Anugerah Industri Muzik

Anugerah Industri Muzik (AIM) merupakan anugerah utama dalam industri rakaman muzik di Malaysia. Ia dianjurkan secara tahunan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIMM) dan disokong Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan platform utama untuk mengiktiraf sumbangan dan menghormati karya-karya bakat dalam industri muzik tempatan.[1][2] Acara tahunan yang telah dalam konsep sejak tahun 1993, anugerah yang dikenali dengan prestij dan kemampuannya, dengan pengamal dihormati dalam industri yang duduk selaku panel pengadilan. Trofi, yang berbentuk mikrofon, adalah satu tarikan untuk direbut setiap tahun oleh calon-calon yang terdiri daripada barisan penyanyi, komposer, penulis lirik, pemuzik, pereka grafik dan video muzik dari Malaysia dan Singapura.

Anugerah Industri Muzik
JenisAnugerah Sunting nilai ini di Wikidata
PeneranganPencapaian dalam industri muzik Malaysia
NegaraMalaysia
Disampaikan olehPersatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)
Kali pertama15 Disember 1993
Liputan televisyen/radio
RangkaianRTM
Media Prima
Astro
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Anugerah ini setara dengan Anugerah Musik Indonesia (AMI) yang dianjurkan untuk karyawan dari negara Indonesia. Di Malaysia, ia setara dengan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) yang mengiktiraf penggiat filem secara tahunan.[3]

Sejak acara ini diadakan buat kali pertama, juruaudit untuk menentukan pemenang ialah Ernst & Young, tetapi disebabkan oleh kontroversi kemenangan pada tahun 2011, KPMG telah mengambil alih tugas itu.[4][5]

Sejarah

sunting

Sejak era Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia) dan piring hitam hingga berubah ke era kaset dan CD, begitu banyak album artis-artis tempatan telah diterbitkan, ada diantaranya diiktiraf di luar negara. Namun, di Malaysia ketika itu tiada badan yang menganjurkan majlis penanugerahan bagi menobatkan yang terbaik di dalam industri rakaman, biarpun industri ini telah bernafas sejak tahun 1945. Akhirnya hasrat itu tercapai apabila ia diperkenalkan pada awal 1990an. Artis dan karyawan terbabit mula bersemangat untuk berjuang di medan seni kerana mereka berpeluang untuk dinilai oleh golongan yang prihatin terhadap mutu karya yang dihasilkan sepanjang tahun tertentu - lebih kurang sama motifnya dengan Anugerah Grammy di Amerika Syarikat atau British Music Awards di Britain.

Sebenarnya, idea melahirkan AIM ini tercetus pada tahun 1990 apabila penerbit program Muzik TV, Freddie Fernandez, dan bekas pengacaranya, Seha di bawah produksi Betarecs Sdn Bhd, berangan-angan menganjurkan satu penganugerahan kecil terhadap artis tempatan melalui rancangan itu. Bagaimanapun, selepas berbincang, kedua-dua mereka menyuarakan cadangan itu kepada bekas pengerusi Persatuan Pengeluar Dan Pengedar Fonogram dan Videogram Malaysia (MAPV), Frankie Cheah, serta Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Tony Fernandes, untuk membantu perjalanan majlis bermakna itu.

MAPV mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pada 8 Disember 1993 dan keputusannya diumumkan pada Malam Anugerah Muzik 93 di Hotel Kuala Lumpur Hilton, 15 Disember 1993. Nama mereka yang layak dicalonkan ke peringkat akhir itu disahkan oleh firma akauntan bertauliah iaitu Ernst & Young dan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras AIM, Fredie Fernandez. Mereka yang berjaya dibahagi kepada 10 kategori iaitu Lagu Terbaik, Album Terbaik, Artis Baru Terbaik Solo, Artis Baru Terbaik Kumpulan, Persembahan Vokal Terbaik Lelaki, Persembahan Vokal Terbaik Wanita, Persembahan Vokal Terbaik Berkumpulan, Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Muzik Video Terbaik. Satu anugerah khas akan diberikan kepada penyanyi yang dinamakan Anugerah Istimewa.

AIM hanya menghadkan 100 meja, iaitu untuk 1,000 tetamu saja. Persembahan hiburan Malam AIM itu berpindah tangan kepada Aziz Bakar di saat akhir apabila penerbit asalnya, Nasser Abu Kassim terpaksa menarik diri kerana kesihatan terganggu akibat tragedi pangsapuri runtuh di Highland Tower. Aziz mengambil alih tugas Nasser sehari sebelum Malam AIM. Rakaman acara gemilang itu ditayang di saluran TV1 pada jam 9.00 hingga 10.00 malam pada 25 Disember. Pemenang pertama untuk Album Terbaik adalah album Dekat Padamu terbitan Johan Abdullah dan dipersembahkan oleh pendatang baharu ketika itu, penyanyi Ning Baizura.

Akhirnya majlis yang sederhana itu bertukar kepada acara gilang-gemilang di ballroom terkemuka ketika AIM yang pertama. Ketika itu pemilihan pemenang dibuat oleh golongan profesional termasuk pemuzik, pencipta lagu dan penulis lirik tapi menjadi lebih kompleks lagi pada AIM kedua (Mac 1995) dengan tertubuhnya Akademi AIM. Melalui Akademi AIM, pemilihan pemenang AIM juga membabitkan pihak lain termasuk penulis hiburan sebagai ahli kehormat serta orang ramai (ahli biasa).

Tiada hadiah wang ringgit disediakan, sebaliknya sebuah trofi berbentuk pembesar suara era klasik yang anggun berkilau perak sumbangan Royal Selangor dengan ukuran berat 1200 gram, tinggi (27 sm) dan garis pusat (9.4 sm), menjadi taruhan.

Senarai penganjuran

sunting
Edisi Tarikh Tempat Siaran Pengacara Album Terbaik Lagu Terbaik
Pertama 15 Disember 1993 Dewan Nirwana, Hotel Hilton, Kuala Lumpur TV1
9 - 10 mlm
Rakaman acara disiarkan pada 25 Disember 1993
Seha
Norman Abdul Halim
Dekat Padamu
Ning Baizura
Satu
SM Salim dan Zainal Abidin
Ke-2 23 Mac 1995 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur TV1
8.30 - 11 mlm
Rakaman acara disiarkan pada 26 Mac 1995
Imuda
Sofia Jane
Gamal
Zainal Abidin
Mentera Semerah Padi
M. Nasir
Ke-3 23 Mac 1996 TV1 & Astro Ria
8.30 - 11 mlm
Siaran langsung
Harith Iskander
Kassandra Kassim
Gema di Timur Jauh
Kumpulan Search
Jentayu
Nora Ariffin dan Sheila Majid menampilkan Johan Nawawi
Ke-4 22 Mac 1997 TV1 & Astro Ria
8.40 - 11 mlm
Siaran langsung di Malaysia & Indonesia
Bob Lokman
Imuda
Afdlin Shauki (sebagai suara animasi)
Ooh La La
Kumpulan KRU
Jerat Percintaan
Siti Nurhaliza
Ke-5 12 April 1998 Astro Ria
8.30 - 11 mlm
Siaran langsung
Harith Iskander Puji-Pujian
Kumpulan Raihan
Selamanya
Kumpulan Innuendo
Ke-6 10 April 1999 Astro Ria
8.30 - 11 mlm
Siaran langsung
Juga disiarkan di Channel [V] dan Cyber Music Asia (CMA)
Afdlin Shauki Adiwarna
Siti Nurhaliza
Aku Cinta, Aku Rindu
Ajai & Nurul
Ke-7 15 April 2000 TV3 & Astro Ria
8.30 - 11 mlm
Siaran langsung
Seri Balas
Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza
Ku Mohon
Sheila Majid
Ke-8 28 April 2001 ntv7
8.30 - 11 mlm
Siaran langsung
Iqrar 1421
Kumpulan Rabbani
Menyemai Cinta Bersamamu
Nora Ariffin
Ke-9 20 April 2002 Afdlin Shauki
Bob Lokman
Phoenix Bangkit
M. Nasir
Seandainya Masih Ada Cinta
Dayang Nurfaizah
Ke-10 26 April 2003 Sarah
Sarah Raisuddin
Keabadian Cinta
Anuar Zain
Ke-11 24 April 2004 Harith Iskander
Bob Lokman
E.M.A.S
Siti Nurhaliza
Selagi Ada Cinta
Ning Baizura
Ke-12 30 April 2005 Afdlin Shauki
Bob Lokman
Nazraku
Kumpulan Spider
Awan Yang Terpilu
Ning Baizura
Ke-13 29 April 2006 Gemilang
Jaclyn Victor
Warkah Buatmu Laila
Zahid Baharuddin
Ke-14 28 April 2007 Afdlin Shauki
Bob Lokman
Adibah Noor
Transkripsi
Siti Nurhaliza
Juwita... (Citra Terindah)
M. Nasir
Ke-15 3 Mei 2008 Afdlin Shauki
Adibah Noor
Aku.Muzik.Kamu
Faizal Tahir
Izinku Pergi
Kaer Azami
Ke-16 2 Mei 2009 Afdlin Shauki
Bob Lokman
Adibah Noor
Lentera Timur
Siti Nurhaliza
Nafas Cahaya
Misha Omar
Ke-17 2 Mei 2010 Afdlin Shauki
Adibah Noor
Adrenalin
Faizal Tahir
Dan Sebenarnya
Yuna Zarai
Ke-18 12 November 2011 Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Astro Ria & Astro Box Office Events
8.30 - 11 mlm
Siaran langsung
AC Mizal
Zizan Razak
The Malaysian
Philharmonic Orchestra Celebrates
25 Years of Sheila Majid

Sheila Majid dan MPO
Sedetik Lebih
Anuar Zain
Ke-19 17 November 2012 Aznil Nawawi
Adibah Noor
Salammusik
Salammusik
Patah Seribu
Shila Amzah
Ke-20 14 Disember 2013 Astro Ria & Astro Maya HD
8.30 - 11 mlm
Siaran langsung
Aznil Nawawi
Nabil Ahmad
Luahan Hati Anak Seni
Hafiz Suip
Lelaki
Yuna Zarai
Ke-21 6 Disember 2014 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Faizal Ismail
Zizan Razak
Fragmen
Siti Nurhaliza
No More
SonaOne
Ke-22 18 Disember 2016 Astro Ria & Astro Ria HD
9 mlm - 12 tgh mlm
Siaran langsung
Harith Iskander
Adibah Noor
Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged
Siti Nurhaliza
Sejati
Faizal Tahir
Ke-23 11 September 2022 Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor Astro Ria & Astro Ria HD
9 mlm - 12 tgh mlm
Siaran langsung
Sherry Alhadad
Awal Ashaari
Azad Jasmin
Yonny (Deluxe Version)
Yonnyboii
Goodbye, Hello
Syamel & Ernie Zakri

AIM 24 2023 0 0 0 0 0
AIM 25 2024 0 0 0 0 0
26

Kategori yang dipertandingkan

sunting

Berikut adalah kategori-kategori yang dipertandingkan secara tahunan di AIM.

Kategori Utama

Kategori Persembahan

Kategori Teknikal, Kreatif & Penerbitan

Kategori Lagu Terbaik Mengikut Nuansa

Anugerah Khas

Kategori yang telah dimansuhkan dan/atau digantikan
Nota: Kategori album dimansuhkan selepas Anugerah Industri Muzik ke-17 kerana jumlah album yang diterbitkan tidak banyak. Kategori Album Rock Terbaik pernah dipisahkan kepada dua, iaitu Album Hard Rock Terbaik dan Album Pop Rock Terbaik, sebelum kategori itu digabungkan kembali di antara tahun 2008 hingga 2010.

Lain-lain yang berkaitan

sunting

Album kompilasi tahunan

sunting

AIM mengeluarkan album himpunan atau kompilasi yang memuatkan lagu-lagu daripada artis-artis yang dicalonkan di dalam pertandingan ini. Album ini melibatkan kerjasama kesemua syarikat rakaman yang bertanding. Ia dikeluarkan sejak tahun 2001 secara bergilir-gilir.

  • AIM 2001
  • AIM 2002
  • AIM 2003
  • AIM 2004
  • AIM 2005
  • AIM 2006
  • AIM 2007
  • AIM 2008
  • AIM 2009
  • AIM 2011
  • AIM 2012
  • AIM 20

Forum Industri Muzik

sunting

PAIMM juga dengan kerjasama RIM menganjurkan seminar dan forum pembangunan industri muzik yang terbuka kepada pemuzik dan penyanyi tanahair untuk sama-sama mengembangkan buah fikiran dalam kemajuan industri muzik.

Rujukan

sunting
  1. ^ "About RIM". Recording Industry Association of Malaysia. Recording Industry Association of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-31. Dicapai pada 15 August 2016.
  2. ^ Suraya al-Attas (13 December 1993). "Countdown to local Grammys". New Straits Times. New Straits Times Press. m/s. 27. Dicapai pada 1 January 2012.
  3. ^ Cheang, Michael (14 April 2016). "Malaysian Chinese Music Awards AIM(s) for the top again". Star2 (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group Berhad. Dicapai pada 15 August 2016.
  4. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-14. Dicapai pada 2018-10-06.
  5. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-14. Dicapai pada 2018-10-06.

Pautan luar

sunting