu juga dengan kelancaran penilaian.

Bagi penilaian kategori utama iaitu ‘Rakaman Lagu Terbaik’ dan ‘Rakaman Album Terbaik’, ia dilaksanakan pada 12 Ogos 2022 disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung pada 15, 16 dan 24 Ogos.

Kategori baru dan dikembalikan

sunting
  1. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
  2. Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama
  3. Rakaman Lagu Terbaik
  4. Lagu Cina Tempatan Terbaik (kali terakhir pada 2010)
  5. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara (kali terakhir pada 2014)

Penyampai

sunting

Berikut ialah senarai artis yang muncul sebagai penyampai anugerah sepanjang majlis (mengikut turutan):

Persembahan

sunting

Berikut ialah senarai artis yang membuat persembahan sepanjang majlis (mengikut turutan):

Calon & Pemenang

sunting

Perhatian: Nama pemenang ditebalkan dan diletakkan di tempat atas.

Album Terbaik Lagu Terbaik Artis Baru Terbaik
  • "Goodbye, Hello" - Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)
    • "Thank You Allah" - Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)
    • "Adat Kasih" - Ziha Salleh (Aubrey Suwito / Tinta)
    • "无人签收的幸福 Wu Ren Qian Shou De Xin Fu" - Uriah (Uriah, Jia Wang / Hing Jian Rui)
    • "Game of Charades" - Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Berkumpulan) Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu
  • V.E - "Tunggu"
    • Da Unknown - "Tersakiti"
    • Dolla - "Berani"
    • Blvckmind Squad - "Sembelih"
    • Zayne - "Kaulah Cinta"
Lagu Pop Etnik Terbaik Lagu Nasyid Terbaik Lagu Rock Terbaik Lagu Pop Terbaik
  • "Thank You Allah" - Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris (Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)
    • "Syudud Qalbu" - Fitri Haris x Zarul Umbrella (Azmeer & Fitri Haris)
    • "Selimut Kasih" - InTeam (Syah InTeam / Ahmad Fedtri Yahya)
    • "Hasbunallah" - One Path (Ustaz Adnin, Shafiq One Path, Afiq One Path, Haseef One Path, Ammar One Path)
    • "Linangan Laduni" - Darwish (Harry Khalifah / Yabang Khalifah)
Lagu R&B/Hip Hop Terbaik Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Lagu Cina Tempatan Terbaik
  • "CIAO" - Joe Flizzow ft. MK, Jay Park (Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)
    • "Tak Sangka" - Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir (Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir)
    • "Orang Lain" - A. Nayaka feat. Joe Flizzow, Yonnyboii (A. Nayaka, SonaOne, YHB Sleepsalot, Joe Flizzow, Yonnyboii, Airliftz, SYA, SENNA & Zynakal)
    • "Tunggu" - V.E (Zaf, Adeep, Uno & AJ / Adeep, Zaf & Cham)
    • "Disentuhi Cinta" - Suzanne Low (Yu Heng / Slen Fadzil)
  • "Fun, Lust, Love" - Late Night Frequency (Mojan LNF)
    • "Narsis" - Elizabeth Tan feat. Zynakal (Brendan Lim, Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Zynakal)
    • "VETO" - DJ CZA feat. TUJULOCA & MK (DJ CZA / TUJULOCA & MK)
    • "Amaran" - Siti Nordiana & Bunga (Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Bunga)
    • "Panggil Sayang" - Syeera Aziz (Shazee Ishak, Audi Mok)
  • "Game of Charades" - Sophia Zuhri (Sophia Zuhri)
    • "So In Love" - TY:DEL (Ritchie Retita. Timothy Long, Carlson Kam, Roshan Sundram)
    • "My World Too" - Fatia (Aubrey Suwito & Lin Li Zhen)
    • "Acknowledge" - Astor Walk (Astor Walk)
    • "We Go Up" - Athalia (Athalia Buswani & Bryan Bouro)
  • "无人签收的幸福 Wu Ren Qian Shou De Xin Fu" - Uriah (Uriah, Jia Wang / Hing Jian Rui)
    • "予你 Yu Ni" - FS (Fuying & Sam) (Li Zhen Yu / Zhang Guo Xiang)
    • "算什么 Suan Shen Me" - Uriah (Uriah / Juey Ying)
    • "直到我們遇見愛 Zhi Dao Wo Men Yu Jian Ai" - Suzanne Low (Chow Yee Hang / Wong San San)
    • "Someday" - Suzanna Low feat. Gaston (Chow Yee Hang, Gaston / Wong San San, Gaston)
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu
  • "Bahagiakan Dia" - Shila Amzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)
    • "Coretan Pilu" - Awie (Ikhwan Fatana & Wan Saleh)
    • "Khilaf Asmara" - Shila Amzah (Amylea)
    • "Memandangmu" - Aidit Alfian & Teguh Budiman (Aidit Alfian, Raja Ahmad Mukhlis, Bakhtiar Effendy)
    • "Cinta" - Marsha Milan (Bunga Cantik, Hang Nadim)
Kulit Single/Album Terbaik Rakaman Lagu Terbaik Rakaman Album Terbaik Video Muzik Terbaik
Anugerah Sri Wirama
  • Tan Su Loke

Anugerah Khas

sunting
  • Lagu Paling Tinggi Distrim: "LOTUS" - ForceParkBois
  • Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi Ditonton di YouTube: "Malam Semakin Dingin" - Tajul & Afieq Shazwan
  • Lagu Nada Dering Jualan Paling Tertinggi: "Adakah Ini Mimpi" - Reedzwann

Pautan luar

sunting