Reshmonu
Hiresh Haridas (lebih dikenali sebagai Reshmonu, lahir 26 Mei 1976) ialah seorang penyanyi dan komposer dari Malaysia yang lebih menumpu kepada lagu berbahasa Inggeris. Beliau dikenali dengan lagu-lagu seperti Walk Away, Cintaku Pergi, Hey Waley dan Superfine, serta juga penampilan gaya rambutnya yang unik. Artis berbangsa India suku Malayalam ini juga menjadi seorang bapa pada tahun 2005.[1]
Reshmonu | |
---|---|
Nama lahir | Hiresh a/l Haridas |
Kelahiran | 26 Mei 1976 |
Berasal dari | Melaka, Malaysia |
Genre | R&B, Soul, Hip-hop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1994—kini |
Syarikat rakaman | Universal Music |
Laman sesawang | http://www.reshmonu.com |
Biografi
suntingReshmonu dahulunya ialah bekas ahli kumpulan hip hop, Naughtius Maximus dari 1994 sehingga 1996 di mana beliau menggunakan nama pentas, Fresh sebelum menukar nama pentasnya kepada Reshmonu.
Reshomnu mula-mula menghasilkan album sulungnya, Monumental pada tahun 2003 di bawah label Sony BMG. Semua lagu dalam album ini berbahasa Inggeris dan menampilkan single sulungnya Walk Away dan It's You That Matters. Album ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan hasilnya disambut baik oleh pengulas muzik lalu menyebabkan artis ini meraih tujuh pencalonan di AIM pada tahun 2004, tiga daripadanya dalam genggaman beliau (Persembahan Vokal Lelaki Terbaik, Artis Inggeris Baru Terbaik, Rakaman Album Terbaik).[2]
Lagu It's You That Matters pernah dialih bahasa ke bahasa Mandarin oleh Evonne Hsu, dengan tajuk 我要輕輕為你唱首歌 (pinyin: wǒ yào qīng qīng wèi nǐ chàng shǒu gē), "Kuhendak Bisikkan Lagu Kepadamu").
Pada tahun 2005, Reshmonu mengeluarkan semula album sulungnya itu dengan besertakan beberapa perubahan dan pempakejan yang baru. Kali ini, Monumental: the Journey Continues menampilkan beberapa lagu baru seperti Cintaku Pergi (versi bahasa Melayu bagi Walk Away) dan Hey Waley.
Pada tahun 2006, Reshmonu beralih ke naungan Universal Music untuk menghasilkan album barunya, Superfine. Album ini dilancarkan di sebuah parti pada 31 Januari 2007. antara single-single yang pernah keluar dari album ini ke corong radio termasuk Superfine dan The Way That Makes You Move.
Pada pertengahan tahun 2007, Reshmonu menyertai Ikon Malaysia.
Diskografi
sunting- Monumental (2003)
- Monumental: the Journey Continues (2005)
- Superfine (2007)
- Harapan (2009)
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Nasi Lemak 2.0 | Hero Resh | |
2012 | Hantu Gangster | Arulkumar (muda) |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2022 | The Masked Singer Malaysia (musim 2) | Peserta sebagai Periuk Kera | Astro Warna |
2024 | Gegar Vaganza (musim 11) | Peserta | Astro Ria |
Rujukan
sunting- ^ Dennis Chua (31 July 2015). "Once Reshmonu to fans, now he is just Resh". New Straits Times. Dicapai pada 31 July 2015.
- ^ http://portalilmu.kempen.gov.my/index.php?ch=24&pg=187&ac=5417&lang=eng Reshmonu tops AIM's list, The Star, 31 Mac 2004
Pautan luar
sunting- Laman rasmi (Inggeris)
- Laman MySpace Reshmonu (Inggeris)
- Laman Friendster Reshmonu (Inggeris)
- MyStory +: A Day in the Life of Reshmonu (Sunway Alumni April 2013)
- Reshmonu goes global, NST Online, 2 May 2013
- Reshmonu Artis Malaysia Pertama Diterima Rakam Album Bersama Jim Beanz, ohbulan! 24 April 2013
- Reshmonu Bakal Terbit Album di Amerika Syarikat, gua.com.my, 24 April 2013
- Reshmonu bakal kerjasama dengan Jim Beanz, penerbit terkenal Amerika Syarikat, Trekselebriti, 23 April 2013